Anda di halaman 1dari 229

KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1 Pengenalan 2
2 Latar Belakang 4
Novel
3 Destinasi Impian 7
4 Sejambak Bakti 12
5 Formula Termodinamik 24
6 Pelari Muda 33
Cerpen
7 Hadiah 43
8 Kuih Bakul Limau Mandarin 45
9 Oren 47
Drama
10 Hadiah 49
Puisi Moden
11 Aku 52
12 Kita Umpama Sehelai Daun 54
13 Kuingin Berterima Kasih 56
14 Kunci Bahasa 58
Puisi Tradisional
15 Pantun Dua Kerat 61
16 Syair Pohon Buluh 63
Prosa Tradisional
17 Asal Padi 66
Pengenalan
Komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (KOMSAS) dilaksanakan
selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mempertingkat daya
mengekspresi dan kemahiran berbahasa ke tahap yang tinggi dalam kalangan murid
sehingga dapat menggunakan bahasa kiasan dan bahasa perbandingan. Pada akhir
pembelajaran sekolah menengah, murid diharapkan dapat:

memupuk minat membaca;


memperkukuh kemahiran berbahasa iaitu mendengar dan bertutur, membaca dan
menulis;

mengenali dan menghayati karya sastera;


memahami budaya;
menghasilkan karya sastera yang kreatif;
mengenal penulis; serta
mengurus emosi sendiri, mewujudkan empati dan mampu mengendalikan hubungan
baik dengan orang lain.

Dilaksanakan secara berperingkat, KOMSAS pertama kali dijalankan pada tahun 2000 bagi
murid Tingkatan 1 dan 4, tahun 2001 bagi murid Tingkatan 2 dan 5 dan pada tahun 2002
bagi murid Tingkatan 3. Pada tahun 2010 teks KOMSAS ditukar kepada yang baharu secara
berperingkat bermula dengan Tingkatan 1 dan 4. Kini, teks KOMSAS sekali lagi ditukar buat
kali ke-3 bermula dengan Tingkatan 1 dan 4 pada tahun 2015, Tingkatan 2 dan 5 pada tahun
2016 dan Tingkatan 3 pada tahun 2017.

Pertukaran teks ini dilakukan sejajar dengan perubahan zaman dan sebagai persediaan
kepada murid untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Murid diharapkan dapat
memanfaatkan karya sastera dalam menjana pemikiran aras tinggi bagi penyelesaian
masalah, serta membentuk jati diri dan mengamalkan nilai murni termasuk perpaduan dan
patriotisme bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, perhubungan sosial,
pendidikan dan kerjaya.
Dua genre yang terdiri daripada novel dan antologi yang mengandungi kompilasi cerpen, drama,
prosa tradisional, puisi moden dan
puisi tradisional telah diperkenalkan. Dengan peruntukan dua waktu seminggu daripada enam waktu
Bahasa Melayu sekolah menengah, KOMSAS wajib dipelajari oleh semua murid dan turut diuji dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KSSM),
karya dalam teks KOMSAS dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk
mencapai bidang estetik iaitu bidang yang memberikan fokus kepada keupayaan murid
untuk memahami, menguasai dan menghasilkan penulisan kreatif serta bukan kreatif.
Melalui bacaan karya-karya ini, murid akan:

memahami dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera;


mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa dan
sudut pandangan;

menguasai laras bahasa dan gaya bahasa dalam karya penulisan kreatif dan bukan
kreatif; serta

menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.

Namun demikian, KOMSAS boleh dijadikan bahan PdP dalam bidang interpersonal
(keupayaan murid berinteraksi, memberikan pendapat, berunding serta membuat
pertimbangan) dan dalam bidang maklumat (keupayaan murid mendapat, memproses dan
menyampaikan maklumat). Tema karya KOMSAS yang pelbagai dalam bidang sains, sosial,
ekonomi dan politik sangat berkesan dijadikan bahan yang boleh diteroka untuk
menambahkan pengetahuan, menjana pemikiran aras tinggi, memupuk sikap prihatin dan
mengambil berat serta berfikiran terbuka. Melalui kebijaksanaan guru merancang PdP
berasaskan aktiviti, murid akan teransang untuk membaca keseluruhan karya, seterusnya
sedikit demi sedikit dapat memupuk budaya membaca dan cinta akan karya sastera.
Latar Belakang
Komponen Sastera atau KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu telah
diperkenalkan pada tahun 1999. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan teks
yang wajib dipelajari dan diuji dalam peperiksaan awam. Pelaksanaan KOMSAS di sekolah
dijalankan secara berperingkat mulai Mac, 2000 bagi murid tingkatan satu dan empat,
tahun 2001 bagi tingkatan dua dan lima, serta tahun 2002 bagi tingkatan lima. Dengan
terlaksananya dasar ini maka semua murid daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima
telah mendapat pendedahan asas mengenai sastera Melayu. Mulai 2015, teks KOMSAS
yang sedia ada telah ditukar kepada teks yang baharu bermula dengan Tingkatan 1 dan 4,
2016 Tingkatan 2 dan 5, dan 2017 Tingkatan 3.

Teks yang dipilih bagi kesemua genre merangkumi atau mencakupi pelbagai tema. Antara
tema yang dipilih adalah seperti patriotisme / sejarah, teknologi maklumat dan
komunikasi/sains dan teknologi, jati diri / kerohanian / moral, kemanusiaan / keamanan
sejagat, perpaduan / kemasyarakatan / kewarganegaraan, setiakawan / persahabatan /
kekeluargaan, alam sekitar / pembangunan, sukan / gaya hidup sihat/ kesihatan, budaya
ilmu/ budaya saing, cinta dan kasih sayang, perniagaan dan keusahawanan, dunia remaja,
wawasan negara, kebebasan/ hak asasi, kesenian/ adat/ warisan, keselamatan selaras
dengan perubahan pendidikan negara.

Pertimbangan juga melibatkan aspek-aspek intrinsik teks misalnya tema dan persoalan,
plot, teknik penceritaan, watak dan perwatakan, latar (latar masa, latar tempat dan latar
masyarakat), nilai dan pengajaran, gaya bahasa dan sudut pandangan dalam teks serta
boleh dianalisis oleh guru dan murid. Pertimbangan turut mengambil kira aras kesukaran
untuk setiap teks agar murid yang mempelajari KOMSAS boleh mengikuti pengajaran guru
dengan berkesan.

Enam waktu seminggu telah diperuntukkan kepada murid bagi mengikuti mata pelajaran
Bahasa Malaysia dengan nisbah empat waktu untuk Bahasa Melayu dan dua waktu untuk
KOMSAS. Berdasarkan Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu (KBSM)
semakan 2002 yang telah diterbitkan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikul
um (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia, KOMSAS tergolong dalam bidang estetik. Bidang ini
memberikan fokus pada keupayaan murid untuk menguasai aspek kebahasaan, keindahan dan
kehalusan bahasa. Selain itu, ia juga menekankan kepada penghayatan penghasil
a
n dan persembahan sesebuah teks yang dikaji itu.
Objektif

Hasrat memasukkan komponen sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
adalah untuk membolehkan murid:

Meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre sastera iaitu novel,
cerpen, drama, prosa tradisional, puisi moden (sajak), dan puisi tradisional

Mengenal, menghayati dan menghargai karya sastera bagi mengukuhkan kemahiran


mendengar dan bertutur, membaca dan menulis

Mengenal dan menggunakan istilah sastera, iaitu tema dan persoalan, watak dan
perwatakan, gaya bahasa, latar, plot, sudut pandangan, nilai dan pengajaran

Mengenal pengarang berdasarkan karya yang telah diperakui seperti pengarang


Sasterawan Negara dan penulis terkenal

Menghayati nilai murni dan pengajaran daripada karya sastera yang dibaca
Menghasilkan karya sastera yang kreatif seperti menghasilkan novel, cerpen, sajak
dan drama yang bermutu tinggi dan boleh dibanggakan

Oleh itu pendedahan komponen sastera bertujuan membolehkan murid menikmati dan
mengapresiasi karya sastera, mengetahui ilmu sastera secara ringkas, mengenal penulis
dan sejarah perkembangan tanah air berdasarkan karya yang dibaca serta mengukuhkan
kemahiran berbahasa murid. Melalui pembacaan karya-karya ini, secara tidak langsung
murid dapat memupuk tabiat minat membaca.
NOVEL
Destinasi Impian
(Mohd Ismail Sarbini)

Sinopsis Keseluruhan Novel

Cerita ini bermula dengan situasi perjalanan mengayuh basikal oleh Johari, Firdaus dan
Azlina. Perjalanan mereka dari Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru adalah untuk
menyahut cabaran datuk. Jarak perjalanan mereka sejauh 50 kilometer. Firdaus sentiasa
merungut sepanjang perjalanan kerana destinasi mereka sangat jauh dan dia berasa letih.
Johari dan Azlina memberikan dorongan semangat dan pelbagai nasihat agar perjalanan
mereka diteruskan. Tujuan Johari mengajak Firdaus dan Azlina adalah untuk mengajar
mereka supaya mereka menjadi lasak, berdikari dan berani. Firdaus berasa bangga kerana
berjaya mengayuh basikal hingga Pantai Morib Baru. Kawan-kawan Firdaus berasa bangga
atas kemampuan dan kejayaan Firdaus mengayuh basikal. Akhirnya, Firdaus insaf dan
sedar serta tidak bersikap angkuh.

Sinopsis Bab demi Bab

Bab 1
Johari, Firdaus dan Azlina mengayuh basikal dari Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib
Baru kerana menyahut cabaran datuk. Jarak perjalanan tersebut sejauh 50 kilometer.
Firdaus sentiasa merungut sepanjang perjalanan kerana destinasinya jauh dan berasa letih.
Johari dan Azlina memberi dorongan semangat dan pelbagai nasihat agar perjalanan
mereka diteruskan. Tanpa kerelaan diri, Firdaus terpaksa meneruskan perjalanan tersebut.

Bab 2
Firdaus terus merungut dan berasa menyesal sepanjang perjalanan. Beliau berasa letih
kerana lama mengayuh basikal. Kepanasan cahaya matahari yang begitu lama
menambahkan lagi keletihan Firdaus. Firdaus menyatakan kekesalan kerana menyertai
Johari dan Azlina dan menganggap perjalanan sebagai perjalanan gila.
Bab 3
Azlina adik kepada Firdaus sangat berani dan tabah. Walaupun sebagai seorang
perempuan, dia mempunyai semangat dan daya juang yang tinggi. Meskipun berasa letih,
Azlina tetap ingin meneruskan perjalanan kerana mengikut sepupunya Abang Johari. Johari
sentiasa memberi nasihat dan dorangan kepada Azlina sebagai pembakar semangat untuk
meneruskan perjalanan.

Bab 4
Johari mempunyai hasrat tersirat sebab Firdaus dan Azlina perlu menyertai perjalanan
berbasikal. Tujuan Johari agar dapat mengajar Firdaus dan Azlina supaya tabah dan kuat
menghadapi cabaran. Selain itu, Johari mengharap agar Firdaus dan Azlina menjadi
seorang yang lasak, berdikari dan berani.

Bab 5
Firdaus berdendam terhadap adiknya, Azlina. Johari yang memainkan peranan untuk
mengubah sikap Firdaus. Johari berjanji pada dirinya untuk menghentikan perasaan api
dendam dan benci akan Firdaus terhadap adiknya, Azlina. Johari tidak menduga bagaimana
Firdaus boleh mendendami adiknya sendiri, Azlina.

Bab 6
Firdaus mula berasa bangga kerana perjalanan mengayuh basikal telah berakhir kerana
berjaya sampai ke destinasi Pantai Morib Baru. Firdaus tidak terduga kerana dapat
berkayuh basikal sejauh 50 kilometer. Firdaus berasa bangga atas kejayaannya sampai ke
Pantai Morib Baru. Firdaus gembira kerana ketibaannya telah disambut oleh kawan-
kawannya Sazali, Mokhsin, Salim dan Mazlinda. Kawan-kawan Firdaus berasa bangga atas
kemampuan dan kejayaan Firdaus mengayuh basikal.

Bab 7
Firdaus sampai di Pantai Morib Baru dan bergembira dengan kawan-kawannya. Johari dan
Azlina sengaja membicarakan tindakan Firdaus menghabiskan masa
bersama dengan rakan-rakan. Johari dan Azlina turut gembira dan bangga kerana Fird
aus akhirnya berjaya sampai ke destinasi perjalanan, Pantai Morib Baru.
Bab 8
Azlina berbual-bual dengan Kasmadiana tentang perjalanan berbasikal di pantai.
Kasmadiana memuji ketabahan dan kemampuan Azlina berbasikal sejauh 50 kilometer.
Azlina memberitahunya bahawa dia mengikuti Abang Johari dan menyahut cabaran
datuknya. Kasmadiana memberitahu bahawa abangnya Karman bersama Johari dan Tamrin
merancang hendak mengelilingi Malaysia dengan berbasikal. Semasa perbualan, mereka
didatangi oleh Sazali dan Moksin bertanya sama ada benar kenyataan yang diberikan oleh
Firdaus bahawa dia sampai dahulu ke Pantai Morib. Azlina menafikan dan mengatakan
bahawa mereka berdua telah ditipu.

Bab 9
Firdaus bermimpi semasa tidur dalam khemah. Dalam mimpi itu, Firdaus banyak mendapat
pujian daripada Mazlinda. Selain itu, dia merasa bertuah kerana dapat berjumpa dengan
kawan pujaannya Mazlinda. Moksin dan Sazali telah mengetahui kisah sebenar dan cuba
mendapat kepastian daripada Firdaus. Firdaus cuba menafikan tetapi setelah dipaksa,
akhirnya dia mengaku bahawa dia telah berbohong. Dalam mimpi itu, Firdaus telah lemas
dan menjerit meminta tolong sehingga terjaga. Firdaus menerima sindiran tajam daripada
Mazlinda, Johari dan Azlina. Mulai saat itu, Firdaus telah sedar dan insaf.

Bab 10
Johari membawa berita tentang Firdaus yang ingin pulang sendiri. Azlina terkejut dengan
tindakan abangnya dan merasa bimbang. Johari cuba menenangkan Azlina dan memberi
penjelasan bahawa Firdaus mampu, yakin dan boleh berdikari selepas pengalaman yang
dilalui.
Bab 11
Firdaus membuat keputusan untuk pulang sendiri. Dia mengetahui Johari dan Azlina telah
pulang dahulu. Kesempatan itu digunakan oleh Firdaus dan rakan-rakannya untuk mandi
manda di pantai. Semasa mandi, Firdaus betul-betul lemas kerana cuba menyelamatkan
Mazlinda yang pura-pura lemas. Firdaus telah diselamatkan oleh Mazlinda kerana dia
sebenarnya pandai berenang. Peristiwa itu telah menyedarkan dan menginsafkan Firdaus
agar tidak bercakap bohong dan bersikap angkuh lagi.

Tema
Novel ini membawa tema masalah dan konflik seorang remaja yang menghadapi cabaran
dalam hidup. Firdaus seorang individu yang berada dalam keadaan dicabar dan mencabar.
Bukan mudah untuk menghadapi cabaran dan bukan semua orang suka dicabar. Firdaus
seorang anak muda yang dicabar oleh orang yang akrab dalam keluarga

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya:
i. Persoalan jiwa remaja yang mudah memberontak
Contoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima
cabaran. Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami
kesusahan.

ii. Persoalan keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan lain


iii. Persoalan keberanian mengharungi rintangan
Contoh: Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup
menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang
pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar.

iv. Persoalan keinsafan setelah sedar dari kesilapan


Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau
seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di
pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.

v. Persoalan usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan


Contoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh basikal dan sampai ke destinasi
Pantai Morib Baru. Mereka berjaya kerana usaha yang gigih dan bekerjasama semasa
dalam perjalanan.

Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau


cepat-cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari
basikal.
Sejambak Bakti
(Rejab F.I)
Sinopsis Keseluruhan

Permulaan cerita menggambarkan keadaan fizikal Sekolah Menengah Seri Kayangan yang
disimbah cahaya matahari pagi yang segar dan nyaman. Empat buah bangunan yang
bercat kuning tersergam indah di dalam kawasan yang dihiasi dengan beraneka jenis pokok
bunga. Sebuah bangunan satu tingkat terletak berhampiran dengan padang merupakan
Kedai Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan. Tuan pengetua, Cikgu Syamsudin
selaku pengerusi koperasi memaklumkan tujuan penubuhan koperasi yang tercatat dalam
Undang-undang Kecil Koperasi. Cikgu Zulkifli selaku setiausaha mengemukakan usul. Yang
pertama ialah melatih ahli-ahli koperasi untuk memelihara dan menternak ayam telur untuk
menambahkan hasil pendapatan koperasi. Yang kedua ialah koperasi dicadangkan menjual
makanan dan barang-barang keperluan untuk kemudahan ahi-ahli koperasi, guru dan
kakitangan sekolah. Yang ketiga ialah menubuhkan bilik bacaan. Tuan Pegawai Koperasi
bersetuju dengan usul yang dikemukakan. Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan
bersetuju untuk menyertai pertandingan koperasi maju, berjaya dan baik pentadbirannya.
Ahli Lembaga Pengarah Koperasi dan guru-guru bekerja dengan bersungguh-sungguh
untuk merealisasikan hasrat mereka. Sekolah Menengah Seri Kayangan mendapat tempat
pertama dalam pertandingan. Guru-guru dan pelajar berasa gembira.

Sinopsis Bab demi Bab


Bab 1
Sekolah Menengah Seri Kayangan mempunyai empat buah bangunan yang bercat kuning.
Sebuah bangunan satu tingkat terletak berhampiran dengan padang merupakan Kedai
Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan. Pelbagai barang kelengkapan sekolah ada
dijual. Kedai koperasi itu dikendalikan oleh sebuah Lembaga Pengarah dan ditubuhkan kira-
kira lima tahun yang lalu. Semasa seorang pembantu kedai tersebut bersama-sama tiga
orang Ahli Lembaga Pengarah begitu sibuk melayani pembeli-pembeli, terdapat seorang
pelajar yang cuba mengambil sebatang pen dan
memasukkan ke dalam saku seluarnya. Hal ini di
sedari oleh Harun lalu menegur perbuatan itu. Pelajar berasa malu lalu terus membayar harga pen
sebelum keluar. Tidak lama kemudian Encik Zulkifli datang dan memaklumkan Mesyuarat Lembaga
Pengarah akan diadakan. Ahli lembaga pengarah yang terdiri daripada
Harun, Swee Lan, dan Saridevi dan pembantu kedai koperasi iaitu Norlela dijemput hadir. Pegawai
daripada Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri juga turut hadir.
Bab 2
Mesyuarat Lembaga Pengarah buat pertama kalinya diadakan di Bilik Mesyuarat Sekolah
Menengah Seri Kayangan. Tuan pengetua, Cikgu Syamsudin selaku Pengerusi koperasi
memaklumkan tujuan penubuhan koperasi yang tercatat dalam Undang-undang Kecil
Koperasi. Pertama, menerapkan budaya berjimat. Kedua, koperasi menyediakan
kemudahan menjual barang kepada murid sekolah. Ketiga, koperasi juga membuat dan
mengadakan alat kelengkapan persekolahan serta menternak atau memelihara beberapa
jenis binatang untuk kegunaan pelajaran ahli-ahli. Keempat, memberi sokongan kepada
pengurusan sekolah bagi program yang memberi manfaat kepada murid. Proram
bermanfaat yang dijalankan mesti mendapat persetujuan daripada Ketua Pendaftar.
Pengetua menasihati guru dan pelajar supaya menjalankan koperasi mengikut dasar
kerajaan iaitu bersih, cekap dan amanah. Tidak lama kemudian, Cikgu Zulkifli selaku
setiasusaha mengemukakan usul, pertama melatih ahli-ahli koperasi memelihara dan
menternak ayam telur untuk menambahkan hasil pendapatan koperasi. Kedua, selain
menjual alat keperluan sekolah, dicadangkan juga menjual makanan dan barang-barang
keperluan untuk kemudahan ahli-ahli koperasi, guru dan kakitangan sekolah. Ketiga,
menubuhkan bilik bacaan. Usul tersebut tidak ada bangkangan. Lantaran itu, pengerusi
menjemput Tuan Pegawai Koperasi untuk memberi pandangan. Tuan Pegawai Koperasi
bersetuju dengan usul yang dikemukakan dan berharap tidak ada penyelewengan berlaku.
Namun begitu, terdapat Ahli Lembaga Pengarah yang kurang berpuas hati.
Bab 3
Munir tidak berpuas hati Razali terpilih sebagai Penolong Setiausaha dan berpakat dengan
Silvam dan Leong supaya tidak bekerjasama dengan Razali. Mereka masuk ke dalam kedai
koperasi lantas mengganggu Razali yang pada ketika itu sedang menyediakan minit
mesyuarat. Munir bertambah sakit hati apabila dilihatnya Ramlah membantu Razali. Ketiga-
tiga sahabat itu melontar kata-kata sindiran yang tidak disenangi oleh Razali dan Ramlah.
Suasana agak tegang sebentar. Hal ini disedari oleh Cikgu Robeah yang pada ketika itu
sedang menghitung jumlah wang hasil jualan koperasi. Cikgu Robeah menasihati Razali
dan Ramlah supaya menegakkan kebenaran, jangan mempedulikan sindiran dan teruskan
kerja-kerja yang baik. Razali dan Ramlah mengangguk tanda mengerti.

Bab 4
Munir, Silvam dan Leong tidak menjalankan tanggungjawab mereka sebagai jurujual
koperasi pada hari itu. Tempat mereka diganti oleh Ramlah, Harun dan Saridevi. Cikgu
Zulkifli sangat kecewa dengan sikap pelajarnya dan akan menasihati mereka kelak. Razali
kemudiannya menghulurkan sehelai kertas yang tertulis senarai barang yang perlu dibeli
oleh Cikgu Zulkifli. Cikgu Zulkifli merungut kerana barang di kedai lama sangat mahal. Tiba-
tiba Swee Lan menyampuk, ayahnya akan menawarkan barang-barang tersebut dengan
harga yang murah. Cikgu Zulkifli kelihatan riang. Pada petang itu Cikgu Zulkifli bersama-
sama dengan Razali dan Ramlah ke Kedai Aik Hong iaitu kedai kepunyaan ayah Swee Lan.
Mereka dilayan baik oleh keluarga Swee Lan malah mereka dihidangkan dengan minuman.
Encik Aik Hong mengotakan janjinya dengan menjual barang-barang yang diperlukan
dengan harga yang murah. Dia juga memberi nasihat supaya bekerja dengan bersungguh-
sungguh untuk maju. Selepas itu Cikgu Zulkifli, Razali dan Ramlah menuju ke Kedai Buku
Indera Store. Di Kedai Buku Indera Store juga mereka disambut baik oleh Encik Aziz, tuan
punya kedai. Mereka membeli buku rujukan, buku bimbingan dan panduan termasuk juga
buku teks sastera tingkatan satu hingga lima. Novel dan majalah-majalah pengetahuan juga
dibeli oleh mereka untuk dipasarkan di kedai koperasi. Mereka mendapat potongan
sebanyak dua
puluh peratus. Encik Aziz menasihati mereka supaya belajar berniaga betul-betul kerana anak-anak
bumiputera sangat kurang dalam dunia perniagaan.
Bab 5
Munir, Silvam dan Leong cuba mengajak Ramlah, Swee Lan dan Saridewi menonton filem.
Pelawaan mereka ditolak dengan baik oleh Ramlah kerana mereka merancang untuk
belajar di rumah Saridevi. Munir terus menuduh Ramlah hendak ke rumah Razali malah
menghina Razali dengan kata-kata yang tidak sepatutnya. Keesokan harinya Munir, Silvam
dan Leong masuk ke kedai koperasi mengganggu Razali dan Ramlah yang sedang
mengatur dan menyusun barang-barang di dalam kedai. Kekecohan berlaku apabila Munir
cuba memberi sepucuk surat kepada Ramlah dan ditolak oleh Ramlah. Razali cuba
menasihati Munir tetapi penghinaan yang diterimanya. Cikgu Zulkifli tiba sejurus selepas
peristiwa itu dan dapat mengesan kekecohan yang berlaku. Beliau akan membuat tindakan.
Cikgu Zukifli kemudian memaklumkan Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi akan
melawat koperasi mereka. Beliau mengajak Ramlah dan Razali membersihkan reban-reban
ayam dan mengemas bilik bacaan.

Bab 6
Guru-guru dan pelajar sekolah bergotong royong mengemas bilik bacaan dan
membersihkan reban-reban ayam, seperti biasa Munir menghilangkan diri. Ketiadaan Munir
disedari oleh Cikgu Zulkifli. Cikgu Zulkifli mencari Munir di padang sekolah dan mendapati
Munir sudah tidak bermain bola. Munir memberitahu gurunya itu dia dibuang padang. Cikgu
Zulkifli menasihati Munir supaya bermain dengan baik dan jangan mengikut perasaan.
Beliau juga menegur perlakuan Munir yang mengganggu Ramlah. Munir memberi alasan
bahawa dia hanya olok-olok sahaja untuk memberi surat kepada Ramlah dan kandungan
surat itu hanya memuji Ramlah kerana rajin menjalankan tugas di koperasi. Walau
bagaimanapun, Cikgu Zulkifli menegaskan perlakuan itu tidak baik dan menasihati Munir
supaya tidak mengulanginya lagi. Cikgu Zulkifli kemudiannya mengajak Munir bergotong
royong bersama-sama dengan pelajar lain.
Bab 7
Encik Mansur, Tuan Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi Bahagian Fungsi Sekolah-
sekolah melawat koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan. Cikgu Syamsudin membawa
Encik Mansur melawat koperasi, kawasan ternakan ayam dan bilik bacaan. Encik Mansur
berpuas hati kerana buku-buku akaun dan penyata perbelanjaan disediakan dengan baik.
Kejayaan menternak ayam sehingga berjaya memungut dua ratus biji telur ayam dan
mendapat hasil sebanyak RM25.00 juga menarik perhatian Encik Mansur. Begitu juga
dengan kejayaan koperasi menyediakan bilik bacaan disertai dengan pelbagai majalah dan
akhbar dengan peruntukan kira-kira RM30.00 sebulan. Dalam ucapannya sebelum pulang
Encik Mansur berharap agar Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah Menengah Seri
Kayangan terus menjalankan usaha murni ini, demi kebaikan bersama-sama disamping
pelajar tidak mengabaikan pelajaran.

Bab 8
Cikgu Saiful mengajar mata pelajaran perdagangan dan menghabiskan pengajarannya
tentang prinsip akaun. Beliau mengatakan pelajaran prinsip akaun amat berguna kepada
Ahli Lembaga Pengarah Koperasi seperti Razali, Ramlah, Saridevi dan Munir. Seperti biasa
Munir tidak memberi perhatian malah mengganggu rakannya yang lain. Perlakuan Munir
disedari oleh Cikgu Saiful. Cikgu Saiful tidak membenarkan Munir pulang ke rumah
sehingga dia menyalin catatan di papan hitam. Munir meradang dan duduk kembali
meneruskan catatannya. Semua pelajar keluar dari kelas. Ramlah dan rakan-rakannya
bercadang untuk berbincang tentang pelajaran Penyata Wang Tunai di rumah Razali.
Razali bersetuju dengan cadangan Ramlah.

Bab 9
Pada petang itu, Ramlah, Saridevi dan Rozita muncul di halaman rumah Razali. Mereka
kemudian dibawa oleh Razali belajar di atas pondok kecil di atas permatang. Pondok itu
beratapkan rumbia dan tidak berdinding, cuma terdapat pelenggar untuk tempat duduk.
Mereka seronok belajar di situ sambil menjamah hidangan pisang goreng dan air oleh Mak
Sopiah, ibu Razali.
Bab 10
Munir disuruh berjumpa dengan Cikgu Muniam, guru kaunseling. Cikgu Muniam menerima
laporan daripada guru-guru Munir mengganggu pelajar lain dalam kelas, ada juga yang
mengadu Munir tidak membuat kerja sekolah. Pelajar-pelajar pula melaporkan tindakan
Munir yang mengganggu pelajar perempuan. Cikgu Zulkifli juga mengadu yang Munir selalu
tidak hadir bertugas di koperasi sekolah. Cikgu Muniam bersama-sama dengan Cikgu
Zulkifli menasihati Munir. Munir mengaku dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Bab 11
Kemewahan yang dikecap oleh petani di Kampung Serdang ialah ekoran daripada
pembangunan yang berlaku. Ramai dalam kalangan mereka seolah-olah tenggelam dalam
kejutan budaya. Mereka seolah-olah terkejut dengan kemewahan yang tiba-tiba mencurah
ke daerah itu. Begitulah yang berlaku kepada Munir, Leong dan Silvam menunggang
motosikal masing-masing dengan penuh keangkuhan. Desingan motosikal menyebabkan
kerbau yang ditutun oleh petani terkejut. Kerbau-kerbau itu lari lintang-pukang masuk ke
dalam hutan sambil teracak ekornya. Petani itu marah kepada mereka yang tidak
bertimbang rasa itu. Pada suatu tempat yang dijanjikan mereka berhenti. Mereka
merancang untuk melakukan sesuatu kepada Razali. Razali kemudiannya dibuli dan dipukul
oleh kumpulan tersebut. Sejurus kemudian, Ramlah, Rozita dan Saridevi melalui jalan
tersebut untuk ke rumah masing-masing terserempak dengan Razali yang kelihatan
berdarah di bibirnya. Setelah mengetahui angkara Munir, Leong dan Silvam, mereka berasa
marah dan bercadang untuk melaporkan peristiwa itu kepada Cikgu Zulkifli. Razali
menghalang mereka daripada membuat laporan kerana hal itu akan membawa implikasi
negatif.

Bab 12
Ketika Razali sampai di rumah, Mak Sopiah ibu Razali melihat pakaian Razali yang kotor dan
mulutnya yang berdarah. Mak Sopiah bertanya kepada Razali peristiwa yang berlaku. Razali
memberitahu dia dipukul. Tiba-tiba Pak Zakaria, ayah tiri Razali bertanya kepada Mak Piah
dan terus memarahi Razali dengan kata-kata yang kasar.
Mak Piah cuba mempertahankan anaknya. Petang itu Razali membawa buku-buku pelajarannya ke
pondok di tengah sawah. Di situ dia mendapat ketenangan, kerja-kerja itu dapat disiapkannya
dengan baik. Ketika itu, Mak Sopiah t
elah siap memasak bengkang ubi kayu dan mengisikan kuih itu ke dalam piring. Kuih itu diletakkan di
atas dulang bersama-sama dengan seteko kopi panas dan sebutir cawan. Dia mengangkat dulang,
berjalan dengan hati-hati menuju ke tempat Razali belajar. Demi
k
anlah kasih seorang ibu. Razali yang kehilangan kasih sayang seorang ayah kemudiannya bertanya
kepada ibunya tentang ayahnya. Mak Piah tergamam dan meminta supaya Razali jangan bertanya
tentang hal itu lagi.
Bab 13
Cikgu Zulkifli membawa Razali, Munir, Leong dan Silvam ke bilik pengetua kerana
mendapat aduan bahawa mereka bergaduh. Munir mengaku setelah didesak oleh Cikgu
Syamsuddin. Alasannya kerana Razali mengadu kepada Cikgu Muniam bahawa dia berbuat
jahat dalam kelas dan mengganggu pelajar perempuan. Cikgu Zulkifli menafikan, aduan itu
sebenarnya daripada guru-guru dan pengawas. Silvam pula mengaku bahawa dia dan
Leong disuruh oleh Munir. Munir, Silvam dan Leong kemudian dihukum rotan oleh pengetua
sekolah.

Bab 14
Razali telah dipilih mengikuti kursus koperasi bersama-sama dengan wakil koperasi
koperasi sekolah di seluruh Malaysia. Razali akan berangkat ke Selangor. Pada suatu
petang, dia dihantar oleh Mak Sopiah, Cikgu Zulkifli, Harun, Ramlah dan Swee Lan ke
perhentian bas Kangar. Mak Sopiah dan Cikgu Zulkfili berpesan kepada Razali supaya
pandai membawa diri di tempat orang.

Bab 15
Pagi 24 Julai, Razali bersama-sama dengan peserta-peserta kursus seluruh koperasi-
sekolah di Malaysia memasuki bilik kursus di Maktab Kerjasama, Petaling Jaya. Tujuan
kursus ini diadakan untuk mendedahkan generasi muda yang bakal memimpin koperasi di
negara tentang betapa pentingnya penubuhan koperasi dan
cara-cara mengurus atau mengendalikannya. Kemudian, mereka dibawa melawat bandar raya Kuala
Lumpur. Pihak Jabatan Pembangunan Koperasi juga membawa mereka melawat Koperasi Anggota-
anggota Polis Malaysia, Koperasi Bekas-bekas Perajurit Tanah Air. Mereka ka
g
um melihat koperasi-koperasi tersebut begitu berjaya sehingga dapat mendirikan bangunannya
sendiri.
Bab 16
Selama seminggu Razali meninggalkan rumah dan sekolahnya, kerinduan tersemai jua di
hatinya. Pagi itu Razali disambut baik oleh rakan-rakannya. Dalam Mesyuarat Lembaga
Pengarah Koperasi, Razali diminta berucap untuk menyampaikan maklumat yang diperoleh
semasa mengikuti kursus di Kuala Lumpur. Hasil daripada mesyuarat, Koperasi Sekolah
Menengah Seri Kayangan bersetuju untuk menyertai pertandingan koperasi maju, berjaya
dan baik pentadbirannya.

Bab 17
Ahli Lembaga Pengarah Koperasi dan guru-guru bekerja dengan besungguh-sungguh untuk
merealisasikan hasrat mereka untuk memasuki pertandingan koperasi kecuali Munir, Leong
dan Silvam sedang bermain bola di padang. Hal ini ditegur oleh pengetua sekolah dan
meminta mereka turut sama membantu. Munir masuk ke dalam koperasi, dia kemudiannya
ternampak kunci. Dia mengambil dan meneliti kunci tersebut. Tidak lama kemudian, dia
meletakkan kunci tersebut di tempat yang asal. Sewaktu pulang dari sekolah, Munir
mengajak Leong dan Silvam berhenti pada sebuah tembok. Munir menyatakan
ketidakpuasan hati terhadap Razali dan Ramlah yang semakin jauh dengannya. Munir
bertekad untuk memusnahkan Razali. Silvam cuba menasihati Munir tetapi Munir tetap
berkeras.

Bab 18
Satu lembaga hitam telah menyelongkar koperasi sekolah. Barang-barang bersepah di sana
sini dan berlonggok-longgok di atas lantai. Wang sebanyak RM52.00 telah hilang. Cikgu
Zulkifli terkejut, tambahan pula pintu, tingkap, dinding, atap tidak ada yang pecah. Cikgu
Zulkifli telah membuat laporan polis.
Bab 19
Razali dan Cikgu Zulkifli disiasat. Munir dan Silvam menyindir dan menuduh Razali. Walau
bagaimanapun, Cikgu Zulkilfli, Cikgu Robeah dan Cikgu Syamsudin tetap percayakan Razali.
Cikgu Hassan bercadang untuk menyiasat dan memerangkap pencuri tersebut.

Bab 20
Munir dan Leong mengadu kepada Pak Zakaria, Razali yang telah menceroboh kedai
koperasi sekolah. Ayah tiri Razali sangat marah dan menghalaunya keluar dari rumah. Mak
Sopiah mempertahan Razali dan mengugut jika Razali dihalau, dia akan turut mengikuti
Razali.

Bab 21
Razali berasa sedih kerana dihalau tanpa kesalahan yang nyata. Melalui pintu rumah, Mak
Sopiah melihat Razali sedang termenung di pondok tengah sawah. Dia menuju ke pondok
tersebut. Sekali lagi Razali bertanya tentang ayahnya. Mak Sopiah merayu agar Razali tidak
bertanya lagi kerana itu adalah sejarah hitam dalam hidupnya.

Bab 22
Kedai koperasi sekolah digeledah lagi. Cikgu Zulkifli meminta kebenaran pengetua
membuat pemeriksaan mengejut. Misteri berakhir, Munir didapati bersalah. Munir
melakukan perkara itu kerana cemburu tentang hubungan Razali dengan Ramlah. Munir
dilucut daripada jawatan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi serta merta.

Bab 23
Munir dihukum rotan sebanyak tiga kali di hadapan perhimpunan di sekolah. Ibu bapa Munir
membenarkan pihak sekolah menghukum Munir. Munir benar-benar insaf dan meminta
maaf dengan Razali.
Bab 24
Munir ke rumah Razali menjelaskan perkara sebenar kepada Pak Zakaria dan Mak Sopiah.
Dia meminta maaf. Munir juga menyatakan kebimbangan dia digantung sekolah selama
seminggu. Razali bersedia untuk membantu Munir. Munir berasa dia telah masuk ke dunia
baru.

Bab 25
Tiga orang pengadil Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah dari ANGKASA datang
mengadili Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan. Mereka masuk ke kedai koperasi,
meninjau projek ternakan ayam telur dan berkunjung ke bilik bacaan. Tidak lama kemudian,
satu perhimpunan diadakan. Turut hadir Tuan Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi
Negeri, termasuk beberapa orang ibu bapa yang dijemput khas, terdiri daripada ahli-ahli
keluarga Lembaga Pengarah Koperasi. Tuan Pengarah mengumumkan Sekolah Menengah
Seri Kayangan mendapat tempat pertama atau johan. Guru-guru dan pelajar berasa
gembira. Pada akhir majlis Cikgu Syamsudin dapat mengesan ada rahsia antara Pak
Zakaria, Pak Ramli dan Mak Sopiah.

Bab 26
Akhirnya Razali dapat berjumpa dengan ayah sebenarnya iaitu Pak Ramli. Ramlah pula
merupakan adik tirinya. Kejayaan koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan berjaya
menemukan anak dengan ayahnya.

Tema
Novel ini bertemakan perjuangan generasi muda untuk menubuhkan kedai koperasi di
sekolah. Tuan pengetua, Cikgu Syamsudin selaku Pengerusi koperasi memaklumkan tujuan
penubuhan koperasi. Cikgu Zulkifli selaku setiausaha telah mengemukakan beberapa usul
untuk menjayakan kedai koperasi. Cikgu Zulkifli bersama-sama dengan murid bergotong-
royong untuk mengemas bilik bacaan dan membersihkan reban ayam hasil kedai koperasi.
Tuan Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi Bahagian Fungsi Sekolah-sekolah
melawat Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan. Koperasi Sekolah Menengah Seri
Kayangan bersetuju untuk
menyertai
pertandingan koperasi maju, berjaya dan baik pentadbirannya. Ahli Lembaga Pengarah Koperasi dan
guru-guru bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk merealisasikan hasrat mereka. Akhirnya, hasil
daripada usaha guru-guru dan murid-murid, Koperasi Sekolah Mene
n
gah Seri Kayangan mendapat tempat pertama.
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya:
i. Persoalan ekonomi
Contoh: Kemajuan ekonomi dalam kalangan penduduk Kampung Serdang.
Kesedaran tentang pentingnya semangat usahawan dalam kalangan generasi muda.
Penubuhan koperasi sekolah dapat melatih pelajar dalam bidang perniagaan pada
peringkat awal. Sudah ada orang Melayu yang berjaya dalam dunia perniagaan.
Contohnya Encik Aziz, pemilik Kedai Buku Indera Store. Kesungguhan orang Cina
dalam dunia perniagaan. Encik Aik mengatakan mesti bersungguh-sungguh bekerja
seperti orang Jepun untuk maju.

ii. Persoalan kasih sayang seorang ibu


Contoh: Kasih sayang seorang ibu kepada anak dapat dikesan melalui watak Mak
Sopiah. Mak Sopiah sentiasa menjaga kebajikan Razali. Mak Sopiah sentiasa
menghantar minuman petang ke tempat Razali belajar dan mempertahan Razali
daripada kemarahan bapa tirinya.

iii. Persoalan hubungan persahabatan yang positif


iv. Persoalan semangat kerjasama
Contoh: Semangat kerjasama antara pengetua, guru-guru, pelajar, Encik Aik Hong
dan Encik Aziz untuk menjayakan koperasi sekolah.

v. Persoalan ketabahan
Contoh: Ketabahan Razali menghadapi gangguan Munir, Leong dan Silvam.
Contoh: Ketabahan Razali berdepan dengan bapa tirinya yang menghalaunya dari
rumah tanpa kesalahan yang nyata.

Contoh: Ketabahan pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Seri Kayangan untuk
menjayakan koperasi sekolah.

vi. Persoalan kekeluargaan


Contoh: Hubungan kekeluargaan yang positif antara Mak Sopiah dan Razali.

vii. Persoalan kepimpinan


Contoh: Pengetua sekolah sentiasa memberi sokongan kepada guru dan pelajar.
dalam menjayakan koperasi sekolah.

viii. Persoalan gejala Sosial


Contoh: Pergaduhan dalam kalangan pelajar sekolah sehingga membawa kepada
kecederaan.

Contoh: Ramlah, Rozita dan Saridevi pernah ke rumah Razali untuk belajar. Razali
berserta sahabatnya yang lain juga turut bersama-sama bergotong royong bagi
menjayakan koperasi sekolah.

Contoh: Razali sudi membantu Munir sewaktu Munir digantung sekolah selama
seminggu walaupun sebelum ini mereka bermusuhan.
Formula Termodinamik
(Obasiah Haji Usman)
Sinopsis Keseluruhan

Cerita Formula Termodinamik digambarkan dengan latar kampung yang dikelilingi sawah.
Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak mereka yang selalu
bermain di sawah bersama-sama Usama, Adnin dan Zaid. Asma anak kacukan Dusun dan
Brunei, berjaya melanjutkan pelajarannya di maktab perguruan manakala Amir dan Usama
ke Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di Putatan. Mereka bertemu semula ketika Amir
dan Usamah menghabiskan cuti semester di rumah nenek mereka yang tinggal
bersebelahan dengan rumah Asma. Amir dan Usama telah merancang satu projek
pengubahsuaian mesin rumput supaya berfungsi sebagai pemotong rumput dan
mencangkul tanah. Amir menggunakan formula Termodinamik bagi memprogramkan mesin
rumput terpakai dan projek ini dibantu oleh Profesor Othman dengan Formula Dua Hukum
Popular bagi memastikan kejayaan. Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya
mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan berasa kurang senang dan ingin menyaingi mereka.
Aswan bercadang untuk mencipta model yang sama, menggunakan mesin rumput yang
panjang dan stor minyak petrolnya digantung di belakang dan di hujung pemotong rumput
itu diwujudkan tangan robot. Namun begitu, semua nota telah hilang dan perkara tentang
Formula Dua Hukum Popular Termodinamik tidak diketahuinya. Amir sangat risau akan
kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan tiba-tiba sahaja storan
formulanya hilang. Selain itu, Amir terkejut juga apabila didapati pencerobohan berlaku pada
data syarikat ayahnya. Amir cuba menerangkan perkara yang berlaku kepada Syarikat
Bahagia kepunyaan ayahnya tetapi gagal kerana ayahnya terlalu sibuk. Amir telah mengatur
strategi untuk menangkap penjenayah. Akhirnya Aswan telah meminta maaf kepada Amir
dan Usama kerana dialah yang mencuri Formula Termodinamik tersebut. Projek mesin 2
dalam 1 ciptaan Amir dan Usama telah memenangi Anugerah Saintis Muda dan mereka
turut mendapat biasiswa kerajaan bagi melanjutkan pelajaran di luar negara.
Sinopsis Bab demi Bab
Bab 1
Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak mereka yang selalu
bermain di sawah bersama-sama Usamah, Adnin dan Zaid. Asma adalah dua pupu Amir
dan Usamah. Asma anak kacukan Dusun dan Brunei, berjaya melanjutkan pelajaran di
maktab perguruan manakala Amir dan Usamah ke Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di
Putatan. Mereka bertemu semula ketika Amir dan Usamah menghabiskan cuti semester di
rumah nenek mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah Asma. Amir mula berasa
ada perasaan indah yang terbit di hatinya terhadap Asma tetapi Asma pula seperti
menyimpan cerita yang sukar diungkapkan. Dalam masa yang sama Amir dan Usamah
telah merancang satu projek pengubahsuaian mesin rumput supaya berfungsi sebagai
pemotong rumput dan mencangkul tanah. Amir menggunakan formula Termodinamik bagi
memprogramkan mesin rumput yang terpakai dan dibantu oleh Profesor Othman dengan
Formula Dua Hukum Popular bagi memastikan kejayaan projek tersebut.

Bab 2
Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan berasa
kurang senang dan ingin menyaingi mereka. Dia juga mahu menebus kekecewaannya ketika
di Politeknik dulu walaupun dia tahu dia tidak sehebat Amir dan Usamah. Dia mahu
membuktikan yang dia tidak lemah, dia bijak dan handal serta mampu menyaingi Amir dan
Usamah. Aswan bertekad akan menentang Amir dan Usamah. Dia tidak akan membiarkan
kedua-dua sepupu itu menempa nama di Kampung Warisan. Aswan menyuarakan hasrat
tersebut kepada kawan-kawan baiknya, Fikri dan Majibon. Aswan bercadang untuk mencipta
model yang sama, menggunakan mesin rumput yang panjang dan stor minyak petrolnya
digantung di belakang dan di hujung pemotong rumput itu diwujudkan tangan robot. Fikri dan
Majibon agak kurang senang dengan hasrat dan tujuan Aswan yang ingin menyaingi Amir
dan Usamah sehingga berlaku sedikit percanggahan prinsip di antara mereka dengan
Aswan. Bagi Fikri dan Majibon persaingan biarlah sihat dan tidak bermusuhan.
Namun begitu, Fikri dan
Majibon tidak sampai hati untuk menghampakan Aswan. Projek tersebut akan dijalankan dengan
bantuan Fikri dan Majibon namun yang menjadi masalah ialah mereka tidak mempunyai formula.
Fikri dan Majibon tidak pernah belajar bidang kejuruteraan, hanya Aswan
seorang pernah belajar teori kejuruteraan waktu di Politeknik. Namun begitu, semua nota-notanya
telah hilang dan banyak perkara tentang Formula Dua Hukum Popular Termodinamik tidak
diketahuinya. Walaupun dengan sedikit pengetahuan, Aswan tetap yakin mam
p
u menyaingi Amir dan Usamah kerana dia tidak mahu meminta bantu daripada Amir, Usamah dan
Profesor Othman seperti yang disarankan oleh Fikri dan Majibon.
Bab 3
Amir dan Usamah bertungkus lumus membuat pengubahsuaian bagi memastikan projek
mesin 2 dalam 1 mereka berjalan lancar. Mesin tersebut menggunakan kuasa 6 kw, kincir
angin model SAMA, iaitu singkatan Sabah, Malaysia. Mana-mana komponen yang tidak
boleh dibuat sendiri kerana kekurangan kelengkapan seperti membentuk mata pisau cangkul
dihantar ke kedai besi untuk dibentuk. Aswan, Fikri dan Majibon telah datang melihat projek
mesin 2 dalam 1 yang diusahakan oleh pasangan sepupu itu. Fikri dan Majibon sangat
berminat dengan projek tersebut. Mereka telah diberi penerangan terperinci tentang proses
pengubahsuaian dan pengendalian mesin 2 dalam 1 oleh Amir , penuntut tahun akhir
Diploma Kejuruteraan Am. Aswan lebih berminat melihat bilik operasi.

Bab 4
Setelah kerja-kerja pengubahsuaian mesin 2 dalam 1 siap, Zaid dan Adnin mengajak Amir
dan Usamah pergi memancing di sawah untuk menenangkan fikiran. Semasa memancing
itulah Zaid dan Adnin telah bercerita tentang kecurian baja subsidi orang Kampung Warisan
dari stor dewan. Zaid yakin bahawa Aswan dan rakan-rakannya yang telah mencuri baja
tersebut.
Bab 5
Aswan sangat gembira kerana telah berjaya memperoleh formula yang diperlukan untuk
melaksanakan projek impiannya, mencipta mesin menanam padi. Mesin ini amat relevan
untuk masa depan yang dapat mengurangkan risiko generasi menjadi bongkok. Lakaran
grafik yang telah disediakan oleh Aswan diperlihatkan kepada Fikri dan Majibon. Aswan
secara terperinci menerangkan cara projek itu akan dimulakan sehinggalah ke peringkat
operasi.

Bab 6
Amir sangat risau akan kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik. Tiba-tiba
sahaja storan data formulanya hilang. Dia berasa kesal kerana cuai dan tidak menyimpan
storan dengan baik. Bertahun-tahun dia mengumpul data untuk menyiapkan formula tersebut
dan dibantu oleh Profesor Othman. Dia tidak tahu orang yang telah menceroboh masuk ke
bilik operasi mereka. Bukan mudah untuk dia mengingati formula tersebut. Amir risau tidak
dapat menunaikan janjinya kepada nenek untuk membajak tapak semaian dengan mesin 2
dalam 1 tersebut.

Bab 7
Amir dan Usamah pulang ke Putatan. Sampai sahaja di rumahnya, Amir terus ke pejabat
persendirian ayahnya untuk mencari Formula Termodinamik dan melayari data Syarikat
Bahagia. Amir amat terkejut mendapati ada pencerobohan sedang berlaku pada data
syarikat ayahnya. Amir dan Usamah berusaha untuk menyekat pencerobohan tersebut
dengan menerbit kod baru Adang Keselamatan Rahsia.

Bab 8
Intan, ibu Amir amat terkejut apabila diberitahu oleh Amir tentang pencerobohan data
Syarikat Bahagia. Tetapi Amir tidak berpeluang untuk menceritakan peristiwa itu kepada
ayahnya kerana dia berada di Manila atas urusan perniagaan. Amir dan Usamah pulang
semula ke Kampung Warisan. Mereka sangat gembira melihat Asma, Zaid dan Adnin
sedang menolong neneknya di tapak semaian. Adnin sedang menolak
mesin 2 dalam 1 untuk menyediakan tapak semaian. Neneknya tersenyum bangga. Amir mewarisi
kepintaran anaknya,
Damit.
Bab 9
Amir bangga melihat semangat bergotong royong masih menjadi amalan penduduk
Kampung Warisan. Ramai penduduk kampung datang menolong menanam padi di sawah
neneknya. Usamah bersungut tentang mesin ciptaan Aswan yang belum disiapkan lagi, jika
tidak bolehlah digunakan oleh orang kampung pada musim menanam kali ini. Tiba-tiba
mereka dikejutkan dengan suasana hingar bingar. Amir dan Usamah terperanjat melihat
nenek jatuh ke dalam air paya. Pak Cik Suib, ayah Asma mengangkat nenek ke batas
sawah. Nenek tidak bersuara. Amir dan Usamah berusaha memberi pertolongan kepada
nenek. Setelah sedar nenek dibawa pulang ke rumah. Atas desakan Asma nenek
kemudiannya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bab 10
Nenek menjalani pembedahan kecil pada buku lalinya untuk memastikan tidak ada
pendarahan dan bagi mengelakkan jangkitan kuman ke anggota lain. Semua ahli keluarga
Amir, ayah, ibu dan adik-adiknya serta Usamah turut berada di hospital menemani nenek.
Nenek sangat terharu dengan layanan dan kasih sayang daripada anak cucunya.

Bab 11
Aswan tidak lagi memberi fokus kepada projek mesin menanam padinya tetapi banyak
masanya dihabiskan di hadapan komputer. Dia tidak berpuas hati selagi pencariannya
belum berhasil. Aswan mencuba meramal beberapa nombor digital sehinggalah dapat
ditembusi. Maklumat yang ditemui beberapa hari lalu muncul semula. Pengaliran data itu
tidak dapat disekat lagi. Aswan terpukau melihat jumlah aset syarikat tersebut. Dia sangat
teruja dan memperlihatkan data tersebut kepada Fikri dan Majibon. Aswan bercadang
memindahkan wang sejumlah RM1.3 juta itu ke dalam akaunnya. Majibon membantah
keras hasrat Aswan itu atas prinsip agama
melarang mengambil hak orang lain. Aswan kemudiannya bercadang untuk
mengambil RM10,000.00 sahaja sebagai modal menjalankan projek mereka. Fikri pula menentang
hasrat Aswan dan mengingatkan mereka perlu berpegang teguh pada etika kerja serta bersaing
secara sihat. Dalam masa yang sama, Amir dapat mengesan pencerobohan da
n
data syarikat ayahnya dibocori lagi. Usamah berusaha keras mengesan kebocoran data tersebut dan
cuba menyekatnya. Akhirnya mereka bersepakat untuk menyiasat perkara tersebut.
Bab 12
Amir cuba menerangkan peristiwa yang berlaku kepada Syarikat Bahagia kepada ayahnya
tetapi gagal kerana ayahnya terlalu sibuk. Intan, ibu Amir telah menceritakan pencerobohan
dan kebocoran maklumat syarikat mereka. Pada masa yang sama Amir dan Usamah telah
kembali semula ke Kampung Warisan. Nenek mereka telah beransur sihat dan akan keluar
dari hospital. Amir berasa bangga melihat mesin 2 dalam 1 ciptaan mereka digunakan oleh
bapa Zaid dan orang-orang kampung untuk membajak tanah. Hasil ciptaan mereka telah
dapat berbakti kepada orang kampung. Zaid dan Adnin pula telah melaporkan peristiwa
yang telah dapat menjejak penjenayah Kampung Warisan yang menyimpan barang-barang
curi di sebuah pondok tidak jauh dari pangkalan. Amir telah mengatur strategi untuk
memerangkap penjenayah itu.

Bab 13
Dua hari membuat persiapan dan mengatur strategi, Amir dan rakan-rakannya bergerak
selepas Isyak menuju ke pondok yang dinyatakan oleh Zaid. Setengah jam perjalanan
mereka sampai di pangkalan. Dari situ mereka bergerak ke sebuah pondok dan
bersembunyi di tempat yang sukar dikesan oleh penjenayah. Dari situ mereka mengatur
strategi untuk memerangkap penjenanyah tersebut. Akhirnya Lahop dan Oyong pemuda
Kampung Warisan yang diupah menjaga pondok tersebut dapat diberkas dan dihantar ke
balai polis. Amir menemui CD yang menyimpan seribu rahsia yang sukar ditafsir.
Bab 14
Semalaman Amir tidak dapat tidur memikirkan CD yang ditemukan semasa operasi
penangkapan dua orang pemuda di pondok berhampiran dengan pangkalan. Amir dan
Usamah berasa kehilangan Formula Termodinamik ada kaitan dengan CD tersebut. Tiba-
tiba ada e-mel masuk. Orang yang tidak dikenali menghantar mesej meminta maaf. Mereka
kehairanan dan mengesyaki itulah orang yang telah mencuri formula mereka. Mereka cuba
bertanya tentang penghantar e-mel itu tetapi tiada jawapan. Kemudian Zaid datang
membawa berita bahawa Asma akan berkahwin. Adnin pula menyusul dalam keadaan
basah kuyup dan mengajak mereka membantu memindahkan orang kampung kerana air
telah naik melepasi satu meter.

Bab 15
Aswan , Fikri dan Majibon dibawa arus deras. Mereka hanya berpaut pada sebatang kayu
untuk menyelamatkan diri. Aswan rasa menyesal tidak mendengar nasihat ibunya supaya
tidak menghadiri majlis sambutan Krismas di rumah Majibon kerana cuaca buruk. Dia juga
mulai sedar mungkin itu adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa yang telah dilakukannya.
Dalam suasana gelap malam mereka bertiga terus berpaut pada sebatang kayu sehinggalah
diselamatkan oleh Amir dan rakan-rakannya. Aswan telah meminta maaf kepada Amir dan
Usamah serta mengaku dialah yang mencuri Formula Termodinamik dan penghantar e-mel.

Bab 16
Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan Usamah telah membolehkan mereka memenangi
Anugerah Saintis Muda dan mereka turut mendapat biasiswa kerajaan bagi melanjutkan
pelajaran di luar negara. Pada hari keberangkatan, semua ahli keluarga berada di
lapangan terbang. Aswan, Fikri dan Majibon turut sama. Asma datang mengucapkan
tahniah kepada mereka berdua dengan menghulurkan sejambak mawar putih buat Usamah
dan mawar merah buat Amir.
Tema
Novel ini membawa tema sains dan teknologi. Dua orang anak muda iaitu Amir dan Usamah
yang berwawasan tinggi dan masih menuntut telah memanfaatkan ilmu yang dipelajari
dengan melakukan inovasi terhadap mesin rumput terpakai. Inovasi tersebut dinamakan
mesin 2 dalam 1 yang berfungsi sebagai pemotong rumput dan boleh membajak tanah.
Mesin 2 dalam 1 ini akhirnya telah digunakan secara meluas oleh penduduk Kampung
Warisan. Amir dan Usamah pula telah menerima Anugerah Saintis Muda.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dalam novel ini, antaranya :

i. Persoalan tanggungjawab melakukan inovasi untuk kepentingan masyarakat


Contoh : Amir dan Usamah berusaha melakukan pengubahsuaian terhadap mesin
rumput terpakai bagi memudahkan neneknya dan orang kampung membajak tanah
untuk pertanian.

ii. Persoalan mengamalkan etika


Contoh : Fikri sangat berpegang teguh kepada etika kerja yang bersih iaitu
bersaing secara sihat dan tidak menganggap Amir dan Usamah sebagai musuh
dalam melaksanakan projek masing-masing.

iii. Persoalan taat kepada ajaran agama


Contoh : Fikri menentang keras hasrat Aswan yang ingin memindahkan wang RM 1.3
juta milik syarikat yang telah diceroboh ke dalam akaunnya. Dia mengingatkan

Aswan bahawa agama melarang kita mengambil hak orang lain, perbuatan yang
tidak bermoral.

iv. Persoalan perniagaan dan keusahawanan


Contoh : Bapa Aswan seorang usahawan import eksport.
v. Persoalan kasih sayang nenek terhadap anak cucunya
Contoh : Nenek sentiasa menyokong usaha Amir dan Usamah dalam menjayakan
Projek mesin 2 dalam 1 dan nenek juga banyak mengajar serta mendidik mereka.
Walaupun baru saja menjalani pembedahan, nenek sudah teringat hendak
membuat kuih bahulu kegemaran bapa Usamah. Nenek juga berjanji untuk
membuat kuih jala untuk Amir.

vi. Persoalan tanggungjawab terhadap seorang sahabat


Contoh: Zaid, Amir, Usamah dan Adnin telah menyelamatkan Aswan, Fikri dan
Majibon daripada mati lemas dalam kejadian banjir di kampung mereka.

vii. Persoalan mengamalkan budaya ilmu


Contoh: Amir dan Usamah telah mempraktikkan ilmu yang dipelajari di politeknik
untuk menghasilkan projek mesin 2 dalam 1 bagi membajak tanah pertanian untuk
kegunaan orang kampung dan tidak lokek berkongsi ilmu dengan orang lain (ingin
membantu Aswan dalam projek mesin menanam padi).
Pelari Muda
(Ghazali Ngah Azia)

Sinopsis Keseluruhan

Cerita ini mengisahkan pengalaman watak utama iaitu Kamarul seorang pelajar tingkatan 5
yang berjaya dalam acara sukan olahraga. Beliau perah terpilih mewakili negara dalam
kejohanan sukan SEA di Brunei. Kamarul terpilih untuk mewakili negara dalam kejohanan
sukan SEA di Bangkok dua bulan lagi. Dia dilatih oleh Encik Kadir. Kejayaan ini telah
menjadikan Kamarul dikenali ramai, disanjung dan popular. Walau bagaimanapun, di sebalik
kejayaan ini sikap Kamarul pada pandangan kawan-kawannya sudah berubah. Kamarul
bersikap sombong, ego, menjauhkan diri daripada kawan-kawan, malah tidak berdisiplin
menjalani latihan di bawah bimbingan Encik Kadir. Akibat sikapnya yang rendah moral itu,
Kamarul ditegur oleh kawan baiknya Saridah. Teguran Saridah menjadi punca dia
menyepikan diri daripada Saridah. Kamarul juga menunjukkan sikap tidak menghormati
jurulatihnya. Teguran-teguran yang diberikan oleh Encik Kadir dibalas dengan jawapan dan
tindakan yang tidak bermoral. Suatu hari, dalam perjalanan balik daripada latihan Kamarul
dilanggar kereta. Dia dimasukkan ke hospital. Sepanjang berada di hospital, Encik Kadir dan
Saridah tetap menziarahi Kamarul. Sikap bertanggungjawab Encik Kadir dan keprihatinan
Saridah menjadikan titik mula Kamarul insaf dan berubah sikap. Setelah sembuh daripada
kecederaan, Kamarul menjalani semula latihan di bawah bimbingan Encik Kadir. Hubungan
Kamarul dengan Encik Kadir bertambah baik. Hasrat Kamarul untuk mewakili nergara telah
direstui pihak sekolah. Kamarul dan delegasi Malaysia berlepas ke Bangkok untuk
menyertai kejohanan sukan SEA ke-14 di Bangkok. Di Bangkok, Kamarul mengambil
kesempatan bertemu De Wega, atlit sukan lari Filipina yang terkenal. Berita tentang Kamarul
sebagai atlit Malaysia tersiar dalam media massa di Bangkok. Dalam acara lari 100m dan
400m kejohanan tersebut Kamarul berjaya meraih pingat emas. Kejayaan Kamarul
mendapat pujian dan ucapan daripada Encik Kadir dan rakan-rakan, termasuk rakan-rakan
sekelasnya di Malaysia. Kamarul mengucapkan terima kasih atas bimbingan yang diberikan
oleh Encik Kadir dan menjadi pendorong kejayaan. Kamarul terkejut dan terharu apabila
Encik Kadir menyatakan hasrat untuk
bersara. Setelah kejohanan Sukan SEA tamat, Kamarul dan delegasi Malaysia berangkat pulang ke
Malaysia me
mbawa kejayaan cemerlang untuk negara, sekolah dan untuk dirinya sendiri. Di lapangan terbang
Kamarul telah disambut meriah dengan ucapan tahniah daripada ibu bapa dan rakan-rakannya.
Sinopsis Bab demi Bab
Bab 1
Setelah pulang berjoging Kamarul menunjukkan sikap yang berbeza daripada biasa.
Perubahan sikap Kamarul disedari ibunya Mak Jah. Mak Jah mengesyaki perubahan itu
kerana pergaduhan dengan Saridah. Sangkaan Mak Jah itu benar, apabila Kamarul
mengakui bahawa berlaku sedikit salah faham dengan Saridah. Saridah menegur sikap
Kamarul yang menjauhkan diri daripadanya dan juga kawan-kawan lain setelah Kamarul
menjadi terkenal sebagai atlit sukan lumba lari 100 m di peringkat antarabangsa. Kamarul
berasa resah mengenangkan pertengkaran yang berlaku itu dan mencari Saridah untuk
memohon maaf.

Bab 2
Sures kecewa kerana Kamarul mungkir janji untuk hadir pada sesi latihan di Pusat Sukan
Kampung Pandan. Sikap Kamarul telah menimbulkan tanda tanya Sures. Encik Kadir
selaku jurulatih pula risau dengan prestasi Kamarul. Latihan pada petang itu dijalankan
seperti biasa. Oleh sebab, Kamarul tidak hadir, acara 100 m terpaksa dibatalkan. Setelah
tamat latihan, Sures pulang ke rumah. Sewaktu sampai di laman rumah, Saridah datang
bertemu Sures bertanyakan tentang Kamarul. Sures pula musykil dengan punca masalah
yang berlaku di antara Saridah dengan Kamarul. Walau bagaimanapun, Saridah berharap
masalah yang dihadapinya tidak diperbesar-besarkan.
Bab 3
Saridah berada di perpustakaan dan berharap dapat berjumpa dengan Kamarul. Walau
bagaimanapun, dia kecewa kerana Kamarul tidak muncul. Saridah berasa kecewa dan
merasakan dirinya dipersalahkan atas sikap dingin Kamarul. Dalam keadaan sedih dan
resah itu muncul kawan rapatnya, Juriah dan bertanya tentang masalah Saridah. Setelah
diberitahu Saridah, Juriah meminta Saridah tidak terlalu memikirkan tentang Kamarul,
sebaliknya percaya masih ada masa untuk Saridah memperbaiki persahabatannya dengan
Kamarul. Saridah tidak terus pulang ke rumah walaupun loceng tamat persekolahan hari itu
telah berbunyi, sebaliknya dia berseorangan di dalam bilik darjah memikirkan masalahnya
dengan Kamarul. Saridah membuat keputusan untuk menulis surat kepada Kamarul. Juriah
yang menjengok ke bilik itu terkejut mendapati Saridah belum pulang ke rumah.
Kesempatan Juriah datang ke situ, Saridah meminta pertolongan Juriah untuk
menyampaikan surat yang dituliskan itu kepada Kamarul

Bab 4
Mak Jah memerhatikan gelagat anaknya ketika Kamarul hendak keluar berjoging. Mak Jah
terbayang keresahan yang dialami Kamarul. Apabila Kamarul mula hendak pergi, Mak
Jahpun memberikan surat yang diterima kepada Kamarul. Kamarul pula berasa musykil
tentang pengirim surat itu tetapi tidak dinyatakan oleh Mak Jah pengirimnya. Sambil berlari,
Kamarul membaca surat yang diterima itu. Kamarul terkejut kerana surat itu datangnya
daripada Saridah. Hatinya terharu dengan kejujuran Saridah menulis. Kamarul terus
berjoging masuk ke Stadium Merdeka. Melihat suasana stadium yang luas itu, Kamarul
terbayang dirinya sedang beraksi dan penonton pula bersorak dengan bersemangat
menjerit-jeritkan namanya. Khayalan Kamarul kemudiannya terganggu dan dia meraung
sekuat hati ke dalam stadium dan kemudiannya berlari keluar dari stadium dengan perasaan
sayu mengingatkan Saridah.

Bab 5
Saridah kecewa kerana Juriah yang ditunggu tidak datang pada masa yang dijanjikan.
Dalam jemu menunggu Saridah teringat Kamarul yang juga tidak datang
menemuinya di perpustakaan. Sewaktu menatap sekeping gambar dalam album di bilik rumahnya,
Saridah teringat kenangan manis bertemu Kamarul
sewaktu menyertai sukan MSSM di Stadium Merdeka. Kenangan itu amat menyentuh perasaan
Saridah, kerana hubungan baik dengan Kamarul berpanjangan dari padang permainan ke bilik darjah
hingga ke rumah. Saridah teringat kemesraan ibu bapa Kamarul terhadapnya.
Walau bagaimanapun, setelah Kamarul terkenal dan
glamour
sebagai atlit sukan, sikapnya terhadap Saridah mula berubah. Perubahan inilah yang membuatkan
Saridah kecewa dan sedih.
Bab 6
Encik Kadir menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kemerosotan prestasi Kamarul.
Manakala prestasi Sures kian cemerlang. Encik Kadir sangat bangga akan pencapaian
prestasi Sures. Dia mahu semua pelatihnya mengatasi rekod terpantas yang dibuat oleh
pelari sukan negara lain. Encik Kadir memanggil Kamarul bertanya tentang masalah yang
dihadapi Kamarul, tetapi Kamarul tidak menceritakan masalahnya, sebaliknya menunjukkan
respon yang angkuh terhadap Encik Kadir. Kamarul memberitahu bahawa dia boleh berlatih
sendiri dan tidak perlu latihan daripada orang lain. Sikap Kamarul ini amat memeranjatkan
Encik Kadir.

Bab 7
Kamarul melepaskan kemarahan kepada Encik Kadir setelah membaca kenyataan Encik
Kadir dalam akhbar. Sikap itu ditegur oleh Mak Jah. Pada ketika itu juga Kamarul menerima
panggilan telefon daripada Saridah. Saridah menyatakan kemaafannya dan mendoakan
kejayaan Kamarul di Bangkok nanti. Pada sebelah petang di sekolah, Saridah bertemu
dengan Juriah. Mereka berbual-bual di kantin begitu lama. Saidah meluahkan perasaan
hatinya yang terpendam terhadap Kamarul untuk dikongsi bersama-sama dengan Juriah.
Juriah memahami perasaan yang dialami Saridah dan memberi kata nasihat supaya
Saridah lebih mengutamakan pelajaran. Setelah lama berbual-bual, merekapun pergi ke
padang sekolah.
Bab 8
Kamarul dipanggil oleh Cikgu Zainal ke bilik guru. Sebelum keluar, berlaku sedikit perang
mulut antara Kamarul dengan Adibah, Ketua Kelas apabila Kamarul cuba keluar kelas
sebelum loceng berbunyi. Sikap angkuh Kamarul menimbulkan rasa tidak puas hati Adibah.
Apabila loceng berbunyi, Kamarul terus pergi menemui Cikgu Zainal. Cikgu Zainal
memberitahu bahawa Kamarul diberi kebenaran untuk bercuti bagi mewakili negara. Cikgu
Zainal mengucapkan syabas kepada Kamarul dan menasihati Kamarul supaya memberi
perhatian terhadap peperiksaan SPM di samping kegiatan sukan yang diceburinya.

Bab 9
Kamarul menjalani latihan seperti biasa bersama-sama dengan Sures dan rakan-rakan
pelatih lain. Sures menunjukkan prestasi yang cemerlang, manakala Kamarul masih tidak
berjaya mencapai rekod lamanya. Encik Kadir tidak berpuas hati dengan pencapaian
Kamarul. Beliau menasihati Kamarul agar lebih serius dan berdisiplin menjalani latihan.
Kamarul tidak menunjukkan sikap patuh, sebaliknya Kamarul berpendapat tanpa disiplin pun
dia boleh berjaya. Encik Kadir memberikan sebutir pingat yang pernah dimenanginya
sebagai pendorong Kamarul. Namun, Kamarul tidak mahu menerima pingat itu dan
bertindak melemparkannya di hadapan Encik Kadir. Encik Kadir terkejut dengan tindakan
Kamarul. Dalam perjalanan pulang, Kamarul teringat-ingat perbuatan terhadap Encik Kadir.
Terbayang juga dalam ingatan akan sikap angkuh dan menyoal diri sendiri dengan sikapnya
itu. Tanpa menoleh ke kiri dan kanan ketika melangkah menyeberangi jalan raya, Kamarul
dilanggar sebuah kenderaan.

Bab 10
Kamarul dirawat di hospital kerana kecederaan yang dialami dengan ditemani ibunya Mak
Jah. Saridah dan Encik Kadir datang menziarahi Kamarul tetapi dia masih tidur di katil.
Sebelum beredar Encik Kadir menenangkan Mak Jah dengan harapan kesihatan Kamarul
segera pulih. Setelah sedar, Kamarul dapati Saridah ada di sisinya. Mereka bertanya khabar
dan Saridah menyampaikan salam daripada Encik Kadir dan
Sures. Dalam pada itu, Saridah masih berharap kesalahannya yang lalu dimaafkan Kamarul. Doktor
memberitahu b
ahawa kecederaan Kamarul tidak serius dan boleh balik ke rumah. Kunjungan kawan-kawan ke
hospital membuatkan Kamarul berasa terharu, terutama pada Saridah dan Encik Kadir. Kamarul
mengelamun tentang sikap buruknya terhadap Encik Kadir, Cikgu Zainal, Sarid
a
h dan kawan-kawan yang lain. Timbul keinsafan dalam dirinya dan mula timbul keazaman untuk
serius dalam latihan. Encik Kadir datang menyebabkan lamunan Kamarul terganggu. Encik Kadir
memberitahu bahawa dia akan membawa Kamarul balik ke rumah. Kamarul ber
a
sa terharu dengan keikhlasan Encik Kadir tetapi dalam masa yang sama dia ceria dan gembira kerana
dapat keluar dari hospital.
Bab 11
Pihak KOAM mengeluarkan kenyataan akhbar meletakkan harapan yang tinggi pada
Kamarul dalam sukan SEA di Bangkok. Kenyataan ini membuatkan Kamarul resah. Walau
bagaimanapun, Kamarul telah bersedia untuk berlatih bersungguh-sungguh. Kedatangan
Kamarul di pusat latihan menggembirakan Encik Kadir. Encik Kadir menguji kepantasan
Kamarul, namun prestasi Kamarul masih tidak memuaskan hati Encik Kadir. Namun, Encik
Kadir meyakinkan Kamarul bahawa prestasinya akan meningkat apabila kesihatannya
kembali normal. Di rumah, Kamarul menilik gambar-gambar atlet sukan olahraga yang
terkenal. Daripada situ, beliau berazam untuk membuat catatan terbaik sebagaimana tokoh-
tokoh atlet yang berjaya itu.

Bab 12
Suasana di lapangan terbang sebelum Kamarul dan atlet lain berlepas ke Bangkok. Dalam
keriuhan dan suara kawan-kawan yang memberi semangat, Kamarul masih tercari-cari
Saridah yang masih tidak muncul. Keresahan Kamarul menjadi usikan kawan-kawannya
Adibah dan Fazilah. Tidak lama kemudian Saridah sampai di situ dan disambut riang oleh
Kamarul. Saridah dengan mesra mengucapkan selamat jalan dengan harapan semoga
Kamarul berjaya.
Bab 13
Kontinjen Malaysia sampai di Bangkok. Kamarul dan Sures tinggal sebilik. Mereka seronok
kerana inilah kali pertama mereka ke Bangkok. Kamarul masih dilanda perasaan muram
kerana bimbang akan kecergasannya yang belum mencapai tahap terbaik. Walau
bagaimanapun, ia ditenangkan oleh Sures dengan kata-kata semangat dan keyakinan untuk
berjaya. Kamarul dan atlet lain menjalani latihan kepantasan di gimnasium A. Seusai latihan
Kamarul mencari De Wega, atlit Filipina yang diminatinya. Pertemuan dengan De Wega
amat mengembirakan Kamarul. Mereka berkenalan dan berbual panjang tentang publisiti De
Wega, tentang semangat kesukanan, disiplin dan pengalaman diri. Banyak maklumat yang
diperoleh oleh Kamarul daripada De Wega dan banyak pula pengajaran yang meningkatkan
semangatnya. Kamarul berasa gembira dengan pertemuan itu dan semangatnya untuk
berjaya semakin berkobar-kobar.

Bab 14
Berita tentang Kamarul muncul dalam televisyen dan akhbar di Bangkok. Kamarul terkejut
mendengar hal itu apabila diberitahu oleh Abdul Rahman. Pada sebelah petang berlangsung
upacara pembukaan rasmi Sukan SEA Ke-14. Kamarul dan Sures menyertai perbarisan
kontingen Malaysia. Pertandingan acara bermula selepas itu. Pada hari pertama, Malaysia
telah memenangi beberapa pingat emas, perak dan gangsa. Encik Kadir dan penolong
jurulatihnya memberi perangsang dan semangat kepada Kamarul dan atlit Malaysia yang
lain. Encik Kadir memberikan Kamarul sebutir pingat emas yang pernah dimenanginya
sebagai perangsang Kamarul. Kamarul menerima dan mengikatnya di pinggang. Acara
100m bermula. Kamarul berjaya meraih kejayaan menewaskan peserta lain termasuk atlit
Filipina, De Wega yang diminatinya. Pada sebelah petang, Kamarul memenangi satu lagi
pingat emas menerusi acara 400m. Kejayaan Kamarul mendapat pujian dan ucapan tahniah
daripada rakan-rakan atlit dan pegawai-pegawai, termasuk ucapan tahniah daripada rakan-
rakan di Malaysia terutamanya Saridah. Encik Kadir berasa puas dengan kejayaan Kamarul.
Kamarul terkejut apabila Encik Kadir memberitahu cadangannya
untuk bersara selepas kejohanan sukan ini. Kamarul terharu dan terkilan apabila diberitahu Encik
Kadir sepatutnya ber
sara pada tahun ini tetapi menangguhkannya demi kejayaan sukan SEA ini.
Bab 15
Kejohanan Sukan SEA Ke-14 di Bangkok telah berakhir. Malaysia menduduki tepat kedua.
Di hotel penginapan, Kamarul dikunjungi De Wega. De Wega mengucapkan tahniah
kepada Kamarul. De Wega memberi nasihat dan kata perangsang kepada Kamarul.
Kemudian Kamarul memberikan cenderamata kepada De Wega sebagai kenang-kenangan.
Demikian juga De Wega turut memberikan cenderamata berupa sebutir pingat emas yang
pernah dimenangi dalam sukan SEA di Brunei kepada Kamarul. Penerbangan pulang atlit
Malaysia mendarat di Lapangan Terbang Subang Kuala Lumpur dan disambut meriah oleh
emak, ayah,kakak, Saridah dan beberapa orang kawan-kawannya. Semua mengucapkan
tahniah atas kejayaan Kamarul.

Tema

Cerita dalam novel ini membawa tema keinsafan yang membawa kajayaan.
Moral menjadi isu utama yang dibebankan pada watak Kamarul. Kejayaan menjadi atelit
sukan olahraga yang terkenal di peringkat sukan SEA di Brunei telah merubah sikap
Kamarul menjadi seorang yang rendah moralnya, kerana bersikap angkuh, sombong dan
ego dengan kawan-kawan, bersikap tidak sopan dan biadap terhadap jurulatihnya Encik
Kadir, melawan cakap dan bersikap tidak mengenang berbudi. Walau bagaimanapun,
kemalangan telah menjadikan Kamarul insaf. Keinsafan adalah titik yang merubah sikap
buruk Kamarul kepada sikap yang baik dan bermoral. Dengan moral yang baik itu juga
Kamarul kembali bersemangat berusaha untuk berjaya dalam pertandingan dan akhirnya
dia berjaya mencapai cita-cita membawa kejayaan dalam sukan SEA di Bangkok. Keinsafan
menjadi asas kejayaan dan sokongan padu jurulatih serta kawan-kawannya.
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dalam novel ini, antaranya :
i. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anak
Contoh: Mak Jah menyayangi anaknya Kamarul dan sentiasa mengambil berat
terhadap segala masalah anaknya.

ii. Persoalan tekanan perasaan yang dihadapi oleh remaja akibat persaingan dan
harapan tinggi yang dipertaruhkan kepadanya
Contoh: Tekanan perasaan yang dihadapi oleh Kamarul akibat persaingan dengan
Sures yang lebih cemerlang daripadanya dan harapan tinggi yang dipertaruhkan
kepadanya.

iii. Persoalan kepentingan ilmu pengetahuan untuk masa depan


Contoh: Juriah mengingatkan Saridah tentang peperiksaan SPM lebih penting
daripada mengingati Kamarul.

iv. Persoalan persahabatan dalam kalangan remaja


Contoh: Gambaran persahabatan erat Saridah dengan Juriah.

v. Dunia kehidupan pelajar


Contoh: Gambaran suasana pelajar-pelajar tingatan 5 di sebuah sekolah.

vi. Persoalan kepentingan menjaga disiplin


Contoh: Mereka berkenalan dan berbual-bual tentang publisiti De Wega, tentang
semangat kesukanan, disiplin dan pengalaman diri.

vii. Persoalan kepentingan sukan untuk sekolah dan negara


Contoh: Kepentingan sukan untuk menaikkan imej sekolah dan negara. Kamarul
dan delegasi Malaysia ke Bangkok dan Kamarul berjaya dalam acara 100m dan
400m.
CERPEN
Hadiah
(Tie Camar)

Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan Azizah yang merupakan seorang pelajar miskin tidak mampu
membeli hadiah untuk guru kesayangannya iaitu Cikgu Zaleha. Azizah mencuba meminta
wang daripada ibu dan bapanya namun hampa. Ibu Azizah mencadangkan agar Azizah
membuat tudung saji untuk dijadikan hadiah Hari Guru untuk Cikgu Zaleha. Setelah
mempelajari cara menganyam tudung saji, Azizah berusaha untuk menyiapkan tudung saji
yang cantik sebagai hadiah untuk guru kesayangannya. Pada Hari Guru, setelah
menyerahkan hadiah kepada Cikgu Zaleha, Azizah dikejutkan oleh Cikgu Zaleha yang
menawarkannya supaya menyertai sebuah pertandingan. Azizah bersetuju lalu berusaha
sedaya upaya untuk menghasilkan pelbagai rekaan yang berkualiti dan menarik. Gadis ini
berjaya memenangi Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan seterusnya ke
peringkat negeri. Akhirnya, dia telah berjaya menambat hati juri dan hakim di peringkat
kebangsaan. Usaha gigih dan kerajinan yang ditunjukkan oleh Azizah ialah kejayaan Cikgu
Azizah yang terbesar.

Tema

Tema cerpen Hadiah karya Tie Camar ialah kegigihan dan kecekalan seorang murid yang
berjaya memperoleh kejayaan. Watak utama cerpen iaitu Azizah gigih dan cekal
menyiapkan tudung saji untuk Cikgu Zaleha serta menyertai Pertandingan Kraftangan
Peringkat Daerah. Seterusnya, Azizah berjaya melayakkan diri ke pertandingan peringkat
negeri seterusnya ke peringkat kebangsaan.
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam cerpen ini, antaranya:

i. Penghargaan kepada guru yang telah berjasa


Contoh : Azizah dan rakan-rakannya teruja untuk memberikan hadiah kepada guru
masing-masing yang telah berjasa sempena sambutan Hari Guru.

ii. Persoalan kegigihan dan kerajinan seorang murid


Contoh : Azizah gigih dan rajin menghasilkan tudung saji yang ingin dihadiahkan olehnya
kepada Cikgu Zaleha. Selain itu, dia juga gigih dan rajin menghasilkan pelbagai rekaan
yang berkualiti dan menarik sehingga memenangi Pertandingan Kraftangan Peringkat
Daerah.

iii. Persoalan kebijaksanaan menyelesaikan masalah


Contoh : Ibu Azizah mencadangkan pembuatan tudung saji sebagai ganti hadiah untuk
Cikgu Zaleha kerana mereka tidak berwang.
Kuih Bakul Limau Mandarin
(Mohd. Helmi Ahmad)
Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan Sim Pau, seorang ibu yang gembira apabila menerima panggilan
telefon daripada Lim Meng yang hendak pulang beraya. Namun berita gembira itu tidak
disenangi oleh Lim Pooi, si ayah yang masih menyimpan kemarahan terhadap anak
perempuannya itu. Anak bongsu keluarga berbangsa Cina itu dipersalahkan atas segala
musibah yang menimpa keluarga mereka termasuklah kematian anak sulung lelaki mereka,
Lim Foong. Sim Pau yang selama ini bersabar, akhirnya bersuara menentang suaminya.
Lim Pooi terkejut melihat keberanian isterinya. Sim Pau menceritakan segala-galanya
termasuklah punca kematian Lim Foong. Lim Pooi menginsafi kesalahannya. Sehari
sebelum Tahun Baru Cina, kepulangan Lim Meng disambut oleh kedua-dua orang tuanya
dengan perasaan terharu. Akhirnya, mereka berkumpul sebagai sebuah keluarga semula.

Tema

Kasih sayang keluarga yang kembali terjalin menjadi tema kepada cerpen Kuih Bakul
Limau Mandarin karya Mohd. Helmi Ahmad. Lim Pooi, Sim Pau dan Lim Meng berkumpul
semula sebagai sebuah keluarga setelah mereka melupakan konflik yang melanda mereka.

Persoalan

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam cerpen ini, antaranya:

i. Persoalan kepercayaan pada perkara khurafat


ii. Persoalan keegoan seorang bapa
Contoh : Lim Pooi tidak mahu menerima kepulangan Lim Meng kerana dia
berpendapat bahawa Lim Meng ialah punca segala kesedihannya.

iii. Persoalan keberanian menyuarakan pendapat


Contoh : Sim Pau berani menyuarakan pendapatnya tentang perkara sebenar yang
berlaku yang berkaitan dengan Lim Foong.

iv. Persoalan keinsafan seorang bapa


Lim Pooi menginsafi kesalahannya terhadap Lim Meng setelah mendengar perkara
sebenar daripada Sim Pau.

Contoh : Lim Pooi mempercayai bahawa kelahiran Lim Meng membawa malang
kepada keluarga dan perniagannya.
Oren
(Saifullizan Yahaya)

Sinopsis
Kehilangan Oren iaitu seekor kucing jantan membimbangkan ayah sekeluarga. Aku
berpendapat bahawa kehadiran Kelabu, juga seekor kucing jantan telah menyebabkan Oren
membawa diri. Ayah teringat ketika Oren dibawa pulang olehnya. Hal ini membuatkan ibu
tertanya-tanya kerana ayah tidak suka akan kucing. Kemudian, pertanyaan ibu terjawab
kerana ibu kepada Oren dilanggar oleh ayah tanpa disedari. Akibat terlalu bimbang, ayah
bermimpikan Oren yang pulang ke rumah. Keesokannya, Anis menemukan Oren yang telah
mati. Air menggenangi mata ayah.

Tema
Tema cerpen Oren ialah kasih sayang antara manusia dengan haiwan. Ayah membawa
Oren pulang selepas kematian ibu Oren malahan ayah sekeluarga amat bimbang apabila
Oren hilang dari rumah.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam cerpen ini, antaranya:
i. Persoalan belas kasihan terhadap haiwan
Contoh : Ayah membawa Oren pulang ke rumah setelah ibu Oren mati.

ii. Persoalan keprihatinan terhadap haiwan


Contoh : Ayah menunjukkan keprihatinannya terhadap Oren apabila memelihara
Oren selepas kematian ibu Oren.

iii. Persoalan sikap pilih kasih


Contoh : Layanan yang diberikan oleh ayah dan keluarganya terhadap Kelabu
berbeza dengan layanan mereka terhadap Oren. Kelabu lebih mendapat perhatian
mereka berbanding Oren.
DRAMA
Hadiah
(Aripin Said)

Sinopsis
Setelah kematian Sarjan Akhbar, keluarga Sarjan Akhbar mengalami masalah kewangan.
Hayati tidak dapat menjelaskan bayaran asrama lalu mengambil keputusan pulang ke
kampung buat sementara waktu. Keluarga Hayati hanya bergantung hidup kepada
datuknya, Pak Mail yang menerima pencen yang sedikit. Masalah mereka telah diadukan
kepada penghulu kampung dan guru besar. Mereka berjanji akan membantu keluarga
Hayati. Nasib menyebelahi Hayati sekeluarga apabila wakil daripada Kementerian
Pertahanan menyampaikan bantuan sebanyak RM10,000.00 atas jasa ayahnya yang
terkorban semasa mempertahankan negara. Dengan bantuan yang diperoleh, Hayati dapat
meneruskan persekolahannya.

Pemikiran
Pemikiran drama Hadiah tulisan Aripin Said ialah hikmah kesabaran ketika berhadapan
dengan dugaan hidup. Buktinya, Hayati dan keluarganya bersabar dalam mendepani
masalah kewangan. Kesabaran mereka terbalas apabila mereka memperoleh hadiah
berbentuk wang tunai.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam drama ini, antaranya:
i. Persoalan ketabahan menghadapi dugaan dalam kehidupan
Contoh : Fauziah tabah menerima kematian suaminya, Sarjan Akhbar yang terkorban
semasa bertempur di sempadan.

ii. Persoalan penghargaan terhadap jasa seseorang


iii. Persoalan berusaha untuk menyelesaikan masalah
Contoh : Pak Mail berusaha untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi oleh
keluarganya dengan mengadukan hal mereka kepada Datuk Penghulu.

iv. Persoalan adab menerima tetamu


Contoh : Pak Mail menjemput Datuk Penghulu dan Encik Musa naik ke rumah lalu
menjemput mereka duduk sebagai adab melayan tetamu.

Contoh : Kementerian Pertahanan telah menghantar Encik Musa sebagai wakil mereka
untuk menyerahkan sekeping cek bernilai RM10,000.00 kepada Fauziah sekeluarga
sebagai penghargaan atas jasa Sarjan Akhbar.
PUISI MODEN
Aku
(Rosli K.Matari)

Maksud Sajak
Rangkap 1
Penyajak mendapati dirinya keseorangan tanpa ada manusia lain di pantai ini.

Rangkap 2
Penyajak menyusuri sepanjang pesisir pantai sambil membayangkan dirinya ialah Nabi
Adam.

Rangkap 3
Penyajak menggambarkan hari tersebut seolah-olah merupakan hari Nabi Adam iaitu
manusia pertama yang dicipta oleh Tuhan. Pada hari itu, baginda dapat melihat keindahan
alam ciptaan Tuhan buat kali pertama.

Rangkap 4
Sebelum baginda dicipta oleh Tuhan, baginda tidak pernah mendengar deruan ombak.

Rangkap 5
Baginda juga tidak pernah merasai tiupan angin.

Rangkap 6
Baginda juga tidak pernah mengetahui kewujudan hidupan laut dan tumbuh-tumbuhan di
situ.

Rangkap 7
Baginda percaya akan kekuasaan Tuhan yang Maha pencipta kerana baginda baru sahaja
dicipta.
Tema
Tema sajak Aku karya Rosli K. Matari ialah percaya akan kewujudan Tuhan.
Penyajak menyatakan kewujudan Tuhan dengan membuktikannya melalui manusia dan
alam yang dicipta oleh-Nya.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi ini, antaranya:
i. Persoalan kesyukuran terhadap kurniaan Tuhan
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa manusia harus bersyukur kepada Tuhan yang
mencipta hidupan dan alam ini.

ii. Persoalan ketaatan kepada Tuhan


Contoh : Penyajak menyatakan bahawa manusia sebagai ciptaan Tuhan harus taat
kepada Tuhan.

iii. Persoalan kedamaian alam semula jadi


Contoh : Penyajak menggambarkan keindahan alam semula jadi melalui angin yang
bertiup di mana-mana dan bunyi ombak.
Kita Umpama Sehelai Daun
(SMahadzir)

Maksud Sajak
Rangkap 1
Kehidupan manusia di muka bumi ini ibarat sehelai daun. Manusia dilahirkan, membesar
dan menjadi dewasa. Manusia harus mampu menyumbangkan jasa kepada insan lain agar
dapat menerangi kehidupan mereka seterusnya keluar daripada belenggu penderitaan.

Rangkap 2
Sekiranya kita gagal untuk menjadi manusia yang berbuat jasa, tiada ruang dan peluang
untuk sesiapa yang hidup dalam kepayahan untuk bergantung harap.

Rangkap 3
Kehidupan manusia ibarat sehelai daun yang bakal menjadi tua lalu mati. Oleh itu, kita tidak
seharusnya bersikap sombong dengan kelebihan yang kita miliki sehingga melupakan
kesusahan hidup orang lain yang bergantung harap kepada kita.

Rangkap 4
Jadikanlah hidup kita seperti sehelai daun yang menyumbangkan jasa semasa hidup
malahan setelah mati, jasa dan bakti kita masih dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

Tema
Tema sajak, Kita Umpama Sehelai Daun tulisan SMahadzir ialah manusia seharusnya
berbuat jasa dalam kehidupan.
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi ini, antaranya:
i. Persoalan berbuat jasa kepada orang lain
Contoh : Penyajak menyarankan pembaca agar hidup berjasa kepada orang lain
seperti daun yang mampu menjadi teduhan unggas daripada panas matahari.

ii. Persoalan sikap rendah hati


Contoh : Penyajak menyarankan pembaca agar mengamalkan sikap rendah hati iaitu
tidak sombong akan kebolehan diri.

iii. Persoalan keprihatinan terhadap orang lain


Contoh : Penyajak menyarankan pembaca supaya prihatin akan kesusahan hidup
orang lain.
Kuingin Berterima Kasih
(Ihsan Noorzali)

Maksud Sajak
Rangkap 1
Penyajak berterima kasih kepada hujan yang turun membasahi bumi. Kehadiran hujan
menyejukkan suasana dan jiwa manusia. Kedinginan yang dibawa mampu meredakan api
kemarahan.

Rangkap 2
Penyajak juga ingin berterima kasih dan berbakti kepada tanah yang subur. Tanah yang
subur telah memberikan rezeki dan pendapatan kepada para petani.

Rangkap 3
Penyajak juga ingin berterima kasih kepada ikan-ikan di laut kerana memberikan rezeki
kepada nelayan.

Rangkap 4
Penyajak juga berasa amat kagum atas pengorbanan para perajurit yang telah banyak
berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh.
Pengorbanan mereka itu mempamerkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi seorang
rakyat terhadap tanah air.

Rangkap 5
Kadangkala penyajak teringin untuk menjadi sukarelawan yang dapat mengubati kedukaan
dan penderitaan mangsa peperangan. Penyajak juga berharap dapat memberikan
kesedaran kepada masyarakat dunia betapa peperangan hanya akan menimbulkan lebih
banyak kehancuran dan penderitaan.
Rangkap 6
Penyajak berpendapat bahawa dunia akan lebih aman dan damai jika semua pihak dapat
berfikir secara waras dan bersama-sama berganding bahu menuju kejayaan dan keamanan
sejagat.

Tema
Manusia yang bersyukur atas nikmat yang diterima menjadi tema kepada sajak Kuingin
Berterima Kasih karya Ihsan Norzali. Jika semua manusia mengamalkan nilai kesyukuran,
dunia akan menjadi sebuah tempat yang aman untuk didiami oleh manusia.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi ini, antaranya:
i. Persoalan kepentingan hujan kepada hidupan
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa hujan yang turun mampu menyejukkan
suasana dan jiwa manusia.

ii. Persoalan kepentingan berbakti kepada tanah


Contoh : Penyajak menyatakan bahawa petani yang rajin bercucuk tanam akan
memperoleh hasil yang lumayan.

iii. Persoalan penghargaan kepada perwira negara


Contoh : Penyajak menyatakan bahawa dia berasa kagum akan semangat
patriotisme yang dimiliki oleh perwira negara dalam mempertahankan kedaulatan
negara.

iv. Persoalan kesedaran untuk mengekalkan keamanan dunia


Contoh : Penyajak menyatakan bahawa dunia akan menjadi tempat yang indah
apabila semua orang menyedari kepentingan hidup bersama-sama dengan aman.
Kunci Bahasa
(Abdul Hadi Yusof)

Maksud Sajak
Rangkap 1
Penyajak menegaskan bahawa bahasa yang bermaruah digambarkan oleh penutur yang
berbicara dan bertutur dengan bahasa yang betul dan penuh kesantunan.

Rangkap 2
Penyajak menyatakan bahasa yang maju sentiasa mengalami perubahan yang dinamik dan
bersistematik walaupun berlaku perubahan zaman.

Rangkap 3
Sejak dahulu lagi, susunan bahasa dibuat begitu sistematik sehingga tidak timbul sebarang
kekeliruan.

Rangkap 4
Penggunaan bahasa yang bersusila menjadi pengikat hubungan sesama insan.

Rangkap 5
Bahasa juga digunakan untuk berkomunikasi.

Rangkap 6
Bahasa didapati begitu indah melalui ungkapan-ungkapan dan susunan kata serta bahasa
yang puitis.
Tema
Tema yang ingin disampaikan oleh Abdul Hadi Yusof dalam sajaknya Kunci Bahasa ialah
kepentingan bahasa kepada setiap masyarakat di dunia amnya dan Malaysia khasnya.
Bahasa memiliki pelbagai kepentingan dalam kehidupan masyarakat misalnya bahasa itu
digunakan dalam komunikasi sesama manusia. Tanpa bahasa kehidupan masyarakat akan
terbatas.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi ini, antaranya:
i. Persoalan penggunaan bahasa yang bersusila
Contoh: Penyajak menyatakan bahawa bahasa yang digunakan secara bersusila
menggambarkan keperibadian penuturnya serta mengelakkan hati orang lain
tergores .

ii. Persoalan silaturahim yang terjalin melalui bahasa


Contoh: Penyajak menyatakan bahawa hubungan sesama manusia terjalin melalui
bahasa yang difahami oleh kedua-dua pihak.

iii. Persoalan perkembangan bahasa


Contoh: Penyajak menyatakan bahawa bahasa seharusnya menerima perkataan-
perkataan baharu untuk membolehkan bahasa itu berkembang.
PUISI TRADISIONAL
Pantun Dua Kerat
(Pantun kanak-kanak)

Maksud Pantun
Rangkap 1
Hubungan antara Tuhan dengan manusia amat dekat kerana manusia diciptakan oleh
Tuhan. Oleh itu, manusia harus mentaati perintah Tuhan dan menjauhi larangan-Nya.

Rangkap 2
Penyajak berpendapat bahawa orang yang berselimut iaitu kiasan kepada orang yang tidak
mahu melakukan apa-apa akan menyebabkan orang itu menjadi malas.

Rangkap 3
Setiap manusia dilahirkan dengan warna kulit yang berbeza namun orang yang berkulit
hitam manis tetap cantik pada pandangan penyajak.

Rangkap 4
Penyajak menyatakan bahawa orang yang tidak mahu berusaha tidak akan dapat
menikmati kehidupan yang senang.

Rangkap 5
Menurut penyajak, kedua-dua belah tangan memiliki fungsi masing-masing. Kedua-duanya
mesti kita gunakan dengan baik untuk berusaha memajukan diri.

Tema
Tema pantun kanak-kanak di atas ialah kepelbagaian ragam manusia. Menurut penyair,
manusia memiliki perwatakan dan tingkah laku yang berbeza-beza.
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi tradisional ini, antaranya:
i. Persoalan sikap malas merugikan diri
Contoh: Penyajak menyatakan bahawa manusia yang malas berusaha akan terus
hidup dalam kedaifan.

ii. Persoalan ketaatan kepada Tuhan


Contoh: Penyajak menyatakan bahawa manusia sebagai ciptaan Tuhan harus taat
kepada Tuhan.

iii. Persoalan setiap manusia memiliki keistimewaan tersendiri


Contoh: Penyajak menggambarkan orang yang berkulit hitam manis tetap cantik
dipandang.

iv. Persoalan kegigihan untuk mencapai kejayaan


Contoh: Penyajak berpendapat bahawa kedua-dua belah tangan mesti digunakan
untuk mencapai kejayaan dalam hidup.
Syair Pohon Buluh
(Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh)

Maksud Syair
Rangkap 1
Serumpun buluh digambarkan ibarat sebuah menara yang tinggi yang bertingkat-tingkat
tetapi tidak memiliki bilik dan tangga. Setiap ruas buluh dikawal oleh miang buluh.

Rangkap 2
Dedaun buluh umpama kibaran bendera dari pangkal rumpun buluh hingga puncak buluh
yang paling atas. Secara umumnya, saiz daun buluh adalah sama.

Rangkap 3
Kepelbagaian saiz buluh dalam rumpun yang sama menggambarkan kesatuan yang kuat.

Rangkap 4
Sifat buluh adalah licin sama ada di luar atau di dalam buluh. Bahagian dalam batang buluh
diumpamakan gelap seperti malam malah boleh menakung air tanpa tumpah. Rumpun
buluh yang banyak menyebabkan kawasan sekitar menjadi teduh.

Tema
Keistimewaan pohon buluh merupakan tema bagi syair Pohon Buluh yang terdapat dalam
puisi tradisional tingkatan satu . Pohon buluh digambarkan hidup dalam rumpun yang saling
membantu dan memberikan manfaat kepada manusia boleh diumpamakan dengan manusia
yang hidup bermasyarakat.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi tradisional ini, antaranya:
i. Persoalan sikap saling melengkapi dalam semua perkara
Contoh: Penyajak menyatakan bahawa buluh menjadi kuat kerana setiap batang
buluh berperanan untuk melengkapi batang-batang yang lain.
ii. Persoalan kesamarataan darjat
Contoh: Penyajak menyatakan bahawa saiz daun buluh adalah sama dari pangkal
perdu buluh hingga pucuk yang teratas.

iii. Persoalan keteguhan melalui penyatuan


Contoh: Penyajak menyatakan bahawa rumpun buluh hidup subur dan kuat
walaupun terdapat saiz buluh yang berbeza-beza di dalam rumpunnya.
PROSA TRADISIONAL
Asal Padi
Sinopsis

Cerita ini mengisahkan sepasang suami isteri yang kaya telah meninggal dunia. Kedua-dua
orang anak lelaki mereka yang masih kecil dianiaya oleh penjahat. Harta yang tinggal
hanyalah sebuah kolam ikan. Suatu hari, Si Bongsu melihat tujuh orang perempuan sedang
bersiap-siap untuk pulang ke kayangan. Si Bongsu mendapat keizinan untuk ke kayangan.
Di kayangan, Si Bongsu ditinggalkan sendirian. Dia melihat sesuatu yang berkilau-kilau
seperti emas, sedang dijemur di tengah-tengah dusun. Rupa-rupanya, sesuatu yang
berkilau-kilau itu ialah padi. Si Bongsu ingin meminta sedikit padi untuk ditanam di bumi
tetapi tidak dibenarkan oleh empunya padi itu. Apabila berpeluang, Si Bongsu mengambil
segenggam padi lalu melarikan diri. Dia dapat ditangkap lalu dicederakan oleh empunya
padi hingga tumitnya luka. Si Bongsu bermohon supaya dia dibenarkan bekerja dengan
empunya padi. Si Bongsu berjaya menyembunyikan segenggam padi dan memberitahu
empunya padi bahawa dia mahu kembali ke bumi. Di bumi, Si Bongsu menanam padi dan
berbuah dengan lebat tetapi padi di kayangan sudah tidak menjadi kerana daya hidup padi
di kayangan telah hilang. Empunya padi telah menghantar burung pipit untuk menyiasat jika
padi hidup di bumi. Burung pipit pulang ke kayangan lalu melaporkan bahawa tiada tanaman
padi di bumi. Namun empunya padi tidak percaya lalu menghantar Si Tekuri pula. Si Tekuri
akan membunuh pipit jika di bumi ada padi jika sebaliknya, pipit akan membunuh Si Tekuri.
Sebaik-baik tiba di bumi, Si Tekuri mendapati burung pipit berkata bohong, lalu Si Tekuri
berkelahi dengan burung pipit. Burung pipit telah kalah lalu kerongkongnya disepit oleh Si
Tekuri dengah kuat hingga temboloknya telah beralih ke arah tengkuknya. Itulah punca
tembolok burung pipit berada di tengkuknya dan inilah asal usul padi di bumi.
Tema
Tema cerita Asal Padi yang terdapat dalam Prosa Tradisional Tingkatan Satu ialah
kebijaksanaan seseorang dalam menyelesaikan masalah. Si Bongsu bijak menyelesaikan
masalah dalam usahanya mendapatkan padi yang berasal daripada kayangan untuk dibawa
pulang ke bumi.

Persoalan

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam cerita ini, antaranya:

i. Persoalan keberanian melakukan sesuatu tindakan


Contoh: Si Bongsu dengan berani memasukkan padi itu ke dalam mulutnya dan
melarikan diri namun dapat ditangkap oleh empunya padi sehingga tumitnya luka.

ii. Persoalan kebijaksanaan mencari akal


Contoh: Si Bongsu mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di
dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh empunya padi.

iii. Persoalan persoalan mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain


Contoh: Orang-orang jahat telah mengambil segala harta yang ditinggalkan oleh
pasangan suami isteri kepada anak-anak mereka yang masih kecil.

iv. Persoalan bersungguh-sungguh menjaga hak


Contoh: Empunya padi benar-benar memastikan padi yang ditanamnya tidak dicuri
orang.

Anda mungkin juga menyukai