Anda di halaman 1dari 6

Faktor Glass Ceilings dalam Kalangan Guru Wanita di Kolej Vokasional

Nur Akmal binti Hassan1, a*, Mimi Mohaffyza binti Mohamad2,b

Glass ceilings merupakan satu metafora yang terbina di sepanjang perjalanan karier seorang wanita.
akibat diskriminasi terhadap mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan faktor glass
ceilings yang dominan dalam kalangan guru-guru wanita Kolej Vokasional, serta mencari perbezaan
glass ceilings antara guru wanita teknologi dan guru wanita bukan teknologi, selain mencari
perbezaan faktor glass ceilings dalam kalangan guru wanita yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia
(SKM) dengan guru wanita yang tidak memiliki SKM, dan untuk mencari perbezaan glass ceilings
dalam kalangan guru wanita mengikut kumpulan umur. Kajian kuantitatif dengan kaedah tinjauan ini
melibatkan 169 orang guru wanita dari keseluruhan 296 polulasi guru wanita di 6 buah Kolej
Vokasional di seluruh Negeri Sembilan. Instrumen yang digunapakai adalah adaptasi dari Career
Pathways Survey (CPS) yang digunakan untuk mengukur tahap glass ceilings responden. Dapatan
kajian dianalisis secara diskriptif untuk mendapatkan faktor glass ceilings yang dominan dan secara
inferensi dengan menggunakan Ujian T untuk mendapatkan perbezaan faktor glass ceilings antara
guru wanita teknologi dan guru wanita bukan teknologi, juga antara guru wanita yang memiliki SKM
dan tidak memiliki SKM. ANOVA pula digunakan untuk mencari perbezaan glass ceilings mengikut
kumpulan umur. Hasil analisis data menunjukkan faktor resilience adalah faktor yang paling
dominan, diikuti dengan denial, acceptance dan yang terakhir adalah resignation. Dapatan juga
menunjukkan terdapat perbezaan terhadap faktor resilience, acceptance dan denial antara guru
wanita yang mengajar subjek teknologi dan guru wanita yang tidak mengajar subjek teknologi,
manakala resignation tidak menunjukkan perbezaan antara dua golongan guru wanita ini. Terdapat
perbezaan bagi faktor denial, acceptance dan resilence antara guru wanita yang memiliki SKM,
manakala faktor resignation tidak menunjukkan perbezaan. Manakala, tidak terdapat perbezaan
faktor glass ceilings dalam kalangan guru wanita mengikut kumpulan umur. Kesimpulannya, guru-
guru wanita di Kolej Vokasional merasa kehadiran glass ceilings dalam kerjaya mereka, dan
membuat tindak balas yang bersesuaian dengan dengan situasi yang mereka hadapi kini untuk
mencapai keseimbangan kehidupan, iaitu antara tuntutan kerjaya dan keluarga.

Keywords: Glass ceilings, guru wanita, acceptance, denial, resilience, resignation

Corresponding author
Nur Akmal binti Hassan*
1
Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
Batu Pahat,
Johor, Malaysia
a
e-mail: akmalnur1984@gmail.com
2
Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
Batu Pahat,
Johor, Malaysia
b
e-mail: mimi@uthm.edu.my
1 Pengenalan
Kerjaya seorang guru di sekolah menuntut untuk guru wanita membuat keputusan dalam
organisasi, tetapi terdapat pihak yang memandang rendah keupayaan wanita ini untuk bertindak
sebagai pemimpin dan pembuat keputusan, walaupun mereka mempunyai pengalaman dan kelayakan
yang setara dangan pemimpin lelaki [1]. Kekangan dan persepsi yang dimiliki oleh mereka ini
merupakan satu diskriminasi terhadap kebolehan guru-guru wanita ini dalam kerjaya mereka, dan ini
akan mewujudkan glass ceilings dalam perjalanan kerjaya mereka. Perkara ini sering terjadi terhadap
wanita yang bekerja dalam organisasi yang dimonopoli oleh kaum lelaki [2], [3], dan juga dalam
bidang perguruan yang melibatkan kemahiran di mana guru lelaki lebih ramai dan mendominasi,
berbanding guru perempuan [2], [4]
Dalam konteks guru wanita yg mengajar subjek teknologi dan vokasional, subjek ini dimonopoli
oleh kaum lelaki [2], oleh kerana subjek vokasional yang dikenali sebagai subjek yang bersifat
hands-on dan kasar [2], ini mewujudkan satu persepsi yang kurang menyenangkan kepada guru-guru
wanita untuk meneruskan kerjaya mereka dalam bidang tersebut. Prejudis terhadap kemampuan guru
wanita untuk mengajar dalam subjek teknologi dan vokasional juga menjadi salah satu masalah glass
ceilings yang dihadapi oleh guru-guru ini, kerana situasi pekerjaan yang negatif terhadap mereka [5]
dan kemampuan mereka dipersoal walaupun mendapat latihan perguruan yang mencukupi untuk
mengajar subjek ini. Oleh yang demikian kajian ini cuba menjelaskan mengenai faktor glass ceilings
dalam kalangan guru wanita mengikut kumpulan umur, mengajar teknologi dan bukan teknologi, dan
memiliki Sijil Kemahiran Malaysia dan tidak memiliki di Kolej Vokasional di seluruh Negeri
Sembilan, selain mencari faktor glass ceilings yang dominan dalam kalangan guru-guru wanita ini.

2 Sorotan Kajian
Istilah glass ceilings mula popular selepas istilah ini digunakan oleh The Wall Street Journal
oleh wartawan Hymowitz dan Schellhardt pada 1986 [6], dalam menggambarkan halangan konsep
glass ceilings mempengaruhi wanita dalam peningkatan kerjaya wanita. Glass ceilings adalah
metafora yang digunakan untuk mendefinisikan halangan dan cabaran di hadapan wanita yang
bekerjaya untuk mencari pangkat yang lebih tinggi atau peluang untuk menjawat jawatan dalam
pengurusan dalam sesebuah organisasi [7]. Dalam model glass ceilings, terdapat empat faktor,
resignation, denial, acceptance dan resilience [7]. Dalam model glass ceilings, jika faktor resilience
dominan dalam keempat-kempat faktor glass ceilings, maka boleh dikatakan bahawa wanita
mempunyai keinginan yang tinggi dalam meneruskan kerjaya mereka, berbanding faktor acceptance,
yang memberi gambaran bahawa wanita mempunyai kepuasan yang tinggi dalam keadaan kerjaya
mereka kini.
Kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan glass ceilings berlaku dalam hampir
kesemua bidang pekerjaan seperti ketenteraan [8], perkhidmatan awam [9], bidang perubatan [10]
dan juga bidang pendidikan [11].

3 Metodologi
Kajian yang dijalankan ini merupakan satu kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan bagi
mengenalpasti faktor glass ceilings dalam kalangan guru-guru wanita di Kolej Vokasional di Negeri
Sembilan.
3.1 Populasi dan sampel
Populasi kajian adalah keseluruhan populasi guru-guru wanita yang mengajar di Kolej Vokasional di
seluruh Negeri Sembilan. Responden yang telibat adalah seramai 196 orang guru wanita, dari 6 buah
Kolej Vokasional di Negeri Sembilan, dan kaedah persampelan rawak digunakan. Bilangan responden
ditentu berdasarkan Jadual Penentuan Saiz Sampel oleh Krejcie dan Morgan (1970).
3.2 Instrumen kajian
Instrumen yang digunapakai adalah adaptasi dari Career Pathway Survey (CPS), yang
mengandungi 40 item yang terdiri dari empat konstruk, iaitu acceptance, denial, resilience dan
resignation. Instrumen ini yang diadaptasi dari Bahasa Inggeris telah diterjemah ke Bahasa Melayu
oleh Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM). Maka, instrumen tersebut harus melalui kesahan
dan kebolehpercayan sebelum diedar kepada responden. Untuk kesahan dalaman, instrumen telah
diberikan kepada tiga orang pakar untuk mengesahkan kandungan instrumen untuk memastikan item
yang digunakan memenuhi kehendak dan pekara yang hendak diukur dengan tepat, yang dibuat
secara kuantitatif dan pertimbangan secara personal [12]. Kesahan dalaman telah dilakukan oleh tiga
orang pakar dari bidang Teknikal dan Vokasional serta Pengurusan Teknologi dari Fakulti Pendidikan
Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Jadual menunjukkan item yang perlu
ditambahbaik mengikut peratus persetujuan pakar [13].

Jadual 1 : Jadual Persetujuan Pakar


Peratus
Pakar A Pakar B Pakar C
Konstruk Item setuju
1 2 3 1 2 3 1 2 3 %
10 67
11 67
Denial
13 67
15 67
18 33
Resignation
20 33
3 67
Resilience 16 33
32 67

Acceptance 14 67
23 67

Bagi menentukan kebolehpercayaan instrumen, kajian rintis dijalankan bagi mendapatkan pekali
cronbach alpha instrumen. Konstruk yang mempunyai pekali cronbach alpha melebihi .6 boleh
diterima [14]. Kajian rintis telah dijalankan dan keputusan pekali cronbach alfa adalah seperti jadual.
Keempat-empat konstruk dalam instrumen mempunyai pekali cronbach alpha melebihi .6, dan
kesemua item dikekalkan di dalam instrumen. Kajian diteruskan menggunakan instrumen yang telah
diuji kesahan dan kebolehpercayaannya.
Jadual 2: Kebolehpercayaan Konstruk
Konstruk Item Cronbach
alpha
1. Resignation 5, 8, 17, 18, 20, 26, 31, 34, 35, 36, 37 .624
2. Acceptance 2, 12, 14, 19, 22, 23, 28 .618
3. Resilience 3, 6, 16, 21, 24, 25, 27, 29, 32, 33, 38, 40 .931
4. Denial 1, 4, 7, 9, 10, 11, 13, 15, 30, 39 .692
3.3 Analisis data
Bagi mencari faktor glass ceilings yang dominan dalam kalangan guru-guru wanita di Kolej
Vokasional, tahap min skor faktor glass ceilings telah dicari. Bagi mencari perbezaan faktor glass
ceilings dalam kalangan guru wanita mengikut kumpulan umur, analisis ANOVA telah digunakan
untuk mencari perbezaan faktor glass ceilings antara kumpulan umur guru wanita tersebut. Ujian T
digunakan untuk mencari perbezaan faktor glass ceilings dalam kalangan guru wanita yang mengajar
subjek teknologi dan yang tidak mengajar subjek teknologi. Ujian-T juga digunakan untuk mencari
perbezaan faktor glass ceilings dalam kalangan guru wanita yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia
dan tidak memiliki Sijil Kemahiran Malaysia.

4 Keputusan
Kajian melibatkan guru-guru wanita yang mengajar di Kolej Vokasional di seluruh Negeri
Sembilan seramai 169 orang. 50.89% dari guru-guru ini mengajar subjek teknologi dan 49.11% tidak
mengajar subjek teknologi. 46.75% dari guru wanita ini memiliki Sijil Kemahiran Malaysia, manakala
53.25% tidak memiliki Sijil Kemahiran Malaysia. 9 orang guru dengan julat umur 21 tahun hingga 30
tahun, 91 orang guru berumur 31 tahun hingga 40 tahun, 50 guru berusia 41 tahun hingga 50 tahun
dan 19 orang guru berusia 51 tahun hingga 60 tahun.
Faktor resilience merupakan faktor glass ceilings yang paling dominan dalam kalangan guru-guru
wanita di Kolej Vokasional, dengan min 4.0 (sisihan piawai = 0.332) iaitu skor min tinggi, diikuti
dengan denial dengan min 3.86 (sisihan piawai = 0.293) iaitu skor min tinggi. Acceptance juga
mempunyai skor min tinggi dengan min 3.78 (sisihan piawai = 0.421). faktor yang paling tidak
dominan adalah resignation dengan min 3.49 (sisihan piawai = 0.4) iaitu skor min sederhana. Ujian
kenormalan memberi bacaan skewness dan kurtosis dalam julat -2 dan +2, menunjukkan data adalah
bertabur secara normal [15].
Analisis ANOVA telah digunakan untuk mendapatkan perbezaan faktor glass ceilings dalam
kalangan guru wanita mengikut kumpulan umur. Bagi faktor resignation, tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara kumpulan umur guru wanita (F(3,165) = 1.436, p = 0.234). Bagi faktor
denial juga tiada perbezaan yang signifikan antara kumpulan umur guru wanita (F(3,165) = 1.254, p
= 0.292). Untuk faktor acceptance juga, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan
umur guru wanita (F(3,165) = 1.533, p = 0.208). Faktor resilience juga tidak menunjukkan
perbezaan yang signifikan antara kumpulan umur guru wanita (F(3,165) = 2.132, p = 0.98). Ujian T
telah dijalankan untuk mencari perbezaan faktor glass ceilings dalam kalangan guru wanita teknologi
dan bukan teknologi. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi faktor denial
antara guru teknologi (M = 2.81, SD =0.32) dengan guru wanita bukan teknologi (M = 3.91, SD =
0.25) dengan t(167) = -2.41, p = 0.017. faktor acceptance juga menunjukkan perbezaan yang
signifikan antara guru wanita teknologi (M = 3.69, SD = 0.46) dengan guru wanita bukan teknologi
(M = 3.87, SD = 0.36) dengan t(167) = -2.74, p = 0.007. Resilience menunjukkan perbezaan yang
signifikan antara guru wanita teknologi (M = 3.90, SD = 0.36) dengan guru wanita bukan teknologi
(M = 4.11, SD = 0.27) dengan t(167) = -4.28, p = 0.000. Bagi faktor resignation, tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara guru wanita teknologi (M = 3.51, SD = 0.43) dengan guru wanita
bukan teknologi (M = 3.47, SD = 0.37) dengan t(167) = 0.66, p = 0.512. Untuk mendapatkan
perbezaan faktor glass ceilings antara guru wanita yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia dan tidak,
Ujian T juga digunakan. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara guru
wanita yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (M = 3.80, SD = 0.32) dengan guru wanita yang
tidak memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (M = 3.90, SD = 0.25) dengan t(167) = -2.13, p = 0.034
untuk faktor denial. Dapatan juga menunjukkan terdapatperbezaan yang signifikan bagi faktor
acceptance, antara guru wanita yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (M = 4.10, SD = 0.36)
dengan t(167) = -3.36, p = 0.001. Faktor resilience menunjukkan terdapat perbezaan yang signikan
antara guru wanita yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (M = 3.88, SD = 0.34) dengan guru
wanita yang tidak memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (M = 4.10, SD = 0.28) dengan t(167) = -4.54, p
= 0.000. Bagi faktor resignation pula, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara guru wanita
yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (M = 3.49, SD = 0.43) dengan guru wanita yang tidak
memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (M = 3.48, SD = 0.37) dengan t(167) = 0.17, p = 0.865.

5 Perbincangan
Faktor resilience dominan dalam kalangan responden disebabkan para guru wanita ini mempunyai
kelayakan yang bersesuaian dengan kerjaya mereka. Guru wanita juga berpendapat bahawa jika
mereka mendapat sokongan dari suami atau pasangan mereka, mudah bagi mereka untuk mereka
berjaya dalam kerjaya mereka, kerana memang wujud masalah untuk menyeimbangkan antara kerjaya
dan keluarga, bagi golongan wanita yang bekerjaya [16]. Kegagalan untuk menyeimbangkan antara
keluarga dan kerjaya ini memberi kesan kepada kerjaya mereka dan ini boleh disifatkan sebagai satu
pembaziran modal insan yang sangat merugikan kepada organisasi [3]. Ketiadaan perbezaan dalam
keempat-empat faktor glass ceilings dalam kalangan guru wanita ini mengikut kumpulan umur
membuktikan bahawa guru-guru wanita di Kolej Vokasional, tidak mengira umur merasai kesan
glass ceilings sepanjang perjalanan karier mereka.
Melalui dapatan kajian, terdapat perbezaan yang signifikan antara guru wanita teknologi dan guru
wanita bukan teknologi bagi faktor denial, kerana bagi satu golongan, mereka berpendapat bahawa
dalam kerjaya, kaum lelaki tidak menghadapi masalah dan diskriminasi, seperti masalah seksisme di
tempat kerja dan keputusan sebagai ketua dipersoal kerana mereka mereka adalah lelaki. Bagi faktor
acceptance, hasil dapatan menunjukkan satu golongan guru wanita di Kolej Vokasional lebih
cenderung untuk mencari kebahagiaan hidup yang lain, berbanding kejayaan mereka di tempat kerja.
Konflik untuk menyeimbangkan antara keluarga dan kerjaya mungkin timbul dalam kehidupan
mereka [16]. Bagi resilience, terdapat perbezaan antara guru wanita teknologi dan bukan teknologi
terhadap faktor ini. Ini bermakna, satu golongan guru wanita ini yakin mereka boleh meneruskan
kerjaya mereka ke peringkat lebih tinggi, walaupun terdapat persepsi-persepsi negatif di sekeliling
mereka mengenai kebolehan mereka [4]. Untuk resignation, kedua-dua kumpulan guru wanita
memberikan gambaran bahawa mereka berasa selesa di tempat mereka kini, tanpa perlu bersaing
dengan rakan lelaki mereka untuk membuktikan kebolehan mereka dan mencari penghormatan dan
penghargaan dalam kerjaya [2]. Dalam keadaan ini, boleh dikatakan guru-guru wanita di Kolej
Vokasional mencari jalan selamat dalam kehidupan kerjaya mereka, di mana mereka lebih
mementingkan kesejahteraan hidup mereka [16] berbanding kerjaya.
Terdapat perbezaan bagi faktor acceptance dalam glass ceilings antara guru wanita yang memiliki
Sijil Kemahiran Malaysia dan yang tidak memiliki Sijil Kemahiran Malaysia. Wanita yang diberi
peluang untuk naik pangkat, tidak akan menolak kenaikan pangkat tersebut [17]. Ini kerana memiliki
Sijil Kemahiran Malaysia membuktikan guru-guru wanita ini mampu untuk berdiri sama tinggi
dengan guru-guru lelaki, maka peluang untuk naik pangkat tidak harus dipersiakan oleh mereka.
Bagi faktor denial, wujud perbezaan persepsi terhadap faktor ini antara dua golongan guru wanita
ini, menunjukkan bahawa terdapat satu golongan guru wanita ini yang merasakan masalah-masalah
yang mereka hadapi, juga dihadapi oleh guru-guru lelaki di Kolej Vokasional. Ini kerana dengan
memiliki Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang-bidang kemahiran tertentu, guru-guru wanita
merasakan cabaran mereka sama seperti apa yang guru lelaki hadapi. Faktor resilience berbeza di
antara kedua golongan guru ini. Ada antara golongan guru ini bersedia untuk berubah dan
meneruskan perjalanan kerjaya mereka ke peringkat yang lebih tinggi dan ada yang memikirkan
sebaliknya. Kemampuan untuk membuat keputusan yang penting adalah merupakan satu kemahiran
yang penting [1], dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia membuktikan golongan guru wanita ini
mampu untuk membuat keputusan dalam organisasi dan dalam pembelajaran. Faktor resignataion
adalah tidak berbeza bagi kedua golongan ini. Ini bermaksud wanita merasakan mereka tidak mampu
dari segi emosi untuk berubah kedudukan dalam kerjaya mereka [6]. Kesakitan emosi yang akan
mereka hadapi untuk terus maju dalam kerjaya menjadi faktor penyebab guru-guru wanita ini lebih
rela untuk kekal di kedudukan mereka kini dalam kerjaya.

6 Kesimpulan
Rumusan yang dapat dibuat dari kajian ini adalah glass ceilings masih membaluti perjalanan
kerjaya guru-guru wanita di Kolej Vokasional, Walau pun MEREKA ini tidak menyedari bahawa
glass ceilings ini wujud, tetapi mereka masih merasai kehadiran faktor-faktor glass ceilings tersebut.
Lantaran itu, guru-guru wanita membuat tindak balas yang sewajarnya dengan membuktikan bahawa
mereka layak untuk berada di tempat mereka kini dan terus membuktikan mereka mampu untuk ke
tangga kejayaan yang lebih tinggi dalam organisasi dan seharusnya mereka diberi peluang yang sama
rata dengan rakan sejawat lelaki mereka. Bagi organisasi, langkah-langkah yang sewajarnya boleh
diterapkan dalam amalan organisasi bagi menjamin kesejahteraan guru-guru wanita ini dan
meminimumkan kesan diskriminasi dalam kerjaya guru wanita. Selain dengan itu, daya usaha guru-
guru wanita ini juga seharusnya diberi penghargaan dan pujian yang sewajarnya untuk terus
memartabatkan mereka di persada kerjaya mereka.
Rujukan
[1] A. Esa, N. Isyraf, and A. Jamil, Perception of women as a leader in the technical and
vocational education field, vol. 62, pp. 1758117586, 2013.
[2] S. Lappalainen, E. Lahelma, L. Pehkonen, and U. Isopahkala-Bouret, Gender Neutralities,
Dichotomies and Hidden Inequalities: Analysis of Vocational Teachers Reflections on Gender
in the Profession, Vocat. Learn., vol. 5, no. 3, pp. 297311, 2012.
[3] M.-L. Payne, Working Women: Perception and Reality, Int. J. Arts Commer., vol. 3, no. 6,
pp. 922, 2014.
[4] B. Orser, A. Riding, and J. Stanley, Perceived career challenges and response strategies of
women in the advanced technology sector, Entrep. Reg. Dev., vol. 24, no. 12, pp. 7393,
2012.
[5] J. Buchanan, A. Prescott, S. Schuck, P. Aubusson, and P. Burke, Teacher retention and
attrition: Views of early career teachers, Aust. J. Teach. Educ., vol. 38, no. 3, pp. 112129,
2013.
[6] P. Smith, P. Caputi, and N. Crittenden, Connections between womens glass ceiling belief's,
explanatory style, self-efficacy, career levels, and subjective career success, 2012.
[7] P. Smith, N. Crittenden, and P. Caputi, Measuring womens beliefs about glass ceilings:
development of the Career Pathways Survey, Gend. Manag. An Int. J., vol. 27, no. 2, pp.
6880, 2012.
[8] K. Klenke, Women in Combat: Contexts, Terror Management, and Mortality Salience -
Implications for Womens Leadership, Int. Leadersh. J., vol. 8, no. 2, pp. 3867, 2016.
[9] S. Choi and C.-O. Park, Glass Ceiling in Korean Civil Service: Analyzing Barriers to Women
s Career Advancement in the Korean Government, Public Pers. Manage., vol. 43, no. July,
pp. 118139, 2014.
[10] G. Sun, Breaking Glass Ceilings, Fixing Bones, AMWAs Linda Brodsky Meml. J., vol. 3,
no. 1, pp. 23, 2016.
[11] A. Jabbar and A. Imran, Perception of glass ceiling in the educational institution: An evidence
from Pakistan, World Appl. Sci. J., vol. 23, no. 5, pp. 628634, 2013.
[12] E. A. Drost, Validity and Reliability in Social Science Research, vol. 38, no. 1, pp. 105123,
2004.
[13] M. M. Mohamad, N. L. Sulaiman, L. C. Sern, and K. M. Salleh, Measuring the Validity and
Reliability of Research Instruments, Procedia - Soc. Behav. Sci., vol. 204, no. November
2014, pp. 164171, 2015.
[14] N. Ngah and E. Zakaria, Keupayaan Pelajar dalam Menjana Masalah, Menyelesaikan
Masalah Matematik dan Sikap Pelajar Terhadap Penyelesaian Masalah, J. Pendidik. Mat.,
vol. 4, no. 1, pp. 116, 2016.
[15] C. Arbona and C. Jimenez, Minority stress, ethnic identity, and depression among Latino/a
college students., J. Couns. Psychol., vol. 61, no. 1, pp. 162168, 2014.
[16] S. Nurmayanti, A. Thoyib, Noermijati, and D. Irawanto, Work Family Conflict: A Review of
Female Teachers in Indonesia, Int. J. Psychol. Stud., vol. 6, no. 4, pp. 134142, 2014.
[17] F. M. Cheung and D. F. Halpern, Women at the top: Powerful leaders define success as work
+ family in a culture of gender., Am. Psychol., vol. 65, no. 3, pp. 182193, 2010.

Anda mungkin juga menyukai