Anda di halaman 1dari 8

KETUA GURU DISPLIN

Merangka dan menentukan dasar-dasar displin dan peraturan sekolah berpandukan


pekeliling Kementerian dan Jabatan Pendidikan.
Memastikan semua guru adalah guru displin dalam usaha menguatkuasakan peraturan
sekolah.
Membantu menyelesaikan masalah-masalah displin yang tidak dapat diselesaikan oleh
pengawas.
Membantu Lembaga Disiplin Sekolah untuk mengesan dan mengesahkan kesalahan-
kesalahan serius yang boleh membawa kepada hukuman penggantungan sementara atau
hukuman buang sekolah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtusas Bil. 9/1975. Lembaga
disiplin atas nasihat Pengetua boleh memanggil mesyuarat tergempar untuk
membincangkan kes-kes berat mengenai disiplin.
Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin dalam
semua majlis sekolah.
Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan sistem rekod disiplin kelas dan sistem
pemantauan yang berkesan.
Berusaha menanam semangat cintakan sekolah serta mengamalkan Prinsip-prinsip
Rukunegara.
Menerima laporan pengawas / guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan
sewajarnya.
Menanam semangat kekitaan melalui slogan SEKOLAHKU RUMAHKU supaya
peraturan sekolah menjadi satu budaya.
Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.
Menjalankan rondaan (dengan bantuan Guru Bertugas Harian) untuk mengesan pelajar
yang ponteng dan melanggar disiplin sekolah.
Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada Kementerian /
Jabatan Pendidikan / PPD.
Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan
disiplin pelajar.
Menjadi Pegawai Perhubungan di antara ibubapa/penjaga dalam menangani masalah
disiplin.
GURU DISIPLIN
Membantu Pengetua mengawal keadaan sekolah agar murid-murid berada dalam
keadaan harmoni untuk mewujudkan suasana sekolah yang baik.
Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan di sekolah.
Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.
Mengambil tindakan terhadap kes-kes salahlaku pelajar.
Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.
Menjadi pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibubapa / penjaga dalam
menangani masalah disiplin.
Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat cintakan sekolah
dikalangan pelajar dan guru.
Mencatatkan semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin/buku
laporan disiplin.
Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada Penolong Kanan
HEM seminggu sekali.
Menghubungi pihak polis jika perlu.
Bekerjasama dengan semua guru bertugas untuk meronda kawasan sekolah.
Memberi maklumat kepada Penolong Kanan HEM berhubung kes-kes yang serius
seperti :
o Penyalahgunaan dadah
o Gambar lucah
o Video lucah
o Majalah lucah
o Peras ugut
o Kumpulan haram
o Bohsia
o Bohjan dan lain-lain
Bersedia bertugas pada bila-bila masa terutama pada hari-hari yang difikirkan perlu
seperti:
o Hari terakhir peperiksaan awam
o Hari sukan
o Hari keluarga
o Majlis-majlis sekolah
Mengurangkan salahlaku murid.
Memastikan tiada kes gengsterisme.
GURU JAWATANKUASA PENGAWAS & KETUA KELAS
Menjadi guru penasihat kepada Badan Pengawas Sekolah.
Melantik ketua murid dan ketua pengawas serta penolongnya.
Mengadakan Majlis Pelantikkan dan Bacaan Ikrar.
Menyusun jadual tugas pada waktu pagi,rehat dan pulang.
Menyelia dan mengemas kini buku laporan.
Mengadakan aktiviti daya peningkatan dan kepimpinan pengawas /motivasi.
Mempunyai kuasa menggantung atau memecat perkhidmatan pengawas yang gagal
berkhidmat dengan baik.
Memanggil dan menasihat murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin atau
peraturan sekolah.
Merekod dan menyimpan data pelanggaran disiplin/salahlaku.
Menyedia dan mengedar peraturan-peraturan sekolah.
Menentukan peraturan sekolah dipatuhi setiap waktu.
Menerapkan nilai-nilai murni.
Menjalankan tindakan disiplin atau salahlaku.
Merancang/dialog dan perjumpaan dengan penjaga murid.
Menjalankan pemeriksaan sport-chek dari semasa ke semasa.
GURU BIMBINGAN & KAUNSELING
Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
Menyelaras dan menyedikan rekod bimbingan dan kaunseling murid dan menyedikan
laporan yang diperlukan.
Memberi bimbingan kepada pelajar yang bermasalah setelah dihantar oleh guru kelas
atau guru matapelajaran.
Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa atau penjaga murid yang mempunyai
masalah disiplin dengan kebenaran Guru Besar.
GURU PPDa
Mengadakan sesi penerangan tentang bahaya penyalahgunaan dadah.
Mengadakan ceramah / program pencegahan penyalahgunaan dadah.
Melengkapkan sudut PPDA.
Menghantar laporan ke JPN pada setiap bulan.
GURU DATA SSDM
Merekodkan salah laku pelajar dalam sistem on-line
Mencetak rekod salah laku pelajar dan disimpan dalam fail
Menyediakan laporan salah laku pelajar sekira diperlukan
Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
GURU PENYELARAS DARJAH
Membantu guru kelas membuat pengagihan buku bantuan kerajaan (SPBT).
Membantu Penolong Kanan HEM dan Guru Biasiswa, guru kelas memilih pelajar yang
layak untuk diberi bantuan / biasiswa.
Memaklumkan kepada Guru Besar /Penolong Kanan 1/Penolong Kanan HEM / guru data
tentang jumlah pelajar dalam setiap kelas dan kursus dari masa ke semasa.
Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan pelajar baru disimpan di dalam daftar
masuk (mengikut kelas) dengan kemas dan teratur.
Bekerjasam dengan Penyelaras/ setiausaha peperiksaan bagi menyediakan bilik-bilik
peperiksaan.
Berada disekolah pada hari pendaftaran pelajar baru dan membantu guru kelas untuk
mengagihkan kemasukan pelajar.
Memastikan guru kelas memberi bilangan, nombor pendaftaran dan memasukkan butir-
butir pelajar dalam Buku Pendaftaran.
Menyemak fail-fail kemasukan pelajar dan memastikan ia dikemaskini.
Membantu guru dan menguruskan Buku Pendaftaran Pelajar. Buku ini mesti disimpan di
pejabat.
Mempastikan perkara-perkara berikut mencukupi dan dalam keadaan boleh guna.
o Perabot bilik darjah
o Tong sampah di luar kelas. ( plastik hitam)
o Penyapu
o Penyedok sampah
o Bulu ayam
Sentiasa mempastikan keceriaan dan kebersihan kelas setiap masa.
Menyampaikan laporan tentang pelajar baru kepada Guru Besar.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah oleh Guru Besar dari masa ke semasa .

Anda mungkin juga menyukai