Anda di halaman 1dari 22

Pengenalan

Bahagian ini juga dikenali dengan nama motor mekanik yang merupakan salah satu daripada
bahagian di dalam unit Jabatan Kerja Raya (JKR) Cawangan Kejuruteraan Mekanikal. Biasanya,
bahagian ini banyak terlibat dengan kenderaan khususnya kenderaan JKR itu sendiri dan semua
harta dibawah hak milik kerajaan. Tugas pekerja bahagian ini adalah menservis enjin kenderaan
sama ada di dalam atau di luar bengkel. Bahagian ini penting untuk memastikan sesebuah
kenderaan sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan. Sekiranya pihak
JKR tidak berjaya menservis kenderaan yang dihantar, pihak JKR akan membuka tender untuk
menghantar kenderaan tersebut di worksyop lain. Kemudian wakil JKR akan dihantar ke
worksyop tersebut untuk mempelajari teknik baru jika kes yang sama berulang.

3.3.1 Jenis-jenis enjin

Terdapat dua jenis enjin iaitu:

i. Enjin Empat Lejang (Four Stroke cycle)


ii. Enjin Dua Lejang (Two Stroke cycle)

3.3.1.1 Enjin empat lejang

Enjin ini mempunyai dua jenis injap pada silindernya iaitu untuk salur masuk (inlet) dan juga
untuk salur keluar (outlet). Setiap kali omboh bergerak turun naik, ia melakukan kerja-kerja ini:

i. Lejang Sedutan (Suction Stroke)


ii. Lejang Mampatan (Compression Stroke)
iii. Lejang Kuasa (Power Stroke)
iv. Lejang Ekzos (Exhaust Stroke)
Injap Pada Kepala Silinder Enjin 4 Lejang Jenis Mampatan

INJAP KEGUNAAN
Injap Salur masuk Lorong memasukkan udara baru
ke dalan silinder.
Injap Ekzos Injap untuk menyembur minyak
ke dalam silinder.
Injap Pemancut Lorong mengeluarkan gas
pembakaran dari silinder.
Injap Penghidup Udara Injap untuk menghidupkan enjin
dengan udara.

Jenis dan kegunaannya injap

3.3.1.2 Lejang sedutan

Apabila omboh bergerak ke bawah, injap keluar tertutup manakala injap keluar terbuka dan
menyedut udara dari luar masuk ke dalam silinder.

3.3.1.3 Lejang mampatan

Apabila omboh bergerak ke atas, ia menekan udara di dalam silinder menjadi padat
(compressed). Pada masa ini, kedua-dua salur masuk dan ekzos tertutup.

3.3.1.4 Lejang kuasa

Apabila omboh bergerak hampir ke kedudukan atas sekali (T.D.C), bahan api pun dipancitkan
lalu bercampur dengan udara mampat yang panas. Campuran bahan api dan gas itu terbakar dan
berkembang lalu memaksa omboh itu bergerak ke bawah dan menutup kedua-dua injap itu.
3.3.1.5 Lejang ekzos

Semasa omboh bergerak ke atas, injap masuk tertutup manakala gas hasil pembakaran ditolak
keluar melalui injap ekzos yang terbuka.

Injap ekzos

Valve

Injap ekzos ialah injap untuk mengeluarkan gas hasil pembakaran daripada silinder. Injap itu
terbuka setelah berlaku lejang kuasa di mana omboh bergerak hampir dengan kedudukan bawah
sekali iaitu lebih kurang 45darjah sebelum ke kedudukan bawah sekali. Selepas itu, omboh akan
naik sekali lagi dan menolak gas hasil pembakaran keluar melalui injap ekzos. Setelah itu,
omboh akan bergerak ke bawah dan menyedut udara masuk melalui injap masuk setelah injap
ekzos tertutup.

3.3.2 Enjin dua lejang

Pergerakan enjin dua lejang berbeza dengan pergerakan enjin empat lejang. Enjin empat lejang
bergerak empat lejang barulah dapat menerbitkan satu kitaran kuasa manakala bagi enjin dua
lejang pula, pada setiap dua lejang, ia menerbitkan satu kitaran kuasa. Lejang yang pertama iaitu
lejang sedutan dan mampatan manakala untuk lejang kedua pula ialah lejang kuasa dan ekzos.
3.3.2.1 Lejang sedutan dan mampatan

Omboh bergerak ke atas menyedut udara baru ke dalam peti melalui injap peti oleng. Pada masa
itu juga, udara yang berada di dalam silinder menjadi mampat dan panas akibat pergerakan
omboh.

3.3.2.2 Lejang kuasa dan ekzos

Apabila omboh bergerak hampir sampai ke kedudukan atas sekali (T.D.C), bahan api pun
dipancitkan lalu bercampur dengan udara panas. Campuran bahan api dan gas itu terbakar dan
berkembang lalu memaksa omboh turun ke bawah. Apabila omboh hampir sampai ke
kedudukan bawah sekali (B.D.C) liang ekzos terbuka dan diikuti pula dengan liang pemindah.
Udara mampat di dalam kotak oleng tadi naik ke silinder melalui liang pemindah dan menolak
gas hasil pembakaran itu keluar melalui liang ekzos.

3.3.3 Pembakaran di dalam silinder

Apabila omboh bergerak dan amper dengan kedudukan atas sekali semasa lejang mampatan,
bahan api menyembur keluar daripada pemancit (injector) lalu bercampur dengan udara mampat
dan terjadilah pembakaran yang menolak omboh turun ke bawah. Tempat berlakunya
pembakaran ini dinamakan liang pembakaran (combustion chambers). Bunyi meletup yang
biasa didengar ialah hasil daripada kerja pembakaran di dalam silinder. Pada ketika itulah, terbit
kuasa untuk menjalankan kerja. Kuasa yang terhasil itu dihantar melalui lengan omboh yang
memusingkan aci oleng.
Perbezaan Enjin Empat Lejang Dengan Enjin Dua Lejang
Enjin Empat Lejang Enjin Dua Lejang
Omboh bagi enjin ini akan naik Enjin jenis ini pula ombohnya
dan turun jadi jumlahnya 4 kali ia naik sekali dan turun sekali dan
bergerak. sekali aci oleng berpusing dengan
penuh 360 darjah serta
menerbitkan satu kuasa.

Perbezaan Antara Enjin Petrol Dan Diesel


Enjin Diesel Enjin Petrol
Nama lainnya ialah Enjin Nama lainnya ialah Enjin
Penyalaan Mampatan. Penyalaan BungaApi
(SparkIgnition Engine).
Gunakan minyak yang rendah Gunakan minyak yang tinggi
mutunya (Low Gred Oil). mutunya (High Gred Oil).
Minyak dibakar dengan udara panas Campuran minyak dan gas yang
yang dimampatkan di dalam dimampatkan dibakar di dalam
silinder. silinder.
oleh bunga api yang terhasil
daripada coil magneto.
Enjin daripada jenis tekanan tinggi Enjin daripada jenis tekanan rendah
(High Compression engine). (Low Compression engine).
3.3.3.1 Komponen enjin silinder

1. Silinder (Cylinder liner)


Suatu benda berongga berbentuk panjang dan bulat di mana bahagian atas atau bawahnya
tertutup.

2. Kepala silinder (Cylinder head)


Suatu benda atau alat yang menjadi penutup sebelah atas silinder.

3. Omboh (Piston)
Suatu alat yang menjadi penutup sebelah bawah silinder.
Gelang omboh (Piston ring)

Terbahagi kepada dua jenis iaitu:


i. Gelang Mampatan.
Digunakan untuk mengelakkan kebocoran minyak dari sekeliling silinder.

ii. Gelang Pengikis Minyak


Digunakan untuk mengikis minyak di sekeliling silinder.

4. Aci sesondol (Crankshaft)


Aci oleng ialah alat yang digunakan untuk menukarkan perjalanan omboh dan membawa kuasa
untuk pusingan.

5. Aci kem (Camshaft)


Alat yang digunakan untuk membuka injap salur masuk (inlet valve), injap ekzos (exhaust valve)
dan juga kem bahan api (fuel pump cam).
6. Injap salur masuk dan Injap ekzos
Salur masuk udara yang baru dan salur keluar gas ke dalam selinder melalui rangkaian ekzos
dalam masa tertentu.

Injap Dan Fungsinya

a). Keadaan Injap Timbangmasa

Injap timbang masa dapat menunjukkan injap-injap pada enjin empat lejang itu terbuka dan
tertutup. Setiap injap timbang masa tidak sama tempat-tempat terbukanya sebab keadaan
darjahnya berlainan. Sungguhpun demikian, injap-injap tersebut tidak terbuka di kedudukan atas
sekali dan tertutup di kedudukan bawah sekali seperti perjalanan omboh menimbulkan lejang di
dalam silinder.

b). Injap Salur Masuk

Injap salur masuk ialah injap untuk menyedut udara masuk ke dalam silinder. Biasanya, ia
terbuka lebih kurang 10 darjah sebelum omboh sampai ke puncaknya. Pada masa omboh sampai
ke atas, injap ekzos akan tertutup. Semasa bergerak turun ke bawah, injap akan terbuka.

Semasa naik kembali ke kedudukan atas sekali iaitu sejauh lebih kurang 25 darjah selepas
kedudukan bawah sekali dan barulah injap salur masuk tersebut tertutup. Selepas itu, berlakulah
mampatan dalam silinder.
7. Roda pengimbang (flywheel)
Menyimpan kekuatan di dalam gelangnya daripada lejang kuasa untuk satu setengah jam
pusingan yang lebih.
3.3.4 Pemasalahan enjin

Punca Enjin Tidak dapat DiHidupkan

Adakalanya sebuah enjin itu tidak mahu berjalan apabila dihidupkan dan ini adalah disebabkan
oleh perkara berikut:

a) Injapnya bocor

i. Alas injap atau muka injap telah retak.

ii. Injapnya melekat dan tidak dapat bergerak.

iii. Spring injapnya telah patah.

iv. Terlalu banyak kotoran pada injap-injap tersebut.

v. Spring injap lemah kerana telah lama digunakan.

b) Tekanan yang tidak mencukupi

i. Injapnya telah bocor.

ii. Gasket tutup silinder retak dan bocor.

iii. Gelang omboh patah, melekat atau telah bocor.

iv. Omboh telah retak atau terlampau lama.

v. Lengkang gelang omboh terpasang lurus.

vi. Spring injap lemah atau patah.

c) Minyak tidak sampai ke enjin

i. Penyumbat pembekal bahan api tertutup.

ii. Paip pembekal bahan api tersumbat.

iii. Paip pembekal bahan api pecah atau bocor.

iv. Pembersih udara tersumbat.

v. Penapis kotor.
d) Pam bahan api masuk angin

Oleh kerana paip tertutup maka pam bahan api dimasuki angin.

e) Muncung tersumbat

i. Enjin terlalu panas.

ii. Muncung kotor atau tersumbat.

iii. Jarum injap dalam pemancut melekat.

iv. Lubang muncung kotor atau terlalu besar.

f) Pam bahan api tidak berfungsi

i. Bahan api lama atau kotor.

ii. Spring pelantan bahan api patah.

iii. Injap penghantaran pam bahan api kotor.

iv. Spring injap penghantaran pam bahan api lemah atau patah.

v. Larasan pam bahan api tidak betul.

vi. Hidung kem haus.

g) Pancutan atau timbang masa injap tidak betul

h) Pam bahan api tersumbat atau pecah

i) Terdapat air di dalam silinder

i. Silinder retak.

ii. Gasket tutup silinder pecah.


j) Rangkaian dalam dan rangkaian ekzos tersumbat

k) Telusan injap terlalu tinggi atau terlalu rendah

KELUARAN ASAP HITAM YANG BERLEBIHAN

Pelbagai Nozzle Pelarasan Enjin yang


Masalah Pemancut Salah

Elemen panapis Keadaan Kelegaan injap


angin yang pancutan yang berlebihan
terseumbat salah
Mutu bahan api Tekanan Timing
yang rendah pancutan pancutan bahan
terlampau tinggi api terlalu awal
Minyak enjin
terlampau banyak
Injap Hitam
Berlebihan
Kepala silinder
gasket rosak
Spring injap
kurang anjal /
rosak (pendek) Injap & seat injap
haus / rosak

Jaraj pancutan Batang injap &


salah injap lekat
Ring piston haus
/ rosak
Piston & tukir
(liner) haus

Pam Pancutan Tekanan Mampatan


Rendah
ENJIN SUSAH DIHIDUPKAN

Pam Preheater Tekanan mampatan Sistem


pancutan yang rendah
Penghidup

Booster Pendawaian Liner & Piston Ring gear


penghidup rosak tidak betul haus terlampau (flywheel) &
banyak pinion (starter)
Tuil enjin
tidak selaras
berhenti rosak Indicator Injap & seat
terdapat litar injap haus Pencengkam
Kadar pancutan terbuka starter rosak
yang tidak betul Piston ring
Low plug haus / rosak
Plunger lekat / patah
rosak
Sambungan
Injap delivery tidak Spring injap
longgar
berfungsi rosak / patah

Rack pengawal lekat


/ tidak berfungsi Gasket Kepala
silinder rosak /
bocor Enjin sukar
dihidupkan
Indicator Bahan api tiada
terdapat litar Paip bahan api
terbuka Indicator retak/longgar/
Indicator terdapat litar bocor Masa pancutan
terdapat litar terbuka bahan bakar
terbuka Udara tidak tepat
terperangkap

Jarak pancutan Indicator Penapis bahan


salah terdapat litar api tersumbat Clearance
terbuka injap tidak
Indicator Paip tersumbat betul
terdapat litar
terbuka Pam suaran
Indicator (feed pump)
terdapat litar rosak
terbuka Sitem Pelarasan
Pelbagai Nozzle Bahan Enjin Yang
Masalah Pemancut Bakar Tidak Betul
SUHU PERJALANAN ENJIN TERLALU PANAS

Sistem Sistem Air Bocor


Perlinciran Penyejukan

Oil cooler rosak Gasket kepala


Injap Tekanan
Pam minyak radiator Rosak silinder rosak (bocor)
enjin rosak
Sirip Radiator
Sistem pelinciran tersumbat Seal pam air
tersumbat dengan kotoran berkarat / bocor

Jumlah minyak Thermostat Radiator rosak/


enjin kurang rosak tersumbat / berkarat
Jumlah air tidak
Mutu minyak mencukupi Liner & O ring
enjin rendah Bilah Pam Air Rosak
Rosak

Suhu
EnjinTerlalu
Panas

Silencer
Tali kipas air
tersumbat
longgar

Tali kipas
Enjin sentiasa longgar
berjalan pada
beban yang
berat

Pelbagai Tali Kipas Tersalah


Laras
Masalah
3.3.5 Menyelenggara enjin

3.3.5.1 Blok enjin

Bongkah utama bagi sebuah enjin yang mengandungi kepala silinder, aci engkol(crankshaft) dan
aci sesondol(camshaft), omboh dan bahagian-bahagian lain enjin. Fungsi utama blok enjin ialah
menyediakan tapak kedudukan yang teguh bagi komponen-komponen enjin yang bergerak.
1) cylinder head 9) connecting rod bushing
2) cylinder block 10) connecting rod bearing
3) piston cooling jet 11) crankshaft
4) piston ring 12) crankshaft thrust bearing
5) piston 13) crankshaft main bearing
6) piston pin 14) crankshaft gear
7) retainer ring 15) collar knock
8) connecting road 16) main bearing cap

Berikut adalah bahagian-bahagian blok yang terdapat pada sesebuah kenderaan:

a) Jaket Air
b) Jara Silinder (cylinder bore)
c) Jara Galas Utama (main cylinder bore)
d) Jara Galas Aci Sesondol (camshaft bearing bores)
e) Saluran Minyak Pelincir (oil passage)

3.3.5.2 Sistem pelinciran

Tujuan utama sistem pelinciran adalah untuk membekalkan minyak pelincir ke bahagian enjin
yang bergerak seperti aci engkol, omboh dan rod penghubung injap. Antara ciri- ciri lain ialah:

i. Mengurangkan geseran dan kehausan.


ii. Bahan bantu penyejukan enjin.
iii. Peningkatan hadapan antara gelang omboh dengan silinder.
iv. Pencuci enjin.
v. Peredaran bunyi.
Komponen-komponen Utama.

i. Turus minyak.
ii. Pam minyak.
iii. Injap pelega tekanan.
iv. Penunjuk tekanan minyak.
v. Penunjuk minyak elektrik.
vi. Lampu penunjuk minyak.
vii. Pengukur paras minyak.

Minyak Pelincir

Minyak pelincir iaah salah satu bahan yang meminimumkan geseran dan kehausan di antara
permukaan yang bergerak di dalam enjin. Hampir setiap bahagian dalam mekanikal sesebuah
kenderaan mengalami geseran yang tinggi.

Dianggarkan di antara 80% hingga 95% geseran yang kuat berlaku semasa permulaan
perlancaran sesebuah enjin kenderaan. Ini kerana semasa enjin rehat, semua minyak pelincir
turun ke tangki (oils pump).

Masalah Dalam Sistem Pelinciran

i. Kekotoran penapis pelincir.


ii. Kebocoran gasket.
Proses Menukar Penapis Pelincir

i. Jek kenderaan dan sokong dengan penyokong untuk keselamatan.


ii. Buka penutup minyak pelincir pada penutup kepala silinder.
iii. Sediakan takung minyak untuk menadah minyak.
iv. Tanggalkan penapis minyak pelincir dan bersihkan permukaan tapaknya.
v. Sapukan minyak gris pada permukaan getah penapis minyak pelincir yang baru sebelum
memasangnya.
vi. Ketatkan penapis minyak pelincir itu sebelum memasukkan minyak pelincir yang baru
dan menghidupkan enjin.
vii. Selepas beberapa minit, matikan enjin dan periksa paras minyak.
viii. Tambah jika perlu.

Proses Menukar Gasket

i. Periksa takungan minyak pelincir atau penutup kepala silinder untuk mengesan
kebocoran.
ii. Tanggalkan bahagian yang bocor dan bersihkan bahagian tersebut.
iii. Buang lebihan gasket yang masih melekat pada kepala silinder dan bongkah enjin.
iv. Sapukan gam pada gasket baru dan lekatkan pada kepala silinder dan bongkah enjin.
v. Masukkan minyak pelincir baru dan hidupkan enjin untuk menguji kebocoran.

3.3.6 Tali sawat

Tali sawat merupakan satu alat yang berfungsi menggerakkan aci sesondol dan injap di dalam
kepala silinder. Ianya dibuat daripada getah dan penukarannya dilakukan setiap 50,000km.
3.3.6.1 Jenis-jenis tali sawat

i. Timing chain.
ii. Timing gear.
iii. Timing belt.

3.3.6.2 Kaedah pemasangan tali sawat

Pemasangan timing mestilah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Ini kerana, enjin tidak
akan hidup jika timingnya tidak betul. Langkah terbaik ialah dengan mengetahui firing order
sesebuah enjin itu. Contohnya, enjin pajero 4 silinder dan enjin land rover 4 silinder ialah
1.3.4.2. Langkah-langkahnya ialah seperti berikut:
i. Pastikan omboh nombor 124 di bahagian atas silinder (T.D.C).
ii. Injap nombor 4 overlaping menandakan injap nombor 1 free compress.
iii. Untuk fuel pump timing, pastikan darjah dan tandanya pada pully atau spoket dan
pasangkannya mengikut darjah yang dikehendaki.
iv. Pasangkan semua timing chain, gear atau belt dan semua komponen yang tidak
mempunyai tanda.

Langkah kerja:

i. Tanggalkan terminal negatif - pada bateri untuk mengelakkan litar pintas.


ii. Jek kenderaan pada bahagian belakang dan sokong dengan penyokong untuk
keselamatan.
iii. Tanggalkan dan keluarkan tayar serta letakkannya di bawah kenderaan untuk
keselamatan.
iv. Tanggalkan penutup tali sawat menggunakan spanar 10 mm.
v. Longgarkan nat pelaras pengecas untuk memudahkan penanggalan tali sawatnya.
vi. Kemudian, longgarkan nat pelaras penyaman udara dan pengikatnya untuk menanggalkan
tali sawat penyejuk.
vii. Letakkan pelapik pada jek di bawah enjin sebelum kenderaan dinaikkan untuk
mengelakkan enjin jatuh apabila mounting enjin ditanggalkan.
viii. Buka bracket pada kedua-dua ikatan.
ix. Tandakan kedudukan pemasaan.
x. Gunakan speed gun bersama box 17 mm untuk membuka ikatan puli.
xi. Jika kedudukan tanda pemasaan tidak berubah, ia perlu dikeluarkan.
xii. Tanggalkan penutup tali sawat pemasaan dengan spanar 10 mm dan pastikan tanda
pemasaan tidak berubah.
xiii. Longgarkan bolt tensional bearing untuk menanggalkan tali sawat.
xiv. Tukar tensional bearing jika perlu.
xv. Pasangkan tali sawat pemasaan tanpa menggerakkan tanda pemasaan.
xvi. Tegangkan tali sawat pemasaan dengan menolak tensional bearing menggunakan
pemutar skru.
xvii. Ketatkan bolt yang mengikat tensional bearing dengan kemas.
xviii. Pasangkan bracket mounting enjin dan boltnya.
xix. Ikatkan nat 14mm semula.
xx. Pasangkan kedua-dua tali sawat penyejuk dan laraskan mengikut kedudukan asalnya serta
pastikan ketegangannya betul.
xxi. Ketatkan semua nat dan tensional bearing penyejuk.
xxii. Pasang tali sawat pengecas dengan ketegangan yang sesuai dan ketatkan natnya.
xxiii. Pasang penutup atas tali sawat pemasaan dengan spanar 10mm dan ketatkan puli dan
semua alatan.
xxiv. Pasangkan tayar dan turunkan kenderaan.
xxv. Sambungkan terminal negatif - pada bateri dan hidupkan kenderaan.
xxvi. Pastikan semua keadaan baik sebelum kenderaan dipandu uji.
3.4 BAHAGIAN KHIDMAT LUAR

Pengenalan

Melaksanakan pemeriksaan penilaian jentera / kenderaan terpakai / baru (kemalangan, tujuan


pinjaman, pelupusan, sita, insolvemsi & harta pusaka). Membuat perolehan asset (jentera /
kenderaan) untuk Jabatan atau jabatan lain yang memerlukan bantuan. Menyediakan khidmat
pemandu dan kenderaan untuk keperluan Jabatan Kerajaan.

3.4.1 Pre delivery Inspection

DOKUMEN MAKLUMAT YANG JABATAN BERKAITAN


DIPERLUKAN
1) Perakuan pendaftaran No daftar, no enjin, no casis, Daripada JPJ
kenderaan model, keupayaan enjin, tarikh
pendaftaran, pembuat,
pemilik, tarikh dibuat.
2) Kad daftar harta modal Kategori, sub kategori, jenis / Ketua jabatan
(KEWPA-2) jenama/ model, buatan, no
enjin, no casis, no daftar,
harga perolehan asal, tarikh
terima, tempoh jaminan, no
pesanan rasmi kerajaan,
kompenan / aksessori,
penempatan.
3) Vehicle delivery order Model, no register, no casis, Pembekal
no enjin, no vdo, customer
number.
4) Perakuan penerimaan No daftar, model, no casis, Pengguna
kenderaan warna, penempatan, aksesori /
kompenen
5) Sijil pmeriksaan & Jenis, no daftar, no casis, no JKR workshop persekutuan
pengujian kenderaan enjin, tarikh masuk, tarikh
diperiksa, hitungan km.
6) Lessen kenderaan roadtax
motor
7) Surat penyerahan Tarikh dan penempatan JKR workshop persekutuan
kenderaan baru

Komponen / aksessori / item di dalam dokumen 2,3, dan 4 hendaklah sama dan perlu berada
bersama kenderaan.

Contoh borang inspection

Anda mungkin juga menyukai