NAMA :MUHAMAD SYARIF BIN HUSSIN MUHAMMAD NAJMI BIN MUHAMMAD SUHAIMI MUHAMAD LUTFI BIN RAHIM MOHD AZIZI BIN MAT ARIF MUHD IKRAM BIN MOHD ZAID
Jenis Pintaux
Pintaux nozzle adalah hasil kemajuan dari teknologi nozzle jenis Pintle. Jenis ini ada mempunyai lubang semburan tambahan (Auxialiary Spray Hole) untuk membantu memudahkan menghidupkan enjin ketika sejuk - Rujuk gambarajah . Ketika enjin dihidupkan needle valve tidak cukup dinaikkan, dimana terlalu sedikit lubang pintle dilapangkan (To clear), dengan itu bahan api dipancitkan sedikit melalui Auxliary Hole. Pada keadaan kelajuan biasa, needle valve ditarik keluar daripada pintle hole. Dengan ini mengizinkan sejumlah besar bahan api dipancitkan keluar melaluinya.
( b ) Jenis jenisnya Jenis Sebaris (In Line Type). Jenis Pengagih (Distributor Type).
Kitaran kuasa terdiri daripada mampatan adiabatik, penambahan haba seisipadu, pengembangan adiabatik serta penyingkiran haba seisipadu, diwakili dengan perwatakan empat lejang, atau gerakan naik-turun omboh di dalam silinder: 1. Lejang masukan - Injap masukan terbuka. Omboh bergerak ke bawah dan menyedut campuran udara-bahan api (udara sahaja bagi kes enjin diesel) ke dalam kebuk pembakaran. 2. Lejang mampatan - Kesemua injap masukan dan ekzos tertutup. Omboh bergerak ke atas dan memampatkan campuran udara-bahan api (udara sahaja bagi kes enjin diesel). Pada penghujung lejang mampatan, palam pencucuh dinyalakan bagi membakar campuran udara-bahan api tetapi dalam enjin Diesel, minyak diesel disuntik ke dalam silinder pada penghujung lejang mampatan.
3. Lejang kuasa - Campuran udara-bahan api terbakar disebabkan pembakaran oleh bunga api palam pencucuh (bagi enjin petrol) atau suhu tinggi akibat mampatan udara sehingga minyak diesel terbakar sendiri (bagi enjin diesel). Pembakaran campuran tersebut menyebabkan gas-gas terbakar di dalam kebuk pembakaran mengembang dan seterusnya menolak omboh ke bawah, menghasilkan kuasa kepada enjin. 4. Lejang ekzos - Injap ekzos terbuka. Omboh bergerak ke atas dan menyingkirkan gas-gas ekzos keluar dari kebuk pembakaran.
-Pemancit yang ditempatkan diatas rongga omboh menyembur kedalam rongga. -oleh sebab kelegaan antara puncak omboh dengan kepala silinder sangat sempit, hampir kesemua udara termampat bertumpu didalam rongga. -apabila omboh menghampiri pma ketika lejang mampatan,sebahagian besar udara didalam silinder akan termampat didalam rongga omboh. -Oleh sebab itu,udara akan mengalami halaju tinggi semasa ia bergerak menghala rongga omboh. -percampuran udara dan bahan api menjadi cekap kerana pemancit bahan api ditempatkan diatas omboh.