Anda di halaman 1dari 10

DMD 1243 – PETROL ENGINE

NOTA KULIAH 1/3

JABATAN TEKNOLOGI MEKANIKAL & PEMBUATAN

PROGRAM DVM - TEKNOLOGI AUTOMATIF

KOMPETENSI 1.0 ENGINE PRINCIPLES

KOMPETENSI UNIT
Upon completion of the course, students will be able to:
1. Explain the function of petrol engine system thoroughly. (C2, PLO1)
2. Rectify engine system condition based on analyzed result.
HASIL PEMBELAJARAN
(P2, PLO2)
3. Demonstrate the dismantling and installing the engine components.
(P4, PLO2)
FUNGSI KOMPONEN DI DALAM ENJIN

1. Palam pencucuh

Palam pencucuh akan menghasilkan bunga api untuk membakar campuran minyak dan udara.
Palam pencucuh mestilah sentiasa dalam keadaan baik bagi menghasilkan pembakaran yang
sempurna.

2. Injap (Valve)

Injap masukan akan terbuka semasa capuran minyak dan udara masuk kerunag pembakaran,
manakala injap ekzos akan tertutup. Kedua-dua injap tersebut akan tertutup semasa proses
mampatan dan pembakaran berlaku diruang pembakaran. Injap ekzos akan terbuka setelah
pembakaran selesai bertujuan untuk membuang asap melalui ekzos.

3. Piston

Piston berbentuk silinder yang diperbuat dari besi tuang. Ia akan bergerak ke atas dan kebawah di
dalam bongkah enjin.

4. Piston ring

Piston ring berfungsi sebagai pelindung geseran antara piston dan silinder.
Fungsi ring ialah :
• Mengelakkan kemasukan campuran minyak dan udara keruang pembakaran semasa proses
mampatan dan pembakaran berlaku.
• Mengelakkan kemasukan minyak enjin ke ruang mampatan, yang mana ia boleh
menyebabkan minyak enjin tersebut berkurang. Kebanyakkan minyak enjin keteta akan
berkurangan dan perlu ditambah setiap 1000 kilometer, kerana enjin kereta telah lama dan
piston ring tidak dapat menutup dengan sempurna.

5. Rod penghubung

Rod penghubung akan menyambungkan antara rod dengan aci engkol. Pergerakkan aci engkol
akan menyebabkan piston bergerak ke atas dan kebawah.

6. Aci engkol

Aci engkol akan menggerakkan piston ke atas dan ke bawah dalam gerakan yang sekata.

7. Aci sesondol

Aci sesondol merupakan peralatan yang digunakan pada enjin omboh untuk membuka dan menutup
injap. Ia terdiri daripada rod silinder yang merentasi enjin dengan beberapa sesondol berbentuk
lonjong, satu untuk setiap injap. Sesondol membuka injap dengan menolaknya ataupun
menggunakan mekanisme perantaraan, sambil ia berputar.
8. Pengaut

Pengaut berada di bahagian paling bawah enjin. Ia akan mengaut minyak enjin yang berada dalam
takungan minyak, serta membasahkan seluruh bahagian aci engkol, rod penghubung serta piston.
Minyak ini akan mengurangkan geseran serta dapat memanjangkan jangka hayat bahagian-
bahagian enjin.

KOMPONEN UTAMA ENJIN 4 LEJANG DAN 2 LEJANG

Komponen Enjin 4 Lejang Dan 2 Lejang

i) Enjin 4 lejang

a. Pengenalan:

Enjin 4 lejang menghasilkan kuasa dengan empat kali pergerakan omboh ke atas dan
kebawah dalam setiap selinder. 5 komponen utama terdapat dalam enjin 4 lejang iaitu silender,
omboh, rod penghujung, aci engkol dan rod tenaga.
b. Komponen utama dalam enjin 4 lejang:

(i). Silinder

Silinder adalah sebuah tuangan bulat dibuka pada bahagian hujung engkol lain oleh kepala
selinder. Di sekeliling selinder terdapat jaket penyejuk air , fungsi penyejuk air adalah
untuk menyejukkan enjin. Silinder diperbuat daripada besi tuang atau logam campuran aluminium.
Fungsi silinder adalah sebagai tempat pembakaran berlaku,

(ii). Rod penghubung

Rod penghubung adalah rod yang menyambungkan omboh dengan aci engkol. Rod
penghubung berfungsi sebagai penghubungkan omboh dengan aci engkol dan pada masa yang
sama menukarkan gerakan salingan omboh kepada putaran pada aci engkol.

b(iii.) Aci engkol


Aci engkol adalah aci utama enjin yang terdiri daripadapin engkol dan jaringan yang
ditumpangkan pada kotak engkol melalui galas utama. Aci engkol diperbuat daripada keluli tempa.
Hujung hadapan aci engkol dihubungkan kepada injap dan fungsinya untuk menggerakan pam air
dalam sistem penyejukan. Hujung belakangnya disambungkan pada roda tenaga .

(iv). Roda tenaga

Roda tenaga diperbuat daripada disk besi tuangan yang di hubungkan padahujung aci
engkol. Ia berfungsi untuk melicinkan kelajuan enjin di antara lejang kuasa. Apabila daya pusingan
dikenakan ke atas aci engkol, roda tenaga akan berputar dan menggerakankan tali sawat.

(v). Omboh

Omboh adalah komponen yang bergerak. Ia berbentuk silinder dan permukaan luar omboh
boleh berbentuk rata cengkung dan cembung. Fungsi omboh adalah untuk memampatkan
campuran minyak dan udara bagi menghasilkan kuasa.
ii)n Enjin 2 lejang

a. Pengenalan

Enjin 2 lejang adalah enjin yang menghasilkan kuasa melalui 2 kali pergerakan omboh ke atas dan
ke bawah untuk melengkapkan 1 kitaran dalam silinder.

b. Komponen utama dalam enjin 2 lejang.

(i). Omboh

Omboh adalah komponen yang bergerak. Ia berbentuk silinder dan permukaan luar omboh
boleh berbentuk rata cengkung dan cembung. Fungsi omboh adalah untuk memampatkan
campuran minyak dan udara bagi menghasilkan kuasa. Ia juga berfungsi mengawal kemasukan
campuran bahan bakar dan pengeluaran hasil pembakaran.

(ii) . Silinder

Silinder adalah sebuah tuangan bulat dibuka pada bahagian hujung engkol lain oleh kepala
selinder. Di sekeliling selinder terdapat jaket penyejuk air , fungsi penyejuk air adalah untuk
menyejukkan enjin. Silinder diperbuat daripada besi tuang atau logam campuran aluminium.
Fungsi silinder adalah sebagai tempat pembakaran berlaku.

(iii). Rod penghubung


Rod penghubung adalah rod yang menyambungkan omboh dengan pemesong. Rod penghubung
berfungsi sebagai penghubungkan omboh dengan pemesong bagi menghasilkan pergerakan
komponen dalam enjin.

(iv). Liang pindah

Liang pindah merupakan liang yang menyambungkan silinder dengan kotak enjin. Ia
berfungsi memindahkan bahan bakar dari kotak enjin ke silinder untuk pembakaran.

(v). Liang masukan

Liang masukan berfungsi menjadi laluan bahan bakar seperti minyak, pelincir dan udara
memasuki kotak enjin.

(vi). Liang ekzos

Liang yang menyambungkan silinder dengan ekzos. Ia berfungsi mebebaskan hasil


pembakaran iaitu gas keluar dari kawasan pembakaran.

PENERANGAN ENJIN 4 LEJANG DAN 2 LEJANG


Pengenalan Enjin dua lejang
Enjin dua lejang adalah ringkas, maka kos membaik pulih enjin dua lejang adalah lebih murah
berbanding enjin empat lejang. Selain itu, prinsip pengendalian enjin dua lejang juga menjadikannya
sesuai bagi penggunaan yang memerlukan enjin yang mudah alih dan ringan seperti gergaji
rantai dan mesin rumput. Enjin dua lejang juga boleh menghasilkan kuasa hampir dua kali ganda saiz
enjin empat lejang yang sama, misalnya motosikal Honda CBR 150 4 lejang hanya menghasilkan kuasa
sebanyak 18.98 bhp tetapi motosikal Honda NSR 150 2 lejang pula menghasilkan kuasa sebanyak 38
bhp.
Sungguhpun demikian, penggunaan enjin dua lejang semakin berkurangan disebabkan
keluaran gas ekzos enjin dua lejang yang kurang mesra alam berbanding enjin empat lejang. Faktor-
faktor utama yang menyebabkan penghasilan gas-gas ekzos yang mencemar udara oleh enjin dua
lejang ialah pembakaran minyak 2T serta proses ekzos yang menyebabkan sebahagian campuran
udara-bahan api-pelincir yang tak terbakar turut disingkirkan, mengurangkan kecekapan enjin.

Langkah-langkah yang diambil bagi meningkatkan kecekapan enjin dua lejang adalah seperti berikut:-
a) Injap kuasa dua lejang - Injap kuasa melaras saiz bukaan liang ekzos bagi kuasa yang
optimum serta meningkatkan kecekapan enjin. Pada putaran enjin rendah, injap kuasa
mengecilkan bukaan ling ekzos bagi mengelakkan pembaziran bahan api dan pelincir serta
meningkatkan kilasan peringkat bawahan. Pada putaran enjin tinggi pula, injap kuasa
membesarkan bukaan liang ekzos untuk penyingkiran gas ekzos yang lebih lawas,
meningkatkan kuasa enjin.
b) Kebuk pengembangan - Kebuk pengembangan adalah ruangan pada paip ekzos enjin 2
lejang yang membonjol. Fungsinya adalah untuk meningkatkan kecekapan enjin melalui balikan
gelombang tekanan gas ekzos.
c) Suntikan terus - Di dalam sesetengah enjin petrol dua lejang, minyak petrol disuntik secara
terus ke dalam kebuk pembakaran manakala minyak enjin dua lejang disuntuk secara terus ke
bahagian bergerak di dalam enjin seperti galas aci engkol. Melalui suntikan terus, penghasilan
gas ekzos tercemar disebabkan pembakaran minyak enjin dua lejang dapat dikurangkan.
d) Penukar bermangkin - Penukar bermangkin dipasang bagi mengurangkan penghasilan gas-
gas toksik yang mencemarkan udara di dalam gas ekzos

Pengenalan Enjin empat lejang

Enjin empat lejang yang juga dikenali sebagai enjin kitar Otto mula dipatenkan oleh Eric B.
Davidson dan Felice Matteucci pada 1854 diikuti dengan prototaip pertama pada tahun 1860. Ia juga
dikonsepkan oleh jurutera Perancis, Alphonse Beau de Rochas pada tahun 1862 dan secara bebas,
oleh jurutera Jerman Nicolaus Otto pada 1876.
Kitaran kuasa terdiri daripada mampatan adiabatik, penambahan haba seisipadu, pengembangan
adiabatik serta penyingkiran haba seisipadu, diwakili dengan perwatakan empat lejang, atau gerakan
naik-turun omboh di dalam silinder:
1. Lejang masukan - Injap masukan terbuka. Omboh bergerak ke bawah dan menyedut
campuran udara-bahan api (udara sahaja bagi kes enjin diesel) ke dalam kebuk pembakaran.
2. Lejang mampatan - Kesemua injap masukan dan ekzos tertutup. Omboh bergerak ke atas dan
memampatkan campuran udara-bahan api (udara sahaja bagi kes enjin diesel). Pada
penghujung lejang mampatan, palam pencucuh dinyalakan bagi membakar campuran udara-
bahan api tetapi dalam enjin Diesel, minyak diesel disuntik ke dalam silinder pada penghujung
lejang mampatan.
3. Lejang kuasa - Campuran udara-bahan api terbakar disebabkan pembakaran oleh bunga
api palam pencucuh (bagi enjin petrol) atau suhu tinggi akibat mampatan udara sehingga
minyak diesel terbakar sendiri (bagi enjin diesel). Pembakaran campuran tersebut
menyebabkan gas-gas terbakar di dalam kebuk pembakaran mengembang dan seterusnya
menolak omboh ke bawah, menghasilkan kuasa kepada enjin.
4. Lejang ekzos - Injap ekzos terbuka. Omboh bergerak ke atas dan menyingkirkan gas-gas
ekzos keluar dari kebuk pembakaran.

Kitar empat lejang (atau kitar Otto)


Kedudukan asal, lejang masukan, dan lejang mampatan.

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN ENJIN 4 DAN 2 LEJANG

Kelebihan Dan Kelemahan Enjin 2 Lejang


Enjin dua lejang adalah ringkas, maka kos membaik pulih enjin dua lejang adalah lebih
murah berbanding enjin empat lejang. Selain itu, prinsip pengendalian enjin dua lejang juga
menjadikannya sesuai bagi penggunaan yang memerlukan enjin yang mudah alih dan ringan
seperti gergaji rantai dan mesin rumput. Enjin dua lejang juga boleh menghasilkan kuasa hampir
dua kali ganda saiz enjin empat lejang yang sama, misalnya motosikal Honda CBR 150 4
lejang hanya menghasilkan kuasa sebanyak 18.98 bhp tetapi motosikal Honda NSR 150 2 lejang
pula menghasilkan kuasa sebanyak 38 bhp.
Sungguhpun demikian, penggunaan enjin dua lejang semakin berkurangan disebabkan
keluaran gas ekzos enjin dua lejang yang kurang mesra alam berbanding enjin empat lejang.
Faktor-faktor utama yang menyebabkan penghasilan gas-gas ekzos yang mencemar udara oleh
enjin dua lejang ialah pembakaran minyak 2T serta proses ekzos yang menyebabkan sebahagian
campuran udara-bahan api-pelincir yang tak terbakar turut disingkirkan, mengurangkan kecekapan
enjin.

Langkah-langkah yang diambil bagi meningkatkan kecekapan enjin dua lejang adalah seperti
berikut:-
i. Injap kuasa dua lejang - Injap kuasa melaras saiz bukaan liang ekzos bagi kuasa yang
optimum serta meningkatkan kecekapan enjin. Pada putaran enjin rendah, injap kuasa
mengecilkan bukaan ling ekzos bagi mengelakkan pembaziran bahan api dan pelincir serta
meningkatkan kilasan peringkat bawahan. Pada putaran enjin tinggi pula, injap kuasa
membesarkan bukaan liang ekzos untuk penyingkiran gas ekzos yang lebih lawas,
meningkatkan kuasa enjin.
ii. Kebuk pengembangan - Kebuk pengembangan adalah ruangan pada paip ekzos enjin 2
lejang yang membonjol. Fungsinya adalah untuk meningkatkan kecekapan enjin melalui
balikan gelombang tekanan gas ekzos.
iii. Suntikan terus - Di dalam sesetengah enjin petrol dua lejang, minyak petrol disuntik secara
terus ke dalam kebuk pembakaran manakala minyak enjin dua lejang disuntuk secara terus ke
bahagian bergerak di dalam enjin seperti galas aci engkol. Melalui suntikan terus, penghasilan
gas ekzos tercemar disebabkan pembakaran minyak enjin dua lejang dapat dikurangkan.
iv. Penukar bermangkin - Penukar bermangkin dipasang bagi mengurangkan penghasilan gas-
gas toksik yang mencemarkan udara di dalam gas ekzos

Kelebihan Dan Kelemahan Enjin 4 Lejang

Kitaran kuasa terdiri daripada mampatan adiabatik, penambahan haba seisipadu, pengembangan
adiabatik serta penyingkiran haba seisipadu, diwakili dengan perwatakan empat lejang, atau gerakan
naik-turun omboh di dalam silinder:

1. Lejang masukan - Injap masukan terbuka. Omboh bergerak ke bawah dan menyedut
campuran udara-bahan api (udara sahaja bagi kes enjin diesel) ke dalam kebuk pembakaran.
2. Lejang mampatan - Kesemua injap masukan dan ekzos tertutup. Omboh bergerak ke atas dan
memampatkan campuran udara-bahan api (udara sahaja bagi kes enjin diesel). Pada
penghujung lejang mampatan, palam pencucuh dinyalakan bagi membakar campuran udara-
bahan api tetapi dalam enjin Diesel, minyak diesel disuntik ke dalam silinder pada penghujung
lejang mampatan.
3. Lejang kuasa - Campuran udara-bahan api terbakar disebabkan pembakaran oleh bunga
api palam pencucuh (bagi enjin petrol) atau suhu tinggi akibat mampatan udara sehingga
minyak diesel terbakar sendiri (bagi enjin diesel). Pembakaran campuran tersebut
menyebabkan gas-gas terbakar di dalam kebuk pembakaran mengembang dan seterusnya
menolak omboh ke bawah, menghasilkan kuasa kepada enjin.
4. Lejang ekzos - Injap ekzos terbuka. Omboh bergerak ke atas dan menyingkirkan gas-gas
ekzos keluar dari kebuk pembakaran.

Anda mungkin juga menyukai