Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT SENTOSA 2

JALAN ANGGERIK 4, SEKSYEN BS 7,


48300 RAWANG, SELANGOR

KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM


SMKBS2

DISEDIAKAN OLEH:

HARTINI BT RAZAK
SETIAUSAHA KOKURIKULUM

0
1.0 TAJUK KERTAS KERJA
KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM
TARIKH : 26 Februari 2011 (Sabtu)
TEMPAT : Dewan Umar Abdul Aziz
MASA : 8.00 AM 1.30 PM

2.0 PENDAHULUAN
Barisan kepimpinan unit beruniform , kelab persatuan dan sukan permainan
sekolah adalah para pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu
pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian kokurikulum para pelajar
ke tahap yang lebih baik. Pelajar tersebut memerlukan keyakinan diri untuk bertugas
dengan penuh dedikasi dan berketrampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan
bimbingan dan panduan.
Untuk mencapai tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas barisan kepimpinan ini
memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk
ajar kepada mereka. Pengerusi dan Setiausaha unit beruniform , kelab persatuan dan sukan
permainan juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui
perkembangan bidang kokurikulum. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu
cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka . Maka atas dasar dan
tujuan tersebut kursus kepimpinan ini sangat sesuai dilaksanakan.

3.0 RASIONAL
Di dalam sesebuah organisasi, Pengerusi dan Setiausaha memainkan peranan penting
untuk menggerakkan jentera organisasi tersebut. Tanpa ilmu dan keyakinan diri, pelajar
tidak akan dapat menjalankan peranan mereka dengan berkesan. Melalui kursus ini pelajar
yang dilantik memegang jawatan akan mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dan
bersama-sama membantu perkembangan kokurikulum di sekolah.

4.0 MATLAMAT
Untuk memastikan para pelajar terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran
mengenai gaya kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi dan
mempraktikkannya.
5.0 OBJEKTIF

5.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin dan mengenali kawan-kawan.

5.2 Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

5.3 Mewujudkan kumpulan pemimpin yang bekerja di dalam satu pasukan..

5.4 Meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.

5.5 Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.

5.7 Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak
sekolah

1
6.0 JAWATANKUASA
Penasihat : Pn. Rokiah binti Ramlan
Pengerusi : En. Mohd Ariff b Mohd Sharif
Penyelaras : Pn. Hartini binti Razak
Setiausaha : Pn. Suhaila bt Abdul Wahab

Ahli-ahli Jawatankuasa:
6..1 Persiapan tempat dan siaraya
En. Mohd Khairul Nizar bin Mohd Zainuddin

6.2 Sijil , Buku Program dan Jamuan makan


Pn. Siti Nor Asiah bt Ahmad
Pn. Suhaila bt Abdul Wahab

6.3 Urusetia dan Pendaftaran


Pn. Harini bt Razak

6.4 Jurufoto dan dokumentasi


En Bukhri b Bahari

6.5 Backdrop dan Mengemas


En. Jefrizain bin Nordin

6.6 Juruacara dan Disiplin peserta


En. Mohamad Zamri b. Mohamad Yunus

7.0 BIDANG TUGAS


7.1 Penyelaras program
- Mengadakan perbincangan dengan PK Kokurikulum.
- Membuat kertas kerja dan mengadakan mesyuarat.
7.2 Setiausaha
- Menguruskan makluman kepada peserta kursus.
- Menguruskan surat kepada penceramah.
- Menguruskan makluman mesyuarat dan minit mesyuarat.

7.3 Persiapan Tempat dan Siaraya


- Menyediakan dan menyusun tempat untuk kursus.
- Menyediakan tempat duduk dan keperluan penceramah semasa program.
- Menyediakan dan memastikan siaraya berfungsi di PSS.
- Mencari alternatif dan back up sekiranya ada gangguan.
.
7.6 Back Drop
- Menguruskan backdrop di bahagian hadapan tempat kursus.

7.7 Pengerusi Majlis


- Menyediakan draf teks ucapan pengacaraan program dan majlis penutupan.
- Berbincang dengan penyelaras berkaitan dengan aturcara majlis.

2
- Mempengerusikan majlis hingga tamat.

7.8 Jurufoto dan Dokumentasi


- Mengambil foto di sepanjang majlis berlangsung untuk didokumentasikan.

7.9 Sijil dan Buku Program


- Berbincang dengan penyelaras, merangka dan menyediakan buku program.
- Menyediakan sijil untuk para peserta kursus.

7.10 Jamuan
- Berbincang dengan penyelaras untuk memastikan jumlah peserta.
- Membuat tempahan makanan dan memastikan tempat makan adalah bersih
dan teratur.

7.11 Urusetia dan Pendaftaran


- Mendaftar masuk semua peserta termasuk guru.

8.0 KUMPULAN SASARAN


Pengerusi dan Setiausaha Unit Uniform, Kelab Persatuan, Sukan Permainan SMKBS2.

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN


BIL TARIKH AKTIVITI TINDAKAN CATATAN
1 10 Dis 2010 Perbincangan bersama PK Koku tentang Penyelaras Membuat draf 1 kertas
Kursus Kepimpinan Kokurikulum kerja program.
2 10 Jan 2011 Menyerahkan kertas kerja untuk diedit. Penyelaras Membaiki kertas kerja.
3 14 Jan 2011 Menyerahkan kertas kerja untuk Penyelaras Lulus/ Tidak Lulus
kelulusan Penasihat
4 18 Jan 2011 Mesyuarat bersama semua AJK Penyelaras Pengagihan tugas
pelaksana kepada AJK
5 19 Jan 2011 Makluman kepada Pengerusi dan Setiausaha Mengedarkan surat
Setiausaha melalui Guru Penasihat melalui Guru
Penasihat
6 26 Jan 2011 Mendapat maklum balas dari semua Setiausaha Memastikan jumlah
guru penasihat Guru peserta kursus
Penasihat
7 27 Jan 2011 Mendapatkan penceramah atau Setiausaha Lancar/Tidak
fasilitator
8 21 Feb 2011 Taklimat akhir bersama ketua AJK Semua AJK Lancar/Tidak
9 25 Feb 2011 Persiapan tempat AJK Lancar/Tidak
10 26 Feb 2011 Pelaksanaan Kursus Kepimpinan Semua AJK Lancar/Tidak

10.0 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM KEIBUBAPAAN

Masa Aturcara
8.00 8.30 am Pendaftaran
8.30 9.30 am Taklimat / Ice Beraking

3
9.30 11.00 am Ceramah : Konsep Kepimpinan
11.00 11.30 am Rehat / Jamuan
11.30 1.00 pm Ketrampilan Diri / Kreativiti Berpasukan
1.00 1.30 pm Majlis Penutup
1.30 pm Bersurai

11.0 CADANGAN PERUNTUKAN KEWANGAN


Perbelanjaan :
Perkara Jumlah Sumber
Bayaran Saguhati Penceramah RM 300
RM 150.00 x 2 slot
Jamuan Makan RM 540
RM 3.00 x 180
Fail : RM5.00 x 90 RM 450
Fotografi , Dokumentasi , Bahan Edaran dan Sijil RM 100
JUMLAH RM 1390 Wang Kokurikulum (Sahsiah)

12.0 INSTRUMEN PENILAIAN


12.1 Surat Tawaran kepada Pengerusi dan Setiausaha
12.2 Borang Jawapan Kehadiran
12.3 Borang Kehadiran Peserta
12.4 Borang Post Mortem.

13.0 PENUTUP
Adalah diharapkan di akhir kursus ini para peserta akan dapat menjalankan tugas
dan tanggung jawab mereka sebagai pemimpin kecil di sekolah dan dapat menjana
perubahan ke arah kecemerlangan di dalam kelab, persatuan dan unit beruniform masing-
masing. Kursus ini akan dapat menyemai dan menanam sikap kepimpinan kepada
para pelajar serta mengetahui dan membudayakan nilai-nilai kepimpinan dengan
berkesan untuk mencapai kecemerlangan diri dan sekolah.
Program ini juga diharapkan dapat melahirkan pemimpin yang
berkebolehan dan akhirnya mampu menjana dan membentuk barisan kepimpinan
unit uniform, kelab dan persatuan, sukan dan permainan pelajar yang berfikiran
positif, kreatif, kritis dan proaktif.

Disediakan oleh,

.
(HARTINI BT RAZAK)
Setiausaha Kokurikulm SMKBS2

4
Disemak oleh,

.
(MHD ARIFF BIN MHD SHARIFF)
GPK Kokurikulum SMKBS2

Diluluskan oleh,

..
(ROKIAH BT RAMLAN)
Pengetua SMKBS2

Isi Kandungan Kertas Kerja

5
Muka Surat
1 Tajuk Kertas Kerja 1
2 Pendahuluan 1
3 Rasional 1
4 Matlamat 1
5 Objektif 1
6 Jawatankuasa 1-3
7 Bidang Tugas AJK 3-4
8 Kumpulan Sasaran 4
9 Strategi Pelaksanaan 5
10 Jadual Pelaksanaan Program 5
11 Cadangan Peruntukan Kewangan 5
12 Instrumen Penilaian 6
13 Penutup 6

Anda mungkin juga menyukai