Anda di halaman 1dari 3

Rancangan Pelajaran Harian (BM 2.

0)
Masa : 25 minit
Umur : 4 tahun
Standard kandungan : BM 2.1 Menguasai kemahiran prabaca
Standard pembelajaran : BM 2.1.3 Mengamalkan cara membaca
dengan betul
BM 1.2.3 Mendengar, memahami dan memberi
respon secara bertatasusila terhadap
arahan yang mudah
Objektif : Di akhir pembelajaran ini, murid dapat :
1) Membaca dari arah yang betul (kemahiran
membaca)
2) Memahami dan bertindak balas terhadap
arahan (kemahiran mendengar)
3) Mengaplikasikan cara membaca mengikut
teknik yang betul (kemahiran analisa)
Standard prestasi : Murid dapat mengamalkan cara membaca
dengan teknik yang betul
Langkah aktiviti pelajaran : 1) Guru membawa sebakul buku ke dalam
kelas dan meminta setiap murid mengambil
sebuah buku
2) Murid memilih dan mengambil sebuah buku
setiap seorang
3) Guru menunjukkan cara membaca dengan
betul iaitu dari arah kiri ke kanan, dari atas ke
bawah, jarak antara mata dengan buku dan
teknik memegang buku
4) Murid mendengar penjelasan daripada guru
(kemahiran mendengar)
5) Guru meminta murid untuk menunjukkan
semula teknik membaca
6) Murid bertindak balas dan menunjukkan
semula teknik membaca yang telah dipelajari
(kemahiran mendengar dan
berkomunikasi)

KBAT : Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi

TIPS MEMBACA BUKU DENGAN BETUL :


(1) Ajarkan mereka info yang terdapat di luar buku, belakang, atas dan bawah
cover buku seperti ilustrasi, penerbit, penulis dan tajuk.

(2) Ajar mereka juga cara yang betul memegang buku dan menyelak helaian
kertas. Iaitu dimulai dengan sebelah atas di sebelah kanan.

(3) Jika kanak-kanak itu masih kecil, boleh ajarkan mereka membaca dengan
menggunakan jari sebagai penunjuk bacaan dan tunjukkan ke arah gambar dan
perkataan yang sedang dibaca supaya kanak-kanak tidak terlepas pandang dan
'lost' dalam proses membaca itu.

(4) Pastikan aliran bacaan itu betul iaitu dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.
Dengan ini, mereka juga belajar bagaimana hendak membaca dan memulakan
bacaan dan tulisan.

(5) Galakkan mereka menyebut huruf pertama yang mereka dapat dalam mana-
mana perkataan dan dengan ini secara tidak sengaja mereka dapat
menggabungkan huruf dan membina perkataan serta menambahkan kemahiran
mengeja.

(6) Yang terakhir, pastikan mereka dapat mengulang kembali skop cerita atau isi
kandungan buku tersebut dengan menyenaraikan nilai dan moral daripada cerita.

Jarak mata dengan buku


Secara umumnya, jarak yang ideal antara mata dengan tulisan saat membaca buku
ialah 25-30 cm. Dengan jarak ini, mata anda dapat membaca tulisan yang terdapat
di dalam buku dengan mudah. Lensa mata tidak perlu berkontraksi terlalu keras
untuk dapat membaca tulisan tersebut. Sebaliknya, jarak yang kurang dari atau
lebih dari 30 cm membuat mata anda bekerja dengan lebih keras. Hal itu membuat
mata mudah letih.

CONTOH JARAK MEMBACA YANG IDEAL


TIPS MEMEGANG BUKU DENGAN BETUL
Kemahiran konsep cetakan yang paling awal ialah kanak-kanak tahu
mengenai cara pengendalian buku.
Kemahiran ini dapat dilihat dalam kalangan kanak-kanak yang berusia 2 ke 3
tahun yang memegang buku dengan betul (tidak terbalik), menyelak muka
surat dan bermain buku dengan cara yang berbeza bermain alat mainan
yang lain.
Kemahiran ini berkembang kepada kemahiran konsep cetakan yang lain
melalui pembacaan buku yang berterusan dan juga melalui peluang untuk
kanak-kanak meneroka bahan bacaan.

Anda mungkin juga menyukai