Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PEMBELIAN BAHAN BELAJAR BAHASA CINA SEK. KEBANGSAAN 2017


SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LAKSAMANA

1.0 PENDAHULUAN

Geran per kapita (PCG) ialah bantuan kepada sekolah untuk membuat pembelian inventori dan bahan
habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pihak panitia juga boleh membuat
pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat dan lain lain yang bersesuaian untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran. Panitia juga boleh membelanjakan geran ini untuk program
berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan
pembelajaran .

Tahun ini Panitia BCSK bercadang mengadakan minggu Bahasa Cina pada bulan
Oktober.Untuk aktiviti/pertandingan pada minggu Bahasa Cina akan membeli hadiah-hadiah
untuk pemenang-pemenang tahap 1 & 2. Diharapkan dapat mengalakkan murid-murid
mengambil bahagian dalam aktiviti Bahasa Cina.

Pembelian bahan keperluan untuk kelas BCSK adalah seperti ketas A4 dan plastik laminate
untuk Panitia Bcsk dapat membuat bahan-bahan bantu mengajar untuk menambahbaik dan
boleh mempelbagaikan aktiviti PdP BCSK.Pdp dapat memperlancarkan proses PdP dan
pempelbagaikan aktiviti Pdp seperti berlajar perkataan bahasa cina dengan Flash card game
di dalam kelas. Semoga aktiviti flash card yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan
pendedahan kepada murid-murid SK Sri Laksamana.

2.0 MATLAMAT
Minggu Bahasa Cina bertujuan membimbing dan mempertingkatkan pengetahuan tentang
Aspek bahasa Cina dan menekankan aspek saling hormat-menghormati ,kesantunan dan
Kesopanan terhadap belbagai budaya bangsa yang menjadikan warga SKSL yang berbudaya
Dan cemerlang.

Pembelian KERTAS A4 dan Plastik Laminate untuk membuat kard-kard perkataan dan ayat
atau bahan-bahan latihan tambahan untuk memudahkan murid memperlajari perkataan
B.Cina dan menggalakkan murid-murid untuk mempelajari ayat-ayat B.Cina yang ringkas.
3.0 OBJEKTIF

3.1 Menggalakkan murid mempelajari Bahasa Cina dengan lebih baik.


3.2 Melancarkan proses pembelajaran dalam kelas.
3.3 Mencungkil keminatan murid dan menggalakkan murid mempelajari subjek bahasa
cina.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid kelas BCSK Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

5.0 TEMPOH PELAKSANAAN

Pelancaran Minggu Bahasa Cina pada 23 Oktober 2017 (Isnin).


Kertas A4 dan plastic laminate yang dibeli adalah untuk penggunaan murid sepanjang tahun.

ANGGARAN PEMBELIAN ALATAN DAN BAHAN PANITIA BAHASA CINA(SK) 2017

HARGA JUMLAH CATATAN


BIL PERKARA KUANTITI
SEUNIT (RM) AKTIVITI
Minggu
1. Hadiah untuk murid tahap 1 & 2 RM 3.00 18 Set 54.00
bcsk
2. Kertas A4 Putih dan Berwarna BBM
3. Plastik Laminate RM 20.00 1 20.00 BBM

Jumlah perbelanjaan keseluruhan 120.00

Jumlah keseluruhan anggaran perbelanjaan panitia ialah : RM 120.00

6.0 SUMBER KEWANGAN

6.1 PCG Panitia Bahasa Cina (SK) berjumlah RM 120.00.

7.0 PENUTUP

Adalah diharapkan dengan pembelian Erasable Flash Card ini dapat membantu melancarkan
pembelajaran dan menggalakkan minat murid untuk seronok mengikuti pengajaran dan
pembelajaran subjek bahasa cina. Diharap dengan adanya bahan bantu mengajar yang sesuai
dengan PdP yang dijalankan akan memberi manfaat kepada semua
murid BCSK SKSL dengan jayanya.

Disediakan oleh Disahkan oleh

... .
(KOW SHIN CHEN) (EN SAFIAN BIN ABD RAHMAN)
Ketua Panitia Bahasa Cina (SK) Guru Besar
SK Sri Laksamana

KERTAS KERJA
PEMBELIAN BAHAN BELAJAR BAHASA CINA
SEK.KEBANGSAAN
SESI 2016

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LAKSAMANA


Komitmen, Konsisten & Kualiti

PANITIA BAHASA CINA SEKOLAH KEBANGSAAN

Anda mungkin juga menyukai