Anda di halaman 1dari 1

NAMA : SANDRA JULSTERA LOTER

NO. MATRIK : YT2017-1144


TAJUK : NATURE WALK ( Explore, Experience & Experiment )

Nature walk ataupun dikenali sebagai Meneroka Alam Sekitar merupakan salah satu
kaedah pembelajaran yang berkesan dimana, kanak-kanak akan mendapat pengalaman secara
langsung yang melibatkan penggunaan kelima-lima deria iaitu penglihatan, sentuhan, rasa, bau,
dan pendengaran. Aktiviti Nature Walk ini dilakukan dengan berjalan di taman atau kawasan
yang berdekatan dengan bimbingan guru. Contoh aktiviti Nature Walk ialah, meneroka
tumbuh-tumbuhan seperti memerhati bentuk daun, batang dan buah. Semasa aktiviti Nature
Walk ini, kanak-kanak dapat meneroka, mengalami sendiri apa yang ada di sekeliling mereka
dan membuat eksperimen dengan objek-objek yang dapat menimbulkan keseronokan mereka.
Penglibatan kanak-kanak semasa Nature Walk ini dapat memupuk daya imaginasi dan
kreativiti mereka sepanjang pemerhatian mereka.

Anda mungkin juga menyukai