Anda di halaman 1dari 16

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ 3107)

DERIA DAN SENI


KUMPULAN 2 :M O H D Z A K I B I N TA L I P ABDUL RAHMAN BIN AB.AZIZ M U H A M A D S YA M S U L A N U A R B I N O T H M A N M U H A M M A D N O O R K YA I R I B I N H A S S A N

PISMP 4.07

PERKEMBANGAN KEPEKAAN DERIA DAN SENI


Jame Ismail dan Zulkifli Yaakob (2008), Perkembangan merupakan suatu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan . Faktor-faktor perkembangan manusia banyak dipengaruhi oleh baka dan persekitaran yang berada di sekeliling mereka. Deria dan seni membolehkan individu meneroka alam sekelilingnya dan ini merupakan satu proses berterusan. Aktiviti seni dapat membantu naluri ingin tahu seseorang melalui eksplorasi dan eksperimentasi dengan menggunakan deria (Mohd Jamel Ismail, 2010). Selain itu, murid juga dapat berinteraksi secara langsung dengan persekitaran dan belajar mengembangkan keboleh mereka untuk membuat pertimbangan yang baik melalui pengalaman yang diperolehi.

Pelajar mula mendapat kematangan dalam perkembangan kepekaan deria semasa ia masih bayi lagi iaitu ketika berumur 0-2 tahun, mula matang ketika berumur 6-12 tahun

PENGENALAN

DEFINISI DERIA
Sistem yang terdiri daripada sekelompok sel-sel penerima yang membalas fenomena fizikal yang tertentu, dan berpadanan dengan kawasan tertentu dalam otak di mana isyaratnya diterima lalu ditafsirkan.

Menurut Aristotle, terdapat 5 jenis deria atau

pancaindera tradisional iaitu :-

Deria penglihatan

Deria pendengaran

Deria sentuhan

Deria hidu

Deria rasa

DERIA PENGLIHATAN
Penglihatan ialah keupayaan otak dan mata untuk mengesan gelombang elektromagnet di dalam cahaya. Mata merupakan indera yang digunakan untuk

deria penglihatan.
Imej yang dilihat oleh mata akan dibawa masuk ke dalam otak untuk menjalani suatu proses tafsiran.

DERIA PENDENGARAN
Pendengaran ialah suatu proses pencerapan bunyi.

Di dalam tubuh manusia, pencerapan ini dicetuskan oleh gentian rerambut halus yang terdapat di dalam telinga.
Rerambut halus ini bertindak mengesan pergerakan membran yang bergetar untuk membalas perubahan dalam tekanan dari zarah-zarah kecil yang terdapat di persekitaran. Melalui proses ini, pendengaran dapat dihasilkan.

DERIA SENTUHAN
Deria sentuhan adalah deria yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan yang dikenakan oleh objek yang tertentu. Organ yang terlibat dalam pengesanan rangsangan sentuhan ini adalah kulit.

DERIA HIDU
Deria hidu ialah deria kimia. Terdapat ratusan saraf penerima bau di mana setiap satunya bergabung dengan sifat molekul yang tertentu. Molekul hiduan atau bau mempunyai pelbagai sifat yang boleh merangsang saraf penerima yang berpadanan. Hidung manusia boleh membezakan bau sehingga 10 000 jenis bau. Sewaktu menarik nafas, udara yang mempunyai partikelpartikel ini akan turut masuk ke dalam hidung seterusnya menggerakkan deria hidu seseorang.

DERIA RASA
Deria rasa juga merupakan deria kimia. Alat deria yang berfungsi bagi deria rasa adalah lidah. Lidah akan memberi respon terhadap pelbagai jenis rasa seperti rasa manis, rasa pahit, rasa masam dan rasa

masin.

DERIA PENGLIHAT AN

Tayangan seimbas lalu

DERIA PENDENGAR AN

Bahan audio bermesej

DERIA SENTUHAN

Anyaman Kertas pasir

DERIA BAU

Minyak wangi pelbagai perisa Bahan makanan (masam, manis, masin, pahit, kelat, tawar)

DERIA RASA

KEPENTINGAN
Menurut William G. Perry Jr (1982), pengalaman pembelajaran melalui pelbagai deria boleh menghasilkan hasil pembelajaran yang baik. Beliau mengatakan:
Semakin kerap anda menggunakan peralatan atau teknik yang memerlukan penggunaan lebih daripada satu deria manusia, semakin banyak anda dapat menolong mempelajari kemahiran teknomotor.

MURID
Dapat berinteraksi secara langsung dengan persekitaran.

GURU
Dapat menyampaikan informasi secara lebih berkesan.

Dapat memperkembangkan kemahiran meneroka.

Dapat menarik minat murid untuk belajar.

Dapat membentuk kebolehan untuk membuat pertimbangan yang baik melalui pengalaman yang diperolehi.

Dapat mengekalkan tumpuan murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

RUJUKAN
Mohd Sharani Ahmad (2004), Psikologi Kanakkanak, Kuala Lumpur:Percetakan Zafar Sdn Bhd.
William G. Perry Jr (1982), Cara Membina Pendidikan Vokasioanal Berasaskan Kecekapan, Johor Bahru:Cetak Ratu Sdn Bhd. Seni Dalam Pendidikan, retrieved on 24th June 2013 from http://putranamza.blogspot.com/2011/07/senidalam-pendidikan.html

Anda mungkin juga menyukai