Anda di halaman 1dari 63

JABATAN PERPADUAN NEGARA KEMENTERIAN PELAJARAN

DAN INTEGRASI NASIONAL MALAYSIA


JABATAN PERDANA MENTERI

BUKU PANDUAN
KELAB RUKUN NEGARA
KANDUNGAN

1. Prinsip-Prinsip Rukun Negara

2. Lirik Lagi Lima Prinsip Rukun Negara

3. Pendahuluan

4. Latar Belakang Penubuhan Kelab Rukun Negara

5. Objektif Penubuhan Kelab Rukun Negara

6. Modus Operandi Kelab Rukun Negara

7. Pengisian Aktiviti Kelab Rukun Negara

8. Sumber Kewangan

9. Kesimpulan

10. Peraturan Kelab Rukun Negara

10.1 Pendahuluan

10.2 Prosedur Penubuhan Kelab Rukun Negara

10.3 Peraturan

11. Lampiran B - Aktiviti


Kelab Rukun Negara

12. Lampiran C - Cadangan Perancangan Tahunan Aktiviti


Kelab Rukun Negara

2
Rukun Negara

Pengisytiharan

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA

mendukung cita-cita hendak

mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh


masyarakatnya;

memelihara satu cara hidup demokratik;

mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran


Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi


kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;

membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan


sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, Rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan


seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

3
Lima Prinsip Rukun Negara
Lima Prinsip Rukun Negara
Harus Menjadi Cara Hidup Kita
Bukan Sekadar Ikrar Sahaja
Sekali Sekala Dibaca Semata

Lima Prinsip Rukun Negara


Telah Menjadi Teras Perpaduan
Membentuk Satu Negara
Tanpa Mengira Agama Dan Bangsa

Chorus:

Amalkanlah Rukun Negara


Dalam Hidup Harian Kita
Tanpa Mengira Tua Muda
Mengekalkan Warisan Kita

Lima Prinsip Rukun Negara


Telah Menjadi Teras Perpaduan
Membentuk Satu Negara
Tanpa Mengira Agama Dan Bangsa

Lima Prinsip Rukun Negara

Ikrar:
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan Dan Kesusilaan

Itulah Lima Prinsip Rukun Negara

4
Lagu Ciptaan : Dato Wah Idris
Lirik Oleh : Dato Cosmas J. Abah
Dato Azman Amin Hassan

5
1. PENDAHULUAN

1.1 Peristiwa rusuhan kaum/etnik pada 13 Mei 1969 telah

mengganggugugat keamanan dan kestabilan negara pada ketika

itu dan tindakan serta merta telah diambil untuk mengisytiharkan

darurat di seluruh negara. Dengan pengisytiharan tersebut, sistem

kerajaan berparlimen telah digantung dan seterusnya Majlis

Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan untuk

mengembalikan keamanan, menegakkan semula undang-undang

negara serta memupuk suasana harmoni dan percaya mempercayai

di kalangan rakyat.

1.2 Berikutan dengan peristiwa itu juga, MAGERAN telah

menubuhkan Majlis Perundingan Negara di bawah Peraturan-

Peraturan Perlu Majlis Perundingan 1970 yang berfungsi untuk

membincangkan serta meneliti isu-isu perpaduan nasional dan

mencari jalan bagi menyelesaikan masalah-masalah berkaitan

dengan hubungan antara kaum. Melalui beberapa perbincangan

dan mesyuarat, Majlis Perundingan Negara telah memutuskan

bahawa Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum

memerlukan satu ideologi negara yang boleh diamalkan oleh

seluruh rakyat ke arah membentuk sebuah negara yang bersatu

padu. Berdasarkan kepada keputusan tersebut, maka terbentuklah

Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka

Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 menjadi

pegangan, panduan dan amalan oleh seluruh rakyat Malaysia ke

arah pemupukan dan pengukuhan semangat perpaduan, ketaatan

dan kecintaan kepada bangsa dan negara.


6
1.3 Dalam usaha menyuntik kesedaran dan penghayatan murid-murid

mengenai prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara,

maka Kelab Rukun Negara yang telah diperkenalkan di sekolah-

sekolah dan di Institusi Pengajian Tingggi (IPT) dimantapkan dan

diperkukuhkan lagi selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah

Menteri pada 11 Ogos 2004.

2. LATAR BELAKANG PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

2.1 Penubuhan Kelab Rukun Negara (KRN) ini telah diilham dan

disarankan oleh Y.A.B Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad

Badawi (ketika itu selaku Timbalan Perdana Menteri) semasa

merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan

2000 di Melaka. Malah sebelum itu, ketika merasmikan Hari

Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau telah

menyeru agar seluruh rakyat Malaysia sentiasa berpegang kepada

prinsip-prinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan

kemakmuran negara terus berkekalan. Menerusi Kelab Rukun

Negara ini, para pelajar akan didedahkan mengenai prinsip-prinsip

tersebut supaya mereka benar-benar dapat memahami serta

menghayatinya agar dapat diamal dan dijadikan budaya hidup

seharian.

2.2 Selaras dengan saranan tersebut, pihak Kementerian Pendidikan

pada masa itu telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Kelab

Rukun Negara di sekolah-sekolah menengah seluruh negara.

Inisiatif ini dilaksanakan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.


7
17/2000: Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-sekolah

bertarikh 16 November 2000 kepada semua Pengarah Pendidikan

Negeri. Walau bagaimanapun, sejak Kelab Rukun Negara

ditubuhkan, tiada sebarang garis panduan yang terperinci

dikeluarkan untuk dijadikan sebagai panduan pengurusan dan

pengisian program serta aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab ini.

2.3 Atas kesedaran untuk mengukuhkan perhubungan kaum dan

meningkatkan penghayatan masyarakat terhadap prinsip-prinsip

Rukun Negara, maka Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi

Nasional, Jabatan Perdana Menteri (JPNIN, JPM) telah

dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan kerjasama erat

dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian

Pengajian Tinggi bagi tujuan tersebut (Keputusan Mesyuarat

Jemaah Menteri bertarikh 11 Ogos 2004).

3. OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

3.1 Memperkenalkan prinsip-prinsip Rukun Negara;

3.2 Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun

Negara;

3.3 Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran kerohanian akan

kepentingan Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan; dan

3.4 Menjadikan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan

cara hidup yang berterusan bagi melahirkan masyarakat yang

mempunyai jati diri, setia, bersatu padu, berwawasan, bermaruah,

bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara.


8
4. MODUS OPERANDI KELAB RUKUN NEGARA

Peranan yang perlu dimainkan bagi mewujud dan memperkukuhkan

Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah adalah seperti berikut:-

TINDAKAN /
JABATAN TANGGUNGJAWAB
PELAKSANAAN

1. Jabatan - Ketua Pengarah - Garis Panduan


Perpaduan - Bahagian Perpaduan - Cadangan aktiviti
Negara Dan Masyarakat Dan - Kepegawaian /
Integrasi Integrasi Negara Fasilitator
Nasional - Bahan cetak
- Promosi
- Kewangan
- Pemantauan
- Pelaporan

9
TINDAKAN /
JABATAN TANGGUNGJAWAB
PELAKSANAAN

2. Kementerian - Ketua Pengarah - Garis Panduan


Pelajaran Pelajaran Malaysia - Cadangan aktiviti
Malaysia - Pengarah Bahagian - Kepegawaian /
Sekolah Fasilitator
- Pengarah Bahagian - Bahan cetak
Pendidikan Guru - Promosi
- Kewangan
- Pemantauan
- Pelaporan

3. Jabatan - Pengarah Jabatan - Arahan


Perpaduan Perpaduan Negara - Kewangan
Negara Dan Dan Integrasi - Cadangan dan
Integrasi Nasional Negeri pelaksanaan aktiviti
Nasional - Pengarah Pelajaran - Pemantauan
Negeri /Jabatan Negeri - Pelaporan
Pelajaran
Negeri

4. Pejabat - Pegawai Perpaduan - Pelaporan


Perpaduan Daerah/Bahagian - Penyelarasan
Daerah - Pegawai Pelajaran
/Bahagian/ Daerah/Bahagian
Pejabat
Pelajaran
Daerah/
Bahagian

10
TINDAKAN /
JABATAN TANGGUNGJAWAB
PELAKSANAAN

5. Sekolah - Pengetua/Guru Besar - Penubuhan kelab


- Guru Penasihat - Pelaksanaan aktiviti
- Pemantauan
- Pelaporan
- Sumber Kewangan

11
5. PENGISIAN PROGRAM DAN AKTIVITI KELAB RUKUN NEGARA

5.1 Kelab Rukun Negara yang diwujudkan di sekolah-sekolah akan

melaksanakan pelbagai aktiviti yang berteraskan kepada

pengukuhan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan

pengamalan (4P) Rukun Negara di kalangan murid. Selain

daripada matlamat untuk memperkenal dan menyedarkan murid

tentang kepentingan Rukun Negara, kelab ini juga akan dijadikan

sebagai salah satu strategi utama ke arah pengukuhan semangat

perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid pelbagai

kaum. Bagi mencapai matlamat ini, aktiviti Kelab Rukun Negara

akan dirangka dan dilaksanakan berlandaskan kepada lima prinsip

Rukun Negara iaitu:

* Kepercayaan Kepada Tuhan

* Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

* Keluhuran Perlembagaan

* Kedaulatan Undang-Undang

* Kesopanan dan Kesusilaan

5.2 Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan melalui Kelab

Rukun Negara ialah seperti di Lampiran A, manakala Cadangan

Perancangan Tahunan Aktiviti Kelab Rukun Negara adalah

seperti di Lampiran B.

5.3 Selain daripada aktiviti-aktiviti yang dinyatakan di atas, dari

semasa ke semasa Jabatan ini juga akan terus merancang dan

merangka pelbagai aktiviti lain yang difikirkan lebih berkesan,

12
mantap dan relevan dengan situasi semasa. Selain itu,

Jawatankuasa Kelab Rukun Negara yang akan ditubuhkan di

sekolah juga digalakkan untuk melaksanakan aktiviti yang

menjurus kepada peningkatan penghayatan dan pengamalan nilai-

nilai yang terkandung dalam Rukun Negara serta pengukuhan

semangat patriotisme, perpaduan dan integrasi nasional di

kalangan murid.

6. SUMBER KEWANGAN

6.1 Peruntukan daripada pihak pentadbiran sekolah (menggunakan

peruntukan kokurikulum sedia ada);

6.2 Peruntukan daripada Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara Dan

Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri;

6.3 Sumbangan daripada pihak PIBG Sekolah;

6.4 Sumbangan daripada agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-

pertubuhan bukan kerajaan dan swasta;

6.5 Perkongsian bijak dengan agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-

pertubuhan bukan kerajaan dan swasta; dan

6.6 Sumbangan individu dan lain-lain yang difikirkan sesuai.

7. KESIMPULAN

Bagi mencapai matlamat untuk membina bangsa Malaysia yang bersatu

padu selaras dengan wawasan negara, penubuhan Kelab Rukun Negara

akan menjadi pemangkin kepada proses untuk mencapai perpaduan yang

unggul di negara ini. Justeru, peranan Kelab Rukun Negara dari semasa

13
ke semasa akan diperkemas dan diperkukuhkan lagi supaya pencapaian

matlamat tersebut dapat direalisasikan. Pengetahuan, pemahaman,

penghayatan dan pengamalan (4P) terhadap falsafah Rukun Negara perlu

dipertingkatkan terutamanya di kalangan murid untuk menjadikan

mereka sebagai rakyat yang lebih bertanggungjawab dan prihatin dalam

sebuah negara majmuk. Bagi mencapai matlamat ini, Jabatan Perpaduan

Negara akan mewujudkan kerjasama erat dan berterusan dengan

Kementerian Pelajaran Malaysia.

14
PERATURAN-PERATURAN KELAB RUKUN

NEGARA

1. PENDAHULUAN

1.1 Penubuhan Kelab Rukun Negara adalah diwajibkan kepada semua

sekolah rendah dan menengah.

1.2 Pelaksanaan kelab ini di sekolah rendah dan menengah akan

dikendalikan oleh murid dengan bimbingan guru kelab/pihak

sekolah.

1.3 Kelab yang ditubuhkan di sekolah akan dipantau oleh satu

jawatankuasa yang dibentuk di peringkat kebangsaan dan negeri.

Selain memantau, jawatankuasa ini juga bertanggungjawab kepada

perancangan aktiviti, garis panduan, peraturan dan segala perkara

yang berkaitan dengan Kelab Rukun Negara.

2. PROSEDUR PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

2.1 Pengetua/Guru Besar hendaklah melantik Jawatankuasa Penaja di

peringkat sekolah masing-masing.

2.2 Jawatankuasa Penaja tersebut hendaklah mengemukakan satu

permohonan penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah masing-

masing.

15
2.3 Setelah menerima kelulusan daripada pendaftar, Pengetua/Guru

Besar, Jawatankuasa ini perlu memanggil satu mesyuarat agung

untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara dan memilih ahli-ahli

jawatankuasa.

2.4 Jawatankuasa Penaja hendaklah dibubarkan setelah terbentuknya

Jawatankuasa Kelab Rukun Negara sekolah melalui mesyuarat

agung.

2.5 Jawatankuasa hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada

Pengetua/Guru Besar dalam tempoh 14 hari laporan-laporan

seperti berikut:-

i) Perlembagaan kelab;

ii) Senarai Ahli Jawatankuasa dan minit mesyuarat agung;

iii) Senarai aktiviti utama kelab; dan

iv) Laporan Kewangan.

2.6 Jawatankuasa Kelab Rukun Negara perlu mengadakan mesyuarat

sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

3. PERATURAN

Peraturan 1: Nama Pertubuhan

1.1 Kelab Rukun Negara ini boleh ditubuhkan sebagaimana yang

terkandung dalam Peraturan Penubuhan Kelab/Persatuan Sekolah

1997.
16
1.2 Nama pertubuhan ini ialah Kelab Rukun Negara dan diikuti

dengan nama sekolah masing-masing.

1.3 Alamat pertubuhan adalah alamat sekolah di mana kelab tersebut

ditubuhkan.

Peraturan 2 : Objebtif

2.1 Objektif Kelab Rukun Negara ditubuhkan untuk:

2.1.1 Memperkenalkan Rukun Negara kepada murid supaya

mereka dapat mengetahui dan memahami falsafah serta

prinsip-prinsip Rukun Negara;

2.1.2 Menyemai prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun

Negara di kalangan murid;

2.1.3 Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman murid

tentang kepentingan Rukun Negara kepada negara;

2.1.4 Mendidik murid supaya memahami, menghayati dan

mengamalkan Rukun Negara;

2.1.5 Menyemai dan mempertingkatkan lagi semangat perpaduan

di kalangan murid berasaskan sikap saling percaya-

mempercayai, hormat-menghormati, toleransi dan

kerjasama antara kaum;


17
2.1.6 Mempertingkatkan penghayatan agama yang dianuti;

2.1.7 Mempertingkatkan kefahaman dan menghormati budaya,

adat resam dan pantang larang kaum-kaum di Malaysia.

Peraturan 3 : Keahlian

3.1 Semua murid sekolah rendah dan menengah adalah digalakkan

menjadi ahli Kelab Rukun Negara. Justeru, mereka hendaklah

terlibat secara aktif dengan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh

kelab ini.

3.2 Keahlian Kelab Rukun Negara mestilah terdiri daripada pelbagai

kaum dan tidak boleh dipelopori oleh satu kaum sahaja kecuali

bagi sekolah-sekolah yang muridnya terdiri daripada satu kaum

sahaja.

3.3 Ahli kelab adalah tertakluk kepada peraturan kelab dan berjanji

mentaati perkara-perkara berikut:-

3.3.1 Saling hormat-menghormati di antara satu kaum dengan

kaum yang lain sama ada dalam kelab mahupun di mana-

mana sahaja dan dalam apa jua keadaan.


18
3.3.2 Setiap ahli dikehendaki melibatkan diri dalam setiap aktiviti

yang dilaksanakan oleh kelab;

3.3.3 Setiap ahli dilarang mempengaruhi ahli atau orang lain

membuat propaganda yang boleh memecah-belahkan

masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum;

3.3.4 Setiap ahli dilarang mengamalkan diskriminasi antara kaum

dan seterusnya memantau agar amalan tersebut tidak

diamalkan.

3.3.5 Setiap ahli dilarang menyentuh atau membicarakan secara

terbuka perkara yang sensitif bagi sesuatu kaum;

3.3.6 Berusaha ke arah memelihara semangat perpaduan sehingga

menjadi satu budaya di kalangan rakyat Malaysia.

Peraturan 4 : Aktiviti

4.1 Kelab Rukun Negara yang ditubuhkan harus melaksanakan

aktiviti-aktiviti berdasarkan kepada lima prinsip Rukun Negara

seperti berikut:-

4.1.1 Kepercayaan Kepada Tuhan

- Program/aktiviti yang berbentuk keagamaan;

19
4.1.2 Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

- Program/aktiviti yang berbentuk patriotisme;

4.1.3 Keluhuran Perlembagaan

- Program/aktiviti yang berdasarkan perlembagaan;

4.1.4 Kedaulatan Undang-Undang

- Program/aktiviti yang berkaitan dengan undang-

undang;

4.1.5 Kesopanan Dan Kesusilaan

- Program /aktiviti yang berbentuk pemahaman mengenai

tatasusila dan kebudayaan sesuatu kaum.

4.2.1 Program/aktiviti lain yang difikirkan sesuai seperti dalam Buku

Panduan Kelab Rukun Negara.

Peraturan 5 : Pentadbiran

5.1. Jawatankuasa Induk Kelab Rukun Negara Peringkat

Kebangsaan

Jawatankuasa ini adalah bertanggungjawab dalam menggubal

dasar serta menentukan hala tuju Kelab Rukun Negara.

20
Jawatankuasa ini adalah seperti berikut :

1. Penaung - Menteri di Jabatan Perdana Menteri


Bersama
- Menteri Pelajaran Malaysia

2. Pengerusi - Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

- Ketua Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara
Dan Integrasi Nasional

3. Timbalan - Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


Pengerusi Jabatan Sekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)


Jabatan Perpaduan Negara
Dan Integrasi Nasional

4. Setiausaha - Pengarah Bahagian Sekolah


Kementerian Pelajaran Malaysia

- Pengarah
Bahagian Perpaduan Masyarakat
dan Integrasi Negara

5. Ahli - a) Bahagian Perpaduan Masyarakat dan


Integrasi Negara

b) Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia

c) Bahagian Pendidikan Guru


Kementerian Pelajaran Malaysia

d) Jabatan Penerangan Malaysia

e) Bahagian Teknik dan Vokasional


21
Kementerian Pelajaran Malaysia

f) Jabatan Perpaduan Negara


dan Integrasi Nasional Negeri

5.2. Jawatankuasa Pelaksana Kelab Rukun Negara Peringkat Negeri

Jawatankuasa ini adalah bertanggungjawab dalam pelaksanaan

aktiviti Kelab Rukun Negara di peringkat Negeri. Di samping itu,

peranannya juga adalah dalam melaksanakan dan memantau

pengendalian Kelab Rukun Negara di peringkat daerah dan

sekolah-sekolah.

Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:

i. Penaung - Exco Perpaduan

ii. Pengerusi bersama - Pengarah Pelajaran


Jabatan Pelajaran Negeri/
Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara
Dan Integrasi Nasional (JPNIN)
Negeri

iii. Setiausaha - Penolong Pengarah JPNIN


Negeri
Ketua Unit Kokurikulum
Jabatan Pelajaran Negeri

iv. Ahli - Ketua Sektor Pengurusan


Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pelajaran Negeri

- Pegawai Pelajaran Daerah/Bahagian


22
- Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian

5.3 Jawatankuasa Peringkat Daerah/Bahagian

5.3
1. Penasihat - Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri/
Pengarah JPNIN Negeri

2. Pengerusi - Pegawai Pelajaran Daerah/


Bersama Pegawai Perpaduan Daerah
Pe
3. Setiausaha - Penyelia Kokurikulum
Pejabat Pelajaran Daerah
Pembantu Pembangunan Masyarakat
JPNIN

5. Ahli - Pengetua/Guru Besar (yang dilantik)

5.4 Jawatankuasa Peringkat Sekolah

Keanggotaan Jawatankuasa Kelab Rukun Negara di peringkat

sekolah adalah seperti berikut:

i) Penaung - Pengetua/Guru Besar

ii) Penasihat - Penolong Kanan Kokurikulum

iii) Penyelaras - Guru Penasihat

iv) Pengerusi - Seorang murid

v) Timbalan Pengerusi - Seorang murid

vi) Setiausaha - Seorang murid


23
vii) Penolong Setiausaha - Seorang murid

viii) Bendahari - Seorang murid

ix) Ahli Jawatankuasa - 10 orang murid

x) Juru Audit Dalam - 2 orang


(seorang guru dan seorang murid)

Jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha,

Penolong Setiausaha dan Bendahari adalah Jawatankuasa

Eksekutif yang dilantik melalui Mesyuarat Agung Tahunan

yang perlu diadakan sebelum 31 Mac setiap tahun. Jawatan

Juru Audit Dalam dilantik oleh Pengetua atau Guru Besar.

Peraturan 6 : Tugas Jawatankuasa


tankuasa

Pengerusi - Bertanggungjawab ke atas keseluruhan


perjalanan kelab.
- Mempengerusikan mesyuarat kelab.
- Menyusun dan merangka aktiviti kelab.

- Merapatkan hubungan dengan Kelab-


kelab Rukun Negara yang lain.
- Berhubung dengan Pejabat Perpaduan
Negeri / Daerah / Bahagian untuk
mendapatkan bahan penerbitan dan
sebagainya.
- Lain-lain tugas pentadbiran kelab.

Timbalan Pengerusi - Bertanggungjawab kepada Pengerusi.

- Membantu Pengerusi mentadbir kelab.

- Mempengerusikan kelab semasa


ketiadaan Pengerusi.
24
- Membantu Pengerusi merancang aktiviti
kelab.
- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Pengerusi.

Setiausaha - Mencatat minit mesyuarat.


- Menyediakan laporan kegiatan dan
aktiviti.
- Menguruskan urusan surat-menyurat.

- Menyimpan dan merekodkan segala fail-


fail kelab.
- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

Penolong Setiausaha - Membantu Setiausaha menjalankan


tugas-tugas kesetiausahaan.
- Menjalankan tugas Setiausaha semasa
ketiadaan Setiausaha.

Bendahari - Bertanggungjawab menguruskan urusan


kewangan kelab.
- Menyimpan dan merekodkan segala
urusan kewangan kelab.
- Mengusahakan sumber kewangan kelab.

- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh


Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

AJK - Bertanggungjawab sepenuhnya kepada


Pengerusi/Timbalan Pengerusi.
- Membantu Jawatankuasa Eksekutif
menjalankan urusan kelab.
- Menghadiri mesyuarat kelab apabila
dipanggil.
- Membantu Pengerusi menambah
keahlian kelab.
- Membantu pengerusi menjalankan
aktiviti kelab.
- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Pengerusi.

25
- Memeriksa dan mengesahkan penyata
Juru Audit Dalam
perbelanjaan Kelab Rukun Negara
sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Peraturan 7 : Peraturan Pengurusan Kewangan Kelab Rukun Negara

7.1 Akaun bagi tiap-tiap kelab di sekolah dan hendaklah di bawah

kawalan Pengetua /Guru Besar.

7.2 Pengetua/Guru Besar hendaklah menyimpan atau menyebabkan

supaya disimpan suatu akaun yang sewajarnya dan hendaklah

menyimpannya di bawah jagaannya bagi tempoh tidak kurang dari

enam bulan setelah berakhir tiap-tiap tahun kewangan dan hendaklah

sedia ada bagi pemeriksaan oleh pihak pendaftar.

7.3 Apa-apa tajaan atau kutipan derma bagi setiap kelab di sekolah

hendaklah mendapat kelulusan Pengetua/Guru Besar

Peraturan 8 : Mesyuarat Agung

8.1 Setiap Kelab Rukun Negara hendaklah mengadakan mesyuarat agung

pada setiap tahun.

8.2 Peranan Mesyuarat Agung

a) Memilih Jawatankuasa Kelab;

26
b) Membentangkan Laporan Tahunan Kelab;

c) Membentangkan Penyata Kewangan Kelab;

d) Menerima dan meluluskan usul dan resolusi;

e) Hal-hal lain.

Peraturan 9:

9.1 Jawatankuasa Induk Kelab Rukun Negara berhak untuk membatal,

meminda dan menambah mana-mana peraturan yang terkandung di

dalam buku ini pada bila-bila masa dan tanpa terikat kepada mana-

mana pihak.

27
28
PRINSIP 1: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN

1. LAFAZ IKRAR Supaya murid Arahan daripada Pengetua/ Guru Besar


RUKUN sentiasa Kementerian Pelajaran Semua murid
NEGARA menghayati Malaysia. (KPM) AJK Kelab Rukun Negara
falsafah serta Pegawai Perpaduan
Setiap perhimpunan
prinsip-prinsip Daerah (Pemantauan)
sekolah.
Rukun Negara
Hari Korikulum

Majlis rasmi.

Sambutan Bulan
Kemerdekaan

Sambutan Bulan
Perpaduan.

Kumpulan pembaca
ikrar terdiri daripada
pelbagai kaum.

2. MEMPAMERK Supaya murid Di pintu masuk Pengetua/Guru Besar


AN sentiasa hadapan sekolah. AJK KRN
PRINSIP- mengingati Sudut khas dalam
PRINSIP prinsip-prinsip kelas dan pejabat.
RUKUN Rukun Negara. Mural di dinding
NEGARA Papan kenyataan

3. NYANYIAN Menyemai rasa Semasa majlis sekolah. Pengetua/Guru Besar


LAGU cinta dan bangga Setiap perjumpaan AJK KRN
KEBANGSAAN terhadap raja dan kelab.
NEGARAKU negara
DAN NEGERI

29
STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN

4. FORUM- 1. Memperkenalkan nilai- Menjemput ahli Semua murid


MEMAHAMI nilai sejagat dalam agama. panel yang AJK KRN
KEPELBAGAIAN 2. Menghormati mewakili agama
AGAMA kepercayaan agama lain. masing-masing.
3. Menghormati penganut-
penganut agama lain.

5. CERAMAH- 1. Mendedahkan nilai-nilai Menjemput panel Pengetua/Guru


Penerapan nilai sejagat dalam agama. penceramah Besar
sejagat dalam bertauliah PIBG
agama 2. Menerapkan unsur-unsur daripada JPNIN, JPNIN
positif dalam kehidupan. KPM dan Jabatan
Penerangan
Malaysia.

6. PERTANDINGAN 1. Mengasah minda dan Pertandingan KPM


PIDATO/DEBAT mencungkil bakat murid terbuka kepada JPNIN
PERPADUAN 2. Memupuk minat setiap murid. Sekolah
DAN INTEGRASI membaca. Sempena Bulan AJK KRN
NASIONAL 3. Menggalakkan Kemerdekaan /
penggunaan ICT untuk Bulan Perpaduan
mencari bahan. Peringkat Daerah,
Negeri dan
Kebangsaan.

30
STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN

7. LAWATAN KE 1. Mengenali secara Menganjurkan Sekolah


RUMAH-RUMAH lebih dekat rumah- lawatan ke rumah- AJK KRN
IBADAT rumah ibadat rumah ibadat
penganut agama lain. yang dibuka
untuk
2. Menyemai lawatan/seperti di
perasaan/sikap Masjid
menghormati prinsip Negara/Putrajaya,
kebebasan beragama Batu Caves
di kalangan setiap Selangor, Sam Poh
warganegara. Tong di Ipoh,
Perak.

Mendapatkan
kebenaran
bertuulis daripada
ibu bapa.

Mendapat
kebenaran
daripada rumah-
rumah ibadat.

8. MERAIKAN HARI Mendedahkan murid Mengadakan Pengetua/Guru


PERAYAAN kepada pelbagai hari majlis sambutan di Besar
PELBAGAI KAUM perayaan seperti Hari Raya sekolah. Murid AJK KRN
Aidilfitri, Tahun Baru Cina, digalakkan
Deepavali, Krismas, Hari melibatkan diri di
Gawai dan Pesta Kaamatan. dalam aktiviti-
aktiviti yang
dianjurkan.

Program
dianjurkan dalam
bulan-bulan
berkaitan.

31
STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN

9. PERTANDINGAN 1. Memupuk sikap Pertandingan Guru


PENYEDIAAN mencintai dan Buku Skrap Agama/Guru
FOLIO/BUKU menghargai tentang Pendidikan
SKRAP anugerah Tuhan di kepercayaan Moral
kalangan murid. kepada Tuhan. AJK KRN

Sebelum dan
2. Memberi kesedaran
selepas Hari
dan keinsafan
Perayaan Agama;
kepada murid
contoh: pada hari
tentang kesan
Maulidur Rasul.
terhadap alam sekitar
akibat daripada
Mengumpul
perbuatan manusia.
bahan-bahan
berkaitan dengan
keindahan dan
3. Menggalakkan
kemusnahan alam
penggunaan ICT
ciptaan Tuhan.
untuk mencari
bahan.

10. KEM BINA Mempertingkatkan Mengadakan Pengetua/Guru


INSAN kerohanian dan nilai-nilai ceramah, forum, Besar
murni di kalangan murid. bengkel dan AJK KRN
sebagainya. JPNIN

Mengadakan
11. BAHAN Mempertingkatkan ceramah, forum, Pengetua/Guru
PENERBITAN kerohanian dan nilai-nilai bengkel dan Besar
murni di kalangan murid. sebagainya. AJK KRN
JPNIN

32
PRINSIP 2: KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN

1. LAFAZ IKRAR Supaya murid sentiasa Arahan daripada Pengetua/Guru


RUKUN NEGARA menghayati falsafah serta KPM. Besar
prinsip prinsip Rukun Semua murid
Setiap
Negara AJK Kelab
perhimpunan
Rukun Negara
sekolah.
(KRN)
Pegawai
Hari
Perpaduan
Kokurikulum.
Daerah
Majlis rasmi. (Pemantauan)

Sambutan Bulan
Perpaduan.

Kumpulan
pembaca ikrar
terdiri daripada
murid pelbagai
kaum.

2. NYANYIAN Menyemai rasa cinta dan Semasa majlis Pengetua/Guru


LAGU bangga terhadap raja dan sekolah. Besar
KEBANGSAAN negara. AJK KRN
Setiap perjumpaan
NEGARAKU
kelab.
DAN NEGERI

33
STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN

3. LAWATAN Memberi pendedahan Lawatan ke Istana, Semua murid


mengenai Sistem Muzium DiRaja AJK KRN
Pemerintahan Raja dan Muzium
Berperlembagaan. Negeri

Lawatan Integrasi
semasa Hari
Keputeraan
Agong.

Lawatan semasa
Persidangan
Parlimen dan
Dewan Undangan
Negeri.

4. PERTANDINGAN 1. Menyemai rasa cinta dan Bersifat Pengetua/Guru


BUKU bangga kepada Raja dan pertandingan Besar
SKRAP/FOLIO Negara. AJK KRN
Kerja kumpulan.
SALASILAH
KESULTANAN 2. Memberi pendedahan
Dijalankan di
NEGERI mengenai sistem
peringkat sekolah.
pemerintahan negeri-
negeri di Malaysia.
3.

34
STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN

5. KEMPEN KIBAR Menyemai dan memupuk Mengadakan Pengetua/Guru


JALUR semangat patriotisme di majlis pelancaran Besar
GEMILANG DAN kalangan murid. Kempen Kibar
BENDERA Jalur Gemilang AJK KRN
NEGERI dan Bendera
Negeri.
JPNIN
Nyanyian lagu
Jalur Gemilang
dan patriotik

Tayangan gambar
berunsurkan
patriotik untuk
semua kaum.

Ahli KRN
menyertai
Perbarisan
sempena ulang
tahun Hari
Kemerdekaan.

Sempena
Sambutan Bulan
Kemerdekaan.

Majlis rasmi yang


lain.

6. PENGKISAHAN 1. Mengingati dan Bersifat Pengetua/Guru


SEJARAH menghayati sejarah pertandingan Besar
NEGARA OLEH dan pembangunan
Kerja kumpulan.
TOKOH-TOKOH negara. AJK KRN
NEGARA DAN
Dijalankan di
TEMPATAN 2. Menghargai jasa-jasa
peringkat sekolah.
pemimpin negara.

35
STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN

7. PAMERAN 1. Mengenali dan Mengadakan Pengetua/Guru


(Sejarah Negara) menghayati sejarah pameran. Besar
negara.
Menyediakan
AJK KRN
bahan.
2. Memupuk perasaan
cintakan negara.
Mengadakan
lawatan ke
3. Menghargai jasa-jasa
pameran yang
pemimpin tempatan
dianjurkan oleh
dan pejuang negara.
agensi-agensi lain.

8. PERTANDINGAN 1. Mencungkil bakat. Menguruskan Pengetua/Guru


KEBUDAYAAN/ pertandingan:- Besar
KESENIAN DAN 2. Membentuk keyakinan AJK KRN
a) puisi
WARISAN diri.
b) drama

36
STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN

3. Memberi pendedahan c) mencipta lagu Pengetua/Guru


kepada murid tentang patriotik Besar
kebudayaan dan
d) menyanyi
kesenian kaum-kaum AJK KRN
lain.
e) tarian

f) buku skrap

g) cerpen

h) kata bestari
kenegaraan

i) pertandingan
pertandingan lain
yang difikirkan
sesuai dan selaras
dengan prinsip-
prinsip Rukun
Negara.

9. KARNIVAL 1. Memupuk semangat Koir, sajak, pentomen dan Pengetua/Guru


PATRIOTIK patriotik dan sebagainya. Besar
menyuburkan AJK KRN
semangat perpaduan
di kalangan murid.

2. Menyemarakkan jati
diri murid.

37
PRINSIP 3: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN

1. LAFAZ IKRAR Supaya murid sentiasa Arahan daripada Pengetua/Guru


RUKUN NEGARA menghayati falsafah serta KPM. Besar
prinsip prinsip Rukun
Setiap
Negara Semua murid
perhimpunan
sekolah.
AJK Kelab
Hari
Rukun Negara
Kokurikulum.
(KRN)
Majlis rasmi.
Pegawai
Sambutan Bulan Perpaduan
Kemerdekaan Daerah
(Pemantauan)
Sambutan Bulan
Perpaduan.

Kumpulan
pembaca ikrar
terdiri daripada
murid pelbagai
kaum.

2. NYANYIAN Menyemai rasa cinta dan Semasa majlis Pengetua/Guru


LAGU bangga terhadap raja dan sekolah. Besar
KEBANGSAAN negara. AJK KRN
Setiap perjumpaan
NEGARAKU
kelab.
DAN NEGERI

38
STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN

3. CERAMAH Memberi kesedaran dan Semasa kempen/ Semua murid


kefahaman tentang minggu kesedaran
keluhuran sivik. AJK KRN
perlembagaan/pembentuk
Salah satu aktiviti
an perlembagaan/kontrak JPNIN
Kursus
sosial.
Kepimpinan/
Perkhemahan.

Salah satu aktiviti


Bulan Patriotisme.

4. LAWATAN 1. Memberi peluang Menganjurkan Pengetua/Guru


KENEGARAAN kepada murid lawatan ke Sidang Besar
menyaksikan Dewan Undangan AJK KRN
proses sistem Negeri/Parlimen
perundangan
Negara dijalankan.

2. Mempertingkatkan
kefahaman murid
mengenai sistem
perundangan
negara.

5. KUIZ / 1. Memupuk Menganjurkan Pengetua/Guru


PERBAHASAN kemahiran lawatan Besar
(PERLEMBAGAAN) pengucapan awam. pertandingan
peringkat AJK KRN
2. Menilai/menguji sekolah/daerah
tahap pengetahuan
murid tentang
perlembagaan.

39
STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN

6. PERKHEMAHAN 1. Memupuk sifat- Aktiviti luar Pengetua/Guru


(MOTIVASI) sifat kepimpinan sekolah/ceramah Besar
berlandaskan motivasi.
prinsip-prinsip AJK KRN
Kerjasama dengan
Rukun negara.
agensi kerajaan /
swasta.
2. Meningkatkan
pengetahuan murid
tentang sistem
perlembagaan
negara.

7. PERMAINAN 1. Menggalakkan Permainan Mencari Pengetua/Guru


BERASASKAN integrasi kaum. Harta Karun Besar
PRINSIP KETIGA (Treasure Hunt)
RUKUN NEGARA 2. Memupuk AJK KRN
Clue yang
perpaduan dan nilai
digunakan
kerjasama.
berdasarkan sistem
perlembagaan
3. Menambah
negara.
pengetahuan dan
pengalaman tentang
Pelaksanaan
sistem
agensi-agensi
perlembagaan
kerajaan/swasta.
negara.

40
STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN

8. PERTANDINGAN 1. Memupuk Pertandingan Pengetua/Guru


MENULIS kemahiran kreatif Menulis Esei Besar
menulis tentang Cerpen / Puisi
isu-isu peringkat sekolah, AJK KRN
perlembagaan daerah, negeri dan
negara. kebangsaan

Berkala
2. Mencungkil bakat-
bakat dalam
bidang berkaitan.

3. Kesedaran tentang
isu-isu semasa
perlembagaan
negara.

9. DRAMA / SKETSA 1. Memupuk daya Dalam bentuk Pengetua/Guru


kreativiti. pertandingan. Besar

Berkala
2. Menghayati sistem AJK KRN
perlembagaan
negara.

3. Sebagai pemangkin
percambahan
fikiran.

4. Menggalakkan
integrasi kaum.

41
STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN

10. FORUM 1. Meningkat Dianjurkan di Pengetua/Guru


PERLEMBAGAAN pengetahuan peringkat sekolah. Besar
tentang
Kerjasama dengan
perlembagaan. AJK KRN
agensi luar.
2. Perkongsian JPNIN
pengetahuan dan
pengalaman.

3. Memperjelaskan
isu-isu semasa
yang timbul
(kurang
difahami/keliru)

11. PERTANDINGAN 1. Memupuk daya Bersifat Pengetua/Guru


BUKU SKRAP kreativiti murid. pertandingan. Besar

Kerja kumpulan
2. Kesedaran tentang AJK KRN
isu-isu semasa
Peringkat sekolah.
dalam sistem
perlembagaan.

42
STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN

12. PAMERAN 1. Memupuk daya Kerja keumpulan Pengetua/Guru


KENEGARAAN kreativiti murid. untuk Besar
mengendalikan
2. Kesedaran isu-isu pameran. AJK KRN
semasa dalam
Menonjolkan
sistem
pencapaian
perlembagaan.
individu/syarikat
yan berjaya.

Melibatkan PIBG.

13. BULAN 1. Memupuk Kerja keumpulan Pengetua/Guru


KEMERDEKAAN kesedaran untuk Besar
kebangsaan yang mengendalikan
merangkumi pameran. AJK KRN
Prinsip Rukun
Menonjolkan
Negara.
pencapaian
individu/syarikat
2. Menghayati idea
yan berjaya.
kebebasan dan
demokrasi.
Melibatkan PIBG.

3. Mengetahui Menganjurkan
tentang latar aktiviti-aktiviti
belakang kronologi yang boleh
penggubalan menyemarakkan
perlembagaan semangat
Malaysia. patriotisme.
Contoh:
4. Memupuk Pertandingan
semangat setia dan mencipta lagu
cintakan negara patriotik, melukis
poster dan lain-
lain.

43
STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN

14. MENGADAKAN 1. Mencungkil bakat Melibatkan semua Pengetua/Guru


AKTIVITI ALA murid sebagai murid Besar
MINI PARLIMEN pemimpin negara.
Peringkat antara
DI SEKOLAH AJK KRN
sekolah.
2. Memberi
kebebasan
.
membahas isu
penting untuk
pembangunan
negara.

15. BULAN 1. Memberi kesedaran Mempamerkan Pengetua/Guru


KESEDARAN dan kefahaman naskhah Besar
PERLEMBAGAAN tentang Perlembagaan
pembentukan Negeri/Persekutua AJK KRN
perlembagaan/kelu n dalam Pusat JPNIN
huran Sumber Sekolah
perlembagaan/kont dan di papan
rak sosial kenyataan.

Menganjurkan
2. Memperjelaskan
ceramah mengenai
isu-isu yang timbul
perlembagaan
yang kurang
daripada agensi-
difahami/keliru.
agensi yang
terlibat.
3. Perkongsian
pengetahuan dan
.
pengalaman.

44
STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN

16. KUIZ KELUHURAN 1. Meningkatkan Penyeragaman Pengetua/Guru


PERLEMBAGAAN pengetahuan dan dalam penyediaan Besar
kefahaman murid soalan kuiz.
tentang AJK KRN
Hadiah disediakan
perlembagaan
oleh JPN
negara.
KPM/JPNIN.

45
PRINSIP 4: KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN

1. LAFAZ IKRAR Supaya murid sentiasa Arahan daripada Pengetua/Guru


RUKUN NEGARA menghayati falsafah serta KPM. Besar
prinsip prinsip Rukun
Setiap
Negara Semua murid
perhimpunan
sekolah.
AJK Kelab
Hari
Rukun Negara
Kokurikulum.
(KRN)
Majlis rasmi.
Pegawai
Sambutan Bulan Perpaduan
Kemerdekaan Daerah
(Pemantauan)
Sambutan Bulan
Perpaduan.

Kumpulan
pembaca ikrar
terdiri daripada
murid pelbagai
kaum.

2. NYANYIAN Menyemai rasa cinta dan Semasa majlis Pengetua/Guru


LAGU bangga terhadap raja dan sekolah. Besar
KEBANGSAAN negara. AJK KRN
Setiap perjumpaan
NEGARAKU
kelab.
DAN NEGERI

46
STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN

3. KEMPEN 1. Memberi Syarahan semasa Semua murid


MENDAULATKAN kesedaran perhimpunan
UNDANG-UNDANG tentang sekolah. AJK KRN
NEGARA DAN kepentingan
Mempamerkan
PERATURAN undang-undang
keratan akhbar di
SEKOLAH serta
papan kenyataan.
penghayatan
terhadap tugas-
Pertandingan
tugas
buku skrap
penguatkuasa.
pertandingan
melukis/fotografi.
2. Menghayati cara
undang-undang
dipraktikan.

3. Mengetahui cara-
cara penggubalan
dasar-dasar dan
peraturan
tertentu.

4. MINGGU 1. Menghayati nilai- Menganjurkan Pengetua/Guru


KESEDARAN SIVIK nilai murni. pameran dengan Besar
kerjasama agensi-
2. Pemahaman agensi yang AJK KRN
terhadap tugas- berkaitan seperti
tugas PDRM, Majlis Agensi
penguatkuasa Perbandaran, Berkaitan
undang-undang. Pihak Berkuasa
Tempatan dan
AADK.

47
STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN

Tayangan
Multimedia/slaid
berkenaan tugas-
tugas unit
penguatkuasa
undang-undang.

Bahan dibekalkan
oleh Unit-unit
Majlis
Perbandaran/Piha
k Berkuasa
Tempatan/PDRM/
JPJ/Jabatan
Penerangan
Malaysia.

5. LAWATAN 1. Kesedaran Menganjurkan Pengetua/Guru


tentang implikasi lawatan ke Besar
melanggar Mahkamah
undang-undang. Penguasa AJK KRN
Tempatan.
2. Melihat sendiri
Lawatan ke
cara-cara
institusi-institusi
pentadbiran
pemulihan seperti
tempat
Pusat
berkenaan.
Serenti/sekolah
pemulihan akhlak
dan sebagainya.

48
STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN

6. PERMAINAN 1. Menggalakkan Permainan Pengetua/Guru


(EXPLOLAW) interaksi murid mengenali Besar
pelbagai kaum. peraturan
sekolah/undang- AJK KRN
2. Memberi undang negara.
pengalaman
Kerjasama dengan
tentang
agensi kerajaan /
pelaksanaan
swasta.
undang-undang.

49
PRINSIP 5: KESOPANAN DAN KESUSILAAN

STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN

1. LAFAZ IKRAR Supaya murid sentiasa Arahan daripada Pengetua/Guru


RUKUN NEGARA menghayati falsafah serta KPM. Besar
prinsip prinsip Rukun
Setiap
Negara Semua murid
perhimpunan
sekolah.
AJK Kelab
Hari
Rukun Negara
Kokurikulum.
(KRN)
Majlis rasmi.
Pegawai
Sambutan Bulan Perpaduan
Kemerdekaan Daerah
(Pemantauan)
Sambutan Bulan
Perpaduan.

Kumpulan
pembaca ikrar
terdiri daripada
murid pelbagai
kaum.

2. NYANYIAN Menyemai rasa cinta dan Semasa majlis Pengetua/Guru


LAGU bangga terhadap raja dan sekolah. Besar
KEBANGSAAN negara. AJK KRN
Setiap perjumpaan
NEGARAKU
kelab.
DAN NEGERI

50
STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN

3. SEMINAR / 1. Memperkenalkan Menjemput KPM


FORUM/ dan memupuk penceramah dari
CERAMAH prinsip-prinsip agensi kerajaan/ JPNIN
Rukun Negara di swasta dan lain-
kalangan murid. lain.
JPN
Pertandingan
2. Mempertingkatkan
Syarahan
kesedaran murid Biro Tata
(wujudkan piala)
tentang nilai-nilai Negara
di peringkat
murni dalam
sekolah/daerah.
masyarakat.
Ceramah
mengenai
kesopanan dan
kesusilaan untuk
pemimpin-
pemimpin murid:-

- Pengawas

- Ketua Kelas

- Pengerusi/AJK
Kelab/
Persatuan

Forum mengenai
adat resam pelbagai
kaum/budaya/
agama.

51
STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN

4. LAWATAN 1. Memberi keinsafan Menganjurkan lawatan Pengetua/Guru


dan kesedaran ke Rumah Orang Tua, Besar
semasa melakukan Anak Yatim dan AJK KRN
lawatan ke institusi- sebagainya.
institusi yang
berkenaan.

2. Menyemai dan
memupuk nilai-nilai
murni seperti kasih
sayang, simpati dan
hormat-menghormati
di kalangan murid.

5. PERKHEMAHAN 3. Memberi pengertian Penerangan budaya Pengetua/Guru


(MOTIVASI) dan menerapkan antara kaum. Besar
nilai-nilai murni bagi AJK KRN
Contoh:-
mengukuhkan
semangat perpaduan
a) Adat Resam/
kaum.
Pantang Larang

b) Permainan
Tradisional/
Sukaneka

c) Kebudayaan

52
STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN

6. KEMPEN 1. Menentukan Memilih murid yang Pengetua/Guru


BERBUDI pertuturan yang baik terbaik bertutur dan Besar
BAHASA di kalangan murid. berbudi bahasa. AJK KRN

2. Menggunakan laras
bahasa yang sesuai
dengan semua
peringkat umur.

3. Memupuk sikap
beradab sopan
dikalangan murid.

7. HARI Memupuk dan mengeratkan Pendedahan dan Pengetua/Guru


KELUARGA/ kasih sayang yang panduan kepada Besar
HARI IBU BAPA mendalam antara ahli ibu bapa dan murid
keluarga. di peringkat AJK KRN
sekolah.
Ibu Bapa
Ibu bapa dan
murid akan
Murid
melaksanakannya
di rumah untuk
seluruh keluarga.

53
AKTIVITI-AKTIVITI LAIN

STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN

1. HARI TERBUKA 1. Meningkatkan minat Peringkat sekolah, Pengetua/Guru


KELAB RUKUN murid untuk menjadi Besar
Contoh: gerai
NEGARA ahli Kelab Rukun AJK KRN
jualan dan
Negara.
pameran.
2. Mempromosikan Kelab
Pameran Kelab
Rukun Negara di
Rukun Negara.
kalangan murid
pelbagai kaum.

2. BULAN Mengingatkan murid Pelbagai aktiviti ke arah Pengetua/Guru


PENGHAYATAN tentang kepentingan Rukun meningkatkan Besar
RUKUN NEGARA Negara dalam mengekalkan penghayatan Rukun
keharmonian kaum di Negara di kalangan AJK KRN
negara ini. murid dilaksanakan.

3. PROGRAM Mengeratkan hubungan Sekurang- KPM


PERTUKARAN antara murid berbilang kurangnya satu
MURID KE kaum. bulan. JPNIN
SABAH/SARAWA
Peringkat
K/LABUAN/
kebangsaan
SEMENANJUNG.

54
STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN

4. LAWATAN 1. Memupuk semangat Lawatan antara Pengetua/Guru


INTEGRASI setiakawan dan sekolah/daerah/ Besar
perpaduan di antara negeri/wilayah.
murid. AJK KRN
Berkonsepkan
2. Memahami dan
Homestay
menghayati adat JPNIN
(Program Anak
resam sesuatu
Angkat). Contoh:
kaum.
Rumah Panjang
Baba dan Nyonya,
Perkampungan
Melayu dan
sebagainya.

5. KARNIVAL Memupuk semangat Persembahan / Pengetua/Guru


KESENIAN DAN cintakan kesenian dan pertunjukkan Besar
KEBUDAYAAN kebudayaan ke arah tarian/ nyanyian
PERPADUAN menyatupadukan rakyat tradisional. AJK KRN
pelbagai kaum.
Pameran budaya
adat resam
pelbagai kaum.

6. SUKAN 1. Menggalak dan Menganjurkan:- Pengetua/Guru


memupuk semangat Besar
i) Larian
kesukanan di
Perpaduan
kalangan murid. AJK KRN
ii) Permainan
2. Memahami dan
Tradisional/Sukan
menghayati adat
eka
resam sesuatu
kaum.

55
STRATEGI
BIL AKTIVITI OBJEKTIF TINDAKAN
PELAKSANAAN

7. PROGRAM PRA Memupuk semangat Gotong royong di Pengetua/Guru


LATIHAN perpaduan dan sahsiah yang Rumah Orang Besar
KHIDMAT tinggi di kalangan murid. Tua/Anak
NEGARA Yatim/Kawasan AJK KRN
Rekreasi/Rumah
Ibadat dan NGO
sebagainya.
KPM
Memberi
sumbangan dalam
JPNIN
kerja-kerja
kebajikan anjuran
JLKN
agensi
kerajaan/swasta.

56
LAMPIRAN C
CADANGAN PERANCANGAN
TAHUNAN AKTIVITI KELAB
RUKUN NEGARA

57
CADANGAN PERANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI KELAB
RUKUN NEGARA

(ARAHAN: Semua aktiviti yang dilaksanakan MESTILAH berdasarkan kepada lima


prinsip Rukun Negara)

Bulan Aktiviti Objektif Strategi Tindakan


Pelaksanaan
1. Lafaz ikrar Rukun
Januari Negara Sila rujuk Lampiran B

2. Nyanyian lagu
kebangsaan Sila rujuk Lampiran B
Negaraku dan
lagu negeri.

3. Mesyuarat penaja/ 1. Melantik Membuat Guru


Agung KRN Jawatankuasa hebahan Penasihat
Kelab Rukun Poster Kelab
Negara. Promosi
2. Merangka Kain rentang
aktiviti tahunan. Borang
3. Mengemukakan keahlian
aktiviti Pengumuman
tahunan/kewan dalam
gan kepada perhimpunan
Pengetua/ Guru sekolah
Besar. Kempen

58
Bulan Aktiviti Objektif Strategi Tindakan
Pelaksanaan
1. Lafaz ikrar Rukun
Februari Negara Sila rujuk Lampiran B

2. Nyanyian lagu
kebangsaan Sila rujuk Lampiran B
Negaraku dan
lagu negeri.

3. Mesyuarat Membincang dan Kertas kerja Guru


Jawatankuasa mengelolakan ceramah Rukun Penasihat
Kelab Rukun aktiviti Negara. Kelab
Negara. sekolah/negeri. AJK Kelab
(rujuk Lampiran B) Pertandingan
buku skrap.

4. Ceramah Rukun 1. Melantik Memaklumkan Guru


Negara (Latar Jawatankuasa kepada JPNIN Penasihat
belakang) Kelab Rukun Daerah/Negeri Kelab
Negara. untuk AJK KRN
2. Merangka menetapkan JPNIN
aktiviti tahunan. tarikh dan masa
yang sesuai
untuk
mengadakan
ceramah.

59
5. Pertandingan Buku Memupuk Pertandingan, Guru
Skrap kreativiti murid. kerja Penasihat
berkumpulan. Kelab

6. Pertandingan Mencungkil bakat Anjuran JPNIN Guru


menulis rencana di kalangan murid Ibu Pejabat Penasihat
mengenai dalam bidang Kelab
perpaduan nasional penulisan rencana Syarat-syarat AJK KRN
(Peringkat mengenai pertandingan JPNIN
kebangsaan.) perpaduan dan akan diedarkan Negeri/
integrasi nasional. melalui pihak Ibu
KPM Pejabat

7. Hari Thaipusam
Sila rujuk Lampiran B

8. Sambutan Perayaan
Tahun Baru Cina Sila rujuk Lampiran B
(tarikh sambutan
mengikut
kesesuaian)

60
Bulan Aktiviti Objektif Strategi Tindakan
Pelaksanaan
1. 1. Lafaz ikrar Rukun
Mac Negara Sila rujuk Lampiran B

2. Nyanyian lagu
kebangsaan Sila rujuk Lampiran B
Negaraku dan
lagu negeri

3. Mesyuarat .
pertandingan debat Sila rujuk Lampiran B
perpaduan dan
integrasi nasional
peringkat sekolah.

4. Pertandingan debat
perpaduan dan Sila rujuk Lampiran B
integrasi nasional
peringkat sekolah.
(tarikh
pertandingan
mengikut
kesesuaian.)

61
BULAN AKTIVITI / PERAYAAN TINDAKAN
April 1. Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W Guru
1. (Maulidur Rasul) Penasihat
2. Hari Keputeraan Sultan Perak Kelab
3. Hari Keputeraan Sultan Johor AJK Kelab

Mei 1. Sambutan Bulan Perpaduan peringkat Guru


kebangsaan dan Negeri (boleh dibincang Penasihat
bersama dengan JPNIN/Daerah/Bahagian) Kelab
2. Hari Wesak AJK Kelab
3. Hari Ulang Tahun Keputeraan Tuanku
Raja Perlis
4. Pesta Kaamatan (Pesta Menuai)
5. Bengkel Kelab Rukun Negara Peringkat
Kebangsaan

Jun 1. Perayaan Hari Dayak (Gawai) Guru


2. Hari Keputeraan S. P. B. Yang di-Pertuan Penasihat
Agong Kelab
AJK Kelab

Julai 1. Harijadi T. Y. T. Yang di-Pertua Negeri Guru


Pulau Pinang Penasihat
2. Hari Keputeraan Tuanku Yang di-Pertuan Kelab
Besar Negeri Sembilan AJK Kelab
3. Hari Keputeraan Sultan Johor

Ogos 1. Pelancaran Perayaan Bulan Kemerdekaan Guru


2. Ulang tahun kemerdekaan negara Penasihat
3. Kempen Kibar Jalur Gemilang Kelab
4. Peristiwa Israk dan Mikraj AJK Kelab

62
BULAN AKTIVITI / PERAYAAN TINDAKAN
September 1. Harijadi T. Y. T. Yang di-Pertua Negeri Guru
Sarawak Penasihat
2. Hari Pembentukan Malaysia (16 September Kelab
1963) AJK Kelab
3. Harijadi T. Y. T. Yang di-Pertua Negeri
Sabah
4. Umat Islam menjalani ibadah puasa

Oktober 1. Harijadi T. Y. T. Yang di-Pertua Guru


NegeriSarawak Penasihat
2. Hari Pembentukan Malaysia (16 September Kelab
1963) AJK Kelab
3. Harijadi T. Y. T. Yang di-Pertua Negeri
Sabah
4. Umat Islam menjalani ibadah puasa

63

Anda mungkin juga menyukai