Anda di halaman 1dari 8

KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI

DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN

LAPORAN PEMERIKSAAN PEMBIAKAN AEDES

NAMA : MUHAMMAD ANDRY IZHAR BIN YUSAINIAMIN

NO.MATRIK : EH12140014

PRESEPTOR TEMPATAN : EN.SUHAIMI BIN ISMAIL


1. Data Pentadbiran

Tarikh : 04/07/2017
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Taman Sri Buntar
Anggota Terlibat : 1) PKA Mohd Suhaimi, PKA Amran Nordin,PKA Azhari, PKA Roslan
PKA Hafiz
2) MUHAMMAD ANDRY IZHAR BIN YUSAINIAMIN

2. Pengenalan

Aktiviti Pemeriksaan Pembiakan Aedes (PPA) merupakan salah satu aktiviti utama yang
dijalankan oleh Unit Kawalan Denggi bagi menyekat dan mengawal penyakit demam denggi.
Aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk mencari tempat pembiakan nyamuk aedes atau yang
berpotensi bagi pembiakan vektor ini dan seterusnya menghapuskan atau mengurangkan kejadian
penyakit bawaan vektor khususnya Demam Denggi.

Selain itu, Pemeriksaan Premis Aedes ini juga bertujuan untuk membanci sesuatu lokaliti untuk
mengesan kawasan pembiakan yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk aedes. Melalui jumlah
jentik dan takungan yang dijumpai ia akan dikira dengan menggunakan kaedah A.I (Aedes Index)
dan B.I (Breatau Index). Kajian ini dapat memastikan sama ada perlunya langkah pengawalan dan
pencegahan dilakukan pada sesebuah lokaliti tersebut.

3. Objektif

Objektif am:
 Menyekat dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes pada
sesebuah lokaliti.
 Mencari dan mengenal pasti tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes pada
sesebuah lokaliti.
 Bagi mempelajari kaedah-kaedah dan prosedur dalam menjalankan aktiviti
Pemeriksaan Pembiakan Aedes (PPA)
Objektif khusus:
 Untuk menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes bagi mencegah
penyakit denggi.
 Untuk menguatkuasakan peraturan Akta Serangga Pembawa Penyakit 1975.
 Mengetahui peralatan yang digunakan serta mempelajari cara menggunakannya
ketika melakukan kajian aedes.
 Memberi pendidikan kesihatan secara bersemuka dengan tuan rumah mengenai
bahaya aedes dan demam denggi.
 Mengetahui borang-borang, peralatan dan prosedur yang digunakan dalam aktiviti
PPA ini.

4. Peralatan dan Bahan

 Kad kuasa atau surat perakuan kuasa.


 Kad pengenalan.
 Borang Pengumpulan Data Aktiviti Pemeriksaan Pembiakan Aedes.
 Borang Pemeriksaan Aedes.
 Pelan lokasi dan pelan lantai tempat pembiakan larva nyamuk.
 Borang Perakuan Pungutan Serangga Pembawa Penyakit Dari Premis.
 Risalah dan poster.
 Pipet.
 A4 clipboard
 Lampu suluh
 Alat tulis
 Kamera.
 Abate 1%SG
 Label
 Lak Rasmi KKM
 Universal bottle

5. Borang-Borang Yang Perlu Disediakan

i. Borang notis masuk premis


ii. Borang perakuan pungutan larva
iii. Borang kajian harian
iv. Borang lokasi premis
v. Borang pelan lantai
vi. Borang pungutan barang (ekshibit)
vii. Notis pemberitahuan
6. Carta alir pemeriksaan pembiakan aedes

Mula

Taklimat kepada pasukan pemeriksaan

Periksa kelengkapan

Tiada Bertolak ke lapangan dengan pembantu


Pemilik/Penghuni
Dewasa

Beri Notis Ada Pemilik/Penghuni Dewasa


pemeriksaan semula

Memperkenalkan diri dan tujuan lawatan

Tidak Dibenarkan
masuk
Dibenarkan masuk
Ambil tindakan mengikut
prosedur menghalang
tugas
Jalankan pemeriksaan bersama
pembantu diiringi pemunya/penduduk
premis

Tiada
pembiakan

Rekodkan maklumat Ada


B pembiakan

Tamat
Pastikan larva nyamuk hidup

Ambil gambar premis dan tempat pembiakan

Tunjukkan peralatan kepada pemunya/penduduk

Ambil spesimen larva nyamuk disaksikan oleh


pembantu dan pemunya/penduduk

Tunjukkan spesimen larva nyamuk kepada


pemunya/penduduk

Tutup botol spesimen, label dan lak

Sediakan pelan lantai dan pelan lokasi tempat


pembiakan

Isi borang perakuan pemungutan larva nyamuk


dan borang pengambilan bekas pembiakan untuk
diserahkan kepada pemunya/penduduk

Tidak Diterima
Diterima

Tinggalkan sesalinan borang Dapatkan tandatangan pemunya/penduduk dan


perakuan di premis berikan salinan pendua kepada beliau.
berkenaan
Catat Maklumat

Apabila balik ke pejabat serahkan spesimen


kepada Pemeriksa Larva yang dilantik oleh
Pegawai Kesihatan

Kemaskini daftar dan rekod/reten

Tamat
7. Tatacara Prosedur

i. Membuat mesyuarat dan sediakan alatan sebelum ke lapangan.


ii. Perkenalkan diri dan rakan bersama kepada pemunya permis
iii. Tunjukkan kad kuasa kepada pemunya permis
iv. Memohon kebenaran untuk memasuki permis dan meminta pemunya premis yang
berumur 18 tahun ke atas ikut serta dalam pemeriksaan
v. Periksa tempat-tempat pembiakan di kawasan dalam dan luar permis
vi. Mengenalpasti tempat-tempat pembiakan yang positif
vii. Memaklumkan kepada penghuni sebelum larva dipungut
viii. Mengambil gambar bekas pembiakan dan tempat larva ditemui(close-up & wide)
ix. Tunjukan botol dan pipet kosong kepada penghuni
x. Memasukkan larva ke dalam botol universal sekurang-kurangnya 5 ekor.
xi. Melabel botol spesimen
xii. Melak botol spesimen
xiii. Mengisi borang perakuan mengambil larva
xiv. Dapatkan tandatangan penghuni yang mengikut pemeriksaan
xv. Melukis peta lakar dan peta lantai tempat larva ditemui
xvi. Mengucapkan terima kasih kepada tuan premis sebelum beredar.
xvii. Setibanya di pejabat, serahkan spesimen kepada penyelia untuk dianalisa

8. KESIMPULAN

Daripada hasil Pemeriksaan Pembiakan Aedes (PPA) di lokasi premis kediaman ini, pembiakan
aedes ditemui. Maka dapat disimpulkan bahawa tahap kesedaran dan keprihatinan pemilik tentang
bahaya nyamuk aedes berada pada tahap yang tidak memuaskan.Selain itu, pembiakan nyamuk
aedes dapat dikawal dengan memutuskan kitaran hidupnya dengan kaedah mengesan dan
menghapus pada peringkat larva. Aktiviti PPA ini mampu menyedarkan masyarakat bahawa
pentingnya menjaga kebersihan persekitaran untuk mengelak daripada berlakunya penyakit
Demam Denggi. Sekali gus, mencegah daripada terus menular di lokaliti ini.
LAMPIRAN

Rajah 1 Borang Pengumpulan Data Aktiviti Pemeriksaan Pembiakan Aedes.

Rajah 2 penemuan jentik-jentik di rumah penduduk Taman Sri Buntar


Tandatangan Pelatih : Tandatangan Pemeriksa :

……………………………………… ……………………………..............
(Muhammad Andry Izhar Bin Yusainiamin) ( En.Mohd Tarmizi Bin Jusoh )
Pusrawi International College of Medical Pen. Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
Science Pejabat Kesihatan Daerah Bera

Disemak dan disahkan oleh :

……………………………………
( En. Mohamad Suhaimi Bin Ismail )
Pen. Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan U32
Pejabat Kesihatan Daerah Bera

Anda mungkin juga menyukai