Anda di halaman 1dari 1

Abstrak

Seruan qiamullail yang dicatatkan oleh Imam Al-Ghazali dalam kitab Ayyuhal Walad
merupakan perintah daripada Allah SWT yang termaktub dalam al-Quran dan as-Sunnah.
pendahuluan Qiamullail ialah bangun pada waktu sepertiga malam untuk beribadah dan melakukan
amalan-amalan sunat seperti solat tahajjud, membaca al-Quran, berzikir, berdoa dan
beristighfar untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Hal ini disebabkan jiwa yang jauh masalah
daripada Allah SWT akan menjadi lemah dan mudah dipengaruhi oleh pelbagai anasir dan kajian

gejala negatif. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk menganalisis fakta-fakta yang berkaitan
objektif
seruan qiamullail menurut kitab Ayyuhal Walad dan kaitannya dengan kekuatan jiwa. Fokus umum
kajian
utama penilaian dilakukan terhadap seruan qiamullail termasuk ibadah-ibadah dan amalan
semasa qiamullail dan pada waktu sahur. Adaptasi seruan qiamullail dan ibadah serta kepentingan
kajian
amalannya dilakukan sebagai satu sumbangan maklumat baru kepada masyarakat awam.
Kaedah
pengumpulan
Kajian ini berbentuk analisis kandungan bersifat kualitatif yang melibatkan satu elemen
data
triangulation untuk proses pengumpulan data iaitu kajian dokumentasi. Proses penganalisisan
data pula melibatkan kaedah induktif, deduktif dan komparatif. Mekanisme penganalisisan kaedah
data berpandukan kepada dalil al-Quran dan al-Hadis, pendapat tokoh tasawuf dan ulama. analisis data
Kajian ini juga menyentuh perbahasan tentang seruan qiamullail, seruan tahajjud, amalan-
amalan pada waktu sahur dan hakikat istighfar. Hasil kajian mendapati beberapa penemuan
baru iaitu; pertama, seruan qiamullail menurut Ayyuhal Walad selari dengan perintah Allah
SWT di dalam al-Quran dan bertepatan dengan Sunnah Rasulullah SAW. Kedua, seruan dapatan
qiamullail dan tahajjud serta hakikat istighfar sebagai amalan utama pada waktu sahur kajian

merupakan amalan yang dituntut dan amat dicintai oleh Allah SWT. Ketiga, Masyarakat
Islam boleh mengaplikasikan amalan-amalan sunat semasa qiamullail sebagai sumber
kekuatan jiwa. Implikasi kajian mencadangkan setiap individu Islam hendaklah berusaha saranan
memantap dan memperkukuhkan amalan qiamullail agar menjadi rutin dalam kehidupan
seharian.

Anda mungkin juga menyukai