Anda di halaman 1dari 107

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS

IJAZAH

Modul Pembelajaran
MPU 2011
SUKAN

Institut Pendidikan Guru Malaysia


Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG
BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN
LEPAS IJAZAH SEKOLAH MENENGAH.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.

Institut Pendidikan Guru Malaysia


Kementerian Pendidikan Malaysia

ii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat, dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,


bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan
berdisiplin.

November 2017
Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada
kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau
mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku
ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

iii
KANDUNGAN MUKA SURAT

Notis Hak Cipta ii


Falsafah Pendidikan Kebangsaan iii
Falsafah Pendidikan Guru iii
Kandungan iv
Panduan Pelajar v - vi
Ikon Modul vii
Agihan Tajuk RMK viii - ix

Tajuk Pembelajaran

UNIT 1 - Permainan Hoki 1

UNIT 2 - Permainan Bola Tampar 13

UNIT 3 - Olahraga 28

UNIT 4 - Asas Kepegawaian / Asas Kejurulatihan 46

UNIT 5 - Asas Pengurusan dan Pengelolaan 77

Rujukan 92

Panel Penulis Modul 93

iv
PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan


pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada
pelajar untuk mendapatkan maklumat dan gaya pembelajaran terkini.

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri membolehkan pelajar membuat keputusan tentang


pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri lebih berkesan jika
pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar
mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.

SASARAN KURSUS

Pelajar Program Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (PDPLI) yang mendaftar dengan
Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidkan Malaysia (IPG KPM).

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Bagi kursus PDPLI yang dilaksanakan dalam mod
Kursus Dalam Cuti (KDC), diperuntukkan 60% daripada Jumlah Pembelajaran Pelajar
adalah bersemuka manakala 40% adalah Jumlah Pembelajaran Pelajar pembelajaran
kendiri.

v
SUSUNAN UNIT MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan unit. Di dalam unit mempunyai lima eleman asas yang
konsisten:
1. Hasil Pembelajaran Unit
2. Sinopsis
3. Penyelidikan
4. Pengalaman
5. Refleksi

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email jika
terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar
pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.

PENTAKSIRAN

Pencapaian pelajar dalam kursus ini ditentukan menerusi pentaksiran kerja kursus
100%.

vi
IKON

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

AKTIVITI

AGIHAN TAJUK

AKTIVITI
PENYELIDIKAN

PENYELIDIKAN REFLEKSI

PENGALAMAN RUJUKAN

Nama Kursus : KOKURIKULUM - SUKAN


Kod : MPU 2011

Kandungan modul ini dibahagi kepada 5 unit (8 topik). Jadual di bawah menjelaskan agihan
tajuk-tajuk untuk pembelajaran melalui modul dan interaksi bersemuka.

vii
JUMLAH JAM
TAJUK / TOPIK MODUL BERSEMUKA CATATAN
PEMBELAJARAN

1. Pengenalan Permainan Hoki dan


Bola Tampar
 Sejarah dan perkembangan Perlu dibaca
Unit 1& 2 sebelum
- Antarabangsa
1 jam 1 jam -
- Malaysia interaksi
bersemuka
 Peralatan dan ukuran
gelanggang/ padang

2. Kemahiran Asas Permainan Hoki


dan Bola Tampar Perlu dibaca
 Kemahiran- kemahiran asas Unit 1 & 2
sebelum
 Teknik 8 jam 2 jam 6 jam
interaksi
 Ansur Maju
bersemuka
 Ujian Amali Kemahiran
 Rancangan Latihan Kemahiran

3. Pengenalan Olahraga
 Sejarah dan perkembangan
olahraga Perlu dibaca
- Antarabangsa Unit 3 sebelum
- Malaysia 1 jam -
interaksi
 Jenis-jenis acara olahraga
1 jam
bersemuka
 Peralatan dan ukuran
- Balapan
- Padang

4. Acara Balapan dan Padang


 Acara Balapan
- Permulaan larian
- Teknik larian Perlu dibaca
- Fasa penamat Unit 3 sebelum
8 jam 6 jam
 Acara Padang 2 jam interaksi
- Lompat Jauh bersemuka
- Lontar Peluru
 Rancangan Latihan Kemahiran
 Ujian Amali Kemahiran

5. Asas Kepegawaian Perlu dibaca


 Peraturan pertandingan Unit 1,2.3 sebelum
4 jam 2 jam
 Undang-undang 2 jam interaksi
bersemuka

6. Asas Kejurulatihan
 Ciri-ciri dan peranan jurulatih
 Kaedah dan ansur maju Perlu dibaca
latihan Unit 4 sebelum
4 jam 2 jam
 Teknik permainan 2 jam interaksi
 Strategi dan taktik permainan bersemuka
 Program latihan
 Kecederaan dan pemakanan

viii
JUMLAH JAM
TAJUK / TOPIK MODUL BERSEMUKA CATATAN
PEMBELAJARAN

7. Pengurusan Pasukan
 Peranan dan tugas Perlu dibaca
- Pendaftaran Unit 5 sebelum
1 jam -
- Kebajikan pemain 1 jam interaksi
- Disiplin pemain bersemuka
- Peralatan pemain

8. Asas Pengurusan dan


Pengelolaan
 Kertas kerja pengelolaan
pertandingan
Perlu dibaca
 Nilai dan etika dalam Unit 5 sebelum
5 jam 3 jam
pertandingan 2 jam interaksi
 Pelaksanaan program bersemuka
 Refleksi program pengelolaan
yang dilaksanakan

JUMLAH JAM 32 jam 13 jam 19 jam

Catatan: Interaksi bersemuka – dapatkan maklumat daripada pensyarah anda

ix
UNIT 1 HOKI

Hasil Pembelajaran Unit

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

1. menjelaskan sejarah perkembangkan hoki


2. menjelaskan undang-undang dan peraturan dalam permainan hoki
3. menjelaskan kemahiran asas hoki dengan cara yang betul.

Sinopsis

Topik ini memberikan gambaran sepintas lalu kepada pelajar berkenaan sejarah
permainan hoki, perkembangannya di Malaysia dan organisasi yang
bertanggungjawab dalam mengurus tadbir permainan ini. Pelajar juga
didedahkan kepada peraturan dan undang-undang permainan hoki, penerangan,
perbincangan mengenai kemahiran asas hoki. Tajuk-tajuk dalam modul ini juga
merangkumi strategi, latihan dan formasi permainan serta bagaimana
menguruskan kejohanan pertandingan hoki.

1.1 PENGENALAN

Mungkin sebahagian daripada anda sama pendapat dengan saya tentang


permainan hoki. Bagi saya permainan hoki adalah permainan yang agak
menghiburkan dan tidak membosankan kerana seperti juga permainan bergol
yang lain permainan hoki merupakan pertembungan dua pasukan dan bukan
pertembungan individu. Oleh itu kerjasama sepasukan selain daripada skil
individu perlu digandingkan seiringan untuk mencapai kejayaan. Dengan kata
lain kemahiran jurulatih dalam merancang dan mengarap strategi berpasukan
dan kemahiran individu amat penting dalam menentukan kejayaan sepasukan.

1.1.1 Sejarah dan Perkembangan

Rekod sejarah menunjukkan Permainan hoki telah mula dimainkan pada abad
ke-15. Orang Mesir, Romania, Athens, Australia dan Eropah dikenal pasti telah
bermain satu permainan dengan menggunakan kayu yang melengkong untuk
memukul bola. Asal perkataan hoki berkemungkinan telah wujud daripada
perkataan AngloSaxon iaitu Hook, Hok atau perkataan Perancis Hocquet. Hoki
moden telah dimainkan di sekolah-sekolah awam Inggeris pada kurun ke-19.
Permainan tersebut tersebar luas ke negara-negara di bawah naungan British
pada akhir kurun ke-19. Badan Peraturan Hoki Antarabangsa telah ditubuhkan

1
pada tahun 1895 dan permainan hoki buat julung kalinya dipertandingkan pada
tahun 1908 di Sukan Olimpik London bagi kategori lelaki. Hoki menjadi sukan
wajib dipertandingkan di Sukan Olimpik mulai 1928 di Amsterdam. Persekutuan
Hoki Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1924 di Paris dan dikenali sebagai
Federation Internationale de Hockey (FIH). Kini, ibu pejabat FIH di Brussels
merupakan pertubuhan yang bertanggungjawab terhadap permainan hoki. Di
benua Asia pula, permainan hoki mula dipertandingkan dalam Sukan Asia di
Tokyo pada tahun 1958 dan didominasi oleh Pakistan dan India. Negara-negara
lain di Asia yang juga unggul dalam permainan hoki ialah Korea, Jepun, China
dan Malaysia. Pasukan hoki wanita daripada Korea, China dan Jepun adalah
antara negara yang setaraf dengan pasukan wanita peringkat antarabangsa
seperti Jerman, Australia dan Belanda. Hoki di Malaysia diperkenalkan pada
tahun 1898. Permainan ini menjadi popular pada awal tahun 1920 an dan
diperkenalkan di sekolah-sekolah awam Inggeris. Pertandingan liga yang
pertama dianjurkan di Pulau Pinang pada tahun 1925. Persatuan Hoki Negeri
yang pertama ditubuhkan oleh Negeri Perak pada tahun 1927. Majlis Hoki
Malaysia ditubuhkan pada tahun 1948 untuk menguruskan semua aktiviti sukan
hoki di Malaysia. Ia dibubarkan pada tahun 1954 dan digantikan dengan
Persekutuan Hoki Malaysia. Dua Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tun Abdul
Razak dan Tun Hussein Onn pernah menjadi presiden persatuan ini. Malaysia
sangat aktif dalam hoki pada peringkat Asia dan antarabangsa. Semua negeri
dan Angkatan Tentera bergabung (affiliated) dengan Persekutuan Hoki Malaysia.
Pertandingan-pertandingan hoki juga dikelolakan oleh persatuan kebangsaan,
persatuan - persatuan hoki negeri, bank, angkatan tentera dan jabatan-jabatan
kerajaan. Malaysia terlibat dalam Sukan Olimpik buat pertama kalinya pada
tahun 1956 dan pasukan hoki lelaki kebangsaan Malaysia telah menyertai sukan
olimpik tersebut.

Ilustrasi lama orang Peranchis pada SM 1486


Sumber : Buku Kejurulatihan Hoki Tahap 1 PHM (2008)

2
1.2 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN HOKI

1. Bilangan pemain sebanyak 11 orang setiap pasukan.

2. Masa permainan dan rehat adalah mengikut pecahan 35 – 5 – 35.

3. Memulakan permainan:
• di awal permainan dan separuh masa kedua
• permainan dihentikan atas kesalahan yang dilakukan oleh satu pihak
• kesalahan serentak oleh kedua-dua pihak (bully)
• selepas gol dijaringkan

4. Pemain tidak dibenarkan:


• menggunakan bahagian belakang kayu
• bermain tanpa kayu sendiri
• menggunakan kayu untuk menakutkan pemain lain
• mengangkat kayu melepasi kepala lawan
• menaikkan bola yang membahayakan pemain lawan
• bermain dengan cara yang bahaya

5. Penjaga Gol (dalam kawasan “D”) boleh :


• menendang bola
• menahan bola dengan mana-mana bahagian badan
• menghentikan bola dengan kayu melepasi bahu

6. Menghadang
• menggunakan mana-mana bahagian badan atau kayu untuk
menghalang pihak lawan dari merampas bola tanpa memainkan bola
• berlari di antara rakan pembawa bola dengan pihak lawan (third party
obstruction).

7. Penalti
• pukulan percuma
• kesalahan yang tidak disengajakan di luar kawasan “D”
• kesalahan yang dilakukan antara kedua-dua garisan 23 m.

8. Pukulan sudut penalti


• kesalahan yang tidak disengajakan dalam kawasan “D” - kesalahan
yang disengajakan di antara garisan “D” dan garisan 23 m
9. Strok Penalti
• kesalahan yang disengajakan dalam kawasan “D”
• kesalahan yang tidak disengajakan tapi boleh menghasilkan gol jika
tidak berlaku kesalahan.

10. Amaran
• hijau (penggantungan sementara 2 minit masa diambil kira apabila pemain

3
• duduk di kerusi yang disediakan khas di tempat teknikal
• kuning (penggantungan sementara-minima 5 minit )
• merah (Penggantungan tetap)

Ukuran
Padang Hoki
 Ukuran Padang Hoki

Kawasan permainan hoki berbentuk empat segi tepat yang berukuran 90


meter panjang dan 54 meter lebar dengan permukaan yang rata. Hoki amat
sesuai jika dimainkan di atas padang astroturf’ (rumput tiruan). Terdapat lima
garisan utama di padang hoki iaitu:
• garisan tepi
• garisan gol
• garisan tengah
• garisan 23 m
• garisan ‘D’

Dua garisan selari dengan garisan belakang di dapati dalam kedua-dua


kawasan 23 meter, satu garisan 5.0 meter dari garisan belakang dan satu lagi
14.63 darinya.

4
 Bulatan Menjaring.

• Satu garisan yang panjangnya 3.66 m selari dengan garisan gol ditanda
ditengah garisan 14.63m.
• Dua suku bulatan beradius 14.63 m dilukis bermula dari garisan 3.66m ke
garisan belakang. Bagi suku bulatan disebelah kiri tiang gol kiri digunakan
sebagai pusat, manakala suku bulatan disebelah kanan tiang gol kanan
digunakan sebagai pusat.
• Bulatan yang dilukis dalam rajah di atas dikenali sebagai bulatan jaringan,
bulatan pukulan atau kawasan “D”.
• Tanda-tanda yang lain didapati dalam bulatan jaringan adalah tanda strok
penalti 6.4 m di hadapan gol dan garisan-garisan sudut penalti 5.0 m dan
10.0 m dari tiang gol sebelah kiri dan kanan.

 Pintu Gol.

• Setiap pasukan mempunyai satu pintu gol.


• Gol diletakkan di tengah-tengah garisan belakang.
• Gol dibuat dengan 2 tiang gol tengah yang disambung dengan 1 tiang
mendatar (crossbar).
• Jarak antara dua tiang tengah itu ialah 3.66 m.
• Ketinggian tiang tengah ialah 2.14 m.

5
• Tiang tengah dan tiang mendatar berbentuk empat segi bujur
berukuran 5 mm lebar dan dalam antara 5.0 mm-7.5 mm.
• Semua tiang tengah dan mendatar dicat putih.

 Bola

• Sebiji bola keras, pejal dan kosong digunakan.


• Biasanya, permukaan bola adalah licin.
• Bola bewarna putih (warna lain digunakan dengan persetujuan oleh
kedua-dua pasukan)
• Berat bola 156 g (minimum) -163 g (maksimum)
• Lilitan bola : 224 mm (minimum) - 235 mm (maksimum)

 Kayu Hoki
• Kayu hoki hendaklah licin dan tidak boleh mengandungi tepi-tepian
tajam atau serpihan yang merbahaya.
• Tebal kayu dihadkan kayu mesti boleh melalui 1 gelung yang
mempunyai diameter 51 mm.

Kayu Hoki Boleh Melalui Gelung.

6
 Peralatan Asas Pemain

Kayu Hoki - yang memenuhi syarat

 Alatan Penjaga Gol

Pasukan lawan akan cuba merembat sekencang yang mungkin untuk


mendapatkan gol. Dengan bola yang boleh mencapai kederasan sekitar
160 km/j penjaga gol mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami
kecederaan jika tidak memakai pakiaan keselamatan. Untuk melindungi
kaki penjaga gol diwajibkan memakai ped di kakinya. Ped dipakai meliputi
kawasan pergelangan kaki sehingga ke lutut. Untuk memudahkan
pergeran penjaga gol Ped mestilah ringan. Pada biasanya di bina dari
fibre-glass dengan penutup kulit.

7
Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

1. Dengan merujuk maklumat dari buku dan internet, jelaskan sejarah


perkembangan hoki di Malaysia dengan lebih terperinci.

2. Senaraikan peralatan yang digunakan dalam permainan hoki dan terangkan


perkembangannya.

8
1.3 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI

1.3.1 Menolak
Kemahiran ini boleh digunakan untuk membuat hantaran kepada rakan
sepasukan,tolakan ke dalam semasa pukulan sudut pendek atau untuk
menjaring. Perkara yang perlu dititikberatkan adalah kedudukan bahu dan
kaki serta daya tolakan dari kedua belah tangan untuk mendapat ketepatan
arah dan kederasan bola.

1.3.2 Memukul

Kemahiran ini bertujuan untuk menghantar bola kepada kawan atau


rakannya pada jarak yang agak jauh atau membuat pukulan ke arah gol.
Bagi tujuan pukulan, perkara yang perlu dititikberatkan adalah ketepatan
arah dan kederasan bola. Ketepatan arah bola ditentukan dengan
kedudukan bahu dan kaki sementara kederasan bola ditentukan dengan
daya pukulan daripada kedua-dua belah tangan dan pemindahan berat
badan.

9
1.3.3 Mengelecek Bola

Kemahiran menggelecek bola digunakan untuk mengawal bola sambil


melepasi pemain lawan. Aspek yang perlu dititik beratkan semasa
melakukan kemahiran ini ialah kepantasan dan kemahiran mengacah
dengan menggunakan pergerakan badan dan kayu. Bola sentiasa berada di
hadapan badan dan digerakkan dari sisi ke sisi.

1.3.4 Menguis

Kemahiran ini bertujuan untuk menghantar bola tinggi melepasi pihak lawan
ke rakan atau untuk menjaringkan gol.

10
1.3.5 Merebut (Tackle)

Merebut adalah satu keupayaan merampas bola daripada penguasaan pihak


lawan. Sewaktu melaksanakan kemahiran ini, imbangan, koordinasi,
ketangkasan dan kesedaran ruang memainkan peranan yang penting.
Kemahiran ini dilakukan pada saat pihak lawan leka dan cuai. Antara cara
merebut dalam permainan hoki ialah:

 Merebut secara menghadang ( flat tackle)


 Merebut secara kilas (reverse tackle)
 Merebut secara melonjak (jab tackle)

11
1.3.6 Kemahiran Menjaga Gol

Kemahiran-kemahiran menjaga gol boleh dibahagikan kepada beberapa


bahagian:
• Kemahiran asas berdiri dan pergerakan melintasi gol
• Kemahiran menggunakan kaki dan pad
• Kemahiran menggunakan tangan dengan glove
• Kemahiran mengunakan badan sebagai banteng
• Kemahiran menggunakan kayu hoki

12
Penjaga gol penting bagi sesuatu pasukan. Seorang penjaga gol mesti
berani, mempunyai konsentrasi yang baik, kepantasan, masa tindak balas
dan fleksibiliti yang baik.
Perkara utama yang dititikberatkan adalah cara berdiri dalam keadaan
bersedia di hadapan pintu gol.

 Diri Sedia (Stance)


 Buka kaki seluas bahu, lutut dibengkokkan sedikit dan berat badan di
atas bebola kaki
 Badan dibongkokkan sedikit dan mata memandang bola
 Hulurkan tangan kiri ke tepi dengan siku bengkok sedikit, tapak
tangan menghala ke hadapan
 Tangan kanan memegang bahagian tengah kayu hoki pada paras
pinggang

AKTIVITI

1.1. Jelaskan
Jelaskanmengapa
mengapateknik
teknikhantaran
hantaranbelakang
belakangboleh
bolehmenjadi
menjadisatu
satu
muslihat
muslihatketika
ketikabermain
bermainhoki
hoki
13
2.2. Nyatakan
Nyatakan dengan jelas posisiyang
dengan jelas posisi yangdicadangkan
dicadangkanuntuk
untukpenjaga
penjaga
gawang
gawanggol
gol
UNIT 2
PERMAINAN BOLA TAMPAR

Hasil Pembelajaran Unit

Pada
Padaakhir
akhirunit
unitpelajar
pelajardapat
dapat: :
Menerangkan
Menerangkan sejarah awalpermainan
sejarah awal permainanbola
bolatampar
tampardan
danperkembangan
perkembanganbola
bola
tampar di Malaysia
tampar di Malaysia
Mengenal
Mengenalpasti
pastiperbezaan
perbezaandidiantara
antaraundang-undang
undang-undangdan
danperaturan
peraturan
permainan
permainanbola
bolatampar.
tampar.
Mengaplikasikan
Mengaplikasikanstrategi
strategidan
danlatihan
latihandalam
dalampermainan
permainanbola
bolatampar.
tampar.
Mempraktikkan
Mempraktikkanilmu
ilmupengurusan,
pengurusan,pengendalian
pengendaliandan
danpengelolaan
pengelolaansesuatu
sesuatu
kejohanan dan pertandingan.
kejohanan dan pertandingan.

Sinopsis

Modul ini memberikan gambaran sepintas lalu kepada pelajar berkenaan


sejarah perkembangannya di Malaysia dan organisasi yang bertanggungjawab
dalam mengurus tadbir permainan ini. Pelajar juga didedahkan kepada
peraturan dan undang-undang permainan bola tampar, strategi, latihan dan
formasi permainan serta bagaimana menguruskan kejohanan pertandingan bola
tampar. permainan bola tampar.

14
2.1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PERMAINAN BOLA TAMPAR

Pelopor permainan bola tampar - William G. Morgan


ialah seorang pengarah sukan YMCA,di Holyoke,
Massachusetts, Amerika Syarikat. Nama asal
permainan ini ialah ‘minoneete’ dan kemudian
digantikan dengan nama ‘volleyball’ oleh Dr. A.
Halstead pada tahun 1896. Sejak diperkenalkan,
permainan bola tampar terus menjadi satu permainan
rekreasi yang popular. Bagaimanapun, peraturan rasmi
yang pertama hanya diperkenalkan pada tahun 1916.

William G. Morgan
Permainan bola tampar diperkenalkan kira-kira seratus sepuluh tahun (110
tahun) yang lalu, iaitu pada tahun 1895. Orang yang bertanggungjawab
memperkenalkannya ialah William G. Morgan. Beliau telah memperkenalkan
permainan tersebut di Holyoke, Massachussetts, Amerika Syarikat. Ketika itu
beliau mendapati permainan bola keranjang agak lasak dan bercadang untuk
memperkenalkan permainan yang seumpamanya tetapi kurang lasak. Pada
mulanya, permainan ini dinamakan ‘Mintonette’, tetapi ditukar kepada ‘volley
ball’ kerana permainan tersebut banyak menggunakan pergerakan secara
lambung atau lambungan. Permainan tersebut menjadi agak popular. Tambahan
pula ia menggunakan tiub bola keranjang yang lebih lembut dan dapat
mengurangkan kecederaan dan kesakitan pada tangan para pemain.

Permainan ini mula dipopularkan di luar Amerika Syarikat pada 1900 di Kanada,
Cuba 1905, Puerto Rico 1909, Filiphina 1910, Uruguay 1912, China 1913 dan
Jepun 1917. Ia terus berkembang selepas Perang Dunia Pertama dan Perang
Dunia Kedua, terutamanya oleh tentera-tentera Amerika Syarikat. Pertubuhan
Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris pada tahun 1947. Kejohanan
Antarabangsa Pertama pula diadakan pada tahun 1949, iaitu hanya untuk kaum
lelaki sahaja. Hanya pada tahun 1952, kejohanan tersebut membuka
penyertaan kepada kaum wanita. Permainan ini kemudian maju setapak lagi
apabila diterima dan dipertandingkan di Sukan Olimpik, pada tahun 1964. Di
Malaysia, permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1927.
Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia atau MAVA ditubuhkan pada tahun
1959.

Antara perubahan teknikal dan perkembangan yang penting yang berlaku dalam
permainan bola tampar adalah seperti berikut:

15
1900 - Sistem skor 21 poin diamalkan.
1912 - Sistem ‘bergilir’ (rotation) diperkenalkan.
1916 - Undang-undang permainan diterbitkan.
1917 - Sistem skor 15 poin diamalkan.
1918 - Bilangan pemain ditetapkan 6 orang sebelah dan tingi jaring ditetapkan
pada ketinggian 2.4 meter.
1921 - Garis tengah diwujudkan dalam gelanggang bola tampar.
1922 - Sentuhan tiga kali diperkenalkan.
1923 - Saiz gelanggang 9 meter x 18 meter dipiawaikan dan kekal sehingga
kini.
1947 - IVBF (International Volleyball Federation) iaitu Persekutuan Bola Tampar
Antarabangsa ditubuhkan di Paris untuk mengawal permainan bola
tampar.
1949 - Kejohanan bola tampar sedunia untuk lelaki buat kali pertama diadakan
di Prague.
1964 - Permainan bola tampar (lelaki dan perempuan) menjadi salah satu acara
sukan dalam Olimpik di Sukan Olimpik di Tokyo.
.

2.1.1 Sejarah Bola Tampar


Di Malaysia, permainan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat dari Hong Kong
dan Negara China pada tahun 1930-an. Ketika itu banyak perlawanan
persahabatan dan pertunjukan telah diadakan di bandar utama seperti Pulau
Pinang, Kuala Lumpur dan Singapura atas usaha persatuan dan kelab kebajikan
Tionghua yang wujud pada masa itu. Di Malaysia, permainan bola tampar
dikawal oleh Kesatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA - Malaysian
Amateur Volleyball Association) yang ditubuhkan pada tahun 1959.

Permainan ini adalah salah satu acara sukan yang dipertandingkan oleh
pasukan sekolah di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
(MSSM). Selain itu, terdapat juga pertandingan di antara kelab-kelab, jabatan-
jabatan kerajaan dan bukan kerajaan yang dianjurkan untuk sukan bola tampar
ini.

16
3.2 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN.
Undang-Undang Am
• Perlawanan atau permainan rasmi bola tampar dimainkan oleh dua
pasukan dan memerlukan sebiji bola dan sebuah gelanggang yang
dibahagi kepada 2 bahagian oleh jaring.
• Setiap pasukan terdiri daripada 6 orang pemain yang mempunyai
kemahiran asas untuk menampar bola melepasi jaring supaya pasukan
lawan tidak dapat menyambut pukulan bola tersebut.
• Setiap pasukan dibenarkan untuk memukul bola sebanyak 3 kali
sebelum dihantar ke pasukan lawan. Bola juga boleh ditampar sekali
atau 2 kali sahaja untuk melepasi jaring.

1. Kedudukan Pemain
• Pemain-pemain hendaklah berada pada kedudukan iaitu 3 orang di
barisan hadapan dan 3 orang di barisan belakang.

2. Putaran atau Edaran


• Setiap pemain boleh membuat servis beberapa kali berturut-turut
sehingga pasukannya melakukan kesalahan atau permainan tamat.
• Putaran mengikut arah jam.

3. Bermain di Jaring
• Apabila anda bermain di jaring anda boleh melompat setinggi yang
boleh tetapi tidak boleh meyentuh bola yang masih berada di kawasan
lawan iaitu semasa lawan sedang membuat serangan.

4. Pemain Gantian
• Seorang pemain simpanan boleh menggantikan setiap pemain dalam
pasukannya tetapi dia mesti mengambil kedudukan pemain yang
digantinya.

5. Peralatan

• Bola

• Mempunyai ukur lilit sepanjang 64cm - 66cm dan berat antara 255g -
284g.
• Bola terdiri daripada 12 keping kulit yang tidak terlalu lembut.

17
• Gelanggang

• Berukuran 18m x 9m termasuk garisan tepi selebar 5cm. Satu lagi


garisan lebar 5cm dipanggil “garisan tengah” membahagikan
gelanggang kepada 2 bahagian yang sama besar.
• Setiap kawasan ini mengandungi satu garisan 5cm lebar selari dan
sejauh 3.05m dari garisan tengah. Garisan ini dipanggil garisan
merejam di belakang gelanggang.

• Jaring
• Berukuran 1m lebar dan panjang sekurang-kurangnya 9.50m. Jaringan
selebar 10cm dan tebal berganda sebanyak 5m yang menggunakan
bahan kanvas atau linen yang lebar direntasi di bahagian atas jaring.
• Tinggi jaring di bahagian tengah hendaklah 2.43m untuk lelaki dan
2.24m bagi wanita.

18
Peraturan Dan Undang-Undang Permainan

1. Susunan Giliran (Rotation Order)


• Susunan giliran untuk setiap pasukan yang ditetapkan pada permulaan
permainan haruslah kekal di sepanjang set permainan.
• 6 pemain berada dalam gelanggang. 3 pemain berada di sepanjang jaring
yang dikenali sebagai pemain hadapan.
• 3 pemain belakang pula terdiri daripada pemain kiri yang menduduki
posisi 5, pemain tengah berada pada posisi 6 manakala pemain kanan di
posisi 1.

DT : Pemain Depan Tengah BKr : Pemain Belakang Kiri


DKr : Pemain Depan Kiri BKn : Pemain Belakang Kanan
DKn : Pemain Depan Kanan BT : Pemain Belakang Tengah

19
2. Bola Dalam
• Dikatakan termasuk garisan sempadannya, apabila bola menyentuh
lantai gelanggang permainan.

3. Bola Keluar. Istilah bola keluar dikira apabila:


• Bola yang menyentuh lantai di luar garisan sempadan gelanggang.
• Bola menyentuh sesuatu yang berada di luar gelanggang seperti siling
atau orang yang berada di luar gelanggang permainan.
• Bola menyentuh antena, tali, tiang atau bahagian jaring yang berada di
luar antena penjalur tepi.
• Bola berjaya melintasi satah tegak jaring dengan keseluruhan atau
sebahagian bola berada di luar ruang lintasan.

4. Sentuhan Serentak.
• 2 atau 3 pemain boleh menyentuh bola dalam masa yang sama. Apabila
2 ahli daripada pasukan yang sama meyentuh bola secara serentak, ia
akan diambil kira sebagai 2 pukulan kecuali semasa menghadang.
• Sekiranya 3 pemain daripada pasukan yang sama menyentuh bola
dengan serentak, ia juga akan diambil kira sebagai 3 pukulan.
• Jika 2 atau 3 pemain daripada pasukan yang sama menghulur tangan
untuk memukul bola tetapi hanya seorang sahaja yang menyentuhnya,
maka ia hanya dikira sebagai satu pukulan.
• Untuk sentuhan serentak oleh kedua-dua pihak lawan di atas jaring dan
bola masih kekal dalam gelanggang, pasukan yang menerima bola
masih berhak membuat 3 pukulan lagi.
• Jika sentuhan serentak oleh kedua-dua pihak lawan mengakibatkan bola
pegang (held ball), maka ia dikenali sebagai kesalahan serentak dan
permainan akan dimainkan semula.

5. Kesalahan Semasa Bermain Bola


Anda tidak dibenarkan melakukan perkara berikut:
• Pasukan yang menerima servis tidak boleh melakukan lebih daripada 3
sentuhan. Contohnya, pasukan tersebut memukul bola sebanyak 4 kali
sebelum bola dikembalikan kepada pihak lawan.
• Pukulan yang dilarang (irregular hit) ialah apabila bola menyentuh
bahagian bawah lutut seorang pemain.
• Pukulan yang dibantu (assisted hit) iaitu pemain yang menerima bantuan
daripada rakannya atau sebarang objek supaya dapat mencapai bola
dalam kawasan gelanggang.
• Bola pegang (held ball) iaitu apabila pemain tidak memukul bola dengan
betul. Contohnya bola dipegang, diangkat, ditolak, dibawa atau dilontar.
• 2 sentuhan (double contact iaitu pemain memukul bola 2 kali berturut-
turut atau bola menyentuh beberapa bahagian badanya secara
berturutan.

6. Kesalahan Pemain di Jaring.


Anda tidak dibenarkan melakukan pekara berikut :

20
• Menyentuh bola atau pihak lawannya di dalam kawasan lawan sebelum
atau semasa pukulan dilakukan oleh pihak lawannya.
• Masuk ke dalam kawasan pihak lawan di bawah jaring dan mengganggu
pihak lawan bermain.
• Masuk gelanggang lawan, sama ada secara sengaja atau tidak.
• Menyentuh jaring.

7. Servis Pertama Bagi Sesuatu Set.


Pasukan yang akan memulakan servis akan ditentukan oleh lambungan
duit syiling.

Melakukan Servis :
• Mesti memukul bola dalam masa 5 saat selepas pengadil meniup wisel.
• Seandainya bola yang telah dilambung oleh pemain yang membuat
servis mendarat tanpa disentuh, ia dianggap sebagai satu percubaan
servis.
• Semasa melakukan pukulan servis atau melonjak bagi servis lompat,
anda tidak boleh menyentuh gelanggang, termasuk garisan belakang
atau lantai di luar zon servis.

Kesalahan Servis :
• Kesalahan-kesalahan berikut akan mengakibatkan berlakunya
pertukaran servis kepada pihak lawan, sekiranya pemain yang membuat
servis;
• Melanggar susunan atau aturan servis.
• Tidak melakukan servis dengan betul.
• Melanggar peraturan percubaan servis.

8. Kesalahan Pukulan Serangan.


Beberapa contoh kesalahan pukulan serangan (attach hit faults) yang
sering dilakukan oleh pemain ialah:
• Pemain memukul bola daripada pihak lawan (the playing space of the
opposing team).
• Pemain memukul bola keluar.
• Pemain barisan belakang melengkapkan pukulan serangan dari zon
depan dan keseluruhan bola itu berada di atas paras atas jaring semasa
pukulan dibuat.
• Pemain melengkapkan sesuatu pukulan serangan ke atas servis lawan
apabila keseluruhan bola itu berada di zon depan dan di atas paras atas
jaring.

9. Kesalahan Menghadang.
• Penghadang menyentuh bola dalam kawasan lawan sama ada sebelum
atau serentak dengan pukulan serangan lawan.
• Bola menyentuh penghadang pada sebarang bahagian bawah lututnya.
• Sebagai pemain barisan belakang, dia melengkapkan satu hadangan
atau menyertai sesuatu hadangan yang lengkap.
• Pemain menghadang bola dalam kawasan lawan dari luar antena.
• Pemain menghadang bola servis pihak lawan.

21
• Bola dihantar keluar melalui hadangan.

10. Gangguan Biasa Dalam Permainan.


• Gangguan atau pemberhentian sementara yang biasa berlaku dalam
permainan bola tampar merujuk kepada masa berhenti (time-out) dan
penggantian pemain (player substitution).
• Tempoh masa bagi sesuatu masa berhenti ialah 30 saat. Setiap pasukan
berhak meminta untuk berhenti tidak lebih daripada 2 kali untuk setiap
set. Pada waktu berhenti, pemain-pemain yang sedang bernain mestilah
pergi ke zon bebas yang berhampiran dengan bangku pasukan mereka.
• Setiap pasukan berhak menggantikan enam pemain untuk setiap set.
Pada ketika permintaan dibuat, pemain-pemain mesti bersedia untuk
masuk atau berdiri berhampiran dengan jurulatih. Jika tidak, penggantian
itu tidak akan dibenarkan dan pasukan tersebut akan dikenakan denda
kerana lewat membuat penggantian.

11. Pelanggaran Undang-undang dan Penalti


Pelanggaran undang-undang tertentu boleh didenda dengan memberi 1
mata kepada pasukan lawan. Anda terkeluar daripada kedudukan anda
apabila :
• Anda membuat servis dan tidak berada di kawasan servis sebelum bola
itu disentuh.
• Anda tidak berada pada tertib putaran ketika bola disentuh.
• Pemain-pemain daripada pasukan yang membuat servis cuba
menghalang pandangan pasukan penerima semasa servis.
• Anda membuat servis bukan pada giliran anda.
• Pemain baris belakang cuba membuat halangan pada jaring.
• Pemain di bahagian belakang gelanggang memasuki kawasan merejam
gelanggang hadapan untuk membuat rejaman.
• Pemain gantian memasuki semula gelanggang untuk meneruskan
perlawanan tetapi pada tempat selain daripada tempat pemain yang
digantikan olehnya sebelumnya.

12. Melibatkan Penggantian dan masa berhenti


• Pemain ganti tidak melaporkan diri kepada pencatat masa.
• Pemain memasuki gelanggang perlawanan lebih daripada 3 kali.
• Pasukan mengambil lebih daripada 2 masa berhenti yang dibenarkan.

13. Melibatkan Kelakuan


• Cuba mengalihkan atau mengganggu perhatian pihak lawan dengan
menjerit atau menghentakkan kaki.
• Pemain, pemain gantian, jurulatih atau pengurus mengeluarkan kata-
kata kesat, menghina dan kurang sopan terhadap pasukan lawan.
• Pemain gantian, jurulatih atau wakil pasukan memasuki gelanggang
ketika perlawanan sedang berlangsung.
• Pemain, pemain gantian, jurulatih atau pengurus cuba menangguhkan
perlawanan.

14. Situasi yang menyebabkan perlawanan dimulakan semula.

22
• Apabila pengawai tersilap membunyikan wisel dan menghentikan
perlawanan.
• Apabila objek asing termasuk ke dalam gelanggang semasa bermain.
• Apabila kemalangan berlaku semasa perlawanan dan pegawai
merasakan adalah lebih baik menghentikan permainan atas sebab-
sebab keselamatan.
• Apabila pemain daripada kedua-dua pasukan melakukan kesalahan
serentak.

2.3 KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR

Permainan bola tampar dipertandingkan sehingga ke peringkat


antarabangsa. Permainan bola tampar boleh dimainkan di gelanggang sama
ada di luar atau di dalam dewan. Di peringkat sekolah rendah, permainan ini
dikenali sebagai bola tampar mini.

Kemahiran asas dalam permainan bola tampar ialah :


• Servis
• Menyangga
• Mengumpan
• Merejam
• Meghadang

1. Kemahiran Servis

Permainan dimulakan dengan servis. Oleh itu ia merupakan kemahiran yang


penting dalam permainan. Terdapat tiga kaedah servis yang dibenarkan:

• Servis cedok atau servis bawah


• Servis gaya tenis
• Servis lompatan

Servis yang baik memerlukan keseragaman, kecekapan dan ketepatan


daripada pembuat servis. Putaran boleh ditambah dalam kesemua tiga
kaedah itu dengan memukul merentasi dan melalui bola semasa membuat
servis.

Pembuat servis mesti berdiri di mana-mana bahagian sepanjang garisan


belakang gelanggang. Pembuat servis tidak boleh memijak garisan
gelanggang sebelum bola dipukul. Selepas melakukan servis, dia boleh
masuk ke dalam gelanggang. Jika bola jatuh ke tanah tanpa disentuh oleh
pembuat servis, servis itu dibuat sekali lagi iaitu dalam masa 8 saat setelah
wisel ditiup oleh pengadil.

23
Servis dianggap betul jika bola bergerak:
• melepasi bahagian atas jaring,
• masuk ke dalam gelanggang pihak lawan di antara dua antenna tegak
yang menandakan lebar gelanggang.

Servis adalah batal jika bola:


• menyentuh jaring dan jatuh di dalam gelanggang sendiri
• melepasi luar antenna jaring
• menyentuh seorang pemain atau sesuatu objek sebelum masuk ke
gelanggang pihak lawan.
• melepasi bahagian bawah jaring.
• mendarat di luar had kawasan gelanggang.

24
NOTA:
• Bola dipukul pada bahagian isi tapak tangan.
• Bola dilambung antara 30cm - 45 cm.
• Ikut lajak setelah bola meninggalkan tangan
• Tangan akan ikut lajak setelah memukul bola. Kaki yang bengkok
diluruskan.

2. Kemahiran Menyangga (Dig)

Menyangga ialah kemahiran mengawal bola yang diterima. Kemahiran ini


juga bertujuan untuk menaikkan atau melambungkan bola ke udara.
Hantaran ini adalah hantaran bawah tangan yang menggunakan kedua
belah tangan (a two handed underhand pass). Ia digunakan terutamanya
untuk menerima servis dan serangan-serangan daripada pihak lawan.
Kemahiran ini juga digunakan apabila bola menghampiri lantai dan pemain
tidak sempat mengambil posisi yang baik. Kemahiran ini juga digunakan
sebagai teknik menahan bagi menyelamatkan hantaran dan juga mengawal
bola.

Dalam kemahiran ini terdapat beberapa cara memegang tangan tetapi cara
seperti dalam gambar rajah di bawah amat disyorkan.

25
NOTA:
• Jangan kuncikan jari-jari dan pastikan ibu jari selari.
• Kuncikan siku dan luruskan lengan serta pergelangan tangan.
• Mainkan bola pada bahagian keras lengan iaitu di atas pergelangan
tangan.
• Kaki dibengkokkan dengan sebelah kaki di depan dan sebelah lagi di
belakang.
• Selalu menghadap pada sasaran yang ingin dihantarkan bola.
• Bola dipukul dengan meluruskan kaki dan lengan. Jangan hayun tangan
terlalu tinggi. Tangan dan badan harus relaks dan bola dihantar tinggi.
Kemahiran menyangga dari atas juga merupakan kemahiran mengumpan.
Istilah ‘mengumpan’ (setting) digunakan apabila hantaran dibuat supaya
rejaman dapat dilakukan oleh seorang pemain yang lain.

3. Kemahiran Mengumpan (Setting)


Mengumpan ialah kemahiran melambungkan bola ke udara bagi
membolehkan rakan sepasukan melakukan rejaman. Mengumpan boleh
dilakukan sama ada melalui atas kepala (overhead) atau bawah tangan
(under arm). Posisi pemain, posisi bola dan kelajuannya akan menentukan
jenis hantaran yang akan dibuat.

• Hantaran atas kepala (overhead)


Kemahiran ini digunakan untuk menhantar bola (in passing), mengumpan (in
setting) dan menghantar bola yang tinggi dan jauh (playing long high balls)
ke belakang gelanggang lawan. Kadang kala ia juga digunakan untuk
menjatuhkan bola secara ringan melintasi jaring. Hantaran atas kepala

26
menggunakan dua belah tangan untuk memastikan bola dalam posisinya
supaya dapat mengumpan untuk serangan, atau menghantar bola melintasi
jaring.

NOTA:

• Jari dibuka dan ibu jari ditarik ke belakang dalam bentuk segi tiga.
• Bergerak di bawah bola sebelum melakukan umpanan.
• Tangan dalam bentuk separuh bulat untuk menyokong bola.
• Bola ditolak keluar ikut lajak apabila bola dilepaskan

4. Kemahiran Merejam (Spiking)


Merejam ialah kemahiran untuk mematikan bola dalam gelanggang pihak
lawan bagi mendapatkan mata. Pemain perlu memukul bola dengan tapak
tangan dengan kencang ke kawasan pihak lawan. Kemahiran ini digunakan
untuk mendapat skor. Merejam adalah bola yang dihantar dengan membuat
smash ke bawah dalam gelanggang lawan. Perejam berdiri dekat dengan
jaring, menghadap arah daripada mana bola akan datang. Semasa bola
mula menurun, perejam melompat tinggi ke udara dan menghayunkan
tangan kanan atau kiri ke atas untuk memukul bola ke bawah ke dalam
gelanggang pihak lawan.

Rejaman terbahagi kepada dua iaitu :


• Rejaman berdiri
• Rejaman sambil berlari

Rajah : Berlari, melompat dan merejam

27
5. Kemahiran Menghadang (Blocking)
Menghadang ialah kemahiran untuk menghalang rejaman yang dilakukan
oleh pihak lawan. Kemahiran ini memerlukan kuasa otot kaki semasa
melakukan lompatan. Lazimnya tindakan menghadang diamalkan untuk
menentang smesy yang dilakukan oleh pihak lawan. Hadangan (blocking)
yang berkesan akan menyebabkan bola mati dalam gelanggang pihak yang
membuat smesy. Menyentuh jaring semasa hadangan adalah satu
kesalahan.

 Menghadang

Nota :
• Gunakan gerakan sisi semasa membuat pergerakan sepanjang jaring
untuk pemain baharu.
• Pastikan pemain sentiasa mengangkat tangan pada paras bahu semasa
hendak membuat hadangan.
• Sentiasa memerhatikan bola.
• Lompat menegak dan jangan menyentuh jaring.

28
Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang kemahiran-


kemahiran permainan bola tampar dengan melayari internet serta
membuat bacaan lanjut terhadap lain-lain sumber rujukan serta
mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan.

UNIT 3 OLAHRAGA

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:


1. menjelaskan secara ringkas perkembangan sejarah olahraga antarabangsa
dan Malaysia
2. menyatakan dan menjelaskan acara-acara olahraga
3. menyatakan peralatan dan ukuran balapan yang digunakan dalam olahraga
4. menjelaskan teknik asas lari pecut, lompat jauh dan lontar peluru.
5. menjelaskan undang-undang dan peraturan

Sinopsis

29
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi sejarah dan perkembangan olahraga di
peringkat antarabangsa dan Malaysia. Modul ini juga mendedahkan jenis-jenis
acara olahraga, peralatan dan ukuran untuk acara padang dan balapan.

3.1 SEJARAH OLAHRAGA

3.1.1 Sejarah dan perkembangan

Tahukah anda bahawa olahraga merangkumi beberapa acara yang berasaskan


kepada aktiviti fizikal yang bersifat saingan atau perlumbaan. Bagaimanakah
acara olahraga boleh dikategorikan?

Ia merangkumi beberapa acara berlainan yang menggunakan pergerakan-


pergerakan asas seperti berlari, membaling dan melompat. Pengelolaan
kejohanan olahraga secara tersusun dikatakan telah bermula pada zaman klasik
lagi terutamanya Sukan Olimpik Kuno.

Mungkin anda telah mengetahui bahawa olahraga bermula dari Sukan Olimpik
Moden pertama yang telah dijalankan di Athens dalam tahun 1896 dan
tertubuhnya Persatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) pada tahun 1912.
Antara sukan-sukan besar yang mendapat liputan meluas di peringkat
antarabangsa adalah Sukan Olimpik, Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Semua
ini merupakan elemen yang penting dalam Sukan Olimpik Moden dan
dipraktikkan di semua negara kerana nilai pendidikan dan peranannya dalam
meningkatkan keadaan fizikal individu. Ia juga merupakan asas yang diperlukan
untuk prestasi optimum dalam sukan lain disamping menawarkan peluang
kepada penyelidik untuk mengkaji pergerakan manusia.

3.1.2 Acara-Acara Olahraga

Anda biasa mendengar dan melihat banyak acara dalam olahraga. Acara-acara
tersebut boleh dibahagikan kepada dua bahagian iatu acara balapan dan acara
padang.

i. Acara balapan boleh dikategorikan seperti berikut:

 Acara lari pecut (jarak dekat) : 100 m, 200 m dan 400 m


 Acara lari jarak sederhana : 800 m, dan 1500 m
 Acara lari jarak jauh : 3000 m, 5000 m dan 10000 m
 Acara lari berganti-ganti : 4 x 100 m, 4 x 200 m dan 4 x 400 m
 Acara lari berpagar : 100 m (P),110 m (L) dan 400 m (L&P)

ii. Acara padang pula terdiri daripada:

 Acara balingan : Merejam lembing, melempar cakera, melontar peluru


dan membaling tukul besi
 Acara lompatan : lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang dan lompat
bergalah
30
3.2 PERALATAN DAN UKURAN PADANG

Peralatan dan Ukuran

Untuk menjalankan sesuatu kejohanan olahraga sebuah trek atau balapan perlu
diadakan sama ada di atas padang rumput mahupun padang tiruan. Dengan
adanya balapan larian sesuatu acara balapan dapat dijalankan dengan
sempurna. Panjang balapan biasanya dibina sepanjang 200 meter, 300 meter
dan 400 meter, bergantung kepada keluasan sesuatu kawasan. Di peringkat
antarabangsa, trek mengandungi lapan lorong sejauh 400 meter. Tiap-tiap
lorong lebar minima 1.22 meter dan maksima 1.25 meter . Di peringkat
sekolah, panjang trek boleh diubah suai kepada 200 meter atau 300 meter jika
padang sekolah tidak cukup besar untuk trek 400 meter.

Untuk menjalankan suatu aktiviti atau pertandingan acara lompatan dan


lontaran, suatu gelanggang/ sektor perlu diadakan sama ada di atas padang
rumput mahupun padang tiruan. Dengan adanya gelanggang/ sektor, sesuatu
acara padang dapat dijalankan dengan sempurna dan disamping memberi
peluang kepada peserta mematuhi peraturan acara yang ditetapkan. Pembinaan
gelanggang/ sektor yang piawai, bergantung kepada keluasan sesuatu kawasan
dan kesesuaian tempat dari segi faktor keselamatan. Di peringkat antarabangsa
dan kebangsaan, kebanyakan gelanggang/ sektor disediakan di suatu tempat
yang telah diatur mengikut pelan yang dirancang seperti contoh sebuah
stadium. Bagaimana pun di peringkat sekolah, penyediaan gelanggang/ sektor
boleh diubah suai berdasarkan keperluan dan kawasan yang ada.

 Ukuran Balapan

CONTOH BALAPAN 200 METER

UKURAN ASAS D C

N M

J F

G
H

K E

P L

A B

AB=CD = 39.99 m

31
JK=KH=JH=EF=FG=GH = 9.60m
LG=LM=GM=HP=PN=NH= 25.50m

AK=PK=JN=JD=BE=EL=FM=FC= 15.90m

JEJARI LURUS JEJARI LURUS


LORONG KA/KP HP/HN JN/JD AB EB/EL GL/GM FC/FM CD
Lorong 1 15.90 25.50 15.90 39.99 15.90 25.50 15.90 39.99
Lorong 2 17.15 26.75 17.15 39.99 17.15 26.75 17.15 39.99
Lorong 3 18.40 28.00 18.40 39.99 18.40 28.00 18.40 39.99
Lorong 4 19.65 29.25 19.65 39.99 19.65 29.25 19.65 39.99
Lorong 5 20.90 30.50 20.90 39.99 20.90 30.50 20.90 39.99
Lorong 6 22.15 31.75 22.15 39.99 22.15 31.75 22.15 39.99
Lorong 7 23.40 33.00 23.40 39.99 23.40 33.00 23.40 39.99
Lorong 8 24.65 34.25 24.65 39.99 24.65 34.25 24.65 39.99

JARAK LORONG BALAPAN


Lengkung Lengkung Lengkung Lurus Lengkung Lengkung Lengkung Lurus
LORONG AP PN ND AB BL LM MC CD Jumlah
Lorong 1 16.65 26.71 16.65 39.99 16.65 26.71 16.65 39.99 200.00
Lorong 2 17.96 28.02 17.96 39.99 17.96 28.02 17.96 39.99 207.86
Lorong 3 19.27 29.33 19.27 39.99 19.27 29.33 19.27 39.99 215.71
Lorong 4 20.58 30.63 20.58 39.99 20.58 30.63 20.58 39.99 223.57
Lorong 5 21.89 31.94 21.89 39.99 21.89 31.94 21.89 39.99 231.42
Lorong 6 23.20 33.25 23.20 39.99 23.20 33.25 23.20 39.99 239.28
Lorong 7 24.51 34.56 24.51 39.99 24.51 34.56 24.51 39.99 247.13
Lorong 8 25.82 35.87 25.82 39.99 25.82 35.87 25.82 39.99 254.99

 Keperluan Awal Membina Balapan

 Tentukan keluasan padang untuk ;

 Balapan 400 meter dengan 8 lorong atau 6 lorong


 Balapan 300 meter dengan 8 lorong atau 6 lorong
 Balapan 200 meter dengan 8 lorong atau 6 lorong

B
A m x B m = AB m2 ( luas )

32
 Keluasan sebenar padang dan keupayaan lorong

Balapan Bil. Lorong Keluasan


400 meter 8 > 16,804.17 m2
6 > 15,482.82 m2
300 meter 8 > 10,248.86 m2
6 > 9,219.36 m2
200 meter 8 > 5,448.86 m2
6 > 4,710.18 m2

 Pelan balapan mengikut ukuran yang telah dipilih berdasarkan


keupayaan padang.

Panjang padang = x meter


Lebar padang = y meter
Jumlah lorong = 8 / 6 / 4 lorong
Lebar lorong = 1.21 m – 1.23 m
Lebar/Tebal garisan = 5 cm

 Keperluan Alatan Membuat Balapan

 Besi penanda ( 15 batang )


 Pita ukur ( fibre glass tahan panas ) 100 meter
 Pita ukur ( steel ) 50 meter
 Pita ukur ( steel ) 30 meter
 Kabel / Dawai 3mm ( 60 meter )
 Tali ( 7mm – 10mm ) 120 meter
 Paku 20cm ( 20 batang )
 Kereta minyak / cat
 “Roller” atau berus cat ( 5cm )
 Tukul besi

Nota:
 Penanda perlu menggunakan besi yang panjangnya antara 30cm - 50 cm
 Pita ukur;

33
Pita fibre - Ketahanan pada panas yang tidak akan berubah pada suhu
padang. Pita ukur plastik atau fibre bermutu rendah akan mudah
mengembang pada suhu tinggi dan mengecut pada suhu rendah.

Pita besi - Disyorkan untuk mengelakkan berlakunya pita ukur mengembang.


Penggunaan pita ukur berbeza panjang adalah untuk memudahkan kerja
mengukur di jarak yang bersesuaian.

 Peralatan Asas Balapan

 Lebar lorong antara 1.22 meter (minimum) hingga 1.25 meter


(maksimum)
 Tiap garisan lebarnya ialah 5 cm.
 Garisan permulaan dan garisan penamat, lebar garisan ialah 5 cm.
 Garisan memotong ( cut-in ) 5 cm.
 Tiang penamat;
- Tinggi tiang = 1.50 m
- Tebal tiang = 2.00 – 3.00 cm
- Lebar tiang = 5 cm
 Bendera Memotong ( Cut-in )
- Tinggi tiang = 1.50 m
- Bendera = 30 cm x 40 cm

 Zon-zon di balapan;

 Zon Pertukaran Baton

Zon Menerima baton Zon Menunggu

10.00 m 10.00 m 10.00 m

 Garisan memotong ( cut-in )

34
 Gelanggang/ Sektor Acara Padang ( Lompat Jauh Dan Lontar Peluru )

Sektor / Gelanggang

 Sektor / Gelanggang Lompat Jauh

Spesifikasi Sektor Lompat Jauh;

 Terdapat landas lari yang berjarak tidak kurang dari 45 meter


 Terdapat papan lonjak yang mempunyai panjang minima 1.22 meter dan
lebar 300 mm. Papan dicadangkan cat dengan warna putih
 Terdapat kawasan mendarat yang berukuran 2.75 m x 9.00 m
 Kawasan mendarat perlu diletakkan dengan bahan yang lembut seperti
pasir

 Sektor Lontar Peluru

35
Spesifikasi Kawasan Lontar Peluru;

 Terdapat bulatan lontaran yang bergaris pusat 2.135 meter (Lihat rajah di
atas)
 Terdapat dua garis lurus bersudut 34.92 darjah mengunjur keluar dari pusat
bulatan yang dikenali kawasan mendarat lontaran

36
 Terdapat satu bungkah penghadang yang diletak diatas garisan dibahagian
bulatan bersudut ( seperti rajah )

Aktiviti 1

3. Dengan merujuk maklumat dari buku dan internet, jelaskan sejarah


perkembangan olahraga di Malaysia dengan lebih terperinci.

4. Senaraikan acara-acara balapan dan acara padang yang dipertandingkan


pada peringkat sekolah rendah di kejohanan Olahraga MSSM.

3.3 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS OLAHRAGA

3.3.1 Acara Balapan

 Lari pecut 100 meter

37
Lari pecut 100 meter memerlukan seseorang berlari sepantas mungkin
dalam jarak dekat yang memerlukan tenaga yang tinggi iaitu sistem tenaga
anaerobik. Faktor yang mempengaruhi kepantasan ialah kekerapan
langkah dan panjang langkah. Dalam pertandingan, acara lari pecut
menggunakan teknik permulaan gaya dekam.

Lari pecut boleh dibahagikan kepada fasa-fasa berikut:

i. Fasa permulaan

 Kedudukan Dekam

38
Permulaan Gaya Peluru (Bullet Start)
 Berdiri di blok, rapat kepada garisan
 Blok hadapan diletak 1 ½ tapak dari garisan permulaan dan blok
belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan
 Letakkan kaki di blok
 Jari kaki belakang segaris dengan tumit kaki hadapan
 Ruang di antara 2 tapak kaki adalah seluas buku penumbuk

Permulaan Gaya Sederhana (Medium)


 Blok di hadapan berada 1 ½ tapak dari garisan permulaan dan blok
belakang 2 tapak dari bahagian hadapan blok hadapan
 Lutut kaki belakang segaris dengan hujung jari kaki hadapan
 Ruang di antara 2 tapak kaki adalah seluas buku penumbuk

Permulaan Gaya Panjang (Elongated)


 Blok hadapan diletak 1 ½ tapak dari garis permulaan dan blok belakang 3
tapak dari bahagian hadapan blok hadapan
 Lutut kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan
 Ruang di antara 2 tapak kaki adalah seluas buku penumbuk

 Kedudukan tangan, kepala dan leher


 Kedua belah tangan lurus dan dibuka seluas bidang bahu.
 Ibu jari dan jari penunjuk dibuka luas dengan jari-jari lain rapat di antara
satu sama lain, diletak di belakang garis permulaan.
 Kepala dan leher didongak, mata pandang ke hadapan

 Kedudukan Sedia
 Badan diangkat dan condong ke hadapan
 Kedua tangan lurus menahan berat badan
 Kaki belakang hampir lurus
 Kepala pandang hadapan (1 m - 1.5 meter)

 Kedudukan Berlepas
 Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan pantas serta tahap
rendah
 Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya
 Dimulakan dengan larian / pecutan dalam jarak 30 m - 60 m, kedudukan
badan condong ke hadapan dan mula menegak
 Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini

ii. Fasa Larian

 Lutut diangkat tinggi dengan langkahan panjang dan pantas.

39
 Kedudukan badan mula menegak dan kedudukan kepala memandang ke
hadapan dalam keadaan rehat.
 Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.
 Berlari dengan tahap kelajuan maksima sehingga ke garisan penamat.

iii. Fasa penamat

 Faktor yang paling penting untuk menamatkan larian ialah untuk berlari
10m lebih dari jarak larian sebenar.
Contoh :- untuk larian 100m, pelari haruslah berlari sejauh 110 m.
 Pelari akan terus memecut serta mengekalkan kelajuan melintasi
garisan penamat.
 Tonjolkan bahagian torso (badan - dada) ke hadapan
 Bahu diangkat dan tangan ditarik ke belakang

 Lari Pecut 200 meter dan 400 meter

Untuk lari pecut 200 meter dan 400 meter, semua fasa-fasa larian adalah
sama dengan lari pecut 100 meter yang memerlukan seseorang berlari
sepantas mungkin yang memerlukan tenaga yang tinggi iaitu sistem tenaga
anaerobik. Faktor yang mempengaruhi kepantasan ialah kekerapan langkah
dan panjang langkah.

Teknik Lari Pecut 200 meter dan 400 meter

 Berlari dengan hujung kaki.


40
 Berlari langkah panjang dengan lutut diangkat sekurang-kurang aras
pinggang.
 Berlari dengan pecutan yang makin meningkat dari awal permulaan
hingga ke penamat.
 Berlari seberapa hampir dengan garisan bahagian dalam lorong masing-
masing terutama di selekoh.
 Berlari dengan kedudukan badan condong ke kiri semasa di selekoh.
 Sebaik-baiknya pelari berlari terus melepasi garisan penamat tanpa
memikirkan untuk mendada.

Aktiviti 2

1. Senaraikan 3 gaya untuk permulaan lari pecut.

2. Berdasarkan pembacaan anda, nyatakan perbezaan utama dalam ketiga-


tiga gaya permulaan lari pecut.

3.3.2 Acara Padang

41
Selain dari acara-acara trek, anda juga perlu tahu acara-acara padang. Acara
padang terdiri daripada acara lompatan dan balingan. Acara-acara ini boleh
dipertandingkan serentak dengan acara trek kerana ia dijalankan di bahagian
dalam trek. Acara-acara padang memerlukan peralatan dan kawasan tertentu.
Acara lompat jauh dan lompat tinggi adalah dua acara yang sering dipertanding-
kan dalam acara lompatan. Kebanyakan acara lompatan memerlukan aspek
kepantasan, koordinasi, kelenturan dan kuasa yang tinggi.

a. Acara Lompatan

 Lompat Jauh

Terdapat tiga gaya yang biasa digunakan dalam acara lompat jauh iaitu :
i. gaya layar,
ii. gaya gantung dan
iii. gaya tendang kayuh.

42
Acara lompat jauh bolah dibahagikan kepada empat fasa seperti yang berikut:

 Fasa lari landas (Approach)


 Fasa lonjakan (Take off)
 Fasa penerbangan/ layangan (Flight)
 Fasa pendaratan (Landing)

i. Fasa Lari Landas

Anda bermula dengan berlari pantas secara optimum dan terkawal dari
tempat permulaan ke papan lonjak. Langkah pertama mestilah bermula
dengan kaki lonjak. Bilangan langkah ke papan lonjak biasanya 11 - 14
langkah (pelompat novis), 17 - 19 langkah (pelompat wanita pakar) dan 23
langkah (pelompat lelaki pakar).

ii. Fasa Lonjakan

Semasa tiba di papan lonjak, pelompat seharusnya mencapai kelajuan


maksimum. Melonjak dengan menggunakan kaki lonjak. Kaki bebas
dihayun tinggi ke atas untuk mendapatkan lonjakan yang tinggi.

iii. Fasa penerbangan/ layangan

Gaya badan dan pergerakan anda bergantung kepada gaya yang digunakan. Bagi
gaya tendang kayuh, kaki digerakkan seperti mengayuh basikal. Bagi gaya layar,
anda mestilah melunjurkan kedua-dua belah kaki ke hadapan dengan badan
condong ke hadapan dan tangan dihulur ke hadapan hingga ke hujung kaki. Bagi
gaya gantung pula, angkat kedua-dua belah tangan ke atas seolah-olah bergantung
di udara, di mana kedua-dua belah kaki diangkat ke belakang.

iv. Fasa pendaratan

Apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan dan digerakkan ke
hadapan. Apabila tangan mencecah tumit, tangan digerakkan ke belakang
dan kemudian ke hadapan semula. Mendarat dengan tumit dahulu
mencecah pasir.

b. Acara Balingan

43
 Lontar Peluru

Gaya Lontaran

Acara ini menggunakan kekuatan tangan. Secara amnya terdapat tiga gaya
lontaran iaitu:

 Gaya berdiri,
 Gaya melungsur selangkah, dan
 Gaya Parry O’ Brien
 Gaya pusing

Fasa-Fasa Lontaran

 Acara lontar peluru boleh dibahagikan kepada fasa-fasa perlakuan seperti


yang berikut:
 Pegangan peluru
 Lakuan sedia (Preparation)
 Lungsuran (Glide)
 Kilas Badan (Rotate) dan Lontaran (Delevery)
 Pulihan (Recovery)

i. Pegangan peluru
Cara memegang peluru adalah sama bagi ketiga-tiga cara balingan. Peluru
boleh dipegang dengan dua cara iaitu dengan menggunakan lima jari atau
memegang dengan tiga jari. Peluru dipegang dengan tiga jari tengah dan
disokong oleh ibu jari dan jari kelingking.

ii. Fasa Lakuan sedia


 Bagi lontaran gaya berdiri, pelontar berdiri di bahagian hadapan bulatan
dengan bahu mengadap arah lontaran. Peluru diletak rapat ke leher di
bawah telinga. Lengan diangkat hampir mendatar dan siku mengarah ke
luar.
 Bagi gaya lungsur selangkah, Parry O’ Brien dan Pusing pelontar berdiri
di bahagian belakang bulatan, membelakang sektor lontaran. Peluru
diletak rapat ke leher dan bawah telinga. Lengan tangan diangkat hampir
mendatar dan siku keluar.

44
iii. Fasa Lungsuran
 Tiada lungsuran bagi gaya lontar berdiri.
 Bagi gaya lungsur selangkah, bermula dengan berat badan pada kaki kiri,
kaki kanan pula digerakkan ke bahagian tengah bulatan.
 Gaya Parry O’ Brien pula kedudukan badan dalam keadaan condong.
Kaki kanan dibengkokkan dan kaki kiri dihayun ke hadapan dan
ditendang ke belakang. Kaki kanan melungsur ke tengah bulatan.

iv. Fasa Kilas dan Lontaran


Rendahkan kaki kanan. Kilaskan pinggang dan tangan kanan ditolak ke
hadapan menyilang badan. Secara serentak tangan kiri dihayun ke
belakang dan luruskan kedua belah kaki. Tangan kanan mengikut arah
lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari badan.

v. Fasa Pulihan

45
Langkah pulihan dilakukan dengan membawa kaki kanan ke hadapan
bulatan dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara
tergantung untuk membantu imbangan badan.

3.4 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

46
 Peraturan Dan Undang-undang Lari Pecut;

 Peserta hendaklah berlari dalam lorong masing-masing


 Peserta hendaklah menggunakan blok mula semasa permulaan larian
 Semua peserta mesti memakai sekurang-kurangnya tanda nombor di
depan dan di belakang baju
 Jika memakai ‘spike’ bilangan pepaku hendaklah tidak melebihi 11 batang
dan tidak boleh melebihi 9 mm panjangnya
 Peserta yang melakukan salah mula semasa permulaan akan
disingkirkan dari pertandingan tanpa amaran (termasuk semua acara-
acara balapan yang lain).

 Peraturan 185: Lompat Jauh

 Seseorang peserta itu gagal sekiranya:


 menyentuh bumi selepas garisan lonjakan dengan mana-mana bahagian
badannya, sama ada membuat larian tanpa melompat atau semasa
membuat lompatan
 melonjak dari luar hujung papan lonjakan, sama ada selepas atau
sebelum garisan lonjakan
 menyentuh tanah di antara papan lonjakan dan kawasan pendaratan
 melakukan apa jenis balik kuang (somersault) semasa membuat larian
atau semasa melompat
 semasa mendarat, menyentuh bumi di luar kawasan mendarat di antara
tapak lonjakan dan bahagian kesan jatuh yang paling hampir
 tidak dikira batal sekiranya seseorang peserta itu berlari di luar mana-
mana bahagian luar garisan putih yang menandakan landasan lari.
 tidak dikira batal sekiranya seseorang peserta itu berjalan balik di atas
kawasan mendarat setelah meninggalkan kawasan mendarat dengan
cara yang betul.
 semua lompatan hendaklah diukur bermula dari tanda mendarat yang
paling hampir yang dibuat oleh mana-mana bahagian badan, kaki atau
tangan ke garisan lonjakan atau lanjuran garisan lonjakan. Ukuran
hendaklah dibuat serenjang (bersudut tepat) dengan garisan lonjakan
atau lanjurannya.

 Rujuk buku undang-undang KOAM

Peraturan 188 : Lontar Peluru

 Dilontar dari bahu dengan sebelah tangan sahaja.


 Memulakan lontaran, peluru mesti menyentuh atau rapat dengan leher/
pipi dan tangan tidak boleh direndahkan daripada paras bahu.
 Tidak boleh dibawa ke belakang dari garis bahu.

47
UNIT 4 ASAS KEPEGAWAIAN DAN KEJURULATIHAN

Hasil Pembelajaran Unit

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

1. menjelaskan ciri-ciri dan peranan kepegawaian dan kejurulatihan.


2. melaksanakan kaedah dan ansur maju latihan sukan.
3. menjelaskan fasa-fasa latihan dan asas-asas pertimbangan semasa latihan
dijalankan.
4. merancang program latihan yang mantap untuk sesuatu sukan atau
permainan.
5. menghuraikan prinsip pencegahan kecederaan serta jenis-jenis rawatan
kecederaan dalam sukan.

Sinopsis

Tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan dan perbincangan mengenai


ciri-ciri serta peranan kepegawaian, kaedah & ansur maju latihan, strategi serta
taktik dan program latihan. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan
senarai bahan rujukan.

4.1 CIRI-CIRI DAN PERANAN JURULATIH


 Berilmu dan pengetahuan
 mempunyai ilmu dan pengetahuan dalam bidang yang diceburinya
 menggunakan ilmu dan pengetahuannya untuk merancang program
latihan yang berkesan kepada pelatihnya
 menggunakan ilmu yang ada pada dirinya untuk membantu prestasi
pelatih dibawah jagaannya

 Bertanggungjawab
 bertanggungjawab dengan tugas yang diberikan kepadanya
 bertanggungjawab membantu pelatih-pelatih di bawah jagaan sama
ada melibatkan personal mahupun melibatkan prestasi pelatihnya
 bertanggungjawab merangka dan merancang program latihan pelatih-
pelatih dibawah jagaanya
 bertanggungjawab dengan apa-apa yang berlaku kepada pasukannya
sama ada beroleh kejayaan mahu pun kegagalan

48
 Berkeyakinan tinggi
 mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dalam tugasan yang
dipikulnya
 Sentiasa yakin dan tidak ragu-ragu dengan keputusan yang diambil
terhadap perancangan pasukannya atau tindakannya
 berani membuat keputusan

 Berpadangan jauh
 mempunyai misi dan visi terhadap tugasan yang diberikan kepadanya
 sentiasa berpadangan positif dan tidak mengambil mudah pada setiap
perancangan yang dibuat.

 Amanah
 menjadikan tugas yang diberi kepadanya adalah satu amanah dan
satu kepercayaan pihak lain yang mesti dipikul dengan sebaik
mungkin
 sentiasa berusaha yang terbaik untuk meningkatkan prestasi pelatih
atau pasukan kelolaannya untuk mencapai kejayaan kerana
menganggap itu adalah tuntutan majikannya sebagai amanah yang
perlu ditunaikan

 Bertimbangrasa
 seorang yang bersikap bertimbangrasa dengan adanya sifat yang
boleh memahami orang lain dan boleh menerima kelemahan orang
lain.
 boleh bertolak ansur dengan kerenah pelatih atau pasukan dibawah
kelolaannya tanpa menunjukkan sikap kecewa

 Penyayang
 menunjukkan sifat penyayang dengan bertindak sebagai ibubapa atau
orang yang lebih tua kepada pelatih atau pasukan kelolaanya
 tidak memarahi peserta atau pasukan kelolaan secara terburu-buru
meskipun pasukannya mengalami kekalahan dalam pertandingan
 sentiasa ambil berat terhadap kebajikan pelatih atau pasukannya

 Ceria
 sentiasa menunjukkan keadaan ceria dan girang meskipun hadapi
pelbagai kerenah pelatih atau pasukannya.
 boleh bergaul mesra dan boleh sekali sekala bergurau senda dengan
pasukannya semasa mengendalikan latihan.
 boleh menerima kekalahan pasukannya dengan masih menunjukkan
senyuman seolah-olah tiada kesedihan.

 Berjiwa pendidik
49
 seorang yang sentiasa membantu dan menunjuk ajar kepada
pelatihnya tanpa rasa jemu dan sabar membetulkan kesalahan
pelatihnya.
 sentiasa berusaha mengubah tingkahlaku pelatih bawah jagaanya
daripada prestasi rendah ke arah peningkatan yang lebih baik tanpa
jemu
 sentiasa sabar dan sekali sekala memberi amaran keras kepada
pelatihnya yang sering melakukan kesalahan meskipun telah berulang
kali diberi nasihat.
 seorang yang menepati masa

 Tegas dan berdisiplin


 merupakan seorang yang tegas dan berwibawa dalam membuat
keputusan.
 tidak suka berdolak dalik apabila membuat atau memberi keputusan.
 tidak akan memberi ruang sewenang-wenangnya terhadap pelatih
yang memberi alasan yang pelbagai semasa latihan.

4.2 KAEDAH LATIHAN DAN ANSUR MAJU LATIHAN

Dalam merancang untuk latihan peserta atau pasukan seseorang jurulatih


biasanya akan memberi perhatian kepada empat faktor dalam
perancangan sesuatu latihan iaitu kecergasan fizikal, kemahiran, taktikal
dan psikologi. Keempat-empat faktor latihan ini saling berkaitan dan
mempengaruhi antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, kaedah
penyediaan kecergasan fizikal dan kemahiran adalah asas kepada
pembinaan prestasi yang ingin dicapai.
Kaedah penyediaan kecergasan fizikal dilakukan dengan pelbagai cara
antaranya seperti latihan fartlek, latihan Long Slow Distance (LSD), latihan
jeda, latihan litar, latihan bebanan, latihan tekanan, latihan pliometrik, dan
sebagainya. Dalam pada itu, kaedah latihan kecergasan fizikal boleh
diklasifikasikan mengikut penggunaan atau keperluan sistem tenaga iaitu
kaedah latihan aerobik dan kaedah latihan anaerobik (jadual 1)

4.2.1 Persediaan Latihan


a. Panduan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan.
Atlet perlu memanaskan badan sebagai persediaan sebelum
melakukan aktiviti.
 Persediaan fizikal
 Persediaan mental
 Persediaan fisiologi

 Pengaliran darah/peredaran darah


 Mobiliti sendi
 Regangan otot dan tendon
 Meningkatkan metabolisma (enzim badan diaktifkan)
 mengurangkan risiko kecederaan
 peningkatan prestasi
50
b. Memanaskan badan
Memanaskan badan melibatkan dua fasa: mula dengan perlahan dan
dengan ansur maju meningkatkan intensiti secara beransur-ansur.
Dua fasa tersebut adalah:
 Memanaskan badan secara am
 Memanaskan badan secara spesifik

 Memanaskan Badan secara am


Memanaskan badan tanpa menggunakan peralatan atau juga dengan
peralatan. Tujuan fasa ini adalah:
 pengaliran darah oksigen (meningkatkan kadar nadi jantung)
 merengangkan otot-otot dan tendon ( memastikan semua
bahagian tubuh badan di regangkan)
 Mula dengan regangan pasif dan bergerak ke regangan dinamik.
 mobiliti sendi-berwaspada tentang pergerakan yang luar dari biasa
yang akan mengakibatkan tekanan lebihan kepada sendi-sendi
dan otot-otot.
 Aktiviti regangan yang ringan.

 Memanaskan Badan secara spesifik


Fasa ini melibatkan:
 aktiviti regangan spesifik yang terus ke keseluruhan bahagian
badan yang terlibat dengan permainan tersebut
 aktiviti mobiliti penekanan kepada pergerakan yang berkaitan
dengan permainan tersebut.

c. Bila untuk memanaskan badan?


Rutin keseluruhan memanaskan badan mengambil masa antara 15-
20 minit sebelum menjalankan aktiviti sebenarnya.
Memanaskan badan boleh dilakukan sebelum:
 latihan
 senaman
 pertandingan

d. Menyejuk Badan
Sama seperti memanaskan badan dan fungsi utamanya adalah untuk
mengembalikan tubuh badan ke tahap keadaan sebelum memula
latihan. Atau mekanisma untuk membantu dalam pemulihan dan baik
semula.

a. Tujuan Menyejukkan Badan


Menyejukkan badan dilakukan kerana ia dapat;
 Mengeluarkan laktid asid dari tubuh badan.(removal of potentially
‘harmful’ metabolites)
 Membekalkan nutrient yang ada ke otot-otot yang perlu. (delivery
of available nutrients (couple recovery with intake of nutrients –
post event snack)

51
 Membekal balik air dan bahan substak ke tubuh badan
 Mententeramkan sistem saraf keseluruhan badan.

4.2.2 Kaedah Latihan

a. Jenis-jenis Latihan

SISTEM Tenaga Anaerobik Tenaga Aerobik

Sumber ATP dihasilkan tanpa ATP dihasilkan dengan kehadiran Oksigen


tenaga kehadiran Oksigen
Laluan Anaerobik Anaerobik Aerobik
tenaga Alaktik Laktik
Bahan ATP/CP Glikogen Pembakaran
tenaga dalam otot (Hasil lengkap glikogen
(Sistem sampingan dengan adanya Lemak Protein
fosfat) dari sistem oksogen
asid laktik)
Tempoh 10 40 70 2 6 25 1 2 3
masa Saat minit jam
Jadual 1: Sistem tenaga aerobik-anaerobik
(Adaptasi dari Bompa, T.O., 1994)

 Latihan anaerobik
 Latihan anaerobik merupakan latihan yang jalankan tanpa
penggunaan oksigen yang tinggi sebagai bahan bakar untuk
membekalkan tenaga.
 Latihan anaerobik melibatkan intensiti latihan yang tinggi
sehingga mencapai 100% tetapi menggunakan jarak yang
pendek misalnya 30 hingga 50 meter. Kekerapan pula
mungkin tiga hingga lima kali seminggu

 Latihan aerobik
 Latihan aerobik merupakan latihan yang memerlukan banyak
oksigen dalam tindak balasnya untuk mendapatkan tenaga
yang akan digunakan sebagai bahan bakar dan menghasilkan
karban dioksida.
 Latihan aerobik adalah untuk membina kecergasan asas.
Kaedah yang boleh digunakan adalah seperti latihan
berterusan, larian perlahan jarak jauh (tiga hingga empat
kilometer) sebanyak tiga kali seminggu dengan intensiti 65
hingga 75 %.
 Latihan lain adalah seperti latihan jeda yang tidak melebihi satu
kilometer, dengan intensiti 80% dengan kekerapan tiga kali
seminggu

b. Latihan Kecergasan

 Kaedah Latihan “Long Slow Distance” (LSD)

52
 Latihan ini merupakan latihan berterusan seperti berjogging,
berbasikal dan berenang. Dalam senaman larian, latihan ini dikenali
sebagai larian jarak jauh lambat dan merupakan asas pelaziman
(conditioning).
 Beberapa orang pakar seperti Karvonen, Pyke, Cooper dan Galbraith
telah menyumbangkan beberapa prinsip berkenaan latihan
berterusan.

 Latihan Jeda

 Latihan ini membangunkan daya tahan kardiovaskular dan otot. Ia


membangun sistem tenaga aerobik dan anaerobik. Ia
menggunakan prinsip asas kerja dan rehat atau nisbah kerja-rehat
iaitu tempoh latihan rancak diselangselikan dengan tempoh rehat
pendek.
 Latihan jeda boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

* Jeda panjang - tegaskan stamina iaitu daya tahan kardiovaskular


dan daya tahan otot
* Jeda pendek - tegaskan kelajuan

Aktiviti Jeda Pendek Jeda Panjang

Kelajuan 85% - 90% 80% - 85%


Rehat 10 saat – 2 minit 3 – 15 minit
Ulangan 8 – 30 kali 4 – 15 kali

Jadual 2 : Latihan Jeda : Jeda pendek dan panjang

Jeda Pendek Jeda Panjang

 Memanaskan badan  Memanaskan badan


 Lari 100% untuk 10 saat  Lari 90% kelajuan untuk 60
 Rehat aktif 10 saat - berjalan saat
perlahan  Rehat aktif 4 minit - berjalan
 Ulang 2 dan 3 sebanyak 10 senang
ulangan  Ulang 2 dan 3 untuk 5 larian

Jadual 3 : Aktiviti-aktiviti jada pendek dan jade panjang

 Semasa mengamalkan jenis latihan ini, jumlah latihan perlu dikawal


kerana latihan ini melibatkan intensiti latihan yang tinggi kepada otot
dan sendi serta boleh menyebabkan kecederaan.
 Latihan Fartlek

53
 Fartlek merupakan perkataan Sweden yang bererti ‘permainan
dengan kelajuan’. Pengasasnya ialah Gosta Homer yang
menggunakan jenis latihan ini dalam tahun 1930-an. Sparks dan
Bjorklund (1984) menganggap latihan ini sebagai latihan jeda yang
tidak berstruktur dan tanpa peraturan.

 Secara asas latihan ini berdasarkan kepada perubahan kelajuan


dalam sesi latihan: variasi fasa lambat, sederhana dan cepat.
Secara mendalam, ia melibatkan gabungan larian berterusan yang
bertempo dengan kelajuan, stamina dan rehat. Katz (1988)
mencadangkan bahawa untuk mencapai kesan latihan, kadar nadi
latihan mesti mencapai tahap hampir 75 % semasa fasa cepat. Ia
juga dikatakan sebagai latihan berterusan dengan fasa pecutan.

 Sebagai contoh, pecutan selama lima hingga 10 saat setiap dua


hingga tiga minit dalam satu sesi latihan. Satu sesi latihan fartlek
boleh mengambil masa 45 minit hingga dua jam.

Contoh 1 :
 Jogging selama dua minit
 Kalistenik
- Bangkit tubi 5 hingga 10 ulangan
- Tekan tubi 5 hingga 10 ulangan
 Lari 150 meter
 Berjalan 150 meter
 Ulang 3 dan 4
 Jogging selama 2 minit
 Lari 100 meter
 Berjalan 100 meter
 Ulang 7 dan 8
 Jogging selama 2 minit
 Buat senaman pulihan 5 hingga 10 minit

Contoh 2 :
 Memanaskan badan 10 hingga 15 minit
 Berlari cepat sejauh 1 hingga 2 k.m.
 Berlari perlahan selama 5 hingga 10 minit
 Lari pecut sejauh 50 hingga 75meter sebagai pulihan
 Ulang 4 dan 5 sebanyak beberapa kali
 Buat senaman pulihan selama 5 hingga 10 minit

 Kelebihan jenis latihan ini ialah ia adalah berbeza daripada latihan lain
dan untuk mengelakkan kebosanan yang dialami dalam senaman
serta merangsang mental seseorang. Sebaliknya kebebasan latihan
ini menyebabkan individu yang tidak berdisiplin menyalahgunakannya
dan menyebabkan kesan latihan tidak tercapai.

 Latihan Litar

54
 Latihan litar adalah latihan kecergasan am berasaskan prinsip-prinsip
fisiologi. Latihan ini berkesan untuk membangunkan otot dan
kardiovaskular kerana ia mengakibatkan permintaan berterusan
terhadap jantung dan paru-paru dalam jangkamasa yang lama.

 Matlamat latihan ini adlah untuk pelaku melakukan aktiviti litar


Beberapa cepat yang mungkin. Latihan ini menggunakan perinsip
tambah beban.

 Prinsip tambah beban boleh berlaku dengan tiga cara:


* Kurangkan masa sasaran
* Tambah bilangan ulangan
* Tambah bebanan atau kesukaran senaman.

 Latihan litar dibahagikan kepada dua jenis iaitu litar beban tetap dan
litar beban individu.

 Litar beban tetap


* Lebih daripada satu litar digunakan
* Pelaku menghabiskan senaman di litar A dalam masa yang
ditetapkan, bergerak ke litar B dan seterusnya.

 Litar beban Individu


* Bagi setiap senaman yang dipilih, ujian ulangan maksimum (UM)
diadakan. Contoh, bilangan ulangan maksimum dilakukan dalam
masa 30 saat atau 60 saat.
* Beban disetengahkan apabila 2 set digunakan. Jika 3 set digunakan
maka beban di bahagikan 3. Beban yang disetengahkan atau
disatupertigakan dipanggil dos latihan.

 Latihan Beban
 Latihan ini dibahagikan kepada tiga jenis:
* Isotonik (tradisional) - Latihan berat
* Isometrik - Penguncupan statik
* Isokinetik - Rintangan berbeza

AKTIVITI

Apakah yang dikatakan Latihan Bebanan Isotonik?

1. Beban yang digunakan adalah tetap sepanjang perlakuan pergerakan


2. Sediakan satu program latihan kecergasan berdasarkan set ulangan
maksimum (UM) untuk tiga komponen kecergasan dari aspek kekuatan,
kuasa dan daya tahan.
4.3 PROGRAM LATIHAN

55
Latihan sukan dan permainan boleh dibuat berdasarkan kepada
beberapa fasa:

4.3.1 Fasa-Fasa Latihan

 Fasa Persediaan
 Umum
- Pembinaan kecergasan secara menyeluruh (daya tahan
kardiovaskular, daya tahan otot dan kekuatan otot).
- Jangkamasa latihan antara 6 – 14 minggu
- Latihan yang boleh dibuat seperti LSD, Fartlek, Latihan Jeda
dan Latihan Bebenan.

 Khusus
- Penekanan kepada komponen fizikal yang khusus kepada
acara yang disertai.
- Latihan daya tahan (LSD, fartlek, jeda jarak sederhana dan
jauh, latihan bebanan).
- Kekuatan dan kelajuan (latihan litar, jeda jarak dekat, LSD dan
latihan bebanan).
- Intensiti latihan ditingkatkan.

 Fasa Pertandingan
 Pra pertandingan
 Pertandingan
- Penekanan kepada komponen khusus sukan yang disertai.
- Tingkatkan/ kekalkan kecergasan melalui simulasi, permainan
kecil/ sebenar dan ujian masa.
- Latihan diteruskan dengan latihan dayatahan (latihan bebanan
dan jeda) dan latihan kelajuan dan kekuatan (pecutan
berulang, jeda jarak dekat, pliometrik).

 Fasa Transisi
- Fasa untuk melakukan pemulihan fisiologi
- Melakukan rawatan kecederaan dan
- Program-program untuk mengelakkan kebosanan

4.3.2 Pertimbangan Untuk Latihan

56
 Tahap murid:
Aktiviti sukan yang dijalankan perlu bersesuaian dengan tahap umur
dan keupayaan murid.

 Bilangan murid:
Guru harus mengetahui bilangan murid yang akan menyertai aktiviti
ini supaya dapat menyediakan peralatan yang mencukupi dan ruang
latihan yang bersesuaian.

 Langkah-Langkah Keselamatan:
Antara langkah keselamatan yang perlu diambil perhatian oleh guru
ialah:
 Tahap kesihatan murid;
 Memanaskan badan sebelum aktiviti dan gerak kendur dilakukan
selepas aktiviti;
 Pakaian dan kasut yang sesuai dengan aktiviti; dan
 Peralatan dan kemudahan yang digunakan dalam keadaan baik
dan selamat.

 Tempat Latihan:
 Ruang latihan yang sesuai dan selamat.

 Kemudahan peralatan:
 Merancang jumlah dan jenis-jenis peralatan yang perlu digunakan
semasa aktiviti; contoh : kon, bola segar dan tali.

 Masa latihan:
 Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti sukan adalah seperti
berikut:
 Sekolah Rendah - 60 minit/minggu
 Sekolah Menengah - 90 minit/minggu

4.3.2 Contoh Rancangan Latihan

57
Contoh 1 : Rancangan Sesi Latihan - Permainan Hoki

58
59
Contoh 2 : Rancangan Sesi Latihan - Permainan Bola Tampar

60
Contoh 3 : Rancangan Sesi Latihan Olahraga (Lompat Jauh)

61
62
63
64
Contoh 4 : Rancangan Sesi Latihan Olahraga (Lari Berpagar)

65
66
Aktiviti

Sediakan satu rancangan latihan olahraga bagi acara lari berganti-ganti.

67
4.4 KECEDERAAN DAN PEMAKANAN

4.4.1 Pencegahan Kecederaan Dalam Sukan


Pencegahan kecederaan bermaksud mencegah dari berlakunya
kecederaan yang tidak diingini ketika melakukan aktiviti sukan.

i. Prinsip Pencegahan Kecederaan


Prinsip pencegahan yang perlu diberi keutamaan ialah
 Prinsip latihan

 Penambahan beban senaman secara beransur-ansur


 Tempoh latihan - Berlatih pada paras yang boleh dilakukan dan
jangan berlatih hingga badan menjadi terlalu letih. Tempoh masa yang
sesuai adalah 1 hingga 1 jam 30 minit sehari.
 Intensiti
 Motivasi
 Pengkhususan - Senaman yang dipilih haruslah khusus dan sesuai
untuk mencapai tujuan dan objektif
 Relaksasi - Dapat mengurangkan ketegangan atau kelesuan
 Rutin
 Memanaskan badan Tujuan
Sediakan otot-otot untuk melakukan aktiviti serta kemahiran ,
melonggarkan otot-otot dan sendi-sendi yang tegang dan mencergaskan
reaksi atau reflek atlet-atlet.

 Ansur maju latihan


Mengandungi latih tubi secara beransur-ansur bagi menyediakan atlet
supaya kembali beraksi.
 Faedah ansur maju :
 memulihkan kecederaan
 meningkatkan perkembangan
 meningkatkan keyakinan diri

 Aktiviti bagi menggelakkan kecederaan


Meninggikan suhu badan dengan berlari perlahan-lahan atau jogging,
melunjur, berlari pecut, senaman khusus, memilih permainan yang sesuai
kepada kebolehan atlet dan mengajar kemahiran asas.

 Keselamatan kemudahan dan peralatan


Berlaku sekirannya gelanggang atau kemudahan peralatan tidak
sempurna dan tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan.Keadaan
disekeliling gelanggang, padang dan dewan.

 Alatan perlindungan
Alatan yang digunakan bagi melindungi diri atau anggota badan dari
sebarang kecederaan semasa melakukan aktiviti sukan.Alatan
perlindungan diri adalah sebahagian daripda peraturan sesuatu

68
permainan tersebut. Penguatkuasaan peraturan akan menjamin ahli
sukan mendapat kecederaan yang minimum sekiranya berlaku.
ii. Pelaksanaan 6 Prinsip Pencegahan Di Dalam Kitaran Kecederaan

 Menguasai teknik yang betul - Biasanya pemain berkemahiran tinggi


jarang mengalami kecederaan kerana mereka dilindungi oleh kemahiran
mereka. Oleh itu, adalah penting bagi pemain menguasai teknik
permainan yang betul.

 Menguasai komponen-komponen kecergasan spesifik - Pemain harus


menguasai teknik kecergasan spesifik. Latihan yang dijalankan adalah
untuk mengajar dan melatih pemain dalam mengelakkan kecederaan dan
bukan untuk memantapkan mutu permainan semata-mata. Pemain yang
cergas biasanya jarang ditimpa kecederaan.

Hal ini kerana :


(a) Reaksi yang tinggi terhadap bahaya dan biasanya tindak balas untuk
mengelakkan diri daripada bahaya tersebut adalah tinggi.
(b) Jatuh dengan kendur (relax way) sekaligus dapat meminimumkan
kecederaan.
(c) Memiliki kefleksibiti yang tinggi. Ini dapat membantu mengurangkan
hentakan ketika jatuh

 Menggunakan kemudahan dan pakaian yang sesuai - Jersi, seluar


pendek dan kasut yang digunakan harus sesuai dengan permainan.
Elakkan menggunakan pakaian kurang sesuai yang boleh mendatangkan
kecederaan kepada anggota badan. Alat pelindung seperti pelindung siku
dan lutut boleh digunakan untuk melindungi kecederaan siku dan lutut
apabila terjatuh.

 Peraturan dan penguatkuasaan undang-undang - Peraturan diwujudkan


untuk menjadikan permainan menjadi lebih seronok. Pemain harus
mematuhi undang-undang yang ditetapkan agar kecederaan dapat
dielakkan. Peraturan permainan harus dikuatkuasakan dengan tegas.
Persediaan lengkap untuk latihan dan pertandingan - Jenis aktiviti yang
dijalankan juga penting, sebelum pertandingan, elakkan latihan yang
terlalu keras yang menyebabkan pemain lesu ketika permainan. Ini
kerana fokus utama pemain adalan pertandingan. Jika mereka kurang
stamina mereka akan mengalami kecederaan ketika pertandingan.

 Pengurusan Emosi
Mental yang sihat memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri
seseorang atlit.
Emosi yang stabil membantu atlit lebih bersedia melakukan aktiviti.
Sekiranya berlaku kecelaruan emosi, mungkin menyebabkan perubahan
tingkah laku yang boleh menyebabkan berlakunya kecederaan.

69
4.4.2 Rawatan Kecederaan Ringan

i. Jenis Kecederaan Tidak Dijangka

 Terseliuh
Terseliuh adalah satu kecederaan pada persendian di mana ligamen dan
tisu-tisunya terpusing. Biasanya berlaku pada pergelangan tangan dan
kaki.
Tanda - Bengkak, lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi
yang cedera, menjadi biru kehitaman.
Simptom - Rasa kesakitan pada sendi itu.

Rawatan -
a. Letakkan ais pada sendi yang cedera untuk mengurangkan bengkak
dan melegakan kesakitan.
b. Jika pergelangan kaki terseliuh, buka kasutnya dengan segera.
c. Tinggikan bahagian yang cedera dan letakkan sendi dalam keadaan
paling selesa. Jika pergelangan tangan, siku atau bahu terseliuh,
ampu tangan sebelah bahagian tercedera dengan anduh besar.
d. Lekapkan kapas yang tebal pada sendi yang cedera dan
balutnya dengan pembalut krep mengikut angka lapan.
e. Bawa mangsa ke hospital.

 Terkehel
Terkehel adalah satu keadaan di mana tulang terkeluar dari sendi dan
kedudukannya berubah.
Tanda - Berubah kedudukan sendi, berubah rupa, bengkak, lebam.
Simptom - Rasa amat sakit pada sendi.

Rawatan -
a. Jangan cuba membetulkan tulang yang terkehel.
b. Jangan gerakkan anggota yang cedera dan biarkan dalam
kedudukan paling selesa.
c. Bawa mangsa berjumpa doktor dengan segera.

 Urat Daging Terkoyak


Otot-otot boleh menjadi lebih tegang atau koyak disebabkan oleh
pengecutan otot-otot secara tiba-tiba seperti ketika mengangkat benda
berat atau bermain.
Tanda - Bengkak, perubahan warna di bawah kulit atau lebam di
bahagian cedera.

70
Simptom - Rasa kesakitan ketika bergerak, mungkin menjadi kaku.

Rawatan -
a. Letakkan bahagian yang cedera dalam keadaan yang
paling selesa.
b. Letakkan kompres sejuk untuk mengurangkan bengkak
dan kesakitan dalam tempoh 24 jam.
c. Ampu bahagian yang cedera dengan anduh segitiga.
d. Bawa mangsa ke hospital.

 Kejang Otot
Kejang adalah satu keadaan yang berlaku secara tiba-tiba dan sakit
kerana otot-otot tertarik dan tersimpul. Ia disebabkan oleh kehilangan air
akibat perpeluhan yang berlebihan dan pengaliran darah ke otot yang
kurang. Biasanya berlaku di depan peha (quadriceps), belakang peha
(hamstring) atau betis Calves).
Tanda - Kejang otot.
Simptom - Letih, rasa sakit otot yang teruk.

Rawatan -
a. Rehatkan pelajar / atlit.
b. Memanjangkan otot yang mengejang. Luruskan bahagian
otot (tangan, kaki atau peha) dan regang secara perlahan.
c. Beri minuman air sejuk.

 Pedih Perut
Etika bermain, berlari atau melakukan aktiviti senaman, terutama bagi
yang tidak biasa berlatih, sering terjadi kekejangan pada otot abdomen
dan akan terasa sakit atau pedih pada abdomennya.

Rawatan:
a. Rehatkan atlit secara baring terlentang.
b. Beri minuman air panas.
c. Gosokkan pada bahagian abdomen yang sakit itu.

71
ii. Pendekatan Rawatan

 Cryotherapy - RICE
Tindakan awal ke atas kecederaan tisu lembut.

Rawatan Tindakan
R Merehatkan bahagian yang cedera. Atlit tidak
(Rest) dibenarkan meneruskan aktiviti fizikalnya

Menggunakan ais ada bahagian yang cedera. Aplikasikan


ais selama 5 – 10 minit dan ulang setiap 3 jam atau 4 kali
sehari, jika boleh berbuat demikian. Penggunaan ais perlu
I diadakan dalam 24 jam pertama untuk mengelakkan
(Ice) bengkak kerana pengumpulan cecair di tempat yang
cedera. Penggunaan ais boleh diteruskan sehingga 72
jam.

 Tekanan dikenakan pada bahagian yang cedera


dengan dua cara :
C  Ø Cara tidak langsung dengan membalut bahagian
(Compression) cedera menggunakan bandej atau pita pelekat kain.
 Ø Secara langsung iaitu dengan tekanan tangan.

 Menaikkan bahagian yang cedera ke paras lebih tinggi


dari paras jantung. Ini boleh dilakukan dengan
mengangkat kaki atlit ke atas bangku sambil baring
 Ubat anti-inflammatory - penggunaan ubat ini hendaklah
ditentukan oleh pegawai perubatan.
E  Rawatan fisioterapi - perlu diberi secepat mungkin iaitu
(Elevation) selepas kecederaan.
 Bantu diri, pergerakan bebas dan latihan pemulihan
-senaman secara bebas.
 Corticosteroid - ditentukan oleh pegawai perubatan.
Dilakukan sekiranya rawatan-rawatan lain tidak berjaya.

72
 DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation]

Langkah-langkah Rawatan Kecederaan

 D = Danger (Bahaya) :
Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya

 R = Respond (Tindak balas/Reaksi) :


Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau
bertanya dengannya jika mangsa sedar. Dapatkan tindak balas atau
reaksi dari mangsa. Jika sedar : Tanya mangsa keadaannya. Pastikan
kecederaan atau kesan lain. Berikan rawatan yang sewajarnya.
Dapatkan bantuan jika perlu. Jika tidak sedar: Pastikan saluran
pernafasan terbuka dan tiada halangan. Periksa samada mangsa
bernafas atau tidak. Periksa pengaliran darah dengan merasa denyutan
nadi di leher (karotid).

Tahap kesedaran mangsa boleh dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu:


1) A - Alert (sedar sepenuhnya)
2) V - Verbal (respon terhadap suara)
3) P - Pain (respon terhadap kesakitan/sentuhan)
4) U - Unconcious (tiada apa-apa respon)

 A = Airway (Saluran pernafasan) :


Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika
ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa.

 B = Breathing (Pernafasan) :
Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air
Resuscitation.

 C = Circulation (Peredaran/Pengaliran Darah) :


Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher ,
jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].

73
 TOTAPS

T - Talking (bercakap)
O - Observe (memerhati)
T - Touch (sentuhan)
A - Active (aktif)
P - Passive (pasif)
S - Skill (kemahiran)

Langkah-langkah T.O.T.A.P.S.

T-Talking (bercakap)
Bercakap dengan atlet/mangsa yang cedera
 Apa yang berlaku?
 Bagaimana kemalangan/kecederaan berlaku?
 Apa yang kamu rasa?
 Bahagian mana yang cedera?
 Adakah bahagian lain yang cedera?
 Pernahkah bahagian ini tercedera sebelum ini ?

O- Observe (memerhati)
Memerhati ketika bercakap dengan atlet
 Adakah atlet/mangsa tertekan ?
 Adakah mangsa terbaring dengan posisi/posture yang bukan scara
biasa?
 Adakah terdapat bengkak/kecacatan/lebam?
 Adakah terdapat perbezaan dengan anggota yang lain
 Bagaimana bahagian tersebut dikawal ?

T- Touch ( sentuhan )
Lakukan sentuhan bermula kawasan yang tidak cedera dan secara perlahan
begerak ke kawasan yang cedera.
 Adakah terdapat kelembutan?
 Adakah terdapat kecacatan?
 Adalah kawasan cedera panas?

Berhenti disini sekiranya terdapat bukti yang jelas bagi fraktur dan dislokasi.

A- Active (aktif)
Suruh mangsa gerakan bahagian yang cedera, bila terasa sakit berhenti.
Tunjukkan pergerakan yang sepatutnya pada bahagian yang tidak cedera
terlebih dahulu.
 Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat
pergerakan yang penuh atau terhad?
 Adakah sakit ketika menggerakkan bahagian tersebut? Bilakah kesakitan
tersebut dirasai?

74
P- Passive (pasif)
Berhati-hati gerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakkan yang
normal. Berhenti jika kesakitan berlaku.
 Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat
pergerakan yang penuh?
 Bilakah kesakitan berlaku?
 Bandingkan julat pergerakan bahagian yang tidak cedera dengan yang
tercedera.

Berhenti disini bila atlet/mangsa mengadu kesakitan atau hilang/bertambah


julat pergerakan

S- Skill (kemahiran)
Jika bahagian yang cedera boleh bergerak pada julat pergerakan yang
normal tanpa kesakitan, suruh atlet/mangsa berdiri dan lakukan pergerakan
yang perlahan.
 Sekiranya terdapat kesakitan, nasihat atlit berhenti
 Sekiranya tiada kesakitan atau minima, atlet boleh teruskan latihan atau
permainan

PENGALAMAN

1. Berdasarkan topik kecederaan dalam sukan, kongsikan bersama


rakan-rakan pengalaman rawatan kecederaan yang telah anda
amalkan terhadap atlit di sekolah.

2. Sejauhmanakah rawatan yang anda amalkan selama ini dapat


membantu memulihkan kecederaan atlit anda.

75
4.4.2 PEMAKANAN

i. Pemakanan Dalam Sukan (Sebelum, Semasa dan Selepas Latihan atau


Pertandingan)

 Pemakanan sebelum pertandingan


Semasa aktiviti fizikal yang giat (vigoron), otot akan memilih sumber tenaga dari
karbohidrat berbanding lemak. Ini adalah kerana tenaga daripada karbohidrat
lebih senang diperolehi tanpa perlu memerlukan bekalan oksigen yang banyak.
Sumber tenaga yang paling cepat diperolehi ialah glikogen yang di simpan
dalam otot-otot.

Atlit yang menceburi acara marathon, berbasikal jarak jauh, mendayung


memerlukan bekalan karbohidrat yang lebih tinggi. Bekalan tersebut biasanya
disimpan di otot dan hati. Jangan makan terlalu kenyang sebab perut yang
penuh dengan makanan berkecenderungan mengalami kecederaan terutama
dalam sukan

Ini disebabkan darah akan tertumpu di bahagian organ penghadaman dan


kurang di bahagian otot dan otak yang diperlukan untuk aktiviti fizikal

Amalkan makanan yang mengandungi karbohidrat kerana ia lebih mudah dan


cepat dihadam daripada makanan yang mengandungi lemak

Elakkan makan yang pedas dan minuman yang bergas. ini akan menganggu
proses penghadaman. Atlit akan meras tidak selesa semasa pertandingan
kerana perut akan memulas dan menyebabkan sendawa (burping)

Cecair yang diminum harus senang diserap dan dihadam. Susu, kopi dan teh
harus dielakkan sebelum pertandingan kerana minuman ini susah untuk
dihadamkan. Air adalah minuman yang paling sesuai.

Seseorang atlit harus sekurang-kurangnya makan 2 hingga 3 jam sebelum


sesuatu pertandingan. Ini membolehkan makanan dihadam dan perut tidak rasa
penuh. Pada masa yang sama, atlit juga tidak harus rasa terlalu lapar sebelum
pertandingan

 Pemakanan semasa pertandingan


Jangkamasa pertandingan yang lama akan mengakibatkan kehilangan air dan
sesetengah mineral melalui proses perpeluhan. Sumber tenaga karbohidrat juga
akan kehabisan. Adalah penting untuk menitik beratkan tiga nutrien tersebut
semasa pertandingan.

Air :

76
Seseorang atlit akan kehilangan air yang banyak terutamanya jika bertanding
dalam keadaan cuaca yang panas. Air akan hilang melalui peluh juga akan
mengakibatkan peningkatan kepekatan darah dan menurunkan volum darah.
Penurunan volum darah ini membawa akibat kepada jantung kerana jantung
terpaksa mengepam lebih cepat lagi. Banyak gejala yang buruk akan timbul
seperti dihidrasi dan stress haba akan menyusul akibat kekurangan kandungan
air dalam badan. Meminum air yang banyak adalah pendekatan yang wajar
kepada atlit tersebut. Air sejuk adalah diutamakan kerana ia memudahkan
penyerapan berlaku di organ penghadaman

 Pemakanan selepas pertandingan


Acara-acara yang mempunyai masa rehat yang cukup (selepas 3 jam atau pada
hari berikutnya) atlit harus memberi tumpuan kepada pemakanan yang dapat
membekalkan tenaga untuk menggantikan tenaga yang telah digunakan.
Makanan berkarbohidrat dalam bentuk cecair adalah sesuai untuk mereka. Atlit
tidak perlu mengambil suplemen vitamin atau mineral yang banyak pada ketika
ini. Atlit digalakkan makan makanan yang seimbang dan pada masa yang betul.

Makanan seimbang :
Makanan yang mengandungi jumlah protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam
mineral dan air yang betul disebut sebagai makanan seimbang.

Kuantiti makanan yang diperlukan berbeza antara seorang dengan orang yang
lain. Keperluan makanan bergantung kepada umur, saiz dan aktiviti yang kita
lakukan.

Makanan yang mengandungi karbohidrat, lemak dan protein sering disebut


sebagai makanan bertenaga tinggi. Ini kerana makanan ini mempunyai nilai
kalori yang tinggi. Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran hijau
mempunyai nilai kalori yang rendah. Makanan ini tidak membekalkan tenaga
tetapi mengandungi banyak vitamin, mineral, air dan bertindak sebagai pelawas

Jenis Makanan Kumpulan Makanan


Makanan  Kaya dengan protein.
membina tubuh  Daging, ikan, ayam, itik
1 hidangan = 1 kota mancis
 Kekacang seperti dal, kacang tanah, kacang hijau, tauhu
 Telur dan susu
Makanan  Nasi dan makanan lain memberi tenaga
memberi tenaga 1 hidangan = 1 cawan nasi (padat)
 1 hidangan ubi = 1 cawan atau 1 ukuran sederhana
 Lemak dan minyak
Makanan  Sayur berdaun dan berwarna kuning
menjauhkan 1 hidangan = ½ cawan dimasak atau 1 cawan mentah (kangkung,
Penyakit bayam, sawi, cekur manis, kelor, pucuk ubi, pucuk paku)
 Makanan yang kaya dengan vitamin C
1 hidangan = 1 ukuran sederhana atau 93.75g (jambu batu, tomato,
oren, betik, nanas dan lain-lain
 Buah-buahan dan sayur-sayuran lain
1 hidangan = 1 hiris atau ukuran sederhana (labu manis, lobak

77
merah, kacang panjang, terung, bendi dan lain-lain)

ii. Bantuan Ergogenik Pemakanan

Istilah bantuan ergogenik (asal bahasa Yunani “ergo” yang bermaksud kerja)
mula muncul dalam majalah pemakanan sejak 20 tahun yang lalu. Terdapat
banyak pembekal makanan telah mengiklankan hasil produk mereka yang dapat
meningkatkan prestasi seseorang atlit yang mengambilnya. Bantuan ergogenik
adalah bahan nutrien / makanan yang dapat membantu menggantikan
simpanan tenaga yang kehabisan semasa aktiviti fizikal dan juga memulihkan
bekalan tenaga yang kehabisan semasa aktiviti fizikal dan juga memulihkan
bekalan tenaga dengan cepat selepas sesuatu aktiviti fizikal yang berat

 Tokokan Karbohidat (Carbo-loading)

Penambahan simpanan karbohidrat dalam glikogen otot dan hati dikenali


sebagai tokokan karbohidrat atau dikenali sebagai kompensasi glikogen. Teknik
ini biasanya digunakan untuk atlit acara tahan lasak seperti pelari marathon,
lumba basikal lebuhraya dan trithlon. Bekalan glikogen ke otot dan hati boleh
ditingkatkan dalam mengurangkan latihan dan pada masa yang sama
menambahkan pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat.

Pengambilan karbohidrat yang berlebihan harus djalankan selama seminggu


sebelum hari pertandingan. Pengurangan volum dan intensiti latihan sekurang-
kurangnya 48 jam sebelum hari pertandingan membolehkan badan
menyingkirkan sebarang hasil buangan metabolik yang mungkin menjejaskan
prestasi atlit tersebut. Fasa tokokan karbohidrat ada tiga fasa iaitu:

Fasa 1: Hari 1 - 2 : Latihan berintensiti tinggi, pengambilan karbohidrat norma

Fasa 2: Hari 3 - 5 : Latihan dikurangkan, peningkatan pengambilan


karbohidrat ( 70 %)

Fasa 3: Hari ke-6 : Hari pertandingan, selepas pertandingan pemakanan


seperti biasa

PENYELIDIKAN

Merujuk kepada maklumat dari internet dan lain-lain bahan bacaan,


dapatkan maklumat pemakanan yang sesuai bagi seorang atlit/pelari
acara lari jarak jauh.

78
UNIT 5 ASAS PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN

Hasil Pembelajaran Unit

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

1. Menjelaskan fungsi, tugas dan tanggungjawab serta ciri-ciri pengurus


pasukan dan jurulatih yang baik.

2. Menyatakan cara format menyediakan kertas kerja yang sesuai untuk


program pengelolaan suatu pertandingan di sekolah anda sebagai asas
pengurusan kejohanan.

3. Menjelaskan langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan


selepas sesuatu kejohanan.

4. Menghuraikan tujuan mesyuarat post mortem diadakan.

5. Membandingbezakan antara sistem kalah mati, sistem liga dan sistem cabar
mencabar dalam pengelolaan kejohanan.

Sinopsis

Tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan dan perbincangan mengenai


ciri-ciri serta peranan pengurus atau pegawai sukan. Unit ini merangkumi
panduan pembinaan kertas kerja pengelolaan pertandingan, panduan dan
pelaksanaan pertandingan. Dalam Gerak Kerja Kokurikulum, pengurusan
pasukan dan pengelolaan pertandingan merupakan aspek yang penting serta
mesti difahami dan dihayati oleh setiap guru. Oleh yang demikian, guru-guru
yang terlibat harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam aspek ini
supaya mereka dapat mengurus pasukan mereka dengan baik serta dapat
mengelolakan satu pertandingan secara teratur jika ditugaskan sebagai
jawatankuasa pengelola pertandingan.

79
5.1 PENGURUSAN PASUKAN

Pengurusan sukan menurut Kelly, Blanton dan Bertel (1990) merupakan


“Sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan perancangan,
pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan
dan penilaian dalam konteks sesebuah organisasi atau jabatan di mana
produk atau perkhidmatan berkaitan dengan sukan”.

5.1.1 Fungsi Pengurusan Sukan


Fungsi pengurusan dalam sukan ialah :-
 merancang
 menyediakan bajet
 mengawal
 mengarah
 mengelola
 menyediakan jadual pertandingan
 membuat keputusan
 menilai

5.1.2 Tugas Dan Tanggungjawab Pengurus Pasukan Sukan Sekolah


 Menghadiri mesyuarat peringkat sekolah/daerah dan mematuhi
keputusan minit mesyuarat tersebut.
 Menandatangani Kad Kokurikulum ahlinya dalam setiap pertandingan.
 Menyediakan dan melengkapkan borang tuntutan tambang, makan dan
minum, pengangkutan serta keperluan ahlinya dalam acara-acara yang
dianjurkan oleh sekolah/PPD/BAHAGIAN/JPN/KPM atas persetujuan
Pengetua
 Mendapatkan dan menyimpan surat kebenaran ibubapa/penjaga
sebelum membawa ahli yang terlibat dalam sesuatu acara di luar
kawasan sekolah. Salinan hendaklah diserahkan kepada PK HEM atau
PK KOKU untuk makluman.
 Mengiringi ahlinya yang terlibat dalam acara-acara di luar kawasan
sekolah dalam keadaan selamat pergi dan balik.
 Memaklumkan setiap keputusan pertandingan kepada Pengetua, PK
KOKU dan S/U Sukan atau S/U Kokum untuk makluman dan rekod.
 Membuat laporan/Post Mortem tentang prestasi pasukannya
selepas pertandingan dan serahkan laporan kepada S/U
Sukan atau S/U Kokum untuk tindakan selanjutnya (dokumentasi).

5.1.3 Tugas Dan Tanggungjawab Jurulatih Pasukan Sukan Sekolah


 Melatih ahli pasukan masing-masing untuk menghadapi pertandingan
dan permainan antara sekolah / daerah / bahagian / negeri
 Merancang latihan dan perlawanan persahabatan yang perlu dimasukan
ke dalam takwim pasukannya dan serahkan kepada S/U Sukan atau S/U
Kokum untuk tindakan selanjutnya.
80
 Memastikan keselamatan pelajar/ahlinya semasa dalam latihan dan
pertandingan
 Memastikan unsur-unsur nilai pendidikan dan nilai murni diserapkan
sama ada dalam latihan atau perlawanan. Elakan emosi dalam sukan /
pertandingan dan fahami objektif sukan sebenar. Pengisian program
yang dirancang menepati citarasa pelajar dan bersesuaian dengan
matalamatnya.
 Membantu S/U Sukan dalam membuat gelanggang untuk latihan dan
pertandingan.

5.1.4 Jurulatih yang baik


Jurulatih yang baik adalah:

 Pemimpin  Pembuat keputusan


 Guru  Pemudah cara
 Pengurus  Pendorong
 Pengelola  Kawan
 Kaunselor  Model contoh yang diikuti
 Pereka cipta  Wira

5.2 ASAS PENGURUSAN KEJOHANAN/PERTANDINGAN

Dalam Gerak Kerja Kokurikulum, pengurusan pasukan dan pengelolaan


pertandingan merupakan aspek yang penting serta mesti difahami dan
dihayati oleh setiap guru. Oleh yang demikian, guru-guru yang terlibat harus
mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam aspek ini supaya mereka
dapat mengurus pasukan mereka dengan baik serta dapat mengelolakan
satu pertandingan secara teratur jika ditugaskan sebagai jawatankuasa
pengelola pertandingan.

5.2.1 Kertas Kerja Pengelolaan Pertandingan


Kertas kerja merupakan bahan bertulis yang dapat memberi gambaran yang
jelas tentang hala tuju, jenis aktiviti, jawatankuasa, peserta dan perbelanjaan
sesuatu program. Kertas kerja yang lengkap akan menjadi sumber rujukan
urama dalam sesuatu program.

Contoh format kertas kerja yang boleh digunakan;

 Tajuk Kertas Kerja


Tajuk ditulis dengan ringkas dan bermakna, tepat serta menggambarkan
objektif program

 Tujuan Kertas Kerja

Nyatakan secara jelas arah tuju, maksud, objektif, matlamat dan tuntutan
kertas kerja yang disediakan.

81
 Matlamat Program
Merupakan sasaran yang realistik untuk dicapai dan perlu berdasarkan
kepada konsep kejohanan

 Penerangan tentang Program


Nyatakan secara jelas butiran mengenai pelaksanaan program
 Tarikh, masa dan tempat
 Peserta kumpulan ssaran
 Yuran atau bayaran yang dikenakan
 Kerjasama atau bantuan agensi lain

 Jawatankuasa Program
Prosedur penubuhan jawatankuasa
 memilih ahli yang terlibat dalam sukan tersebut serta yang komited
 mendapatkan persetujuan pengetua/guru besar/presiden persatuan
 mengeluarkan surat pelantikan
 mengesahkan pelantikan mereka dalam mesyuarat jawatankuasa
pengelola yang pertama
 mengedarkan senarai tugas serta memberi taklimat kepada ahli
jawatankuasa yang dilantik.

Contoh senarai penuh jawatankuasa induk dan jawatankuasa pelaksana


 Penasihat
 Pengerusi
 Naib Pengerusi
 Setiausaha
 Bendahari

 Pengerusi Jawatankuasa Kecil:

* Pertandingan * Hadiah
* Teknik * Penginapan
* Kepegawaian * Makanan/Minuman/Jamuan
* Peralatan * Seranta
* Upacara * Pengangkutan
Perasmian/Penutupan * Pertolongan Cemas/
* Urus Setia Keselamatan
* Siaraya

5.2.2 Peranan dan bidang tugas jawatankuasa

Penubuhan jawatankuasa pengelola merupakan suatu langkah awal yang


penting dalam mengelolakan sesuatu pertandingan sukan. Lazimnya ahli-ahli
jawatankuasa yang bakal dilantik menganggotai jawatankuasa pengelola
tersebut perlu mempunyai kriteria-kriteria seperti berikut:

 memahami peraturan dan aspek-aspek teknik pertandingan


 memahami sistem dan peraturan pertandingan,
 komited untuk memastikan pertandingan dapat dikelolakan secara
sistematik.
82
Penasihat : Memberi nasihat dan panduan kepada Jawatankuasa
Pengelola dari semua aspek agar sesuatu pertandingan
dikendalikan dengan teratur tanpa banyak masalah.

Pengerusi: Mengetuai Jawatankuasa Pengelola.


Bertanggungjawab ke atas keseluruhan pengelolaan.
Memberi nasihat / cadangan yang konstruktif untuk melicinkan
pengelolaan.

Setiausaha: Menguruskan surat-menyurat.


Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat.
Menyimpan segala maklumat dan rekod untuk rujukan.
Memastikan segala perancangan berjalan mengikut jadual.
Menghantar surat ucapan terima kasih kepada semua pihak
yang telah membantu dalam pengelolaan pertandingan.
Bendahari: Membuat anggaran perbelanjaan.
Merancang dan mengawal perbelanjaan.
Menyimpan segala resit pembelian.
Menyediakan penyata kewangan selepas sesuatu pertandingan
selesai dikendalikan

Pengerusi Jawatankuasa Kecil:

JK Pertandingan :
Menyediakan peraturan pertandingan, borang pendaftaran, dan
jadual pertandingan.
Menentukan tarikh tutup pendaftaran.
Menyediakan senarai nama/pasukan yang akan bertanding.
Menyediakan nombor peserta untuk peserta (jika yang
dikelolakan ialah kejohanan olahraga).
Mengadakan mesyuarat pengurus pasukan sehari sebelum
pertandingan.
Membuat undian semasa mesyuarat pengurus pasukan.
JK Teknik :
Menyediakan peralatan seperti bola, baton, pagar mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan dalam peraturan
pertandingan.
Memastikan peralatan yang diperlukan masih berfungsi seperti
jam randek.
Menentukan padang, gelanggang, trek, pentas, semuanya
mengikut spesifikasi, sesuai dan selamat digunakan.

83
JK Kepegawaian :
Menentukan berapa orang pegawai-pegawai teknik / pengadil/
referi bertauliah yang diperlukan.
Membuat anggaran perbelanjaan bagi pegawai seperti bayaran
elaun,
makan/minum, baju dll yang diperlukan
Mengedarkan surat pelantikan dan jemputan kepada pegawai-
pegawai
tersebut.
Memberi taklimat kepada pegawai tentang peraturan
pertandingan,
jadual pertandingan dll berkenaan sebelum pertandingan.

JK Hadiah:
Membuat anggaran pembelian hadiah.
Menentukan jenis-jenis hadiah yang akan dibeli dan
mendapatkan persetujuan daripada JK Pengelola.
Membeli dan membungkus (jika perlu) hadiah.
Mencari penaja untuk hadiah (jika boleh).
Membantu dalam upacara penyampaian hadiah.

JK Upacara Perasmian/Penutupan:
Merancang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan dan mendapat
persetujuan daripada JK Pengelola.
Menentukan tetamu khas yang akan menyempurnakan majlis.
Menyediakan anggaran perbelanjaan.
Menghubungi pihak-pihak berkenaan untuk membantu seperti
persembahan pancaragam, mengadakan raptai.

JK Makanan / Minuman /Jamuan:


Merancang menu yang diperlukan sepanjang pertandingan
untuk AJK, pegawai, peserta dll.
Memesan makanan/minuman serta memastikan makanan dan
minuman sampai pada masa yang ditetapkan serta cukup
untuk semua.
Mengedarkan minuman untuk tetamu dan pegawai semasa
pertandingan.
Merancang dan mengadakan jamuan mengikut persetujuan
AJK Pengelola – menetapkan tarikh, tempat, masa, menu,
tetamu, dan peserta.

JK Pengangkutan:
Mengenal pasti jenis pengangkutan yang diperlukan,
Mendapatkan kenderaan yang mencukupi.
Menyediakan jadual perjalanan dan edarkan kepada semua
yang berkenaan.

84
JK Penginapan:
Menyediakan senarai nama peserta/pegawai yang
memerlukan penginapan.
Mengagihkan penginapan mengikut kesesuaian.
Mengutip wang (jika berkenaan) daripada peserta/pegawai
yang menginap
Memastikan penginapan dalam keadaan yang selamat.

JK Siaraya:
Menyenaraikan jumlah pembesar suara, hailer yang
diperlukan.
Memasang dan memastikan semua alatan berfungsi.
JK Seranta:
Menyediakan poster, kain rentang serta mempamerkan di
lokasi-lokasi yang strategik.
Menjemput pihak media massa – surat khabar, radio dan
televisyen untuk membuat liputan semasa pertandingan.

JK Keselamatan:
Melantik pegawai/sukarelawan untuk memastikan
keselamatan peserta, peralatan sebelum, semasa,
pertandingan di tempat pertandingan.

JK Pertolongan Cemas:
Memastikan ada doktor / pegawai perubatan / ahli PBSM (yang
berkenaan) semasa pertandingan.
Menyediakan air batu dan ubatan yang sesuai dan mencukupi.
Menyediakan tempat untuk rawatan.

JK Peralatan :
Menyenaraikan segala peralatan ( kerusi, meja, pentas, karpet,
alas meja, khemah, dll ) yang diperlukan oleh semua
jawatankuasa.
Menyediakan peralatan mengikut kehendak jawatankuasa.
Memastikan peralatan selamat digunakan.
Menyimpan semua peralatan setelah selesai pertandingan.

JK Urus setia :
Membantu dalam mengendalikan tugasan semua
jawatankuasa kecil
Menyediakan papan notis dan memaparkan segala makluman
terkini.
Memastikan segala makluman sampai kepada semua peserta /
pasukan dengan bantuan pegawai perhubungan.

JK Anggaran Perbelanjaan :

85
Nyatakan secara terperinci anggaran pendapatan serta
perbelanjaan termasuk perbelanjaan runcit dan butiran
perbelanjaan keseluruhan program

JK Susun Atur Jadual atau Atur cara :


Sediakan tentatif program yang terperinci dari awal hingga akhir
termasuklah atur cara perasmian dan penutup dengan
menyatakan masa, tempat dan tindakan jawatankuasa.

JK Peserta :
Nyatakan kumpulan sasaran yang akan menyertai program ini
sama ada pelajar atau kakitangan serta anggaran bilangan
peserta yang mengambil bahagian.

 Tindakan :
Senarai semak tindakan
Pelan tindakan
Atur cara pentadbiran

 Sokongan :
Rujuk keseluruhan kertas kerja kepada penasihat atau pegawai yang
berkaitan untuk perhatian

LATIHAN

1. Senaraikan jawatankuasa kecil pengelolaan dalam sesuatu kejohanan.

2. Nyatakan peranan dan bidang tugas setiap jawatankuasa yang terlibat.

86
5.3 PELAKSANAAN PROGRAM

Bagi menentukan kejayaan dan keberkesanan perjalanan kejohanan sukan,


perancangan dan persediaan yang teliti perlu diberi perhatian utama..
Perancangan yang berkesan perlu mengambil kira tentang perancangan
sebelum, semasa dan selepas program.

5.3.1 Langkah-langkah Pengelolaan


a. Sebelum Program
Persediaan sebelum pelaksanaan program biasanya mengambil masa yang
lama, bermula dengan lantikan jawatankuasa induk. Bagi membentuk
perancangan yang yang teliti, perkara-perkara berikut harus diberi perhatian;

 Pengurusan surat menyurat dan perlantikan


 Surat jemputan mengambil bahagian (Borang Pendaftaran
Penyertaandan Peraturan Pertandingan)
 Surat perlantikan ahli jawatan kuasa induk dan jawatan kuasa
pelaksana
 Surat perlantikan pegawai
 Surat meminjam peralatan dan kemudahan asas
 lain-lain surat yang berkaitan keperluan program

 Persiapan Teknikal
 memastikan penyediaan padang dan balapan mengikut spesifikasi
yang ditetapkan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM)
 Memastikan padang dan balapan selamat digunakan
 Memastikan peralatan yang digunakan mengikut spesifikasi piawaian
yang diluluskan
 memastikan pendaftaran peserta diterima seperti yang dikehendaki

 Penyediaan borang-borang pertandingan


 Borang penyelia peserta
 Borang hakim balapan
 Borang penjaga masa
 Borang ketua hakim
 Borang ketua penjaga masa
 Borang/kad acara padang
 Borang catatan pusingan
 Borang laporan kelajuan angin

 Nota: Bincang dengan pensyarah pembimbing bagaimana hendak


menyadiakan borang-borang di atas.

87
b. Semasa Pelaksanaan Program
Peristiwa yang berlaku dan perjalanan sesuatu program itu merupakan
satu proses pentadbiran yang amat penting untuk mengukur prestasi
program tersebut sama ada berjaya atau tidak. Hari pelaksanaan
program/kejohanan olahraga seolah-olah seperti hari menghadapi
peperiksaan sebenar yang mana persediaannya telah berbulan-bulan
lamanya. Antara perjalanan program yang akan menjadi fokus
penganjur ialah;

 Perjalanan majlis perasmian


 tokoh perasmian
 tetamu yang hadir
 tempat duduk perasmi dan tetamu
 sambutan kehadiran perasmi dan tetamu

 Perjalanan acara yang dipertandingkan


 peserta melapor diri ke penyelia peserta
 peserta akan dibawa ke arena oleh pembantu pegawai dalam
keadaan berbaris
 keputusan pertandingan akan disemak oleh refferi dan ditangani untuk
pengesahan keputusan
 keputusan yang disahkan oleh refferi akan dihantar kepada
setiausaha kejohanan untuk diumumkan secara rasmi oleh juruhebah
 selepas 30 minit keputusan diumumkan, jika tiada apa-apa bantahan
hadiah boleh disampaikan kepada pemenang bila-bila masa sahaja.

c. Selepas Program
Selepas selesai program/kejohanan adalah disarankan pengerusi pengelola
bersama jawatankuasa kerja mengadakan perbincangan mengenai
keseluruhan program dari awal hinggalah ke akhir program.

 Mesyuarat Post-Mortem

Mesyuarat post mortem adalah satu mesyuarat yang dijalankan selepas


satu-satu program bagi mengenal pasti masalah, kelemahan dan
kekuatan yang timbul di sepanjang program itu berlangsung.

 Menyediakan laporan

Setiap jawatankuasa kecil perlu menyediakan satu laporan lengkap untuk


tujuan rujukan program yang akan datang. Setiap laporan akan
diserahkan kepada setiausaha program untuk di masukkan ke dalam
laporan keseluruhan.
 Laporan teknik
 Laporan aktiviti
 Laporan kewangan
88
 Laporan keselamatan
 lain-lain jawatankuasa yang berkepentingan

Refleksi Program

Sebagai penganjur serta jawatankuasa yang bertanggungjawab, suatu


refleksi program perlu dijalankan oleh jawatankuasa induk dan juga
jawatankuasa pelaksana. Adanya refleksi ini sekurang-kurangnya akan
memberi peluang kepada semua pihak untuk mengingat kembali tentang
perjalanan program dan seterusnya dapat membuat penambahbaikan serta
memperbaiki segala kelemahan dan berusaha untuk mengekalkan serta
memantapkan kecemerlangan program yang akan dijalankan pada masa
akan datang. Antara refleksi yang boleh dibuat adalah berbentuk:
 Penilaian program
 Laporan program
 Mesyuarat post mortem
 Mengadakan mesyuarat post mortem dengan setiap jawatankuasa
mengemukakan laporan dengan memberi kekuatan dan kelemahan
setiap jawatankuasa.

5.3.2 PENGELOLAAN KEJOHANAN / SISTEM PERTANDINGAN


Pertandingan adalah satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan untuk
memilih pemenang di samping menghayati semangat kesukanan. Pihak
yang mengelolakan sesuatu pertandingan perlulah mengenal pasti dan
mendapatkan maklumat tertentu bagi memudahkan untuk membuat
perancangan dan persediaan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian
ialah :

 Jenis pertandingan
 Masa yang diperlukan
 Alatan dan kemudahan yang ada
 Agihan perlawanan yang adil
 Pegawai dan petugas-petugas yang diperlukan
 Kewangan
 Bilangan penyertaan undang-undang dan peraturan pertandingan
 Penentuan pemenang dan pemain yang sah

i. Pertandingan Kalah Mati


Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas untuk dikelola.
Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir.
Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang
terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan,

89
kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang
terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.

a. Kelebihan

 Boleh dijalankan dalam masa yang singkat


 Cepat memilih pemenang
 Boleh dijalankan dengan peralatan yang terhad
 Seronok untuk ditonton
 Penyertaan ramai

b. Kelemahan
 Pasukan yang menjadi johan, boleh jadi bukan yang benar-benar
terbaik
 Separuh daripada pasukan akan terkeluar selepas pusingan pertama
 Kemungkinan ada di antara pemain dari pasukan yang kalah
langsung tiada peluang bermain

Cara mengira bilangan pasukan atau peserta menunggu (bye). Bilangan


menunggu (bye) dalam sistem pertandingan ini boleh dikira dengan
menggunakan angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan
seterusnya. Contoh 7 pasukan yang bertanding. Angka yang lebih dari 7
ialah 8. Maka 8 tolak 7 ialah 1. Hal ini bermakna ada 1 pasukan
menunggu (bye). Carta untuk sistem kalah mati ialah seperti berikut:

Contoh : Pertandingan Kalah mati 7 pasukan

ii. Pertandingan Liga


Merupakan satu-satunya pertandingan yang sesuai dijalankan sekiranya
pertandingan itu bertujuan memilih pasukan yang terbaik.

90
Perkara-pekara yang perlu diambil perhatian :
 Masa yang mencukupi
 Kewangan yang ada
 Bilangan pengadil
 Kemudahan dan peralatan yang ada
Pertandingan boleh dijalankan dalam
 Liga satu pusingan
 Liga berkumpulan

Liga Satu Pusingan

Liga Berkumpulan

 Kaedah Mengira Bilangan Perlawanan Pertandingan Liga

Cara pengiraan : N ( N – 1 ) (N = Jumlah Pasukan)


2

Contoh : 6 pasukan mengambil bahagian

91
N(N–1) = 6(6–1) = 6x5 = 30 = 15 perlawanan
2 2 2 2

iii. Cabar Mencabar

 Sistem Tangga
Dalam sistem ini peserta yang di bawah boleh mencabar dua atlet lain
yang berada di atasnya dengan mengikut kedudukan-nya.
Keistimewaan bentuk ini ialah setiap atlet ditempatkan mengikut
kebolehan dan pencapaian mereka di akhir pertandingan. Sistem ini
digunakan dalam pertandingan tinju.

Bil Peserta Kedudukan


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

 Sistem Piramid atau Corong

Pertandingan bentuk ini boleh dijalankan dengan cara berlawan


sesama sendiri mengikut tingkatnya pada peringkat awal. Atlet yang
berjaya di kalangan mereka akan naik setingkat sehingga ke puncak
piramid atau corong.

92
LATIHAN

1. Menyediakan satu contoh borang penyertaan atau borang masuk


pertandingan yang mengandungi semua maklumat yang mengambarkan
tentang sesuatu pasukan yang akan mengambil bahagian.

2. Berdasarkan formula pengiraan sistem liga kira bilangan perlawanan yang


dijangkakan dalam sesuatu pertandingan sekiranya jumlah penyertaan
pasukan yang bertanding adalah:
 9 pasukan

93
 20 pasukan

RUJUKAN

Amir Hamzah Aman. (2014). Olahraga dan balapan. Selangor: Penerbitan


Multimedia Sdn Bhd

Haridas, M. P., & Ten, Helen. (2013). Siri Sukan Popular Hoki. Kuala Lumpur:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Barbara L. Viera, Bonnie Jill Ferguson. (2015). Volleyball (step to success).


Human Kinetic Publishers, Inc.

Eskay Shazryl and Hanks, J. (1994). Sport and stress therap : Athletic
rehabilitation on massage, stretching and strengthening. Okhlahoma:
Eskay Inc.

Erickson, K., Côté, J. and Frasser-Thomas, J. (2007). Sport experiences,


milestones, and educational activities associated with high performance
coaches' development. Washington:The Sport Psychologist. Kinetic Press.

Fraser-Thomas, J., Côté, J. and Deakin, J. (2005). Youth sport programs: An


avenue to foster positive youth development. Boston:Physical Education
and Sport Pedagogy Kent Publishers.

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia, (2015). Buku peraturan-peraturan


pertandingan.

Mangus, Brent C. (2009). Concepts of athletic training. Sudbury, Mass.:Jones


and Bartlett Publishers.

Modul Latihan Sukan 1M1S, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran


Malaysia.

94
Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah - SUKAN
BOLA TAMPAR, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran
Malaysia

Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah - SUKAN
HOKI, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia

Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah -


OLAHRAGA, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia

Ringkasan Maklumat Kursus Kokurikulum - SUKAN (Cocurriculum-Games)


MPU 2011; Berkuat kuasa mulai November 2015 - Kemas kini Mei 2017

Step By Step Sports:Hockey,Editorial Board,2005,Petaling Jaya

Taverner; Claire Mitchell. (cetakan pertama, 2005). Field Hockey: Techniques &
Tactics. (2005). .Human Kinetics 3)

Teng Boon Tong (2001). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas. Petaling Jaya.
Longman Malaysia.

Teng, Boon Tong. (2001). Panduan Pengajaran Olahraga. Kuala Lumpur:


Pearson Education Malaysia Sdn Bhd

95
PANEL PENULISAN MODUL
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH MENENGAH
( KOKURIKULUM – SUKAN )

NAMA KELAYAKAN

Ahmad Yani bin Mat Yusof Kelulusan


Pegawai Akademik Sarjana Pendidikan ( Pendidikan Jasmani
Pusat Pembangunan Akademik Kesihatan)UM
Institut Pendidikan Guru Malaysia Sarjana Muda Pendidikan (P.Jasmani
Cyberjaya Kesihatan)UM
Selangor Diploma Perguruan Khas(P.Jasmani
Kesihatan)MPBR
Sijil Perguruan Asas ( Pengajian Melayu ) MPTI

Dr. HAJI ABDUL LATIF BIN Kelulusan


AHMAD
EdD (Doktor Pendidikan) UNISEL
Pensyarah, M.Ed (Psikologi Pendidikan). UTM
Unit Kokurikulum, Bac Ed. (Pendidikan Jasmani & Kesihatan). UPM
Institut Pendidikan Guru Kampus Sijil Perguruan Khas (Pend Jasmani &
Tun Hussein Onn, Kesihatan). MPTI
Batu Pahat, Johor Sijil Perguruan (Pend. Jasmani & Kesihatan).
MPIK

96
PANEL PEMURNI MODUL
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH MENENGAH
( KOKURIKULUM - SUKAN )

NAMA KELAYAKAN

HAJI ZAINAL BIN MOD AMIN Kelulusan

Penyelaras Sukan dan Permainan M.ed (Kurikulum dan Pengajaran). UTM


Unit Kokurikulum, Bac Ed Pendidikas Jasmani dan
Institut Pendidikan Guru Kampus Kesihatan. UPM
Temenggong Ibrahim Sijl Perguruan Khas Pendidikan Jasmani
Johor Bahru Kesihatan .MPTI
Sijil Perguruan Asas..MPIK

HAJI YAKATH ALI B. S.M HABIB MOHAMED Kelulusan

Ketua Unit / Pensyarah M.Ed (Sains Sukan). UPSI


Unit Kokurikulum, Bac Ed. (Sains Sukan). UPSI
Institut Pendidikan Guru Kampus Sijil Perguruan Khas (Pend Jasmani &
Sultan Abdul Halim, Kesihatan). MPSAH
Sungai Petani, Kedah Sijil Perguruan Asas . MPSAH

ABU ZAKI BIN ROMLI Kelulusan

97
NAMA KELAYAKAN
Pensyarah/Jurulatih M.A. (Kesusasteraan). USM
Unit Kokurikulum, Bac Ed. (PBMP). UPM
Institut Pendidikan Guru Kampus Dip. Bahasa Melayu. UM.
Pulau Pinang, Sijil Perguruan Asas. MPSAH
Gelugor, Pulau Pinang

ZAINAB BEE BINTI HAMID Kelulusan:


(PENYELARAS) Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Matematik) UTM
Institut Pendidikan Guru Malaysia Sarjana Sains (Teknologi Maklumat) UUM

98

Anda mungkin juga menyukai