Anda di halaman 1dari 3

Ponggal merupakan perayaan menuai yang disambut selama

empat hari pada bulan Thai di dalam kalendar kaum india.

Ia sempena berakhirnya musim menuai, dimana hasil tuaian


ditujukan kepada Suriabhagawan atau Dewa Matahari.

Ponggal disambut pada hari pertama bulan Thai. Bulan Thai


merupakan bulan ke-10 di dalam kalendar kaum india.
Bulan ini, disambut dengan hadiah dan pakaian baru untuk
ahli keluarga serta doa kepada dewa untuk kemakmuran di
tahun-tahun akan datang. Bulan Thai juga sangat sesuai
untuk perkahwinan.

Rumah-rumah dihiasi dengan daun mangga dan lantai


dihiasi dengan corak-corak yang dilukis menggunakan
tepung beras atau beras berwarna. Ada juga yang mengikat
batang tebu di luar rumah mereka.

Hari pertama perayaan Ponggal dikenali sebagai 'Bhogi'. Ia


hari untuk Indran iaitu Dewa Awan dan Hujan. Sebelum
matahari terbit, unggun api besar dinyalakan dan dibiarkan
membakar sepanjang malam untuk membakar
barang-barang lama. Rumah kemudian dibersihkan dan
dihiasi dengan corak dan bunga.

Hari kedua pula dipanggil 'Thai Pongal' yang khusus untuk


Dewa Matahari. Ungkapan 'Ponggal' bermakna 'meluap-luap',
ia menggambarkan hasil tuaian yang banyak.

Apabila susu sedang mendidih, ahli keluarga akan berkumpul


di sekitar periuk dan melaungkan ucapan
'Ponggal-O-Ponggal' semasa susu mengalir keluar.

Hari ketiga, yang dikenali sebagai 'Mattu Pongal' adalah


khusus untuk haiwan lembu. Hari ini adalah untuk
pengembala berterima kasih kepada ternakan mereka.

Mereka akan mewarnakan tanduk lembu dan menghiasi


dengan pakaian dan topi logam bersinar. Lembu diberi
makan 'Ponggal' dan loceng diikat di leher mereka.

Hari terakhir pula dikenali sebagai 'Kaanum Pongal', ia


merupakan hari yang istimewa untuk wanita. Pada hari ini,
wanita sulung di rumah akan bangun awal 聽 dan
menyapukan kunyit pada muka semua wanita muda dan
melumurkan minyak kepada rambut mereka.
Selepas mandi, semua wanita-wanita akan menawarkan
bebola nasi berwarna kepada burung-burung. Kaum wanita
akan berdoa untuk keluarga yang sihat dan gadis-gadis yang
belum berkahwin berdoa untuk perkahwinan yang bahagia.

Ahli-ahli keluarga yang lebih muda pula akan memberi


penghormatan kepada orang-orang tua untuk mendapatkan
restu.

Anda mungkin juga menyukai