Anda di halaman 1dari 7

Sejarah ponggal

Perayaan Ponggal diraikan oleh kaum India pada pertengahan bulan Januari bagi
merakamkan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara. Diraikan selama empat
hari berturut-turut, Ponggal termasuk Bhogi merupakan acara terbesar selepas sambutan
Deepavali dan Thaipusam. Jika di India, perayaan ini disambut lebih meriah daripada
Deepavali selama seminggu. Di Malaysia, tidak kurang hebatnya peranan yang dimainkan
dalam seisi keluarga.

Bhogi
Pada hari pertama perayaan ini, Bhogi yang membawa maksud yang cukup signifikan
menandakan permulaan penting dalam kehidupan masyarakat India.
Seluruh rumah dibersihkan dan barang-barang lusuh dibuang dan dibakar bagi
menyingkirkan anasir-anasir buruk. Bhogi juga secara tidak langsung memberi
penghormatan kepada Dewa Indra atau Dewa Langit dan Hujan yang menyuburkan tanah
selepas hampir setahun bercucuk tanam.

Surya Ponggal
Pada hari kedua, Surya Ponggal disambut dengan meriah di rumah masing-masing. Surya
Ponggal memberi penghormatan kepada tenaga matahari dan bermulanya hari pertama
bulan Thai dalam kalendar Tamil. Seawal pukul 5 pagi, penganut-penganut agama Hindu di
Malaysia, India dan di serata dunia membuat persiapan untuk memasak Ponggal dalam
periuk tanah liat. Kaum wanita yang sudah berkahwin dan anak dara akan bangun awal
untuk membentuk ‘kolam’ menggunakan beras berwarna di halaman rumah. Pintu rumah
diikat dengan tebu dan periuk tanah liat dihias dengan daun mangga, daun kunyit dan
pewarna ‘kum kum’ bagi menceriakan lagi suasana.
Amalan ini amat simbolik terutamanya kepada golongan petani. Ia bukan sahaja merupakan
hari pertama padi dituai tetapi beras yang dikumpul digunakan untuk memasak Ponggal
sehingga ia melimpah keluar. Perbuatan membiarkan masakan ini melimpah dikenali
sebagai Ponggal dalam bahasa Tamil. LIMPAHAN Ponggal bermaksud kehidupan yang serba
baik. Ketika susu melimpah, ungkapan ‘Ponggal O Ponggal, Ponggal O Ponggal, Ponggal O
Ponggal’ disebut sebanyak tiga kali oleh penganut agama Hindu yang mengelilingi periuk
tanah liat berhias yang digunakan untuk memasak susu itu.
PONGGAL yang melimpah juga membawa maksud bahawa hidup seseorang akan dilimpahi
kemakmuran, kesejahteraan dan keamanan.
Susu ini kemudiannya dicampur dengan beras, gula merah, buah pelaga, badam, buah
gajus, kismis dan minyak sapi sebelum disembahyangkan serta diedarkan kepada para
penganut.
Mattu Ponggal
Pada hari ketiga sambutan Ponggal iaitu atau Ponggal lembu, lembu-lembu dimandikan,
dibubuh kunyit pada tanduknya dan badan serta dikalungkan dengan bunga. Ponggal yang
dimasak juga disuapkan kepada lembu dan haiwan-haiwan ternakan lain seperti yang
disaksikan di Kuil Sri Srinivasa Perumal.
Lembu dianggap sebagai haiwan yang berjasa dan suci oleh para petani kerana membantu
membajak tanah dan memberi susu yang berkhasiat, jelas Balakrishnan lagi.
Pada hari ini juga, haiwan-haiwan itu dibiarkan berehat.

Kanni Ponggal

Ponggal terakhir pada hari keempat ialah Kanni Ponggal. Kanni bermaksud anak dara dan
seperti namanya, mereka yang sudah mencapai akil baligh digalakkan untuk memasak
Ponggal sama ada di rumah atau beramai-ramai di kuil. Kanni Ponggal juga secara tidak
langsung menarik perhatian ibu bapa untuk mencari jodoh untuk anak-anak lelaki mereka.

Penduduk di bahagian selatan Tamil Nadu menyambut perayaan ini seumpama sambutan
Tahun Baru. Pelbagai acara seperti pertandingan Jallikattu (pertandingan antara manusia
dan lembu) dan Selambam (seni mempertahankan diri) diadakan di Madurai, Tiruchirapalli
dan Tanjavur. Sungguhpun permainan ini tidak menyerlah di Malaysia, namun Ponggal
tetap disambut dengan penuh meriah mengikut adat.

Anda mungkin juga menyukai