Anda di halaman 1dari 21

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

VIVEKANANDA
KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN
(RIMUP)

2016

DISEDIAKAN OLEH :
KANNAN A/L THETCHANAMOORTHY
Guru Penasihat Persatuan Bahasa Tamil

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN VIVEKANANDA,KUALA LUMPUR

SAMBUTAN RIMUP PERINGKAT SEKOLAH


TAHUN 2016
PESTA PONGGAL 2016
1.LATARBELAKANG
Istilah PONGGAL membawa maksud limpahan susu. Proses memasak ponggal
bermula dengan memasak susu dalam belanga sehingga ke takat mendidih dan
seterusnya ianya akan melimpah keluar dari mulut belanga. Pada ketika itu semua orang
di sekeliling akan bersorak PONGGALOH PONGGAL PONGGALOH
PONGGAL dan PONGGALOH PONGGAL. Sebenarnya istilah ini mempunyai
maksud tersirat. Masyarakat mengharapkan limpahan
kemewahan, ilmu dan
kebahagiaan dalam hidup mereka.
Ponggal merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat India. Perayaan ini
disambut dengan meriah di negara India khasnya di India Selatan.Perayaan ini disambut
pada BULAN THAAI mengikut Kalendar Hindu. atau lebih tepat lagi pada pertengahan
bulan Januari ataupun pada 14 atau 15 bulan Januari.
Perayaan ini disambut atas beberapa tujuan. Antaranya adalah untuk mengucapkan rasa
terima kasih dan penghargaan umat manusia terhadap alam yang menjadi dasar
kepada hidupan di dunia ini. Unsur utama alam ialah Matahari, yang mana matahari
merupakan unsur penting bagi proses Fotosintesis dimana proses ini yang membekalkan
bahan-bahan makanan untuk keperluan umat manusia. Sinaran Sang Suria yang cukup
akan dapat menghasilkan tanaman padi berisi penuh dan matang. Kaum India khasnya
kaum petani percaya bahawa matahari perlu dihormati kerana telah memastikan benih
padi yang ditanamnya telah masak dan menjadi kuning keemasan. Jadi mereka menggelar
hari ponggal sebagai SURIA PONGGAL.
Masyarakat India juga turut mempercayai bahawa kehadiran BULAN THAAI akan
membawa kemakmuran dan tuah kepada hidup mereka. Pepatah yang berbunyi THAAI
PIRANTHAAL VAZHI PIRAKUM atau lebih tepat lagi BULAN THAI AKAN
MEMBAWA JALAN KEARAH KEMAKMURAN sering menjadi pembakar semangat
mereka. Sepanjang bulan Disember ,masyarakat petani di India akan terlibat dalam
aktiviti menuai. Aktiviti susulan seperti membanting, mengering dan sebagainya akan
dilakukan . Akhirnya beras dibekalkan. Sebahagian daripada beras dijual dan bakinya
digunakan untuk kegunaan sepanjang tahun itu. Hasil penjualan beras digunakan untuk
membeli barang-barang keperluan mereka bagi sepanjang tahun itu. Majlis-majlis meriah
seperti perkahwinan juga dilakukan melalui hasil penjualan beras tersebut. Kesemua
perkara ini berlangsung pada bulan THAAI. Jadi masyarakat India juga menggelar hari
ponggal sebagai THAAI PONGGAL.
Pesta ponggal juga dikenali sebagai ULAVAR THIRUNAAL yang bermaksud
PERAYAAN PETANI. Para petani diibaratkan sebagai tuhan oleh masyarakat India.

Petanilah menjadi tulang kepada pergerakan Dunia ini.Tanpa petani masyarakat dunia
tidak dapat hidup dengan makmur. Petanilah yang yang menjadi simbol kepada
keharmonian dan kemakmuran dunia. Merekalah yang menjadi ejen yang membekalkan
beras . Beras ini yang membekalkan nasi. Nasi merupakan makanan utama penduduk
negara-negara timur.Tanpa nasi penduduk dunia akan kelaparan. Dalam ertikata yang lain
TANPA PETANI JUGA DUNIA AKAN KELAPARAN. Maka masyarakat India
memilih untuk menyambut perayaan ponggal untuk mengenang jasa dan sumbangan para
petani terhadap kemakmuran dunia ini. Maka perayaan ini juga dikenali sebagai
PERAYAAN PETANI atau ULAVAR THIRUNAAL.
Perayaan Ponggal disambut selama 3 hari. Hari pertama dikenali sebagai SURIA
PONGGAL. Bertujuan untk mengucapkan penghargaan kepada sang suria. Hari kedua
pula dipanggil sebagai MAATTU PONGGAL. Maadu bermaksdu lembu. Pada hari ini
lembu yang menjadi haiwan yang sangat membantu para petani dalam aktiviti pertanian.
Lembu akan dimandikan dan dihias.Ini adalah kerana masyarakat Hindu menganggap
lembu sebagai haiwan yang suci. Bagi kanak-kanak yang tidak beribu ,mereka membesar
dengan susu lembu sahaja. Maka tidaklah keterlaluan sekiranya lembu itu dibaratkan
sebagai haiwan suci. Maka bagi jasa lembu kepada masyarakat India Tradisi MAATTU
PONGGAL dirayakan.Hari ketiga ponggal dikenali sebagai KANNI PONGGAL.Ianya
dilakukan oleh gadis-gadis yang belum berkahwin. Pada hari ini mereka akan
bersembahyang dan berdoa kepada tuhan agar dikurniakan dengan SUAMI yang baik
dan bertanggung jawab. Mereka percaya bahawa segala hajat akan terlaksana pada tahun
berikutnya.
2.RASIONAL
Malaysia merupakan sebuah negara majmuk dan kaya dengan seni dan budaya pelbagai
bangsa di negara ini. Setiap bangsa boleh mempraktikkan adat dan budaya masingmasing. Kebebasan ini dipraktikkan di semua peringkat termasuk di sekolah. Sekolah
Menengah Kebangsaan Vivekananda merupakan sebuah sekolah yang menepati ciri-ciri
SATU MALAYSIA. Sekolah ini menjadi tapak yang sesuai bagi mengamalkan aktiviti
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan atau lebih dikenali sebagai RIMUP. Maka
pada tahun ini juga aktiviti ini diteruskan bagi melahirkan warga Vivekananda yang lebih
mementingkan perpaduan kaum.
3.OBJEKTIF
1.Merapatkan hubungan silaturahim antara warga SMK Vivekananda
2.Memperkenalkan pelbagai budaya kaum di Malaysia kepada golongan pelajar.
3.Mempelajari budaya dan seni pelbagai kaum di negara ini.
4.Mewujudkan perasaan SATU MALAYSIA dalam diri pelajar.

4.JAWATANKUASA SAMBUTAN RIMUP PERINGKAT SEKOLAH


PENGERUSI

: Pn. Krishna Kumarie A/P Naidu

TIMBALAN PENGERUSI 1

: Pn.Rohana bt Abd Majid

TIMBALAN PENGERUSI 2

: En. Talib Bin Md Seh

NAIB PENGERUSI

: Pn.Noor Melati Bt Ismail


: Pn.Norizan Bt Abdul Karim

SETIAUSAHA

: En.Kannan
AHLI JAWATANKUASA

1) Jemputan dan sambutan


Penyelaras : Pn. Sumangala
1.1 JKK Jemputan
1.1.1 Jemputan kepada Tetamu Khas (Puan Sri Ambikaibagan), YDP PIBG dan
Guru Besar SJK T Vivekananda, Brickfields.
Pn. Suriati (Ketua)
Pn.Amirusuzilawati
1.2

JKK Sambutan
1.2.1 a) Menyambut tetamu dan membawa tetamu ke tempat duduk yang
ditetapkan.
b) Memberi buku aturcara.
c) Menjemput tetamu ke tempat jamuan.
Semua Pentadbir

1.3

JKK Cenderahati
1.3.1 Menyediakan cenderahati kepada Tetamu Khas.
Pn.Beh Poh Choo

1.4

JKK Juruacara
a) Memberi kata-kata aluan.
b) Menyediakan teks ucapan untuk Tetamu Khas(sebelum 14.01.2016)
c)Mengendalikan perjalanan majlis.
Pn. Rosminah (Ketua)
Pn. Vasantha

2.0

Buku Aturcara
Penyelaras: Pn.Haniah

2.1 JKK Buku Aturcara


a) Menyusun aturcara majlis selepas berbincang dengan Pengetua.
b) Menyediakan dan mencetak buku aturcara secukupnya.
c) Menyerahkan buku aturcara kepada Penyelaras Jemputan dan sambutan.
Cik. Daisy Angelina (Ketua)
Pn. Nor Azwani
Pn. Anita
3.0

Siaraya dan Teknik


Penyelaras: En. Chandra Sekaran
3.1 JKK Siaraya
a) Memastikan alat P.A berfungsi dengan baik.
b) Memastikan semua alat disimpan di tempat asal selepas majlis tamat.
En. T.Loganathan (Ketua)
En. Morthy
3.2 JKK Fotografi
a) Mengambil gambar-gambar.
b) Menyerahkan gambar-gambar tersebut kepada JKK dokumentasi
En, Muhammad Hafisal

4.0

Kebersihan, Disiplin dan Keslamatan


Penyelaras: Pn. Syamala
4.1 JKK Kebersihan
Memastikan kebersihan kawasan sekolah sebelum dan selepas majlis.
En. Baskaran (Ketua)
Pn.Chuah Cheng Lian
Cik Nor Ariza
En. Mohd Shamril Hafizie

4.2 JKK Disiplin dan Keselamatan

Memastikan disiplin terkawal sepanjang majlis berlangsung.


Pn Ong Bee Hwee(Ketua)
Pn. Norselfi Shafrina

5.0

Dokumentasi
Penyelaras: Pn. Sharmala Devi
a) Mendapatkan gambar-gambar berkaitan Pesta Ponggal daripada JKK
Fotografi.
b) Mengumpil semua bahan berkaitan dan dijadikan buku dokumentasi.
c) Menyerahkan buku dokumentasi kepada Pengetua sebelum atau pada
29.01.2016.
Cik.Nur Idayu (Ketua)
Cik. Sumarni

6.0

Hadiah
Penyelaras: Pn. Sharmala Devi
a) Menyediakan hadiah untuk para pemenang.
b) Menyerahkan senarai pemenang kepada JK Dokumentasi.
Cik. Wafrah
Pn. Wan Nur Rahayu
Cik. Wong Lai Sin

7.0

Pertandingan
i)PERT.MEMASAK PONGGAL

Setiap badan beruniform perlu menghantar 1 kumpulan terdiri daripada 3 murid sesi
pagi & 3 murid sesi petang yang terdiri daripada pelbagai kaum.

ii) PERTANDINGAN KOHLAM

: Pn. Parameswari (Penyelaras)


: Pn.Niraimathy
: Pn.Tehnabakiam
: 1 orang guru setiap badan beruniform

: Pn Shiamala (Penyelaras)
: Pn Roslina
: En. Zulkifli

Setiap badan beruniform perlu menghantar 2 kumpulan terdiri daripada 3 murid sesi
pagi & 3 murid sesi petang yang terdiri daripada pelbagai kaum.

iii) PERTANDINGAN
PECAHKAN BELANGA:
-

: En.Kannan (Penyelaras)
: En. Khairol Hisham
: En. Mohd Fadhil
Pertandingan akan diadakan secara individu. Setiap badan beruniform perlu
menghantar 2 orang murid.

iv) MENGANYAM KETUPAT

Pertandingan akan diadakan secara individu. Setiap badan beruniform perlu


menghantar 2 orang murid.

v) KALIGRAFI

: Pn. Lee Hui Hui (Penyelaras)


: Pn. Tham Men Yie
: Cik. Nurul Aina

Pertandingan akan diadakan secara individu.

vi) KABBADI

: Pn. Nor Azliya (Penyelaras)


: Pn. Saliza
: En. Mohd Azlan

: En. Punethn (Penyelaras)


: En. Ramesh
: En. Mohd Lutfi
: En. Thangarajah

Setiap badan beruniform perlu menghantar 1 kumpulan terdiri daripada 3 murid sesi
pagi & 3 murid sesi petang yang terdiri daripada pelbagai kaum. Pertandingan ini
adalah khas untuk murid lelaki sahaja.

MEMASAK BUBUR (khas untuk guru-guru sahaja)

1
2
3
4
5

Pn.Noriah (Ketua)

1
2
3
4
5

Pn. Rohimah (Ketua)

MEMBUAT ROJAK BUAH


1
2
3
4
5

Pn. Raziah (Ketua)

MENYEDIAKAN AIR SIRAP UNTUK MURID DAN GURU


1
2
3
4
5

8.ATURCARA

Pn. Norasmaria (Ketua)

PESTA PONGGAL 2016


TARIKH

: 16 Januari 2016

TEMPAT

: Tapak Perhimpunan

MASA

: 8.00 pagi 1.00 tengahari

ATURCARA

: 1.Pertandingan Memasak Ponggal


: 2.Pertandingan Kohlam: 3.Pertandingan Memecahkan Belanga
: 4. Pertandingan Menganyam Ketupat
: 5. Pertandingan Kaligrafi
: 6. Pertandingan Memasak Bubur

9.ANGGARAN PERBELANJAAN
9.1 MEMASAK PONGGAL
1.Periuk

( 6 x RM10.00)

RM 60.00

2.Beras

( 5kg)

RM

20.00

3.Tebu

RM

90.00

4.Minyak Sapi

RM

85.00

5.Gula Merah

RM

20.00

6.Garam

RM

1.00

7.Susu

RM

90.00

8.Pelbagai

RM

30.00

_________________________________________________________
Jumlah

RM 396.00

_________________________________________________________
9.2 MELUKIS KOHLAM
Bahan

RM 100.00

9.3 MEMECAHKAN BELANGA


Bahan

RM 120.00

RM 100.00

RM 100.00

Bahan (2 x 40.00)

RM 80.00

9.7 MEMBUAT ROJAK

RM 40.00

7.HADIAH

RM 478.00

9.4 MENGANYAM KETUPAT


Bahan
9.5 KALIGRAFI
Bahan
9.6 MEMASAK BUBUR

Pertandingan
Memasak Ponggal ( 6 orang )
Melukis Kohlam ( 3 orang )
Memecahkan Belanga (5 orang )
Menganyam Ketupat
Kaligrafi
Kabbadi (6 orang )
Jumlah

Pertama
RM 60.00
RM
30.00

Kedua
RM 48.00
RM 24.00

Ketiga
RM 36.00
RM 18.00

RM 10.00
RM 10.00
RM 60.00

RM 8.00
RM 8.00
RM 48.00

RM 6.00
RM 6.00
RM 36.00

RM 144.00
RM 92.00
RM
50.00
RM
24.00
RM
24.00
RM 144.00
RM
RM253.00
478.00

( Nilai Hadiah - Pertama = RM 10.00, Kedua = RM 8.00 Ketiga = RM 6.00)

JUMLAH BESAR

RM 1 414.00

7.KESIMPULAN
Diharap pihak tuan akan mempertimbangkan permohonan ini dan meluluskannya demi
merealisasikan Impian 1 MALAYSIA melalui RIMUP.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

..

En. Kannan a/l Thetchanamoorthy


Setiausaha AJK RIMUP

Pn.Noor Melati
Penolong Kanan Ko-Kurikulum

...
Disahkan oleh,
Pn Krishna Kumarie a/p Naidu
Pengetua
SMK Vivekananda,
Kuala Lumpur.

LAPORAN PESTA PONGGAL 2015


TARIKH

: 24 Januari 2015

TEMPAT

: Tapak Perhimpunan
Bilik Mesyuarat
Kelas 4A2

Pertandingan Memasak Ponggal


Para pelajar telah dibahagikan kepada 12 kumpulan.Setiap kumpulan mestilah
terdiri daripada gabungan pelajar India , Cina dan Melayu.Mereka telah
mengambil bahagian dengan penuh semangat 1 Malaysia,

Persediaan tempat memasak Ponggal

1. Pertandingan memasak Ponggal

Pengetua menggoreng buah gajus untuk menambah keenakan dalam nasi Ponggal

2. Pertandingan Melukis Kohlam


Para pelajar telah dibahagikan kepada 6 kumpulan.Setiap kumpulan mestilah
terdiri daripada gabungan pelajar pelbagai bangsa. Mereka telah mengambil
bahagian dengan penuh semangat kekitaan.Mereka dikehendak mencorakkan
kohlam bertemakan SATU MALAYSIA

Pelajar sedang mencorakkan kohlam

3. Pertandingan Memecahkan Belanga


Ramai pelajar telah mengambil bahagian dalam acara ini.

Setiap badan

beruniform menghantar satu wakil. Mereka telah mengambil bahagian dengan


penuh semangat kekitaan. Mereka dikehendaki memecahkan belanga yang
tergantung dengan matanya ditutup dengan ikatan kain hitam.

Belanga sedang diikat dan akan digantung

Aksi Pelajar sedang pecah belanga

4. PERTANDINGAN KALIGRAFI
Pertandingan Kaligrafi diadakan secara individu. Pelajar-pelajar pelbagai bangsa telah
mengambil bahagian.

5. Pertandingan menganyam ketupat


Pertandingan ini diadakan secara kumpulan. Setiap badan beruniform menghantar satu
kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum.

6. PERTANDINGAN MEMASAK BUBUR


Pertandingan memasak bubur didakan antara guru-guru SMK Vivekananda. Pertandingan
ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan antara guru.

Kesimpulan
Acara yang bermula pada pukul 8.00 pagi telah tamat dengan jayanya pada pukul
11.00 pagi.

Dilaporkan oleh,
.
(KANNAN A/L THETCHANAMOORTHY)
GURU PENYELARAS PROGRAM.

Anda mungkin juga menyukai