Anda di halaman 1dari 1

Karangan 10: Berkelah di Pantai

Pada hari Ahad yang lalu,bapa membawa kami sekeluarga berkelah di Port
Dickson.Kami menaiki kereta bapa ke sana.Kami berbual-bual sepanjang perjalanan.

Setibanya di destinasi,bapa mengeluarkan bekalan dari but kereta.Kami menolong


mengangkat barangan lalu meletakkan bekalan kami di bawah sepohon pokok yang
rendang.Cuaca pada hari itu cerah dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Kelihatan banyak
pengunjung berada di pantai.Suasana di sana riuh-rendah dan meriah.

Tanpa membuang masa lagi,saya dan adik segera menukar pakaian renang.Kami
membawa pelampung besar yang baru dibeli.Saya dan kakak berenang dengan
gembira.Abang pula belajar menyelam.Bapa membaca surat khabar manakala ibu
mendengar muzik di pantai.Oleh sebab adik tidak pandai berenang,dia melonggok pasir
dan membina istana pasir di pantai.

Setelah penat berenang,kami menjamu selera di pantai.Ibu menyediakan pelbagai


hidangan di atas tikar mengkuang.Kami menikmati mi goreng,sate,kuih-muih, tembikai
dan jus oren.Kami makan dengan gelojohnya kerana terlalu lapar.Tambahan
pula,masakan ibu sungguh enak dan berkhasiat.

Kemudian,kami bermain bola tampar di pantai.Pemandangan di pantai indah


nian.Kami sekeluarga mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.Ibu dan bapa juga
bersiar-siar di pantai sambil berbual-bual dengan mesranya.

Kami mengemaskan barangan dan membersihkan tempat perkelahan sebelum


pulang.Kami membuang sampah-sarap ke dalam tong sampah demi menjaga kebersihan
pantai.Selepas itu,kami pulang dengan gembiranya.Berkelah di pantai merupakan aktiviti
yang menyeronokkan.

Anda mungkin juga menyukai