Anda di halaman 1dari 3

Takrifan dan pengelasan mineral[sunting | sunting sumber]

Untuk mengklasifikasikan sesuatu itu sebagai mineral yang sebenar, sesuatu bahan itu mesti
berada dalam bentuk pepejal dan mempunyai struktur kekristalan.Ia juga mesti juga bukan dari
bahan organik,terjadi secara semulajadi,dan mempunyai komposisi kimia yang tersendiri.Komposisi
kimia mungkin berbeza-beza dengan mineral-mineral lain.Seperti contohplagioclase dan feldspar, ia
membentuk satu siri berterusan daripada kaya-natrium albite (NaAlSi3O8) hingga kaya-
kalsiumanorthite (CaAl2Si2O8) dengan empat komposisi pertengahan yang dikenali di tengah-
tengah. Bahan-bahan semacam mineral yang tidak mengikut definisi mineral kadangkala
diklasifikasikan sebagai mineraloid. Bahan-bahan semulajadi yang wujud adalah bukan
mineral. Mineral industri adalah satu bentuk komersial dan merujuk peada bahan-bahan komersil
yang bernilai (lihat juga bahagian mineral dan batuan di bawah).

Struktur hablur ialah susunan ruang geometri atom yang teratur di dalam struktur dalaman mineral.
Terdapat 14 susunankekisi hablur atom yang asas dalam tiga dimensi yang tergolong dalam enam
buah sistem hablur. Semua struktur hablur yang kini diketahui tergolong dalam salah satu daripada
14 susunan tersebut. Struktur hablur ini berdasarkan susunan atom atau ion dalaman yang tetap
dan biasanya dapat dilihat dalam bentuk mineral. Walaupun jika butiran mineral adalah terlalu kecil
untuk dilihat atau terlalu tak sekata, struktur hablur masih dapat ditentukan melalui analisis Sinar-
X dan/ataumikroskopi optik.

Kimia dan struktur hablur bersama-sama mentakrifkan sesuatu mineral. Sebenarnya, dua atau lebih
mineral boleh mempunyai kandungan kimia yang sama, tetapi berbeza dari segi struktur hablurnya
(ini dikenali sebagai polimorf ). Umpamanya, kedua-dua pirit dan markasit merupakan ferum sulfida.
Serupa juga, sesetengah mineral mempunyai kandungan kimia yang berbeza, tetapi mempunyai
struktur hablur yang sama: umpamanya, halit (diperbuat
daripadanatrium dan klorin), galena (diperbuat daripada plumbum dan sulfur),
dan periklas (diperbuat daripada magnesium danoksigen) semuanya berkongsi struktur hablur kiub
yang sama.

Struktur hablur amat mempengaruhi sifat-sifat fizik sesuatu mineral. Umpamanya,


walaupun intan dan grafit mempunyai kandungan yang sama (kedua-dua ini ialah karbon tulen),
grafit adalah amat lembut, manakala intan ialah mineral yang paling keras antara semua mineral
yang diketahui.

Terdapat melebihi 4,000 mineral yang diketahui pada masa ini, menurut Persatuan Mineralogi
Antarabangsa yang bertanggungjawab terhadap kelulusan dan penamaan spesies-spesies mineral
baru yang terdapat di alam semula jadi.

Mineral dan batuan[sunting | sunting sumber]


Mineral ialah pepejal inorganik yang wujud secara semula jadi, dan mempunyai kandungan kimia
serta struktur hablur yang tetap. Batuan ialah agregat satu atau lebih mineral. (Batuan boleh
merangkumi sisa-sisa organik.) Mineral-mineral yang terkandung di dalam sesuatu batuan amat
berbeza. Sesetengah mineral, seperti kuarza, mika, atau feldspar adalah mineral yang umum,
manakala yang lain hanya boleh didapati di satu atau dua lokasi di seluruh dunia. Melebihi setengah
daripada spesies-spesies mineral yang diketahui amat jarang didapati dan hanya terdapat di dalam
sebilangan kecil sampel. Sebaliknya, banyak mineral yang diketahui hanya terdapat di dalam satu
atau dua butiran yang kecil.

Mineral dan batuan yang bernilai dari segi komersil dirujuk sebagai mineral industri.

Sifat fizik mineral[sunting | sunting sumber]


Pengelasan mineral berbeza-beza antara yang mudah sehingga yang amat sukar. Sesuatu mineral
boleh ditentukan melalui beberapa sifat fizik, dengan sesetengah mineral dapat dikenal pasti secara
penuh tanpa kekaburan. Dalam kes-kes yang lain, mineral hanya boleh dikelaskan melalui
analisis belauan sinar-X; bagaimanapun, kaedah-kaedah ini amat mahal, menelan banyak masa,
dan kekadangnya juga boleh merosakkan sampel.

Sifat-sifat fizik yang biasa digunakan adalah seperti yang berikut:

 Struktur dan tabii hablur : Sila lihat perbincangan struktur hablur di atas. Sesuatu mineral
boleh menunjukkan tabii atau bentuk hablur yang baik, atau ia boleh berbentuk besar, berbutir,
atau padat, dengan hablur-hablur yang hanya boleh dilihat melalui mikroskop.

 Kekerasan : Kekerasan fizik sesuatu mineral biasanya diukur mengikut skala kekerasan mineral
Mohs.

 Kilau menunjukkan cara bagaimana permukaan sesuatu mineral bertindak balas dengan
cahaya dan boleh berbeza-berbeza antara suram hingga kekaca:
 Bak logam: kebolehpantulan tinggi seperti logam, misalnya galena
 Sublogam: kebolehpantulannya kurang daripada kebolehpantulan logam, misalnya magnetit
 Kekaca: kilau kaca pecah, misalnya kuarza
 Bak mutiara: cahaya yang amat lembut yang ditunjukkan oleh sebilangan silikat lapisan,
misalnya [talkum]]
 Bak sutera: cahaya lembut yang ditunjukkan oleh bahan-bahan berserat, misalnya gipsum
 Suram/bak tanah: ditunjukkan oleh mineral-mineral hablur yang halus,
misalnya hematit jenis karang ginjal.

 Warna menunjukkan wajah mineral-mineral lut cahaya dalam cahaya terpantul atau cahaya
terhantar (iaitu wajahnya pada mata kasar).
 Corek merujuk kepada warna serbuk yang ditinggalkan oleh sesuatu mineral selepas ia
digosok pada keping corekporselin yang tak gerlis.

 Belahan menghuraikan bagaimana sesuatu mineral boleh pecah dengan cara-cara yang
berlainan. Untuk keratan yang nipis, belahan boleh dilihat sebagai garisan-garisan selari yang
halus melintasi sesuatu mineral.

 Fraktur menghuraikan bagaimana sesuatu mineral boleh pecah bertentangan dengan satah-
satah belahan semula jadinya, misalnya fraktur konkoid ialah fraktur licin, dengan rabung-
rabung sepusat yang serupa jenisnya dengan kaca.

 Graviti tentu mengaitkan jisim mineral dengan jisim air yang sama isi padunya,
iaitu ketumpatannya. Walaupun kebanyakan mineral, termasuk semua mineral yang membentuk
batuan, mempunyai graviti tentu antara 2.5 - 3.5, sebilangan kecilnya jelas lebih atau kurang
padat, umpamanya banyak mineral sulfida mempunyai graviti tentu yang tinggi, berbanding
dengan mineral-mineral yang biasa membentuk batuan.

 Sifat-sifat lain: Pendarfluor (respons terhadap cahaya


ultraungu), magnetisme, keradioaktifan, kekukuhan (respons terhadap perubahan-perubahan
bentuk yang diaruh secara mekanik), dan kereaktifan terhadap asid-asid cair.

Anda mungkin juga menyukai