Anda di halaman 1dari 3

DOA SUJUD TILAWAH (SUJUD SAJADAH)

Maksudnya:

“Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan


membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan
penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”.

KENAPA PERLU SUJUD TILAWAH ATAU SUJUD SAJADAH?

Tilawah ertinya bacaan. Maka Sujud Tilawah bererti sujud bacaan, iaitu sujud kerana
membaca atau mendengar ‘ayat-ayat Sajadah’ dari pembacaan al-Quran yang
kebiasaannya boleh dikenali pada ayat-ayat tersebut dengan ditandai garis atau simbol
kubah dan tertulis perkataan sajadah.

Disunatkan bersujud dengan niat Tilawah bagi pembaca atau pendengar ‘ayat Sajadah’.
Selain ‘Sujud Tilawah’ sujud ini juga dikenali sebagai ‘Sujud Sajadah’.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila anak Adam membaca ayat Sajadah, lalu ia sujud; maka syaitan jatuh sambil
menangis. Katanya, “Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu
mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak, maka untukku neraka.”
(HR Bukhari dan Muslim.)

Hukum Sujud Sajadah adalah sunat mu’akad, atau sunat yang amat digalakkan.

Dari Umar r.a; Pada suatu hari Jumaat, Rasulullah SAW membaca surah al-Nahl di atas
mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, Baginda lalu turun dan sujud. Dan para
hadirin juga turut melakukan sujud. Pada Jumaat berikutnya, dibacanya surah
berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah Baginda SAW bersabda:

“Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi
sesiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan sesiapa yang tidak
melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa.”

1
(HR Bukhari)

Di Mana Tempat Ayat Sajadah?


Ayat sajadah di dalam al-Qur’an terdapat pada 15 tempat. Sepuluh tempat disepakati.
Empat tempat masih dipersilisihkan, namun terdapat hadith shahih yang menjelaskan
hal ini. Satu tempat adalah berdasarkan hadith, namun tidak sampai pada Nabi S.A.W
akan tetapi sebahagian melakukan sujud tatkala bertemu dengan ayat tersebut. (Lihat
pembahasan ini di Shahih Fiqih Sunnah, 1/454-458)

Sepuluh ayat yang disepakati sebagai ayat sajadah:


1. Surah Al A’raf ayat 206
2. Surah Ar Ro’du ayat 15
3. Surah An Nahl ayat 49-50
4. Surah Al Isra’ ayat 107-109
5. Surah Maryam ayat 58
6. Surah Al Hajj ayat 18
7. Surah Al Furqan ayat 60
8. Surah An Naml ayat 25-26
9. Surah As Sajdah ayat 15
10. Surah Fushilat ayat 38 (menurut majoriti ulama), Surah Fushilat ayat 37 (menurut
Malikiyah)

Empat ayat yang termasuk ayat sajadah namun diperselisihkan, akan tetapi ada
dalil sahih yang menjelaskannya:
1. Surah Shaad ayat 24
2. Surah An Najm ayat 62 (ayat terakhir)
3. Surah Al Insyiqaq ayat 20-21
4. Surah Al ‘Alaq ayat 19 (ayat terakhir)

Satu ayat yang masih diperselisihkan dan tidak ada hadith marfu’ (hadith yang
sampai pada Nabi) yang menjelaskannya, iaitu surat Al Hajj ayat 77. Banyak sahabat
yang menganggap ayat ini sebagai ayat sajadah seperti Ibnu ‘Umar, Ibnu ‘Abbas, Ibnu
Mas’ud, Abu Musa, Abud Darda, dan ‘Ammar bin Yasar.

Tatacara Sujud Tilawah atau Sujud Sajadah

1. Memenuhi rukun sujud tilawah (di luar solat):


a. Niat b. Takbiratul ihram c. Sujud (sekali) d. Memberi salam sesudah duduk

2. Memenuhi syarat sujud Tilawah


a. Suci dari hadas dan najis b. Menghadap kiblat c. Menutup aurat

2
3. Membaca doa sujud Tilawah atau sujud Sajadah

Anda mungkin juga menyukai