Anda di halaman 1dari 1

Soalan: Balas dan pucukkan surat kepada sahabat anda yang ingin berkunjung ke negara

anda untuk melawat tempat pelancongan yang menarik.

No. 39, Jalan Damai,


Taman Bukit Anggerik,
Ipoh, 30290
Perak Darul Ridzuan.

6 Ogos 2016

Menemui sahabat penaku Arthur, yang kini berada bersama keluarga di Melbourne, Australia, semoga
saudara dan keluarga berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Saudara Arthur,

Apa khabar saudara dan keluarga di sana? Saya ingin memohon maaf kerana agak terlambat
untuk membalas surat saudara tempoh hari. Saya kini sibuk dengan persediaan untuk menghadapi
peperiksaan besar tidak lama lagi. Tampaknya saudara sangat berminat untuk mengetahui tempat
dan kawasan perlancongan di Malaysia. Pada surat yang saya pernah utuskan sebelum ini, saya ada
bercerita tentang Bukit Fraser, kali ini saya ingin ceritakan mengenai Pulau Langkawi pula.

Pulau Langkawi merupakan pusat perlancongan yang terletak di negeri Kedah, iaitu di utara
semenanjung Malaysia. Terdapat banyak keistimewaan dan tempat menarik yang boleh dilawati oleh
saudara. Antaranya termasuklah pemandangannya yang sangat memukau hati. Hal ini kerana Pulau
Langkawi dikelilingi oleh pantai yang bersih, air laut yang tenang damai dan suasananya yang jauh
dari hiruk-pikuk bandar. Saudara dapat menikmati keindahan suasana dan pantainya ini dengan
mengunjungi sendiri ke Pulau Langkawi.

Pulau Langkawi juga terkenal dengan gelaran Pulau Legenda. Kisah berkenaan dengan
Legenda Mahsuri ini telah diceritakan sejak turun-temurun lagi melalui penceritaan orang zaman
dahulu dan juga nenek moyang kami sendiri. Sejarah ringkasnya Mahsuri adalah seorang perempuan
cantik yang telah dijatuhkan hukuman bunuh akibat fitnah. Darah putih telah mengalir daripada tubuh
Mahsuri ketika hukuman bunuh dijalankan. Beliau juga sempat mengenakan sumpahan terhadap
Langkawi selama tujuh keturunannya akan jadi seperti padang jarang padang terkukur.

Selain itu, Makam Mahsuri dan padang Mat Sirat adalah antara tempat menarik dan
bersejarah yang mempunyai kaitan dengan Legenda Mahsuri. Sekiranya saudara berkesempatan
untuk mengunjungi tempat-tempat ini tentu saudara akan memperoleh lebih banyak informasi
mengenai lagenda ini. Di Langkawi juga terdapat Tasik Dayang Bunting di Pulau Dayang Bunting,
Beras Hangus dan Telaga Tujuh yang mempunyai kaitan dengan pelbagai legenda dan mitos.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang ada di Pulau Langkawi ini. Jikalau ada peluang
dan kesempatan, akan saya ceritakan lebih lanjut tentang pulau ini. Gambar-gambar yang berkaitan
dengan Pulau Legenda ini akan saya cuba hantar kepada saudara.

Setakat ini sahaja yang sempat saya tuliskan buat saudara nun jauh di sana. Akhir kata,
sambutlah salam mesra daripada saya dan sekeluarga.

Yang benar,

Harith Faidz

Anda mungkin juga menyukai