Anda di halaman 1dari 14

LAPORAN

PERTANDINGAN SCRABBLE TERTUTUP PUO 2017

di bawah kendalian Pelajar Kursus Secara Sambilan (KSS)


Jabatan Kejuruteraan Awam

Tema :
MAHIR KOSAKATA BAHASA INGGERIS

Anjuran :
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
POLITEKNIK UNGKU OMAR

Tarikh :
20 MEI 2017 ( SABTU )

Tempat :
DEWAN JUBLI
POLITEKNIK UNGKU OMAR
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan 3
2.0 Matlamat 3
3.0 Objektif 4
4.0 Kumpulan Sasaran 4
5.0 Pelaksanaan 5
6.0 Aturcara Program 6
7.0 Jawatankuasa Pelaksana 7
8.0 Kos Perbelanjaan 8
9.0 Ringkasan dan Ulasan Program 9
10.0 Gambar Foto Program 11
11.0 Penutup 13
Apendiks 14
Lampiran 1 : Penyata Kewangan berserta dengan 15
Resit – resit pembelian

Laporan Akhir Program : Pertandingan Scrabble Tertutup PUO 2017 2


1.0 PENGENALAN
Pertandingan Scrabble Tertutup PUO 2017 adalah merupakan satu aktiviti yang
dikendalikan oleh Pelajar Kursus Secara Sambilan (KSS) Semester 1 dan 2 dari Jabatan
Kejuruteraan Awam. Pertandingan Scrabble di peringkat PUO ini adalah satu cetusan
idea untuk memahirkan pelajar – pelajar dalam penguasaan kosakata Bahasa Inggeris
yang telah semakin dilupakan dengan perkembangan teknologi gadget di masa kini.

Oleh itu, permainan Scrabble ini telah dipilih untuk mengasah keterampilan pelajar –
pelajar di dalam menguji kecerdasan minda berfikir, kemahiran penguasaan kosakata,
kecekapan membuat kira-kira (matematik), kemampuan menyelesaikan masalah,
merancang strategi dan sebagainya. Di samping itu, permainan Scrabble ini juga dapat
memupuk semangat persaingan secara sihat di kalangan pelajar – pelajar dan
membolehkan pelajar – pelajar untuk menguasai kemahiran kosakata Bahasa Inggeris
secara didik hibur dengan misi untuk menghubungkan silaturrahim di kalangan pelajar
– pelajar dan pensyarah – pensyarah.

2.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk menerapkan semangat persaingan yang sihat di
kalangan pelajar – pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO) di dalam mencapai kemajuan
diri disamping memupuk minat pelajar untuk menguasai dan meningkatkan kosakata
Bahasa Inggeris secara didik hibur.

Selain daripada memahami konsep kecergasan dan kecerdasan dalam sukan, permainan
Scrabble ini juga bertujuan untuk menilai kompetensi kemahiran khusus di dalam diri
setiap pelajar dalam memahami dan menjelaskan kemahiran asas permainan Scrabble
seperti berikut :

Menjelaskan istilah permainan Scrabble


Menerangkan format permainan dan pertandingan
Menerangkan cara mencatit dan mengira kiraan mata
Mempratikkan teknik – teknik asas permainan
Menerangkan taktik dan strategi permainan

Pertandingan Scrabble ini juga bertujuan untuk menilai kompetensi kemahiran khusus
di kalangan pelajar – pelajar dalam memahami dan menjelaskan asas – asas
kepegawaian dan kepengadilan seperti mengenalpasti ciri – ciri, peranan, prinsip dan
etika seorang pengurus, jurulatih dan pengadil.

Selain itu, pertandingan ini juga diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan kredibiliti
dan keyakinan diri di kalangan pelajar – pelajar dalam menganjurkan dan menguruskan
aktiviti dari aspek perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan penulisan laporan
aktiviti yang dianjurkan.

Laporan Akhir Program : Pertandingan Scrabble Tertutup PUO 2017 3


3.0 OBJEKTIF
Objektif pertandingan yang telah digariskan adalah seperti berikut:

a) Memupuk minat di kalangan pelajar – pelajar untuk meningkatkan penguasaan


dan kemahiran kosakata Bahasa Inggeris

b) Memberikan pendedahan dan menilai kompetensi kemahiran khusus bagi


memahami dan menjelaskan kemahiran asas permainan Scrabble

c) Memupuk kredibiliti dan keyakinan diri di kalangan pelajar - pelajar dalam


pengurusan dan penganjuran aktiviti - aktiviti

4.0 KUMPULAN SASARAN


a) Bilangan Pensyarah Kursus Secara Sambilan ( 10 orang )

Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) – 2 orang


Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) – 2 orang
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) – 2 orang
Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) – 2 orang
Jabatan Perdagangan (JP) – 2 orang

b) Bilangan Pelajar Kursus Secara Sambilan termasuk peserta ( 50 orang )

Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) – 10 orang


Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) – 10 orang
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) – 10 orang
Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) – 10 orang
Jabatan Perdagangan (JP) – 10 orang

Laporan Akhir Program : Pertandingan Scrabble Tertutup PUO 2017 4


5.0 PELAKSANAAN
Tarikh : 20 Mei 2017 ( Sabtu )

Masa : 8.00 pagi – 5.30 petang

Tempat : Dewan Jubli


Politeknik Ungku Omar

Bilangan Peserta : 32 orang ( 8 pasukan )


1 pasukan = 4 orang

Bilangan Tetamu : 2 orang


Kehormat

Perasmi : a) Upacara Majlis Perasmian

Pengarah Politeknik Ungku Omar


Mejar (K) Dato’ Hj. Md. Nor bin Yusof

b) Majlis Penyampaian Hadiah

Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam


En. Che Nor Azman bin Che Wan

Laporan Akhir Program : Pertandingan Scrabble Tertutup PUO 2017 5


6.0 ATURCARA PROGRAM
Masa Aturcara Majlis

7.00 - 8.00 pagi Pendaftaran Peserta


Ketibaan Pelajar, Pensyarah dan Tetamu Kehormat
Sarapan Pagi

8.20 pagi Ketibaan Pengarah Politeknik Ungku Omar (PUO)

8.25 pagi Bacaan Doa Pembuka Majlis


- En. Muhammad Najib bin Isma Yatim

8.30 pagi UPACARA MAJLIS PERASMIAN

Ucapan Aluan oleh Penasihat Program


- Pn. Chow Ching Choon

Ucapan oleh Pengarah PUO dan Perasmian Majlis


- Mejar (K) Dato’ Hj. Md. Nor bin Yusof

Penyampaian Cenderahati kepada Pengarah PUO

9.00 pagi Upacara Majlis Perasmian Tamat


Keberangkatan Balik Pengarah PUO dan Tetamu Kehormat

9.15 pagi Pertandingan Scrabble bermula

1.00 – 2.15 petang Jamuan Makan Tengahari


Solat

2.30 petang Pertandingan Scrabble (Pusingan Akhir)

4.15 petang Ketibaan Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam

4.30 petang MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

Ucapan oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam


- En. Che Nor Azman bin Che Wan

Penyampaian Hadiah kepada Pemenang


Cabutan Bertuah
Penyampaian Cenderahati kepada Ketua Jabatan
Jamuan Ringan

5.30 petang Majlis Bersurai

Laporan Akhir Program : Pertandingan Scrabble Tertutup PUO 2017 6


7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat : Pn. Chow Ching Choon

Pengerusi : En. Fadzil bin Ismail

Setiausaha : Pn. Nurulasma binti Shaffi

Bendahari : En. Ahmad Shariffuddin bin Ahmad Ramli

Ahli Jawatankuasa (AJK)

Penyelaras Dokumentasi & Aturcara : Cik Noor Faridatul Hanisah binti Mior Ahmad
Program

Promosi & Pendaftaran : En. Mohd Syah Rulnizam bin Supian


En. Muhammad Najib bin Isma Yatim

Persiapan Tempat : En. Prakas a/l Selvaraj


En. Md Nasir bin Saidin

Makanan & Minuman : En. Abdul Kadir bin Koosairi


En. Muhammad Hasbullah bin Nazri

Pertandingan & Pengadilan : En. Mohamad Amirul Syafiq bin Mohd Ramli
En. Mazly bin Ismail

Tugas – tugas Khas : Cik Nurul Farhana binti Hassim


En. Muhammad Nabil Danial bin Abd Razak
- Sijil, Hadiah & Cenderahati En. Muhammad Zainatun Naim bin Fadzil Aziri
- Cabutan Bertuah
- Penyambut Tetamu
- Pengurus Peserta
- Logistik

Laporan Akhir Program : Pertandingan Scrabble Tertutup PUO 2017 7


8.0 KOS PERBELANJAAN
BIL PERKARA JUSTIFIKASI JUMLAH (RM)

1 Hadiah ( Wang Saguhati ) Johan = RM500 x 1 orang Sumbangan


Naib Johan = RM200 x 1 orang
Ketiga = RM50 x 1 orang
Jumlah = RM750.00

2 Cenderahati RM50.00 x 2 orang Sumbangan


- Pengarah PUO Jumlah = RM100.00
- Ketua Jabatan PUO

3 Cabutan Bertuah RM20.00 x 15 orang Sumbangan


- Hamper Jumlah = RM300.00

4 Sijil Penyertaan & Pemenang RM1.00 x 40 orang 40.00

5 Makan & Minum


- Sarapan Pagi RM3.00 x 80 orang 240.00
- Jamuan Tengahari RM10.00 x 80 orang 800.00
- Jamuan Ringan RM3.00 x 40 orang 120.00

6 Buku Program / Flyers RM5.00 x 50 250.00

7 Dewan Jubli Ehsan PUO F.O.C.

8 Khemah (Jamuan Makan) Ehsan PUO F.O.C.

9 PA System & Projector Ehsan PUO F.O.C.

10 Scrabble Ehsan PUO F.O.C.

11 Stage Backdrop 150.00

12 Banner Program 100.00

13 Peralatan Urusetia 150.00


- Alat tulis
- Dokumentasi
- Jam Loceng
- lain -lain

Jumlah Keseluruhan RM1,850.00

Laporan Akhir Program : Pertandingan Scrabble Tertutup PUO 2017 8


9.0 RINGKASAN DAN ULASAN PROGRAM
Secara keseluruhannya, program bagi Pertandingan Scrabble Tertutup PUO 2017 ini
berjalan dengan baik dan lancar sepertimana yang dirancangkan. Program ini yang
telah diadakan pada 20 Mei 2017 telah dirasmikan oleh Pengarah Politeknik Ungku
Omar iaitu Mejar (K) Dato’ Hj. Md. Nor bin Yusof di sekitar jam 9.00 pagi.

Upacara majlis perasmian ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran dua (2) orang tetamu
kehormat yang merupakan penyumbang utama kepada dana kewangan program yang
telah diadakan ini. Tetamu kehormat yang dimaksudkan adalah Y.B. Dato’ Hj. Tajuddin
bin Abd. Rahman (Ahli Parlimen Pasir Salak) dan En. Zazali bin Karim dari syarikat
pembinaan GZ Maju Enterprise.

Manakala bagi majlis penyampaian hadiah yang telah diadakan pada sebelah petangnya
iaitu di sekitar 4.30 petang, program ini telah diserikan juga dengan kehadiran Ketua
Jabatan Kejuruteraan Awam iaitu En. Che Nor Azman bin Che Wan bagi menyampaikan
hadiah kepada para pemenang disamping memeriahkan lagi aturcara cabutan bertuah.
Majlis ditamatkan dan bersurai di sekitar jam 5.30 petang.

Program ini telah berjaya memenuhi sasaran apabila sepuluh (10) orang Pensyarah dan
lima puluh (50) orang pelajar bagi Kursus Secara Sambilan yang dijemput telah
menghadirkan diri dan ianya telah menambahkan lagi kemeriahan program ini. Kursus
Secara Sambilan yang dimaksudkan adalah dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan
Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Teknologi Maklumat &
Komunikasi dan Jabatan Perdagangan.

Pertandingan Scrabble ini telah bermula pada 9.15 pagi. Di pusingan awal pertandingan,
lapan (8) pasukan dengan setiap pasukan mewakili 4 orang telah ditetapkan melalui
undian. Seterusnya, setiap pemenang pertama bagi kesemua lapan (8) pasukan tersebut
telah terpilih untuk meneruskan saingan ke separuh akhir. Pusingan separuh akhir yang
bermula di sekitar jam 11.00 pagi juga telah ditetapkan melalui undian bagi dua (2)
pasukan yang bertanding.

Manakala untuk mara ke pusingan akhir, pemenang pertama dan kedua bagi kedua –
dua pasukan telah dipilih. Pusingan akhir yang diwakili oleh empat (4) peserta telah
meneruskan saingan untuk penentuan pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.

Empat (4) peserta yang berjaya ke pusingan akhir adalah seperti berikut :

a) Cik Aresha Nazla binti Sulaiman - Jabatan Perdagangan


b) En. Muhammad Ariq bin Abdul Zahar - Jabatan Kejuruteraan Elektrik
c) En. Mohamad Amirul Syafiq bin Mohd Ramli - Jabatan Kejuruteraan Awam
d) En. Azfar bin Azib - Jabatan Perdagangan

Laporan Akhir Program : Pertandingan Scrabble Tertutup PUO 2017 9


Pertandingan Scrabble Tertutup PUO 2017 ini berakhir dengan keputusan mata seperti
berikut :

a) Tempat Pertama
En. Azfar bin Azib - 289 mata
( Jabatan Perdagangan )

b) Tempat Kedua
En. Mohamad Amirul Syafiq bin Mohd Ramli - 257 mata
( Jabatan Kejuruteraan Awam )

c) Tempat Ketiga
En. Muhammad Ariq bin Abdul Zahar - 193 mata
( Jabatan Kejuruteraan Elektrik )

Di sepanjang berlangsungnya program ini yang telah bermula seawal 7.00 pagi, semua
ahli jawatankuasa program yang juga merupakan urusetia bagi program ini telah
memberikan komitmen dan kerjasama yang memuaskan bagi memastikan kelancaran
program ini mengikut kepada aturcara program yang telah ditetapkan. Namun begitu,
masih terdapat beberapa perkara yang berlaku di luar kawalan urusetia program. Di
antaranya, kami telah dikejutkan dengan penarikan diri seorang peserta ketika
pertandingan telah berlangsung hampir satu (1) jam semasa di pusingan awal
pertandingan yang disebabkan oleh peserta tersebut mengalami migrain dan hampir
pitam. Pertandingan diteruskan dengan hanya tiga (3) peserta sahaja.

Bagi laporan kewangan pula, ahli jawatankuasa program amat bersyukur kerana
mendapat sumbangan berbentuk Wang Tunai sebanyak RM2,000.00 daripada Y.B. Dato’
Hj. Tajuddin bin Abd. Rahman (Ahli Parlimen Pasir Salak). Manakala, En. Zazali bin
Karim dari syarikat pembinaan GZ Maju Enterprise pula telah memberikan sumbangan
berbentuk Cek Tunai dan barangan bagi semua hadiah untuk pemenang, cenderahati
kepada Pengarah dan Ketua Jabatan PUO dan hamper bagi aturcara cabutan bertuah di
mana kesemuanya berjumlah RM1,150.00.

Berikut adalah ringkasan Penyata Kewangan bagi program ini :

Jumlah Pendapatan
a) Sumbangan Wang Tunai = RM2,000.00
- Oleh Y.B. Dato’ Hj. Tajuddin bin Abd. Rahman
b) Sumbangan Cek Tunai (Hadiah Pemenang) = RM 750.00
- Pemenang Pertama RM500.00
- Pemenang Kedua RM200.00
- Pemenang Ketiga RM50.00
c) Sumbangan Cenderahati & Cabutan Bertuah = RM 400.00
- Semua dibeli oleh GZ Maju Enterprise

Jumlah Perbelanjaan = RM 1,850.00

Sila rujuk Lampiran 1 bagi Penyata Kewangan beserta dengan resit – resit pembelian.

Laporan Akhir Program : Pertandingan Scrabble Tertutup PUO 2017 10


10.0 GAMBAR FOTO PROGRAM
Berikut adalah gambar – gambar foto di sepanjang berlangsungnya Pertandingan
Scrabble Tertutup PUO 2017 pada 20 Mei 2017:

Pendaftaran Peserta Hadiah, Cenderahati & Cabutan Bertuah

Ketibaan Pengarah PUO & Tetamu Kehormat Upacara Perasmian Majlis Oleh Pengarah PUO

Pengacara Majlis Jamuan Makan Tengahari

Laporan Akhir Program : Pertandingan Scrabble Tertutup PUO 2017 11


Pertandingan Scrabble

Laporan Akhir Program : Pertandingan Scrabble Tertutup PUO 2017 12


11.0 PENUTUP
Kami amat bersyukur kerana akhirnya matlamat dan objektif penganjuran program
bagi Pertandingan Scrabble Tertutup PUO 2017 ini telah dapat dicapai dan
direalisasikan. Walaupun terdapat beberapa rintangan kecil semasa berlangsungnya
program ini, dengan adanya komitmen semua ahli jawatankuasa pelaksana, semua
rintangan tersebut dapat diatasi dan diselesaikan dengan sempurnanya.

Program ini juga telah berjaya memberikan pendedahan kepada semua pelajar dan
pensyarah betapa pentingnya kemahiran mengusai kosakata Bahasa Inggeris dan dapat
diaplikasikan di dalam kehidupan harian. Selain daripada mengimbau kembali
permainan tradisional yang semakin dilupakan disebabkan perkembangan pesat
teknologi gadget, pertandingan ini telah dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim
di kalangan pelajar dan pensyarah.

Disediakan oleh:

..............................................................................................
(NOOR FARIDATUL HANISAH BT. MIOR AHMAD)
AJK Penyelaras Dokumentasi & Aturcara Program
Pelajar Kursus Secara Sambilan (KSS)
Jabatan Kejuruteraan Awam
Politeknik Ungku Omar

Disemak oleh:

.............................................
(FADZIL BIN ISMAIL)
Pengerusi Program
Pelajar Kursus Secara Sambilan (KSS)
Jabatan Kejuruteraan Awam
Politeknik Ungku Omar

Disahkan oleh:

............................................
(CHOW CHING CHOON)
Penasihat Program
Jabatan Kejuruteraan Awam
Politeknik Ungku Omar

Laporan Akhir Program : Pertandingan Scrabble Tertutup PUO 2017 13


APENDIKS
LAMPIRAN 1 : Penyata Kewangan berserta dengan resit – resit pembelian

Laporan Akhir Program : Pertandingan Scrabble Tertutup PUO 2017 14

Anda mungkin juga menyukai