Anda di halaman 1dari 2

ANALISIS MERIT DEMERIT 2017

Sistem Merit Demerit telah mula dilaksanakan di SMK Putatan bermula pada awal tahun 2017.
Pihak sekolah telah menjadikan Sistem Merit Demerit SMK Majakir, Papar sebagai contoh untuk
melaksanakan sistem ini di SMK Putatan. Dalam tempoh 10 bulan sistem ini dilaksanakan,
terdapat beberapa isu yang telah dikenalpasti dan perlu diambil perhatian segera untuk
memastikan sistem ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik pada masa akan datang.

1.0 CABARAN
1.1 Laporan Merit Demerit kelas belum dilaksanakan sepenuhnya.
Guru-guru pembantu yang bertangunggjawab untuk mengutip data merit demerit kelas belum
dapat menyediakan laporan kelas yang lengkap. Kebanyakan fail-fail kelas yang disediakan
belum lagi diisi dengan maklumat merit demerit. Ini menyebabkan kesukaran untuk
Setiausaha untuk menyediakan laporan bulanan untuk diserahkan kepada Penolong Kanan
HEM.
1.2. Pemberian mata tidak seragam
Kadangkala adanya ketidakseragaman dalam pemberian mata. Walaupun ada panduan untuk
memberikan mata merit demerit bagi setiap kesalahan, tetapi adakalanya sukar untuk
dilaksanakan kerana perlu merujuk dan memilih dari senarai yang banyak. Ada juga guru yang
memberikan mata tanpa merujuk kepada panduan yang telah disediakan menyebabkan
pemberian mata merit dan demerit di kalangan guru adalah tidak sama walaupun atas
kesalahan yang sama.

1.3. Ketelusan dalam penulisan mata merit demerit


Ada segelintir guru yang menurunkan kuasa pemberian mata merit demerit kepada pelajar,
samada kepada pengawas, ketua kelas atau penolong ketua kelas. Ini ditakuti pelajar-pelajar
yang diperturunkan kuasa ini akan memberikan mata yang sewenang—wenangnya kepada
pelajar lain samada dalam pemberian mata merit atau demerit.
2.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

2.1 Penghantaran data merit demerit perlu dibuat pada setiap hujung bulan. Selepas data
dihantar, Penyelaras Merit Demerit setiap tingkatan akan mengira jumlah merit demerit yang
telah dikenakan kepada pelajar-pelajar dalam tingkatan tersebut. Data-data yang telah
dikemaskini mesti dimasukkan ke dalam fail yang telah disediakan untuk memudahkan Penolong
Kanan HEM memantau sistem ini.

2.2 Guru-guru perlu peka dengan mata merit demerit berdasarkan pada panduan yang telah
disediakan. Ini bertujuan supaya semua pelajar mendapat mata yang seragam atas kebaikan atau
kesalahan yang mereka telah lakukan.

KESIMPULAN :

Diharap pada masa-masa akan datang, Sistem Merit Demerit ini akan menerima banyak
penambahbaikan dan dapat membantu pelajar untuk membina sahsiah diri mereka, kerana
melalui disiplin, pelajar boleh mengembangkan potensi diri mereka. Walaupun tahun 2017
adalah tahun pertama sistem ini dilaksanakan, tetapi sudah mula menunjukkan impak kepada
pelajar-pelajar untuk membina diri mereka.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………. ……………………………….
(YUSNITA BINTI YUSOF ) ( PUAN RAHMAH BUNTAR )
Setiausaha Merit Demerit, Penolong Kanan HEM,
SMK Putatan. SMK Putatan.

Anda mungkin juga menyukai