Anda di halaman 1dari 7

(MTE3103 : GEOMETRI)

TAJUK 4 PEMBINAAN GEOMETRI

4.1 Sinopsis

Topik ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang kejuruteraan kertas


(paper engineering) terutama dalam menghasilkan kad ucapan dan buku pop-up
dengan mengintegrasikan teknik-teknik asas pembinaan model geometri.
Disamping itu pelajar akan dapat mengembangkan kreativiti mereka melalui
aktiviti `hands-on’.

4.2 Hasil Pembelajaran

1. Mengintegrasikan teknik-teknik asas untuk membina model geometri


2. Menghargai peranan geometri dalam seni dan reka bentuk.

4.3 Kerangka Tajuk

Pembinaan Model
Geometri

Model `Pop-Up’ Teknik `Pop-Up’ Seni dan Reka Bentuk

4.4 `Paper Engineering’


Kejuruteraan Pop Up adalah satu mekanisme untuk menghasilkan bentuk-bentuk
geometri dan bukan geometri dalam tiga dimensi. Aplikasi kejuruteraan pop-up
dapat dilihat dalam penghasilan kad ucapan dan buku cerita kanak-kanak.
Kemahiran memotong, membentuk, melipat dan menampal adalah antara
kemahiran-kemahiran yang diperlukan.

45
(MTE3103 : GEOMETRI)

4.4.1 Model `Pop-Up’


Beberapa model pop-up ditunjukkan dibawah.
i) Kad Ucapan

ii) Buku

46
(MTE3103 : GEOMETRI)

4.4.2 Teknik-teknik `pop-up’

a) Ada pelbagai teknik dalam menghasilkan buku atau kad pop-up.


Antaranya ialah teknik lipatan-V. Antara jenis-jenis lipatan-V yang paling
popular dan mudah adalah :

i) `valley fold’

ii) `hill fold’

Cuba anda layari internet bagi mendapatkan maklumat teknik


kejuruteraan pop-up yang lain seperti `angled fold’ dan `parallel fold’

b) Antara simbol-simbol yang digunakan dalam teknik pop-up ditunjukkan

Garis memotong
Hill fold
Valley fold
Kawasan
menampal
objek 2D

Hill fold

c) Langkah-langkah pembinaan satu contoh kad pop-up.

Langkah 1 :
Buat `valley fold’ dimana kertas dilipat kepada dua bahagian yang sama.

47
(MTE3103 : GEOMETRI)

Langkah 2 :

Garis memotong

Gunting dua bahagian pada `garis memotong’ seperti pada rajah.

Langkah 3:
Lipatan hill

Angkat bahagian tengah yang telah digunting dan buat lipatan hill untuk
membentuk tiang (stand)
Langkah 4:

Tutup dan tekan rata kad itu

Langkah 5:
stand

Apabila kad itu dibuka , dinding pada sebelah dalam akan terbuka dan
membentuk sudut 90o. Dinding tegak bertindak sebagai tiang (stand).

48
(MTE3103 : GEOMETRI)

Langkah 6 :

extrasta stand
nd

tabs

Anda boleh menampal objek 2D pada tiang atau tiang tambahan agar
lebih menarik seperti rajah di bawah.

Reka dua keping kad ucapan pop-up yang menarik.

4.4.3 Seni dan Reka Bentuk

Seni dalam pop-up boleh ditafsirkan sebagai lukisan interaktif dalam bentuk tiga
dimensi. Unsur-unsur kreativiti dalam pop-up dapat dikembangkan dengan
memasukkan elemen-elemen alam semulajadi seperti flora dan fauna. Rekaan
arkitektur juga boleh diaplikasikan dalam bentuk model.

Contoh-contoh seni dan reka bentuk dalam kejuruteraan pop-up boleh dilihat
seperti dibawah ini:

Model Bandar New York oleh Daisy Lew

49
(MTE3103 : GEOMETRI)

Halloween Pop-Up Card oleh Canon Creative Park

Model Fairy Castle Magic Kingdom oleh Michelle

Model Kirigami Flower Basket oleh Dr Sonia S.V

50
(MTE3103 : GEOMETRI)

Model kelkatu oleh Frunzel

Kumpulkan seberapa banyak maklumat mengenai seni dan rekabentuk

dalam pop-up dan disimpan dalam folio.

--SELAMAT MENCUBA SEMOGA BERJAYA—

51

Anda mungkin juga menyukai