Anda di halaman 1dari 2

Gimik Karnival Go Green

Sekolah Kluster Kecemerlangan


Peringkat Kebangsaan 2016

Tema Gimik : Cintai Alam Kita (Love Our World)

Objektif : 1. Menggalakkan kitar semula bahan terbuang.


2. Menyemai perasaan cintakan alam semulajadi.
3. Mempromosikan usaha ke arah pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.
4. Membentuk jatidiri insan untuk melindungi alam dari kegiatan
yang boleh merosakkan kesinambungan dan keseimbangan
ekosistem alam semulajadi.

Alatan Gimik : 1. Roda motorsikal terbuang


2. Brek basikal terbuang
3. Handle basikal terbuang
4. Buluh
5. Poper harijadi
6. Bingkai kayu
7. Bunting 2 kaki x 6 kaki
8. Asap buatan
9. Lampu perhiasan

Operasi Gimik : Selepas brek basikal ditekan, bunting ’cintai alam kita’ akan
jatuh.Sel epas replika meriam ditarik panelnya, poper pada
buluh akan meletup ke arah bunting yang tergantung pada
bingkai kayu. Asap akan muncul pada bahagian bawah bunting
dan lampu perhiasan akan menyala.

Simbolik Gimik :
1. Replika Meriam

Tersurat :
Simbol kelestarian alam sekitar dengan cara mengekalkan
kesinambungan alam dan mempelbagai penggunaan
bahan kitar semula.

Tersirat :
Simbol perasaan katakan tidak kepada kegiatan manusia
yang rakus merosakkan dan mencemarkan alam.
2. Bunting Cintai Alam Kita :
Simbol kempen kesedaran mengenai pentingnya
memelihara dan memulihara alam sekitar serta hindari
kegiatan yang boleh mencemar dan merosakkan alam
sekitar.

3. Asap dan lampu perhiasan :


Simbol udara nyaman yang disedut oleh manusia setiap
hari dan keindahan alam akan terus dinikmati selagi
manusia terus memelihara dan memulihara alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai