Anda di halaman 1dari 6

DAYANA AFIQAH NASIR (AEE 150010)

[ AIX2003 BUDAYA MASYARAKAT TAMIL DI MALAYSIA ]


TERANGKAN KEPERCAYAAN YANG TERDAPAT DALAM KALANGAN
MASYARAKAT TAMIL DI MALAYSIA.
PENDAHULUAN
Agama Hindu merupakan agama tertua di dunia dan ia berasal dari benua kecil India. Majoriti
penduduk India masih menganuti agama Hindu sehingga kini. Setiap masyarakat terdapat dua
tradisi dari segi konsep ketuhanan/kepercayaan. Salah satu daripadanya akan lebih bersifat
kepercayaan yang diwarisi turun-temurun. Ini selalunya dirujuk sebagai agama atau kepercayaan
rakyat. Satu lagi kepercayaan ialah agama yang sistematik berdasarkan kitab-kitab suci.
ISI-ISI PENTING
1) Kepercayaan Tentang Penglihatan
Orang
(i) Amalan Bagi Bayi dan 3) Kepercayaan Umum
Kanak-kanak (i) Mendengar Bunyi Loceng
(ii) Amalan Bagi Orang Dewasa (ii) Petanda-petanda Buruk
(iii) Amalan Bagi Rumah dan (iii) Kepercayaan Tentang Bersin
Bangunan (iv) Batuk Sewaktu Makan
(iv) Amalan Bagi Kenderaan (v) Cedera Ketika Menguruskan
(v) Amalan Bagi Kebun Upacara Baik
Sayur/Tanaman (vi) Gatal Tapak Tangan
(vii) Mata Terkenyit-kenyit
2) Kepercayaan Tentang Rumah (viii) Jangan Tanya Pergi ke Mana
Kediaman (ix) Buku Mesti Dihormati
(i) Kedudukan Rumah (x) Menghormati Wang
(ii) Pintu Masuk Rumah (kekayaan)
(iii) Menghuni Rumah Baru (xi) Tiada rezeki Bagi
(iv) Koolam Pembohong
(v) Larangan (xii) Arah Tidur
(vi) Membasuh Kaki Sebelum
Masuk Rumah
(vii) Jangan Kosongkan Bekas
Menyimpan Barang Masakan

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, apa-apa sahaja kepercayaan yang diwarisi haruslah diteliti dan
dikaji sebab musababnya terlebih dahulu sebelum dijadikan sebagai amalan. Sesuatu masyarakat
itu boleh mengamalkan kepercayaan-kepercayaan dan dijadikan sebagai amalan yang diwarisi
secara turun temurun sekiranya amalan tersebut tidak bertentangan dengan ajaran agama masing-
masing. Sekiranya amalan tersebut bertentangan dengan ajaran agama masing-masing maka ia
boleh dielakkan dan tidak diamalkan. Kepercayaan yang menjadi teguh kepada Tuhan harus
menjadi panduan dalam amalan kepercayaan.
KEPERCAYAAN MASYARAKAT TAMIL DI MALAYSIA
1) Kepercayaan Tentang Penglihatan Orang
 Kesan Penglihatan
- Ahli-ahli psikologi moden juga percaya bahawa penglihatan seseorang itu
mempunyai kuasa dan memberi kesan terhadap objek yang dilihat serta dipengaruhi
oleh fikiran dan minda orang berkenaan
- Contoh : jika seseorang mempunyai niat buruk melihat bayi orang yang comel,
dipercayai bayi tersebut tidak akan tidur nyenyak ataupun akan sentiasa menangis
- Penglihatan orang-orang alim yang kuat agama pula dipercayai akan membawa
pahala kepada orang yang dilihatnya
Amalan Bagi Bayi dan Kanak-Kanak
 Bayi yang ditimpa kanneeru :
- Bayi akan menangis berterusan
- Bayi kelihatan lesu dan tidak bermaya
- Bayi mendapat cirit-birit
- Bayi akan menolak susu ibunya atau makanan yang diberikan

 Sebab-sebab bagi seorang bayi ditimpa kanneeru :


- Penglihatan orang yang berniat buruk
- Penglihatan wanita yang kehilangan bayinya
- Penglihatan orang yang cemburu akan bayi (bayi comel)
- Menyuap makanan kepada bayi dilihat oleh kanak-kanak yang lapar
- Menyuap makanan kepada bayi dilihat oleh binatang yang lapar
- Dijangkiti kanneeru daripada bayi lain yang sudah ditimpa kanneeru

 Cara-cara membuang kanneeru dan thosam


- Menyapukan air jampi pada muka bayi (pedanda di kuil atau mereka yang mahir)
- Menggunakan daun mambu yang diasapkan pada asap kemenyan (atau bulu merak),
diusapkan di atas kepala bayi dan berdoa, diusap lagi dari kepala hingga tapak kaki
- Surrippodutal. Biji cili kering dengan sedikit garam digenggam dengan tangan
kanan kemudian dilingkarkan di hadapan bayi sebanyak 3 kali mengikut arah jam
dan 3 kali melawan arah jam, anak tersebut meludah pada genggaman dan bahan-
bahan tersebut dimasukkan ke dalam api (sekiranya ditimpa kanneeru, terdapat
bunyi letupan dan keseriusan kesannya diukur dengan kekuatan bunyi)
- Amalan aarati dengan menggunakan talam yang dimasukkan air kunyit bercapur
sirih dan kapur barus dan kemudian dilingkar di hadapan bayi seterusnya bahan
tersebut dibuang di hadapan rumah
- Menggunakan buah limau, buah limau dilingkarkan dan kemudian dipotong empat
dan dibuang ke empat arah mata angin

 Langkah-langkah Berjaga Jangka Pendek


- Mengadakan sembahyang yang diadakan pada hari ke-16 belas atau ke-30 supaya
bayi dikurniakan segala hidayah serta perlindungan
- Amalan meletakkan pottu atau dikenali sebagai tirusti pottu yang dipercayai dapat
menolak bala atau kanneeru
- Amalan aarati dibuat setiap hari pada waktu petang bagi bayi-bayi yang baru lahir

 Langkah-langkah Berjaga Jangka Panjang


- Bayi memakai karuppu mani dan sikappu mani yang dijadikan sebagai kalungan di
leher, tangan dan pinggang (dipercayai dapat menolak bala dan membuang angkara
kanneeru)
- Pemakaian taayattu (azimat) yang telah dijampi (tembaga berbentuk nipis dan leper)

Amalan Bagi Orang Dewasa


 Langkah-langkah Berjaga Jangka Pendek
- Amalan memecahkan labu atau kelapa kering
- Melakukan amalan surrippodutal
 Langkah-langkah Berjaga Jangka Panjang
- Memakai tangkal yang dijampi (sama seperti yang dilakukan pada bayi)
- Mewujudkan aura (kavacam) atau gelombang keselamatan di sekeliling badan
menerusi ucapan mantera-mantera
-
Amalan Bagi Rumah dan Bangunan
 Ada pepatah tamil yang berbunyi “kal adi pattalum, kana di padakkuudaatu” ertinya
“jika terkena pada batu pada badan tidak mengapa, asalkan jangan kena
kanneeru”maksudnya kalau terkena batu hanya cedera secara fizikal sahaja tetapi kalau
terkena kanneeru akan cedera secara fizikal dan mental
 Langkah-langkah Berjaga
- Meletakkan Tirusti Bommai (Orang-orangan) di bangunan rumah yang sedang
dibina
- Menempat Agora Mukam di bahagian atas pintu rumah (orang tidak gemar melihat)
- Menggantungkan puusani bommai (labu) di bahagian atas pintu masuk rumah
- Meletakkan kannaadi (cermin) di bersebelahan atau atas pintu masuk rumah
- Menggantung buah limau yang dibaluti dengan kain merah di bersebelahan atau
atas pintu masuk rumah
Amalan Bagi Kenderaan
- Membawa kenderaan yang baru dibeli ke kuil untuk membuat vahana arccanai
(sembahyang untuk memohon restu serta perlindungan Tuhan supaya kenderaan
yang dibeli tidak terlibat dalam kemalangan)
- Meletakkan symbol ladam di hadapan kenderaan (tidak diamalkan secara
berleluasa di Malaysia)
Amalan Bagi Kebun Sayur dan Tanaman
- Menempatkan periuk tanah yang bertitik di kawasan kebun
- Menyangkut periuk tanah pada tiang pagar kebun sayur atau tanaman
2) Kepercayaan Tentang Rumah Kediaman
Kedudukan Rumah
- Mengelakkan membeli rumah yang terletak di kawasan persimpangan
- Rumah yang diminati oleh orang India ialah rumah yang menghadap ke arah timur
(matahari timbul) dan rumah tidak sepatutnya menghadap arah barat (matahari terbenam)
Pintu Masuk Rumah
- Pintu masuk rumah di hadapan dan di belakang tidak sepatutnya berada dalam kedudukan
selari (kepercayaan berkaitan kebaikan dan kekayaan [Dewi lakshmi], kepercayaan ilmu
magis)
Menghuni Rumah Baru
- Melakukan upacara grahap privasem ( upacara untuk masuk ke rumah baru) merupakan
upacara merestui rumah dan penghuninya yang dilakukan oleh seorang pedanda yang
bertauliaha
- Menggantung daun manga pada seutas tali diikat merentasi pintu masuk hadapan dan di
belakang
Larangan
- Dilarang menyapu pada waktu malam (rezeki lari)
- Jangan menggoyang pintu (pergaduhan antara keluarga)
- Menghalang pintu masuk (membawa nasib malang)
- Nyalakan lampu sebelum gelap (rezeki lari)

3) Kepercayaan-Kepercayaan Umum
Mendengar Bunyi Loceng
- Suatu petanda yang baik lebih-lebih lagi mendengar bunyi loceng kuil yang dipercayai
membawa tuah dan kejayaan
- Tanda restu Tuhan
Petanda-Petanda Buruk
- Pecah cermin muka (tanda ahli rumah akan mati)
- Susu tumpah (perkara yang tidak baik akan berlaku)
- Putusnya Thali (membawa keburukan kepada suami)
- Sari disambar api (petanda tidak baik pada keluarga yang terlibat)
Kepercayaan Tentang Bersin
- Bersin sewaktu memulakan sesuatu usaha dipercayai sebagai suatu petanda buruk
Batuk Sewaktu Makan
- Batuk sewaktu makan, menandakan seseorang sedang merindui ataupun memarahinya
Cedera Ketika Menguruskan Upacara Baik
- Menandakan petanda yang buruk dan kesan negative kepada diri dan keluarga
Gatal Tapak Tangan
- Petanda akan mendapat duit (keuntungan) atau akan membelanjakan wangnya (kerugian)
Mata Terkenyit-Kenyit
- Petanda baik dan buruk
Jangan Tanya Pergi Mana
- Menandakan sesuatu urusan itu tidak akan berjaya
Buku Mesti Dihormati
- Sekiranya seseorang tidak menghormati buku nescaya dia tidak akan dikurniakan ilmu
pendidikan
- Dewi Saraswathi dan perayaan Saraswathi Poojai
Menghormati Wang (Kekayaan)
- Dewi Lakshmi tidak akan mendampingi orang yang tidak menghormati wang ringgit
Tiada Rezeki Bagi Pembohong
- Pembohong tidak akan mendapat rezeki dan makanan
Arah Tidur
- Kepala tidak boleh menghadap ke arah utara, arah utara dinamakan arah Dewa Yama (arah
yang membawa kematian)
- Tarikan gravity yang kuat adalah dari arah utara, seseorang itu akan mengalami pendarahan
di otak dan membawa risiko tinggi untuk kematian
- Tidur yang baik adalah menghadap timur (Dewa Surian)
ISI-ISI PENTING

1) Kepercayaan Tentang Penglihatan  Untuk Berjudi


Orang  Membuat Ubat Pengasih
 Amalan Bagi Bayi dan Kanak-  Untuk Mencuri/Merompak
kanak
 Amalan Bagi Orang Dewasa
 Amalan Bagi Rumah dan 4) Ilmu menilik Nasib
Bangunan  Ilmu Menilik Daun Lontar
 Amalan Bagi Kenderaan  Ilmu Menilik Neumerologi
 Amalan Bagi Kebun  Ilmu Menilik Takpak Tangan
Sayur/Tanaman  Ilmu Menilik Burung Nuri

2) Kepercayaan Tentang Rumah 5) Kepercayaan Umum


Kediaman  Mendengar Bunyi Loceng
 Kedudukan Rumah  Petanda-petanda Buruk
 Pintu Masuk Rumah  Kepercayaan Tentang Bersin
 Menghuni Rumah Baru  Batuk Sewaktu Makan
 Koolam  Cedera Ketika Menguruskan
 Larangan Upacara Baik
 Membasuh Kaki Sebelum Masuk  Gatal Tapak Tangan
Rumah  Mata Terkenyit-kenyit
 Jangan Kosongkan Bekas  Jangan Tanya Pergi ke Mana
Menyimpan Barang Masakan  Buku Mesti Dihormati
 Menghormati Wang (kekayaan)
 Tiada Rezeki Bagi Pembohong
3) Kepercayaan Terhadap Ilmu Sihir  Arah Tidur
 Membuat Tuju
 Untuk Berjaya Dalam Pelajaran

Anda mungkin juga menyukai