Anda di halaman 1dari 6

Pengenalan

Pada asalnya, mengembara adalah satu aktiviti berjalan kaki, mengembara adalah
satu aktiviti yang lebih dari hanya berjalan kaki : ia adalah satu aktiviti yang
mengambil peluang untuk menyiasat dan mencari “adventure” tetapi khususnya
untuk dapat pengalaman berkaitan dengan sekitar baru. Ini adalah juga satu peluang
yang baik untuk menguji pengakap-pengakap sejauh manakah mereka mematuhi
arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pemimpinnya.

2. Objektif
2.1 Memberi kefahaman bahawa pengembaraan adalah satu aktiviti penting.
2.2 Peserta akan mengetahui lebih jelas perkara-perkara yang penting dalam
persediaan untuk pengembaraan.
2.3 Meningkatkan prestasi sebagai seorang pengembara mematuhi peraturan yang
ditetapkan.

3. Tujuan
3.1 Memberi latihan kecekapan pancaindera.
3.2 Melatih semangat tabah dan sabar menghadapi kesusahan.
3.3 Menikmati keindahan alam.
3.4 Memberi pengalaman baru.

4. Rancangan untuk mengembara


4.1 Bila?
Hujung minggu atau lebih elok dalam masa cuti.

4.2 Di mana?
Seboleh-bolehnya tempat atau kawasan baru. Tetapi elok sekiranya seorang
pemimpin atau penolong pemimpin melawat kawasan-kawasan yang dibincangkan
untuk memudahkan seorang pemimpin itu memberi keterangan dan latihan dengan
berkesan.

4.3 Apa dia?


Mengembara bukanlah satu perjalanan bercorak askar tetapi membimbing
pengembara dengan cara yang seronoknya untuk belajar dan bukan untuk
menyelesaikan untuk perjalanan itu.

5. Tugas pemimpin
5.1 Menyiasat tempat-tempat pengembaraan.
5.2 Mendapatkan kebenaran daripada:-
a. pihak sekolah
b. pihak ibu bapa/penjaga
c. pihak Pesuruhjaya Pengakap Daerah
d. pihak-pihak lain yang berkenaan
5.3 Mendapatkan bantuan penolong-penolong pemimpin/kelana.
5.4 Menyediakan soalan-soalan untuk aktiviti/kajian.
6. Persediaan peralatan pengembaraan
6.1 Peta topo dan kompas jika perlu.
6.2 Alat-alat pertolongan cemas/peti ubat.
6.3 Alat-alat persendirian.
6.4 Buku catitan/buku log pengembaraan

7. Cara-cara melaksanakan pengembaraan


7.1 Penerangan.
7.2 Pemeriksaan tiap-tiap peserta.
7.3 Beri soalan dan alat-alat pengembaraan.
7.4 Waktu berlepas.
7.5 Pemimpin membuat lawatan susulan.

http://scout-info.blogspot.com/2008/01/1.html

Tips Kembara

KEMBARA

Prosedur Sebelum Menjalankan Aktiviti Berkhemah

Berkhemah merupakan aktiviti yang menyeronokkan namun pelbagai persiapan


dan prosedur yang perlu diambil perhatian sebelum manjalankan aktiviti
berkhemah. Walaupun aktiviti ini dipandang mudah bagi sesetengah pihak, namun
perkhemahan yang dimaksudkan di sini bukan hanya berkhemah di halaman
rumah ataupun tempat yang terdapat banyak kemudahan awam, tetapi ia
melibatkan aktiviti yang jauh dari kediaman serta boleh menyebabkan kesan yang
tidak baik bukan sahaja kepada diri sendiri dan orang lain tetapi juga kepada alam
sekitar sekiranya beberapa perkara yang dianggap remeh ini tidak diambil
perhatian oleh "campers"...!!!
Prosedur

1. Kebenaran
Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan,
perkara yang amat penting sekali ialah memohon kebenaran.
Kita sebagai seorang remaja, kebenaran daripada ibubapa
ataupun penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan
mengenai aktiviti serta tujuannya kepada mereka ataupun
orang yang terdekat dengan kita. Melakukan aktiviti luar
tidak boleh dirahsiakan, malahan ia perlu diberitahu kepada
orang lain supaya pemergian kita diketahui.

2. Laporkan
Anda haruslah melaporkan mengenai aktiviti ini kepada balai polis ataupun ranjer
taman yang bertugas ditempat yang anda hendak tuju untuk memaklumkan
mereka bahawa anda akan melakukan aktiviti perkhemahan didalam kawasan
mereka. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka untuk membuat rondaan
keselamatan ataupun melakukan kerja-kerja menyelamat sekiranya anda
memerlukan bantuan. Bukan itu sahaja, mungkin mereka juga boleh memberikan
penerangan yang lebih terperinci mengenai keadaan kawasan tersebut.

3. Kawasan Siapa?
Sekiranya kawasan perkhemahan yang anda pilih itu merupakan kawasan orang
contohnya seperti tanah persendirian ataupun kampung, maka setibanya anda di
sana, anda haruslah meminta kebenaran daripada tuan punya tanah ataupun
ketua kampung untuk bermalam dikawasan tersebut. Lebih-lebih lagi jika anda
memasuki satu perkampungan yang jauh terpencil dan mempunyai adat resam
yang berlainan. Anda haruslah cuba untuk memperolehi maklumat daripada
mereka mengenai suku kaum & kepercayaan, pantang larang, cara pergaulan dan
keselamatan kampung tersebut. Ini adalah untuk memastikan anda selamat
menetap di kampung tersebut serta kehadiran anda dikawasan mereka tidak
mengganggu.

4. Peraturan!
Pertauran yang telah ditetapkan disesuatu kawasan mungkin terdapat kelainan.
Namun begitu, anda haruslah mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk
menjamin keselamatan dan kesejahteraan bersama.

http://www.sabah.net.my/huzaimi/kembara/prosedur.html

Memilih Kawasan Perkhemahan

Memilih Kawasan

1. Sumber Asas
Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang
paling utama untuk diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya punca
air. Punca air adalah penting untuk kita memasak, minum, membersihkan diri dan
sebagainya. Namun begitu anda DILARANG berkhemah terlalu dekat dengan
sungai dikawasan hulu atau berbukit. jika hujan dikawasan ini, terutamanya di
sebalah hulu, paras air akan tiba-tiba naik dengan cepat.

2. Bentuk Muka Bumi


Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan
kering. Kedudukan tanah tersebut haruslah tinggi sedikit
daripada kawasan disekitarnya untuk mengelakkan air
bertakung / banjir ketika hujan lebat. Permukaan tanah
juga seharusnya tidak berbatu-batu kerana ia tidak
menyelesakan ketika tidur. Tambahan pula, ia boleh
merosakkan alas khemah anda.

Anda juga TIDAK digalakkan untuk mendirikan khemah di bawah pokok yang besar
ataupun yang sudah tua. Kerana dikhuatiri dahan yang besar dari pokok tersebut
akan menghempap khemah anda. Anda juga harus memastikan bahawa tapak
perkhemahan anda jauh dari semak dan belukar kerana kawasan begini
merupakan tempat sarang serangga ataupun binatang merayap seperti ular, kala
jengking dan lipan. Bukan itu sahaja, tunas lalang yang tajam boleh mengoyakkan
khemah.

Tetapi anda juga diingatkan supaya tidak mencari kawasan yang terlalu lapang,
sekurangnya tidak jauh dari tempat anda mempunyai pokok atau bukit untuk
mengelakkan ancaman angin. Anda juga dilarang untuk mendirikan khemah yang
terlalu dekat dengan kaki bukit kerana bahaya tanah runtuh.

3. Perhubungan
Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubung
dengan orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon
awam, balai polis, rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini untuk
memudahkan anda mendapatkan bantuan segera jika perlu. Jika anda
menjalankan aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam hutan,
pastikan anda berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan
anda mudah dikesan dari udara.

4. Sinar Matahari
Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuk tujuan
mengeringkan udara lembap dalam khemah dan juga mengeringkan pakaian dan
peralatan yang basah. Pemandangan yang indah juga tidak kurang pentingnya
kerana ia dapat memberikan ketenangan kepada kita serta perkhemahan kita
menjadi lebih seronok.

5. Denai Binatang
Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang. Kerana dikhuatiri
khemah anda akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang menggunakan denai
tersebut.

http://www.sabah.net.my/huzaimi/kembara/kawasan.html

Nyamuk dan Serangga lain

Gigitan serangga boleh menjadi masalah besar bagi sesetengah kawasan tropika,
paling kurang gigitan boleh menyebabkan kesakitan pada kulit dan membengkak tapi
yang paling menakutkan ia boleh memindahkan pelbagai penyakit yang serius.
Malaria merupakan salah satu masalah utama, sekiranya pembasmian serangga
seperti nyamuk tidak dilakukan. Contohnya di Itali, dimana kebanyakkan
pengembara yang datang ke sana mengadu mengenai masalah nyamuk, penduduk
tempatan menyatakan bahawa kawasan terbabit telah disembur dengan pembasmi
nyamuk namun ia tidak memberi kesan. Walaupun nyamuk Itali tidak membawa
Malaria, tetapi gigitannya amat menyakitkan.

Jika anda melawat ke mana-mana bahagian dunia dimana mempunyai masalah


Malaria pastikan anda membuat langkah berjaga-jaga daripada terkena gigitan
nyamuk. Penggunaan kelambu semasa tidur adalah cara yang paling efektif
digunakan semasa tidur tetapi ia sukar untuk dibawa mengembara.

Apabila mengembara, selalu beringat supaya mengelak gigitan seboleh yang


mungkin. Gunakan "Insect Rapellent", dan apabila sebelah petang dan malam
pakailah pakaian berlengan panjang dan seluar panjang untuk mengurangkan
kawasan permukaan kulit yang terdedah dengan nyamuk. Lingkaran nyamuk atau
pencegah nyamuk kuasa elektrik juga boleh digunakan untuk mendapatkan
persekitaran yang bebas dari sebarang gigitan serangga.

Kawasan Berisiko Tinggi


Angola Ivory Coast India Niger
Bangladesh Djibouti Indonesia Nigeria
Belize Ecuador Kenya Oman
Benin Eq. Guinea Lao Pakistan
Bhutan Eritrea Liberia Papua New Guinea
Bolivia Ethiopia Madagascar Rwanda
Burkino Faso French Guiana Malawi Togo
Burundi Gabon Mali Tanzania
Cambodia Ghana Mauritania Uganda
Cameroon Guinea Mayotte Vanuato
Central African Rep'c Guinea Bissall Mozambique Venezuela
Chad Guyana Myanmar Viet Nam
China Haiti Nepal Zaire
Comoros Honduras Nicaragua Zambia
Congo

Kawasan Risiko Rendah dan Sederhana


Afganistan Egypt Muaritius Syria
Algeria Guatemala Mexico Tajikstan
Argentina Hong Kong Morocco Thailand (tiada risiko
Azerbaijan Iran Namibia dikawasan pelancongan)
Botswana Iraq Panama Turkey
Cape Verde Libya Paraguay UAE
Columbia Malaysia Peru Yemen
Domenican Rep'c Maldives Philippines Zimbabwe

Kawasan ini diramal bebas dari Malaria:

 USA
 Canada
 Western Europe
 Japan
 Australasia
 dan Singapore.

http://www.sabah.net.my/huzaimi/kembara/nyamuk.htm

Anda mungkin juga menyukai