Anda di halaman 1dari 1

Kekeliruan dalam Penambahan dan Penolakan Wang Melibatkan Penukaran Unit.

Mohd Syawal Bin Charo

syawalcharo@gmail.com

Semasa menjalani praktikum di SK Kompleks KLIA, antara kekeliruan dalam kalangan


murid tahun 3 yang saya ajar adalah penambahan dan penolakan wang yang melibatkan
penukaran unit. Walau pun mereka telah belajar dan menguasai cara menukarkan sen kepada
ringgit dan sebaliknya, namun mereka mereka akan keliru samada perlu menukarkankan unit
atau tidak semasa melakukan penambahan dan penolakan wang. Sebagai contoh, bagi
soalan RM2 + 150 sen, terdapat murid yang akan menambah dua nilai wang tersebut tanpa
menukar nilai sen kepada ringgit terlebih dahulu. Sebaliknya, mereka akan meletakkan nilai
RM di hadapan walau pun belum membuat penukaran unit semasa menyelesaikan soalan
tersebut menggunakan bentuk lazim seperti berikut :

RM 2

+ RM 150

Murid-murid juga akan menjadi semakin keliru apabila penambahan atau penolakan
tersebut merupakan penambahan atau penolakan tiga nilai wang dan juga turut melibatkan
sen dan ringgit seperti RM 5 + 180 sen + RM 1.50. Apabila mereka diarahkan untuk menukar
niai-nilai wang tersebut kepada satu unit yang sama ( ringgit atau sen) seperti berikut, RM 5
+ RM1.80 + RM 1.50 , mereka akan menganggap bahawa nilai tersebut adalah berbeza
dengan soalan yang diberikan.

Anda mungkin juga menyukai