Anda di halaman 1dari 5

Apa itu kaunseling?

1.0 Pendahuluan
Kaunseling bukanlah nasihat walaupun ianya banyak memberi nasihat.Kaunseling
adalah   suatu   proses   perhubungan   menolong   yang   sistematik   berasaskan   prinsip
psikologi.Kaunseling   juga   adalah   salah   satu   cabang   daripada   psikologi.Perkhidmatan
kaunseling   dijalankan   oleh  kaunselor   profesional   bagi  membantu   perkembangan   dan
penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan antara kaunselor dan
klien   adalah   secara   sukarela   dan   berterusan   sepanjang   hayat   berlandaskan   Etika
Kaunseling. Malah kaunselor tidak akan memberi jawapan secara langsung kepada klien
dan klien akan membuat keputusan yang terbaik dengan bantuan daripada kaunselor.

Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua
hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberi layanan serta interaksi
yang   baik,   manakala   klien   memperihalkan   masalah   mereka   dan   cuba   memahami   dan
mengambil tindakan menguruskan masalah tadi.

2.0 Definisi Kaunseling,Bimbingan dan Psikoterapi

2.1 Kaunseling

Kaunseling   boleh   didefinisikan   sebagai   satu   interaksi   yang   berlaku   antara   dua   orang
individu yang dipanggil kaunselor dan klien, berlaku di dalam ‘setting’ profesional, dan
dimula   dan   dikekalkan   sebagai   satu   cara   untuk   menolong   perubahan   tingkah   laku
                                      ( Pepinsky,H.&Pepinsky,P.1953:3)
Good ( dalam Sipora Sipon dan Wan Anor Wan Sulaiman 2002 ) menyatakan kaunseling
sebagai bantuan dalam menyelesaikan masalah perubahan individu yang dilakukan oleh
pembantu yang benar­benar berpengetahuan dan berkebolehan sehinggalah seorang itu
boleh membuat keputusannya dengan baik.

Untuk memahami dengan lebih jelas definisi kaunseling, dipetik definisi daripada dua
tokoh   iaitu   Patterson   (1995)   dan  Corey   (1977).Patterson   ,   mendefinisikan   kaunseling
sebagai satu proses interaktif melalui satu perhubungan yang unik antara kaunselor dan
klien  yang mengarah kepada perubahan klien dalam aspek tingkah laku, kepercayaan dan
kemahiran membuat keputusan. Corey pula menekankan tentang proses di mana seorang
klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan
masalah pada dirinya.

Krumboltz   (   George   &   Cristiani,   1990   )   pula   mengertikan    kaunseling   merangkumi


aktiviti­aktiviti   yang   beretika   yang   dilakukan   oleh   kaunselor   dalam   usaha   membantu
klien melibatkan diri dengan jenis tingkah laku yang akan menghasilkan penyelesaian
kepada masalah klien.
Ahli   psikologi   pula   berpendapat   kaunseling   sebagai   ‘...satu   proses   di  mana   kaunselor
menolong kaunselee membuat interpretasi fakta berkaitan pemilihan, perancangan atau
penyesuaian yang perlu dibuat’ ( Smith,G.E.,1955: 6)

Sebagai   rumusan,   kaunseling   adalah   proses   pertolongan   yang   profesional   yang


bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

2.2 Definisi Bimbingan

Perkataan   bimbingan   didefinisikan   sebagai   ‘proses   membimbing   seseorang   individu.


Menurut   Shetzer   &   Stone   (1971)   :   “   bimbingan   sebagai   proses   menolong   individu
memahami dirinya dan alam sekelilingnya’ (Ed Neukrug,1999).

Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. 
Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai 
bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. 
Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.

Bimbingan   ialah   proses   membantu   individu   membuat   keputusan   yang   penting   dalam
hidupnya yang akan mempengaruhi kehidupannya (Gladding,2000)

2.3 Psikoterapi

Psikoterapi   berfokus   kepada   masalah   yang   lebih   serius   iaitu   yang   berhubung   dengan
intrapsychic,   internal,   isu­isu   internal   dan   konflik.Psikoterapi   adalah   proses   yang
melibatkan psikoterapis atau terapis dan klien yang berfokus kepada pendidikan semula
seseorang.Tujuan   asas   psikoterapi   ialah   membolehkan   klien   mendapat   persepsi   yang
jelas, mencapai celik akal dalam kehidupan seharian dan menangani perasaan yang kuat
yang berpunca daripada peristiwa lampau dalam hidup klien.

3.0 Perbezaan Kaunseling, Bimbingan , dan Psikoterapi

Bimbingan membantu individu membuat pilihan menurut nilai dirinya,manakala
kaunseling membantu individu membuat perubahan.

Kaunseling   berfokus   untuk   memupuk   kemahiran   daya   tindak   (   coping   skills   )


untuk memudahkan perkembangan  dan mencegah masalah klien  manakala psikoterapi
bermatlamat untuk membantu klien menyelesaikan masalah yang muncul akibat anxiety
dan depresi.

Masalah yang dihadapi klien dalam sesi kaunseling melibatkan  masalah  dalam


perhubungan dan kerjaya namun, psikoterapi pula berkaitan bantuan terapi kepada klien
yang mempunyai masalah yang lebih kompleks yang memerlukan prosedur diagnosis.

Matlamat dalam proses kaunseling lebih kepada jangka pendek yang dijalankan di
sekolah,   pusat   agama,   dan   klinik   kesihatan   mental   yang   menggunakan   pendekatan
kaunseling.Psikoterapi   pula   bermatlamat   jangka   panjang   yang   dijalankan   di   Pusat
Kesihatan   Mental   atau   Hospital   dan   menggunakan   pendekatan   psikoteraputik   iaitu
melibatkan proses proses dan tidak sedar.

4.0 Bagaimana kaunseling bekerja?

4.1 Matlamat Kaunseling

Mengajar klien bertanggungjawan ke atas dirinya.Melalui proses kaunseling, klien diajar
untuk   bertanggungjawab   ke   atas   dirinya.Jika   masalah   yang   timbul,   klien   yang
bertanggungjawab dan tidak akan menyalahkan sesiapa.

Membaiki imej diri yang negatif.Kaunselor akan membantu klien untuk membentuk imej
yang   positif.Imej   yang   negatif   merupakan   halangan   dalam   diri   klien   dan   klien   akan
belajar memupuk ciri­ciri yang baik.

Membimbing   klien   mencari   dan   memupuk   sumber   dalaman.Kaunseling   akan


menyedarkan manusia bahawa setiap manusia mempunyai kelebihannya sendiri.

Selain   itu,   kaunseling   membantu   klien   menjadi   lebih   proaktif.Kaunselor   akan


membimbing klien  supaya menyedari bahawa hidup ini  static.Apa yang  penting klien
perlu berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Menurut Carl Rogers, individu mempunyai harga diri dan penghormatan diri, cenderung
ke arah kesempurnaan kendiri dan manusia itu baik serta boleh dipercayai.
5.0 Sejarah Perkembangan Kaunseling di Malaysia

Sejarah   perkembangan   kaunseling   di   Malaysia   bermula   pada   tahun   1910   apabila


Dr.W.F.Samuels,seorang   pakar   psikiatri,   di   bawah   Kerajaan   British   yang   memerintah
Malaysia   pada   masa   itu   mendirikan   sebuah   hospital   sakit   jiwa   di   Tanjung
Rambutan,Perak.Dahulu   hospital   ini   dikenali   sebagai   Federal   Lunatic   Asylum,   yang
sekarang ini dikenali sebagai Hospital Bahagia Ulu Kinta.

Pada   tahun   1963,R.K.   MacKenzie   melatih   guru   panduan   yang   terdiri   daripada   11
penolong   pengelola   sekolah   dan   menghasilkan   risalah­risalah   panduan.Beliau   adalah
perunding Rancangan Colombo yang ditempatkan di Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM).Pada   tahun   1968   buku   panduan   dalam   bahasa   English Guidance   services   in
school diterbitkan.

Unit Panduan Pelajaran dan Kerjaya ditubuhkan di Educational Planning and Research
Division, Kementerian Pendidikan pada tahun 1963.Unit ini kemudiannya dipindahkan ke
bahagian   sekolah­sekolah   pada   tahun   1973.Pada   tahun   1964,Kementerian   Pendidikan
mengeluarkan   surat   Pekeliling,KP   5209/33/(4)   dengan   perakuan   :   tiap­tiap   sekolah
rendah dan menengah melantik seorang Guru Bimbingan,Guru Bimbingan dikurangkan
tugas pengajaran kepada 25 waktu mengajar seminggu dan   panduan tugas­tugas Guru
Bimbingan diberikan.

Kemudiannya,perkhidmatan   kaunseling   disediakan   di   Institusi   Pengajian   Tinggi   pada


tahun   1969   di   Institut   Teknologi   Mara   (ITM)   dan   Universiti   Malaysia.Universiti
Kebangsaan Malaysia pula menawarkan perkhidmatan kaunseling di Unit Rundingcara
pada  tahun  1973  dan  Jabatan  Penjara  Seremban  memulakan   perkhidmatan  kaunseling
pemulihan   dadah   pada   tahun   1978.Bermula   pada   tahun   1980,Maktab   Perguruan   Ilmu
Khas menawarkan kursus persijilan kaunseling secara sepenuh masa.

Pemantapan perkhidmatan kaunseling bermula pada tahun 1990 hingga 2000.Pada tahun
1992,Unit Kaunseling dan Psikologi di Jabatan Perkhidmatan Awam Kerajaan Malaysia
ditubuhkan dan menawarkan perkhidmatan psikologi secara sukarela atau rujukan.Akta
Kaunselor   580  pula  telah   diluluskan   oleh   Parlimen   Kerajaan   Malaysia   dan  Lembaga
Kaunselor   diwujudkan   di   bawah   naungan   Kementerian   Perpaduan   Negara   dan
Pembangunan Masyarakat pada tahun 1998.Kaunselor yang berkelayakan di bawah Akta
580   dikehendaki   berdaftar   dengan   Lembaga   Kaunselor   untuk   tujuan   pendaftaran   dan
perakuan amalan.

6.0Anggapan yang salah tentang kaunseling

Kaunseling bukanlah nasihat atau cadangan sebaliknya adalah proses pertolongan yang
berasaskan   prinsip   psikologi.Kaunseling   juga   bukanlah   pemberi   maklumat   walaupun
pemberian maklumat mungkin ada dalam kaunseling

Kaunseling   tidak   mempengaruhi   tingkah   laku   dengan   memberi   ungutan,paksaan   atau


amaran.Keadaan ini bertepatan dengan prinsip dalam kaunseling iaitu penerimaan tanpa
syarat.

7.0 Rumusan

Kaunseling   meliputi   pelbagai   pengkhususan,   termasuk   kaunseling   sekolah   atau


kolej,   keluarga,   perkahwinan,   kaunseling   pemulihan   akhlak,   dan   kaunseling
kerjaya.Setiap pengkhususan ini memerlukan pendidik dan pengalaman khusus.Walaupun
begitu,untuk menjadi pakar dalam bidang­bidang pengkhususan ini mereka perlu terlebih
dahulu memenuhi keperluan asas sebagai pengamal umum sebagai kaunselor profesional.

Kesimpulannya   ,   kaunseling   adalah   satu   profesion   yang   memberi   pertolongan


kepada klien berasaskan kepada ilmu­ilmu psikologi.Kaunseling dijalankan oleh individu
bersama   dengan   individu   yang   boleh   berfungsi   dengan   baik.Kaunselor   juga   bekerja
berdasarkan pendekatan teori kognitif, tingkah laku, dan emotif.Teori –teori ini diaplikasi
dalam kaunseling individu,kaunseling kelompok atau keluarga.

Anda mungkin juga menyukai