Anda di halaman 1dari 9

Isi kandungan

Kriteria pemilihan sebuah computer untuk seorang guru. ........................................................... 1

1.0. Pengenalan.................................................................................................................. 1

2.0. Komponen utama sistem komputer. ............................................................................. 1

2.1. Unit pemprosesan pusat (CPU) ................................................................................ 1

2.2. Ingatan ..................................................................................................................... 2

2.3. Storan ...................................................................................................................... 3

2.4. Peranti Masukan dan Keluaran ................................................................................ 3

2.5. Perkakasan (hardware) ............................................................................................ 4

3.0. Perisian computer ........................................................................................................ 5

4.0. Kelebihan lain computer .............................................................................................. 6

5.0. Rumusan ..................................................................................................................... 6

6.0. Perbandingan HP14-am031TU dengan computer yang lain. ....................................... 7

Rujukan...................................................................................................................................... 8

i
Kriteria pemilihan sebuah computer untuk seorang guru.

1.0. Pengenalan
Komputer merupakan peralatan elektronik yang menggunakan isyarat berdigit untuk untuk
menerima dan memproses data mengikut set arahan dalam storan dan menghasilkan arahan
dalam storan dan menghasilkan maklumat yang diperlukan pada peranti komputer (Salwani M.
D, Fariza S. H., Liza A. L, Morina A., Kamarudin T., Rasli A. G., 2003). Dengan adanya
komputer, semua urusan harian dapat dilakukan denagan lebih mudah dan pantas. Dalam
perhubungan sejagat, komputer memainkan peranan yang penting. Hal ini dapat dilihat apabila
maklumat dapat dihantar dan diterima dengan mudah ditambah pula dengan penggunaan
internet.

Bagi pemilihan computer untuk seorang guru terdapat beberapa kriteria yang perlu
untuk diteliti agar computer yang dipilih bersesuaian dengan kegunaan guru. Komputer yang
sesuai untuk seorang guru merupakan sebuah komputer riba. Ini kerana komputer riba
merupakan komputer yang boleh dibawa ke mana saja dan bersaiz kecil berbanding komputer
meja (desktop). Ianya juga muda dikendalikan dan hanya digunakan secara individu. Oleh itu,
komputer riba yang sesuai ialah model HP14-am031TU. Model ini merupakan model keluaran
terbaru dari HP dana mat sesuai untuk guru. Dengan harga serendah RM 1599, sudah tentu
berpatutan oleh seorang guru.

2.0. Komponen utama sistem komputer.

2.1. Unit pemprosesan pusat (CPU)


Menurut Dayang (2014), komponen computer terdapat 5 bahagian. Bahagian yang pertama
ialah Unit Pemprosesan Pusat (CPU). CPU berfungsi untuk memproses data mengikut atur
cara yang diperlukan oleh pengguna. Computer ini menggunakan Intel® Core™ i3-5005U
(2GHz, 3MB cache, 2cores) 64-bit. Keupayaan computer ini untuk memproses maklumat begitu
pantas kerana mempunyai kelajuan jam sebanyak 2GHz. Ditambah pula dengan kemampuan
cache computer yang begitu baik, membuatkan prestasi computer ini melaksanakan arahan
dengan begitu lancar dan berkesan. Computer ini berupaya untuk memproses maklumat
sebanyak 64-bit data sekaligus dalam sesuatu masa. Dengan kepantasan yang mampu
dilakukan oleh computer ini, sudah tentu guru tersebut mampu untuk melaksanakan kerja yang

1
dilakukan dengan pantas dan mudah. Oleh itu, beliau tidak membazir masa dengan melakukan
perkara yang tidak efektif.

2.2. Ingatan
Selain itu, sesebuah computer memerlukan ingatan untuk berfungsi dengan baik.Ingatan
komputer boleh diibaratkan seperti otak manusia. di mana ingatan merupakan tempat untuk
menyimpan data dan arahan. Ingatan juga merupakan storan dalam komputer di mana data
akan disimpan dan diproses mengikut arahan yang telah ditetapkan memori penting untuk
memastikan tahap kelajuan komputer di tahap yang optimum. Oleh itu data dapat diakses
dengan cepat.

Dalam sesebuah computer ingatan terdapat dua jenis iaitu RAM (Random Access
Memory) dan ROM (Read Only Memory). Kedua-duanya mempunyai fungsi yang agak sama
iaitu mengandungi data atau arahan yang akan digunakan oleh pemproses untuk
melaksanakan tugasan. RAM boleh menyimpan data secara sementara. CPU secara langsung
boleh akses data yang disimpan dalam ingatan utama. Kelajuan sistem akan meningkat
dengan peningkatan dalam kapasiti RAM. RAM yang besar bermakna fail boleh dimuatkan
dalam simpanan sementara. Dengan memuatkan banyak fail dalam memori membantu CPU
untuk akses fail yang diperlukan pada kelajuan yang cepat (James, 2013). RAM adalah tidak
menentu dan memerlukan sumber kuasa yang berterusan untuk menyimpan maklumat. Apabila
kuasa hilang atau dimatikan, cip RAM akan kehilangan maklumat yang disimpan di dalamnya.

ROM menyimpan data secara kekal. Data yang telah disimpan dalam ROM hanya
dibaca tetap tidak boleh diubah atau dihapus. Data yang disimpan dalam ROM tidak akan
hilang walaupun komputer dimatikan (Salwani M. D, Fariza S. H., Liza A. L, Morina A.,
Kamarudin T., Rasli A. G., 2003). ROM juga sejenis ingatan yang memegang rutin startup
komputer dan lain-lain maklumat sistem asas. ROM terletak di dalam litar bersepadu tunggal
dan biasanya cip besar yang dipasang ke dalam motherboard itu. ROM bersifat kekal dan tak
meruap (Parsons, J.J. and Oja, D., 2012).

Bagi computer HP 14-am031TU mempunyai RAM jenis 4GB DDR3L SDRAM (1DIMM).
Disebabkan saiz sebesar 4GB, ia mampu menyimpan data yang banyak. Selain itu, sistem
computer ini akan meningkat dari segi kelajuannya. Oleh itu, guru boleh menyimpan data yang
banyak serta melakukan tugasnya dengan waktu yang singkat. Tahap pencapaian computer
dalam menerima data berada dalam kemampuan yang terbaik.

2
2.3. Storan
Storan merupakan peranti yang paling penting di mana semua data akan disimpan. Storan
adalah ruang ingatan pada sesebuah komputer. Ia merupakan peranti elektronik yang
digunakan untuk menyimpan data atau maklumat yang boleh digunakan pada bila-bila masa.
Storan komputer diukur dalam bait, kilobait (KB), megabait (MB), gigabait (GB) dan terabytes
semakin (TB). Satu bait adalah satu aksara maklumat, dan terdiri daripada lapan bit (atau lapan
1 digital atau 0 ini). Secara teknikal kilobait adalah 1024 bytes, megabait 1024 kilobytes,
gigabyte 1024 megabait dan terabyte 1024 gigabait.

Storan bagi sesebuah komputer terdiri daripada storan primer dan sekunder. Storan
primer dikenali sebagai ingatan dalaman yang terdiri daripada RAM dan ROM. Storan sekunder
pula ialah storan luaran seperti cakera padat dan ingatan ibu jari (thumb memory). Dengan
menggunakan storan sekunder, data daripada ingatan komputer boleh dimasukkan ke dalam
storan sekunder. Dengan itu, ruang storan primer komputer akan menjadi lebih besar. Ini boleh
meningkatkan prestasi komputer.

Hardisk computer ini mampu menyimpan maklumat sebanyak 500GB (5400RPM). 500
GB merupakan saiz yang sesuai digunakan oleh seorang guru ini kerana data yang perlu
disimpan tidaklah begitu besar seperti seorang pereka video. Dengan kualiti ROM yang
sedemikian, guru tersebut mampu melakukan tugas dengan pantas kerana maklumat yang
diproses mempunyai 5400RPM. Oleh itu, data yang akan diproses hanya mengambil masa
yang singkat untuk dilaksanakan. Ia hanya mengambil masa dalam beberapa detik untuk
diproses. Oleh itu, guru tersebut mampu melakukan tugas yang diperintah kepadanya dalam
masa yang pendek.

2.4. Peranti Masukan dan Keluaran


Data yang dimasukkan ke komputer merupakan peranti input dan akan diproses oleh CPU
(Salwani M. D, Fariza S. H., Liza A. L, Morina A., Kamarudin T., Rasli A. G., 2003). Antara
contoh peranti input ialah papan kekunci, tetikus, pengimbas dan kayu ria. Sebagai contoh,
papan kekunci digunakan untuk menaip. Setiap huruf yang ditaipkan akan dipaparkan di layar
monitor. Setiap kekunci yang ditekan akan mengaktifkan arahan yang telah ditetapkan oleh
kekunci tersebut. Antara contoh kekunci tersebut ialah F1 hingga F2.

Disebabkan computer ini menyediakan beberapa port Universal Serial Bus (USB), guru
boleh menggunakan tetikus yang boleh memudahkan tugas guru. tambahan pula terdapat port
USB yang berteknologi tinggi iaitu jenis 3.0. ini membolehkan data yang dimasukkan dari

3
pendrive akan dimasukkan dengan kepantasan yang menakjubkan. Hal ini menyebabkan guru
lebih mudah untuk melaksanakan tugasnya dengan baik. Selain itu, guru bolehlah
menyambungkan pencentak kepada computer untuk mencetak maklumat yang diingini dari
computer.

Manakala data yang telah diproses dan diolah oleh CPU pula akan dihantar ke peranti
keluaran ataupun lebih dikenali sebagai output. Ianya juga merupakan sebarang persisian yang
menerima data dari komputer, biasanya untuk paparan, unjuran, atau pengeluaran semula
fizikal. Data yang diinput menerusi peranti input perlu diproses oleh komputer supaya berada
dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin sehingga peranti output menukarkannya ke bentuk
yang boleh dibaca oleh manusia. Antara contoh peranti output ialah monitor, pencetak,
pembesar suara, projector dan pemplot. Semua peranti tersebut akan menghasilkan sesuatu
data bebentuk fizikal dan membolehkan manusia untuk menggunakannya.

Computer ini menyediakan Higher Definition Multimedia Interface (HDMI) dan juga VGA.
Ini membolehkan guru menggunakan projector untuk memaparkan maklumat semasa proses
pembelajaran dan pengajaran di kelas. Oleh itu, para pelajar akan lebih tertarik dengan proses
pdp yang dijalankan oleh guru tersebut. Tambahan pula, port untuk pembesar suara disediakan
oleh computer ini. Ia membolehkan guru untuk menayangkan video agar pelajar dapat belajar
dengan kaedah yang terbaik sekaligus mendekatkan pelajar dengan dunia luar.

2.5. Perkakasan (hardware)


Perkakasan komputer dapat dilihat, disentuh dan boleh digerakkan. Secara kasar, perkakasan
dapat dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu peranti masukan, peranti keluaran, peranti proses
dan storan. Bahagian dalam komputer seperti RAM, CPU dan hardisk merupakan perkakasan
yang penting untuk komputer dapat beroperasi dengan baik. Selain itu, cd-rom juga merupakan
satu perkakasan yang amat diperlukan dalam sesebuah computer. Ia berfungsi sebagai peranti
untuk menyimpan data ke storan sekunder serta membolehkan memain CD muzik atau DVD.
Computer ini mempunyai peranti cd-rom berjenis SuperMulti DVD burner yang boleh
menyimpan data ke dalam cakera padat yang pelbagai jenis. Ia boleh menyimpan data jenis
muzik, video dan maklumat. Oleh itu, guru bolehlah melakukan penyimpanan data yang penting
dengan mudah.

Seterusnya power supply yang berfungsi untuk mengalirkan elektrik ke seluruh


computer. Power supply computer ini menggunakan teknologi tinggi dan menjimatkan tenaga

4
iaitu hanya menggunakan sebanyak 45W AC sahaja. Dengan mempunyai 4 sel bateri dan jenis
41 Wh Li-ion, computer ini mampu berfungsi dengan masa yang agak lama dan berkualiti.

Perkakasan yang terpenting oleh sebuah computer ialah monitor. Ini kerana monitor
berfungsi untuk memaparkan maklumat yang diingini. Oleh itu computer HP14-am031TU ini
monitornya berukuran 14inci. sudah pasti sangat baik untuk sesebuah komputer. Komputer ini
menggunakan Intel HD Graphics 5500. Ianya keluaran terkini dan memaparkan gambar yang
berkualiti serta Kebezajelasannya sebanyak 1366×768. Oleh itu, paparan skrin komputer ini
berada dalam standardnya tersendiri dan dapat memuaskan guru tersebut untuk melakukan
tugasnya.

3.0. Perisian computer


Perisian (software) komputer juga merupakan salah satu komponen utama sistem komputer. Ia
adalah data dan program komputer. Berperanan sebagai sebuah program iaitu arahan yang
hanya difahami oleh komputer dan memastikan perkakasan dapat berfungsi dengan baik. Ia
amat penting untuk memastikan pengguna dapat berinteraksi dengan perkakasan. Perisian
dapat dikategorikan kepada tiga iaitu sistem operasi (operating system), dan sistem aplikasi
(applicaton system) (Kishore, 2012)

Manakala perisian komputer pula mempunyai sistem operasi, dan sistem aplikasi (Nath,
2012). Sistem operasi sangat penting kerana ia merupakan satu set arahan pengaturcaraan
asas kepada perkakasan komputer. Ianya juga membentuk satu lapisan kod pengaturcaraan di
mana kebanyakan fungsi komuter lain dibina (Palmer, M. and Walters, M., 2012). Disebabkan
arus kemodenan semakin berkembang, sistem operasi semaking maju. Pada September 2016,
IOS10 baru dilancarkan bagi mengantikan IOS 9. Manakala bagi komputer yang menggunakan
sistem operasi Windows, Windows10 baru dilancarkan pada pertengahan 2016 bagi
menggantikan Windows 8.1.

Dengan mengikut perkembangan teknologi semasa, maka computer HP14-am031TU


ini menggunakan sistem operasi Windows 10 yang baru dilancarkan. Perkembangan Windows
10 ini membuatkan computer guru dapat memasukkan pelbagai aplikasi dan data yang terkini
dan moden. Dengan itu, setiap tugasan yang dilakukan oleh guru berada dalam standard yang
tersendiri dan berteknolgi tinggi.

Sistem aplikasi digunakan oleh pengguna untuk melakukan tugas yang dikehendaki.
Selalunya pengguna akan memasang aplikasi mengikut kegunaan masing-masing. Aplikasi
termasuklah pemprosesan perkataan, spreadsheet, adobe photoshop dan Notpad. Guru

5
tersebut bolehlah merujuk dilaman web Perisian Aplikasi bagi memperoleh aplikasi yang
diingini. Selain itu, guru bolehlah sentiasa meng’update’ aplikasi yang telah dimasukkan
mengikut peredaran masa.

4.0. Kelebihan lain computer


HP14-am031TU ini juga menyediakan pelbagai kemudahan yang boleh digunakan oleh guru
secara teliti dan cermat. Computer ini hanya seberat 1.9kg dan berdimensi 34.54 x 24.15 x 2.39
cm. ianya merupakan berat yang bersesuai untuk seorang guru untuk menggunakan nya.
Tambahan pula, dengan dimensi yang tidak begitu besar akan memudahkan guru untuk
membawanya ke mana-mana sahaja. Komputer ini didatangkan dengan pelbagai warna yang
menarik iaitu hitam, putih dan merah. Dengan itu, guru terseut bolehlah memilihnya mengikut
kegemarannya.

Guru tersebut juga tidak perlu bimbang jika computer ini mangalami sebarang
kerosakan dan masalah. Ini kerana computer ini mempunyai waranti selama 1 tahun. Oleh itu,
guru tersebut bolehlah membaikinya dalam tempoh yang ditetapkan. Tambahan pula, computer
ini diberikan beg percuma yang mempunyai ciri keselamatan agar computer tidak mengalami
sebarang kerosakan. Beg tersebut merupakan rekaan terkini daripada HP dan mempunyai
warna yang menarik dan berkualiti. Dengan beg tersebut, guru bolehlah menyimpan computer
tersebut dan boleh digalas dengan mudah.

5.0. Rumusan
Setelah diteliti dan dikaji, maka computer yang bersesuain dengan guru tersebut ialah computer
model HP14-am031TU yang baru dikeluarkan pada pertengahan tahun 2016. Dengan
spesifikasi yang menarik dan terkini jadi computer ini amat bersesuain dengan guru tersebut.
Tambahan pula, banyak maklum balas yang positif diberikan oleh pengguna yang telah
membeli computer keluaran HP.

Oleh itu, guru tersebut sewajarnya memilih computer HP14-am031TU ini untuk kegunaannya
dan dapat memudahkan segala tugasan yang diberikan. Selain itu, computer ini amat mudah
dikendalikan dan mesra pengguna membolehkan guru tersebut akan cepat mahir untuk
menggunakan computer ini. Ditambah pula, pihak HP ada memberik buku untuk dijadikan
pembimbing agar memudahkan guru tersebut mudah untuk menggunakan computer ini dengan
baik.

6
6.0. Perbandingan HP14-am031TU dengan computer yang lain.

HP14-am031TU Aspire ES1-131


Keluaran HP ACER
Sistem operasi Windows 10 Home 64 Windows 10
Unit Pemprosesan Intel® Core™ i3-5005U (2 Intel® Celeron® N3060 1.60
GHz, 3 MB cache, 2 cores) GHz Dual-core (2 Core™)
Ingatan 4 GB DDR3L-1600 SDRAM 4 GB DDR3L SDRAM
(1 x 4GB)
Storan 500 GB 5400 rpm SATA 500 GB Serial ATA
SuperMulti DVD burner
Paparan dan grafik 14" diagonal HD SVA 29.5 cm (11.6") Active Matrix
BrightView WLED-backlit TFT Colour LCD (1366×768)
(1366 x 768) Intel® HD Graphics 400
Integrated: Intel HD Graphics DDR3L SDRAM
5500

Enterface Port 1 VGA 1 HDMI


1 HDMI 1 USB 2.0
1headphone/microphone 1 USB 3.0
combo Network RJ-45
2 USB 2.0
1 USB 3.0
1 RJ-45

Bateri 4 cells 3 cells


41 Wh Li-ion Lithium Ion (Li-Ion)
3500 mAh
Power Supply 45 W AC power adapter 45 AC power adapter
Demensi dan Berat 34.54 x 24.15 x 2.39 cm 21.2×2.11×2.91 cm
1.94 kg 1.25 kg
Waranti 1 tahun Tiada

7
Rujukan
James, K. (2013). Computer Hardware: Installation, Interfacing, Troubleshooting and
Maintenance. New Delhi: PHI Learning.

Kishore, K. (2012, Disember 5). Software and their function :How they work ? Retrieved from
IndianStudyChannel.com: http://www.indiastudychannel.com/experts/28423-Software-
their-function-How-they-work.aspx

Nath, T. D. (2012). Software and their function :How they work ? Retrieved from
indiastudychannel.com: http://www.indiastudychannel.com/experts/28423-Software-
their-function-How-they-work.aspx

Palmer, M. and Walters, M. (2012). Guide to Operating Systems. Boston: Cengage Learning.

Parsons, J.J. and Oja, D. (2012). Computer Concepts: Illustrated Introductory. Boston: Cengage
Learning.

Salwani M. D, Fariza S. H., Liza A. L, Morina A., Kamarudin T., Rasli A. G. (2003). Pengajian
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai