Anda di halaman 1dari 6

Selamat sejahtera ,Dr.

Wong dan rakan sekalian,

Menurut Chua Yan Piaw (2014) kepentingan sesuatu kajian memberi implikasi yang besar
dalam memperbaiki sesuatu masalah atau situasi bagi kajian yang dijalankan. Pengkaji boleh
menganalisis sesuatu masalah dengan jelas, terperinci dan tepat tentang sesuatu isu, komen,
dapatan mahupun cadangan-cadangan berkaitan.Dalam penulisan bahagian ini, penyelidik
perlu menjelaskan sumbangan sesuatu kajian yang akan dilaksanakan terhadap sesuatu bidang
yang dikaji.

TOPIK PENYELIDIKAN YANG AKAN DIJALANKAN OLEH SAYA:


HUBUNGAN ANTARA MOTIVASI PEMBELAJARAN, GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN
AKADEMIK MURID SEKOLAH RENDAH.

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara motivasi pembelajaran, gaya
pembelajaran dengan pencapaian akademik murid sekolah rendah.
Hasil kajian ini dapat mengenal pasti tahap motivasi pembelajaran dan gaya pembelajaran
dengan pencapaian akademik di kalangan sekolah rendah.

Selain daripada itu, hasil kajian ini diharapkan dapat membantu para guru untuk merancangkan
strategi program-program berbentuk motivasi dan galakan sebagai salah satu usaha untuk
meningkatkan motivasi pembelajaran dan pencapaian akademik di kalangan sekolah
rendah.Sekiranya tahap motivasi pembelajaran murid dapat ditingkatkan, ia juga dapat
membantu dalam meningkatkan prestasi akademik murid.

Tambahan pula, hasil kajian ini turut mendapatkan perhatian pihak berkuasa dalam bidang
Pendidikan seperti Bahagian Pembangunan Guru untuk memberi maklumat atau menawarkan
kursus, latihan atau bengkel yang berkaitan kepada para guru. Dengan menyertai kursus yang
ditawarkan,dapat membantu guru mempelbagaikan program-program motivasi dan galakan
justerunya dapat meningkatkan lagi motivasi pembelajaran dan pencapaian akademik di
kalangan sekolah rendah.
PENYATAAN MASALAH
Pernyataan masalah merupakan
- isu atau masalah yang ingin dikaji dalam penyelidikan.
-diperoleh melalui pembacaan, pemerhatian dan temu bual yang dijalankan.
- juga boleh diperoleh melalui penelitian dokumen dan soal selidik.
- penyelidik perlu menerangkan konsep-konsep yang digunakan dalam kontek penyelidikan
yang dijalankan bukannya secara umum.

TOPIK PENYELIDIKAN YANG AKAN DIJALANKAN OLEH SAYA:


HUBUNGAN ANTARA MOTIVASI PEMBELAJARAN, GAYA PEMBELAJARAN DENGAN
PENCAPAIAN AKADEMIK MURID SEKOLAH RENDAH.
Motivasi Pembelajaran ialah suatu proses untuk menggalakkan sesuatu tingkah laku supaya
dapat mencapai matlamat-matlamat yang tertentu.
Menurut Slavin (2006), gaya pembelajaran merujuk kepada perbezaan cara-cara individu
belajar, yang mana individu belajar pelbagai cara pembelajaran tetapi menggunakan hanya cara
yang sesuai dengan diri mereka.
Pencapaian akademik lebih berfokus kepada gred yang diperolehi oleh seseorang murid dalam
peperiksaan yang diduduki.Sekiranya seseorang murid itu mencapai gred yang baik bermakna
mereka mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan sebaliknya.

Gaya pembelajaran memainkan peranan yang besar dalam menentukan tahap pemahaman
seseorang pelajar yang mengikuti pengajian atau bidang yang diceburinya. Ini kerana melalui
gaya pembelajaran yang diamalkan, ia akan membantu mereka mengenal pasti corak atau
strategi yang sesuai digunakan untuk mencapai tahap akademik yang lebih baik. Namun begitu,
fenomena yang dapat dilihat adalah terdapat segelintir pelajar yang masih mengalami
kekeliruan untuk mengadaptasikan gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan kemampuan
diri. Malah, ramai antara mereka memilih untuk meniru gaya pembelajaran rakan-rakan
sekeliling. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti jenis gaya
pembelajaran yang dominan serta jenis motivasi dan juga melihat sama ada wujudnya
perbezaan di antara setiap jenis gaya pembelajaran dan motivasi ke atas pencapaian akademik
di kalangan murid-murid sekolah rendah.
SKALA LIKERT

 Skala Likert adalah skala yang dapat digunakan untuk mengukur:-


i) Sikap
ii) Pendapat
iii) Persepsi seorang atau sekelompok orang mengenai gejala atau fenomena pendidikan.
 Dalam skala ini, terdapat 2 bentuk skor pertanyaan iaitu positif dan negatif.
 Skor pertanyaan negatif dimulai dari nombor 1 untuk Sangat Tidak Setuju (STS), 2 untuk Tidak
Setuju (TS), dan 3 untuk Tidak Pasti
 (TP).
 Skor pertanyaan positif dimulai dari nombor 4 untuk Setuju (S), dan 5 untuk Sangat Setuju (SS).

Contoh:

NO. PERKARA STS TS TP S SS


1 2 3 4 5
1. Saya berpendapat kursus ini
membantu saya belajar 1 2 3 4 5
pengaturcaraan dengan baik.
2. Bla..bla..bla… 1

Anda mungkin juga menyukai