Anda di halaman 1dari 6

Rancangan Aktiviti Persatuan Matematik 2018

Permainan

Aktiviti 1: Tutup dan teka

Umur: Tiada had umur (terpulang kepada guru tersebut)


Had masa: Tiada hadnya
Ramai pemain: Tiada hadnya
Objektif
Membantu murid-murid mempelajari bentuk-bentuk bongkah dan mengenali ciri-ciri
bentukyang diberi
Membantu menggunakan imiginasi murid-murid tentang keadaan bentuk bongkah
ABM:
i) Kain penutup mata
ii) Bentuk-bentuk konkrit
iii) Lagu Matematik ‘kubus, kuboid dan silinder’

Cara permainan:
1) Guru menutup mata murid-murid dengan menggunakan sehelai kain
2) Guru akan memainkan muzik lalu memberikan bentuk-bentuk bongkah kepada
murid-murid
3) Kemudian murid-murid akan menyerahkan bentuk-bentuk bongkah kepada teman
mereka
4) Setelah muzik berhenti, setiap murid akan menerima bentuk bongkah yang
disediakan
5) Murid-murid perlu meneka bentuk bongkah yang ada di tangan mereka dan juga
menyatakan apakah ciri-ciri bentuk bongkah tersebut

Aktiviti 2: SMS Dalam Botol

Umur: Tiada had umur


Had masa: Tergantung kepada aktiviti yang dijalankan
Ramai pemain: Tiada hadnya

Objektif:
1) Membantu murid-murid untuk memilih warna dan anggaran jumlah gula-gula di
dalam botol (sedikit dan banyak)
2) Soalan Matematik yang berunsurkan puisi akan membantu murid-murid untuk
berfikiran secara meluas
ABM:
i) Botol-botol kosong berisikan gula-gula
ii) Bola kecil
iii) Soalan-soalan Matematik dalam bentuk puisi

Cara permainan:
i) Ia seperti permainan boling
ii) Botol yang tumbang akan menjadi soalan yang diajukan
iii) Murid-murid perlu mengundi sebelum memulakan permainan ini

Aktiviti 3: Cari Harta Halal

Umur: Tiada hadnya


Had masa: Tiada hadnya
Ramai pemain: Tiada hadnya
Objektif:
• Menggunakan ketangkasan mental untuk memecahkan kiasan yang terdapat
dalam puisi Matematik
• Mengenal pasti dengan betul ciri-ciri bentuk yang dimahukan
ABM:
i) Soalan-soalan Matematik
ii) Benda-benda sebagai ‘harta’ yang dicari
iii) Lagu
iv) Puisi mengenal bentuk

Cara permainan:
i) Guru memberi soalan dalam bentuk puisi, murid-murid perlu mendengar
dengan teliti
ii) Murid-murid mencari harta karun yang disembunyikan di dalam/tepi bentuk
yang terpilih .

Aktiviti 4: Putarrebut
Umur: Tiada had
Had masa: Tiada had
Ramai pemain: Tiada had
Objektif:
• Membantu dalam pergerakan anggota badan murid-murid kerana dikehendaki
jalan berputar
• Menguji minda murid-murid dalam membuat strategi sendiri untuk merebut tempat
duduk
ABM:
i) Kerusi
ii) Lagu
iii) Soalan-soalan puisi Matematik

Cara permainan:
i) Lagu dimainkan dan murid-murid berputar mengelilingi kerusi yang disusun secara
bulatan
ii) Jumlah kerusi adalah kurang satu dari jumlah murid
iii) Apabila lagu berhenti, murid-murid hendaklah merebut tempat duduk
iv) Murid yang tidak mendapat kerusi akan didenda dengan soalan puisi Matematik
Aktiviti 5: Dadu Pecahan
Umur: 8 – 12 tahun
Had masa: Terpulang kepada peringkat murid-murid yang ikut serta
Ramai pemain: Tiada had
Objektif:
• Murid-murid akan belajar menyelesaikan pecahan secara pantas, ia juga
membantu murid-murid menggunakan mental dengan bijak
• Mendedahkan murid-murid tentang nombor 1 - 6
ABM:
i) Dadu
ii) Soalan-soalan mengenai pecahan
iii) Lagu Matematik ‘pecahan’

Cara permainan:
i) Murid-murid diarahkan untuk duduk secara bulatan
ii) Semasa muzik dimainkan, murid-murid hendaklah memberi dadu kepada kawan
mereka sehingga muzik tersebut berhenti
iii) Jika dadu itu berhenti pada murid A, dia perlu memilih nombor dari dadu tersebut
untuk mendengar soalan yang disediakan
iv) Jika murid A gagal menjawab, maka murid tersebut akan didenda dengan
menyanyikan sebuah lagu .

Aktiviti 6: Rebut Bentuk


Umur: 6 – 12 tahun
Had masa: Tiada had
Ramai permain: Tiada had
Objektif:
• Murid-murid akan dapat mengenal bentuk dan mampu meningkat kemahiran
mendengar
• Murid-murid akan merasa seronak dalam mempelajari mata pelajaran Matematik
ABM:
i) Gambar-gambar bentuk
ii) 3 jenis puisi yang mengambarkan bentuk tersebut dan mengenal bentuk

Cara permainan:
i) Gambar-gambar bentuk dilekat pada mana-mana tempat sama ada di atas lantai
ataupun di dinding
ii) Guru membacakan puisi dan murid-murid hendaklah mencari bentuk yang
dimaksudkan dalam puisi itu
iii) Murid yang paling cepat memijak/menyentuh bentuk itu dikira sebagai pemenang
Aktiviti 7: Gelek Beku
Umur: Tiada had
Had masa: Tiada had
Ramai pemain: Tiada had
Objektif:
• Membantu murid-murid dalam menyelasaikan masalah Matematik, tidak kira dari
segi teka-teki, puisi atau pun berlagu
ABM:
i) Lagu
ii) Soalan-soalan Matematik dalam bentuk teka-teki dan puisi

Cara permainan:
i) Murid berkumpul secara bebas
ii) Apabila lagu dimainkan, murid-murid dikehendaki menari
iii) Jika lagu berhenti, murid-murid tidak dibenarkan bergerak (mata, bibir dan
anggota-anggota badan yang lain)
iv) Jika ada murid yang pertama bergerak, dia akan didenda .

Aktiviti 8: Boneka Dan Lagu

Umur: Sesuai untuk kanak-kanak peringkat pra dan rendah bawah (6 – 8 tahun)
Had masa: Tergantung kepada lagu yang dimainkan
Ramai pemain : Tiada hadnya
Objektif:
• Murid-murid akan belajar mengenal nombor, pendaraban, dan sebagainya
tertakluk pada lagu yang dimainkan
• Ia juga membantu murid-murid menyedari kegunaan anggota badan seperti jari-
jemari
ABM:
i) Lagu Matematik ‘sifir 9’
ii) Boneka jari

Cara permainan:
i) Guru akan menunjukkan cara penggunaan boneka di jarinya, diikuti dengan lagu
matematik
ii) Setelah itu, galakkan murid-murid untuk ikut serta dalam aktiviti tersebut .

Aktiviti 9 : Permainan Zim Zam


Permainan ini amatlah menarik terutamanya, bagi pelajar yang ingin bantuan
memahami operasi darab. Peraturan permainan ini adalah mudah. Tetapi permainan
ini akan memastikan pemain dengan segera menganalisa nombor dalam beberapa
aspek. Permainan ini juga membantu membentuk ingatan jangka masa panjang
terhadap beberapa konsep operasi darab, melalui emosi yang terhasil semasa
bermain - perasaan gembira atau perasaan kecewa semasa mendapat jawapan
yang salah. Selain daripada itu, permainan ini boleh juga digunakan di kalangan
orang dewasa untuk menghilangkan perasaan segan dan kekok supaya mereka
mula bergaul mesra kecuali bagi orang dewasa mereka biasanya menghadapi lebih
banyak masalah memberi jawapan yang betul jika dibandingkan dengan kanak-
kanak semasa bermain permainan ini.
Untuk bermain "Zim Zam", anda memerlukan beberapa pemain. Para pemain
haruslah berdiri atau duduk dalam bulatan. Satu pemain akan dipilih untuk
memulakan permainan tersebut, setiap pemain akan mengambil giliran dalam
bulatan untuk bermain. Pemain akan memulakan permainan dengan mengatakan
salah satu nombor daripada nombor 1 sehingga nombor 99.( Dalam proses
pembelajaran di kelas, guru adalah digalakkan untuk memulakan permainan ini
daripada nombor 1.)
Pemain yang kedua mestilah mengatakan nombor yang berikutnya. Setiap
pemain mengambil giliran untuk mengatakan nombor yang seterusnya mengikut
jujukan tetapi Permainan ini akan menjadi menarik apabila,
Jika nombor itu ialah nombor yang boleh dibahagi dengan 5, pemain tersebut
tidak akan mengatakan nombor tersebut, sebaliknya dia akan mengatakan "ZIM!"
Selain itu, jika nombor itu mengandungi angka 5 , pemain tersebut mesti juga
mengatakan "ZIM!"
Jika nombor itu ialah nombor yang mengandungi angka 7 atau nombor itu
boleh dibahagi dengan 7, pemain mesti mengatakan "ZAM!"
Contohnya bagi nombor 35, pemain akan mengatakan "ZIM, ZIM, ZAM!"
kerana nombor itu mengandungi nombor 5, boleh dibahagi dengan 5 dan nombor itu
boleh dibahagi dengan tujuh.
Apabila "ZIM!" atau "ZAM!" dinyatakan, haluan permainan akan berbalik
(daripada lawan arah jam kepada ikut arah jam atau sebaliknya).
Pemain yang memberikan jawapan yang salah akan didenda. Contohnya
pemain yang telah memberi 3 jawapan yang salah tidak akan berpeluang untuk
bermain lagi.
Permainan ini akan menjadi semakin genting apabila nombor yang digunakan
telah melepasi nombor 49. Selepas itu, timbulnya cabaran bagi pemain untuk
memikirkan berapa banyak "ZIM!" dan "ZAM!" yang harus dikatakan dan setiap
pemain haruslah mengingati nombor yang telah dikatakan oleh pemain sebelumnya!
Contohnya,
46!
"ZAM!"
48
"ZAM!" "ZAM!" (49 adalah hasil darab 7 x 7)
"ZIM!" "ZIM!" "ZIM!" (50 boleh dibahagi dengan 5 sebanyak 2 kali dan nombor 50
mengandungi angka 5)
"ZIM!"
"ZIM!"
"ZIM!"
"ZIM!"(Nombor yang ke berapakah sekarang??)
"ZIM!" "ZIM!" "ZIM!" (55 boleh dibahagi dengan 5 dan mengandungi 2 angka 5)
"ZIM!" "ZAM"!
"ZIM!" "ZAM"!
"ZIM!"
"ZIM!"
"ZIM!"
61! (Nasib baik, kami tidak didenda)
62!
63!
Semua pemain mengatakan "kamu telah didenda!!!"
Selain daripada menggunakan nombor 5 untuk ZIM dan nombor 7 untuk ZAM,
anda boleh juga menggunakan nombor 7 untuk ZIM dan nombor 9 untuk ZAM. Ini
bergantung kepada anda yang mungkin ingin melatih pelajar mempelajari sifir 7 dan
9 di dalam kelas.
Jika anda ingin sesuatu yang lebih mencabarkan, anda boleh menggunakan
nombor yang mempunyai 3 angka yang berbeza. Contohnya, nombor 5 untuk "ZIM!",
nombor 7 untuk "ZAM!" dan nombor 9 untuk "ZAZA!".
Anda sebagai pengajar cubalah memberi cabaran kepada pelajar anda
supaya mereka akan memikirkan nombor yang paling "berzim" dan "berzam".

Anda mungkin juga menyukai