Tahun 6 Tema 1 Unit 1
Tahun 6 Tema 1 Unit 1
Ms vi
Pengenalan watak
Izuni membaca buku cerita manakala Pei Shan melakukan rujukan menggunakan kamus pelajar.
Ms1
Mendeklamasikan sajak
Melafazkan pantun
Ms2
1. Ragam ayat
(a) ayat aktif
(b) ayat pasif
Ragam Ayat
ayat aktif ayat pasif
Kami banyak melakukan aktiviti bersama- Banyak aktiviti yang kami lakukan bersama-
sama, ayah. sama, ayah.
Kami membaca beberapa buah buku cerita. Beberapa buah buku cerita kami baca.
Saya juga mengajar adik melukis. Adik juga saya ajar melukis.
Adik telah melukis dua keping gambar. Dua keping gambar telah dilukis oleh adik.
2. jenis ayat
(a) ayat penyata
(b) ayat perintah
(c) ayat tanya
(d) ayat seruan
Kata nama am
Islah, tolong buka pintu.
Kami membaca beberapa buah buku cerita.
Adik juga saya ajar melukis.
Adik telah melukis dua keping gambar.
Ayah, lihatlah lukisan Irfan.
Penjodoh bilangan
Doktor menasihati keluarga Irfan agar menghantar Irfan untuk mendapatkan rawatan dan
menjalani terapi. Selain itu, doktor turut menasihati keluarga Irfan agar tidak berputus asa,
bersemangat kental dan tabah menghadapi dugaan. Di samping itu, doktor juga menasihati
keluarga Irfan agar sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah Irfan kerana setiap penyakit pasti
ada ubatnya.
Syair tersebut menyatakan nilai kasih sayang seperti keluarga Irfan yang mengambil berat
akan masalah yang dihadapi oleh Irfan. Selain itu, syair tersebut turut memaparkan nilai
bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh keluarga Irfan. Mereka tidak mengabaikan Irfan
sebaliknya menghantar Irfan untuk berjumpa dan mendapatkan rawatan daripada doktor pakar
kanak-kanak. Di samping itu, syair tersebut juga menyatakan nilai kecekalan, ketabahan dan
kesungguhan keluarga Irfan yang tidak pernah berputus asa. Keluarga Irfan juga reda akan
masalah yang dihadapi oleh keluarga mereka.
Ms4
Adikku Istimewa
Aku mempunyai seorang adik lelaki yang bernama Irfan. Tidak seperti kanak-kanak
normal yang lain, Irfan telah disahkan menghidap disleksia. Disleksia merupakan sejenis
masalah pembelajaran yang merujuk kepada kesukaran untuk mengeja, membaca dan menulis.
Kami sekeluarga berasa bimbang, namun setelah mendapatkan nasihat doktor, kami
sekeluarga terutamanya ibu bapaku tidak berputus asa. Kami bersemangat kental dan tabah
menghadapi dugaan. Selain itu, kami juga sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah
pembelajaran yang dihadapi Irfan dan membela nasibnya.
Walaupun Irfan seorang kanak-kanak istimewa, namun dia mempunyai cita-cita untuk
menjadi seorang pelukis ternama apabila dewasa kelak. Dia ingin mengadakan pameran lukisan
untuk mempamerkan hasil karyanya. Untuk merealisasikan cita-citanya, Irfan kerap menyertai
pertandingan melukis dan mewarna. Selain itu, dia juga rajin melakukan latihan untuk
meningkatkan dan menambahbaik kemahiran mewarna dan melukis.
Encik Zakaria memandu sebuah kereta baharu yang berwarna merah. Kereta baharunya
mempunyai Sistem Pengesanan Global (GPS) yang membantunya mengesan lokasi dengan tepat.
Dalam perjalanan, mereka ternampak beberapa batang pohon yang rendang di sepanjang jalan.
Mereka juga melalui sebuah rumah tradisional Melayu yang tersergam indah.
Encik Zakaria memandu keretanya dengan berhati-hati melalui sebatang jalan yang
sunyi. Tidak banyak kereta di jalan kerana hari masih pagi. Dia melihat seutas jam tangan yang
dipakainya. Jam menunjukkan pukul lapan pagi. Jam tangan berwarna perang itu merupakan
hadiah pemberian isterinya. Untuk mengelakkan rasa bosan, Encik Zakaria dan keluarganya
berbual-bual sambil mendengar beberapa buah lagu yang diputarkan di radio.
Keluarga Islah tiba di Hutan Lipur Lata Bayu setelah menempuh dua jam perjalanan.
Setelah meletakkan kenderaan, mereka bergambar di pintu masuk kawasan hutan tersebut. Cuaca
pada hari itu sungguh cerah. Kelihatan beberapa gumpal awan putih berarak perlahan di ruang
langit biru. Sekawan burung terbang riang di angkasa seolah-olah menyambut kedatangan
keluarga Islah. Terdapat juga beberapa ekor monyet yang bergayutan di dahan pokok.
Selepas menjamu selera, Islah dan keluarganya bermandi manda di kawasan air terjun
tersebut. Walaupun mereka gembira berekreasi, namun mereka tidak lupa menjaga keselamatan
diri. Bak kata pepatah, “malang tidak berbau”. Percutian tersebut bukan sahaja menggembirakan
tetapi juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Islah dan Irfan berasa sungguh seronok
kerana dapat beriadah bersama-sama dengan keluarga mereka.