Anda di halaman 1dari 2

MANUAL DOA PERANG/OPERASI

‫بسما ا الرحمن الرحيما الحمد لسس رب العسسالمين والصسسلةا والسسسلما‬


‫على اشرف النأبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين‬
YA ALLAH Wahai Tuhan yang memiliki seluruh kesempurnaan dan ketinggian. Di hari
yang penuh dengan keberkatan ini kami berhimpun, kami rafa’kan doa dan kami
sembahkan permohonan agar Engkau berikan bantuan dan pertolongan kepada kami,
dalam mendepani sebarang kemungkinan sepanjang penugasan kami di kawasan
operasi.

YA ALLAH, Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang dengan keberkatan
asmaikal husna, wa sifatikal uzma Kami meletakkan sepenuh harapan agar pergerakan
kami ke medan operasi sentiasa dipayungi dengan rahmatMu Yang Maha Agung .
Tingkatkan semangat juang serta iltizam kami untuk menyempurnakan operasi ini
dengan segala keringat dan daya upaya kami, dalam memastikan operasi ini mencapai
objektif yang dirancangkan. Jadikanlah pengorbanan yang kami lakukan ini mendapat
limpahan ganjaran yang setimpal sesuai dengan penugasan yang dilakukan demi
keredhaanMu Ya Allah Ya Rabbal Alamiin.

YA ALLAH, Kami juga memohon kepadaMu agar diberi peliharaan keselamatan dan
kesihatan ke atas kami serta semua rombongan sekalian semoga dijauhkan dari segala
kesulitan mahupun kesusahan terutama semasa melaksanakan tugas yang telah
diamanahkan. Bekalkanlah kami dengan rahmat kebijaksanaan semoga kami dapat
melaksanakan tugas dengan penuh kecemerlangan untuk agama, bangsa dan negara
tercinta. Kukuhkanlah keimanan dan keyakinan serta permudahkanlah kerumitan-
kerumitan yang dihadapi dengan berkat hidayah dan inayah dariMu.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM,

Kami memohon keselamatan dan kesihatan jasmani kami, hindarilah kami daripada
segala mara bahaya sama ada besar mahupun kecil.
‫اللهققم اجعققل جمعنققا هققذا جمعققا مرحومققا وتفرقنققا مققن بعققده تفرقققا‬
‫معصوما‬
‫ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الخأرة حسنة وقنا عذاب النار‬
‫وصلي ا علي سيدنا محمد وعلي اله وصحبه اجمعين والحمققد لقق‬
‫رب العالمين‬

Anda mungkin juga menyukai