Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN/PENUTUP


KURSUS KREDIBILITI SMK ELOPURA 2 2015.

Terima kasih pengerusi majlis,

Yang Berusaha
Pengetua SMK Elopura2
PnP oh Siew Boon

Penolong Kanan Pentadbiran


Pn Noormah Bt Pannuh

Penolong Kanan Ko-Kurikulum


Pn Nor Azhariah Bt Taman

Penolong Kanan HEM


En Nik Rahimie Nik Wan

Guru-guru SMK Elopura 2

barisan urus setia, para pelajar peserta


Kursus Kredibiliti yang dikasihi sekalian;

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia

Alhamdulillah,
Segala pujian bagi Allah dan salam sejahtera ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Dengan izin Allah kita
dapat bersama-sama pada petang ini di dalam majlis perasmian & penutup Kursus Kredibiliti SMK Elopura 2 bagi
tahun 2015.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak urus setia kerana
menjemput saya untuk merasmikan majlis penutup & penutup bagi kursus ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Menjadi harapan saya agar semua peserta yang terlibat pada kursus ini dapat mengaplikasikan sebaik mungkin apa
yang telah dipelajari selama 2 hari ini bagi membantu kelancaran para peserta dalam menjalankan tanggungjawab
masing-masing di sekolah. Saya yakin apa yang para pelajar pelajari dan perolehi sepanjang tempoh kursus ini
sedikit sebanyak juga akan menjadi titik tolak kepada permulaan menjadi seorang pemimpin yang disegani.

Saya juga berharap agar objektif kursus yang telah dirancang dapat dicapai setelah melalui tempoh 2 hari berkursus.
Saya difahamkan objektif kursus ini adalah untuk melahirkan pemimpin pelajar yang berkualiti dan mampu
menjalankan tugas dengan berkesan serta memangkin tahap pengetahuan, kemahiran dan minat terhadap aktiviti
luar bilik darjah di samping membimbing murid-murid mengaplikasikan disiplin ilmu secara menyeluruh.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Para peserta yang dikasihi sekalian,

Amalan disiplin yang baik, dan kepimpinan yang berhemah dikalangan pemimpin setiap persatuan mencerminkan
identiti sesebuah sekolah. Sikap ini akan dapat memberikan gambaran kepada orang awam terutamanya ibubapa
betapa keseluruhan sekolah mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi yang boleh dicontohi oleh anak-anak mereka
kelak.

Amalan yang baik ini hendaklah sentiasa dipraktikkan sehingga menjadi budaya dan turut diikuti oleh rakan-rakan
dalam organisasi. Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar para peserta yang hadir pada hari ini dapat
berkongsi ilmu yang diperoleh dengan rakan-rakan yang lain agar ilmu yang diperoleh dapat dikongsi bersama demi
kepentingan sekolah.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan Kursus Kredibiliti ini terutamanya kepada Penyelaras program dan pihak urusetia yang telah
bekerjasama dan berusaha untuk memastikan kursus ini berjaya dilaksanakan serta para peserta kursus yang
berjaya menamatkan tempoh 2 hari kursus ini.

Maka dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM saya


dengan rasminya merasmikan dan menutup Kursus Kredibiliti Peringkat Sekolah SMK Elopura 2 tahun 2015.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum w.b. t

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN


SEMPENA MAJLIS PERASMIAN/PENUTUP
KURSUS KREDIBILITI SMK ELOPURA 2 2015.

Terima kasih pengerusi majlis,

Yang Berbahagia
YDP PIBG
SMK Elopura 2
En Zainuddin B. Hassan

Penolong Kanan Pentadbiran


Pn Noormah Bt Pannuh

Penolong Kanan Ko-Kurikulum


Pn Nor Azhariah Bt Taman

Penolong Kanan HEM


En Nik Rahimie Nik Wan

Guru-guru SMK Elopura 2

barisan urus setia, para pelajar peserta


Kursus Kredibiliti yang dikasihi sekalian;

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia

Setinggi-tinggi kesyukuran dapatlah kita semua berhimpun dalam Majlis Perasmian Penutupan Kursus Kredibiliti
SMK Elopura 2 bagi tahun 2015. Saya juga amat
berbesar hati di atas kehadiran Yang di Pertua PIBG SMK Elopura 2 kerana dapat meluangkan masa pada hari ini
bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan
Kursus Kredibiliti SMK Elopura 2 bagi tahun 2015 ini.

Sebelum saya meneruskan ucapan,terlebih dahulu saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk ingin merakamkan
penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Kursus Kredibiliti ini
terutamanya kepada Penyelaras program dan pihak urusetia yang telah bekerjasama dan berusaha untuk
memastikan kursus ini berjaya dilaksanakan.

Secara peribadinya, saya amat berpuas hati dan bangga dengan komitmen semua pihak yang telah sama-sama
menjayakan Kursus Kredibiliti ini samada secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan perjalanan kursus
ini dapat berjalan dengan lancar.

Para hadirin sekalian

Kursus Kredibiliti ini diatur dan dijadikan sebagai acara tahunan. Kursus selama 2 hari ini bertujuan memberi
panduan kepada pemimpin kelab dan persatuan sekolah dalam menjalankan tugas dan menjadi pemimpin pelajar
yang berketerampilan.

Kursus ini dianjurkan sebagai usaha untuk menjayakan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap
murid. Pelan ini juga merujuk sistem pendidikan berprestasi tinggi lain untuk membina perincian bagi kemahiran
khusus dan atribut yang boleh diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menerajui pembangunan
ekonomi dan dunia global masa hadapan.

Ilmu kepimpinan dan pengurusan kepada para pemimpin Kelab dan Persatuan, Unit Pasukan Pakaian Seragam dan
Pasukan Sukan dan Permainan sekolah adalah amat penting untuk dikuasai oleh setiap AJK tertinggi yang telah
dilantik.

Terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Aspirasi Murid yang ke-5 menekankan tentang
Kemahiran Memimpin. Dalam dunia yang semakin saling berhubung kait, kebolehan untuk memimpin dan bekerja
dengan orang lain secara berkesan adalah amat penting. Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid
mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan tidak formal untuk bekerja dalam
pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi empat
dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.

Maka sewajarlah mereka ini diberi pendedahan supaya para pelajar ini dapat memacu pasukan mereka ke arah satu
organisasi yang lebih berkesan. Adalah diharapkan, kursus yang dianjurkan ini akan dapat memberikan input dan
gambaran yang lebih jelas kepada semua peserta yang terlibat tentang pengurusan organisasi yang diceburi dan
seterusnya dapat membantu untuk merancang dan meningkatkan aktiviti yang dapat menarik minat ahli-ahlinya.

Kepada para pelajar sekalian,

Saya menyeru para pelajar supaya menimba pengalaman sebaik-baiknya semasa di bangku sekolah, untuk
melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran sejajar dengan status mereka sebagai pemimpin pelajar.

Para pelajar perlu aktif dalam kokurikulum, mempunyai sifat tanggungjawab dan berani memikul cabaran. Sebagai
pemimpin kelab/persatuan, pelajar perlu bersama-sama menjayakan aktiviti kelab persatuan serta membantu guru
penasihat dalam hal itu.

Akhir kata dari saya, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan Kursus Kredibiliti ini.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai