Anda di halaman 1dari 4

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn

Kertas Kerja

Tajuk : Program Pembentangan Kajian Tindakan dan Apresiasi Seni Pelajar –


Pensyarah PSV IPGKTHO.

Tarikh : 12 – 14 April 2018

Tempat: Eco Merbah Resort, Pontian, Johor.

Perkara Tandatangan/ Ulasan


Disediakan Oleh:
Yurika Ezzora binti Harris
Setiausaha Pembentangan Kajian Tindakan
IPG Kampus Tun Hussein Onn
Batu Pahat, Johor.
Disemakkan Oleh:
Dr. Mazlan bin A. Karim
Penyelia Pembentangan Kajian Tempatan
IPG Kampus Tun Hussein Onn
Batu Pahat, Johor
Disokong Oleh:
En. Haji Johar bin Haji Jonid
Ketua Jabatan Sains Sosial
IPG Kampus Tun Hussein Onn
Batu Pahat, Johor.
Disahkan Oleh:
En. Ismail Bin Abdul Samad
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Tun Hussein Onn
Batu Pahat, Johor.
Disahkan Oleh:
En. Shamsuddin Bin Saad
Ketua Unit Khidmat Pengurusan
IPG Kampus Tun Hussein Onn
Batu Pahat, Johor.
Diluluskan Oleh:
Pengarah/ Timbalan Pengarah
IPG Kampus Tun Hussein Onn
Batu Pahat, Johor.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT, JOHOR

KERTAS KERJA

PROGRAM PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN
ONN

TARIKH : 12 – 14 APRIL 2018


TEMPAT : ECO MERBAH RESORT, PONTIAN, JOHOR.
TEMA : PEMUPUKAN TRADISI

ANJURAN :
PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL, SEMESTER 8, AMBILAN JUN 2014
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT, JOHOR.
1.0 NAMA PROJEK

Program Pembentangan Kajian Tindakan dan Apresiasi Seni Pelajar – Pensyarah PSV
IPGKTHO.

2.0 PENGENALAN

Program Pembentangan Kajian Tindakan ini merupakan satu program wajib yang
perlu dilaksanakan oleh setiap pelajar khususnya pelajar semester lapan. Program ini
menyasarkan kesemua pelajar Semester Lapan Pendidikan Seni Visual Ambilan Jun
2014 sebagai memenuhi syarat penganugerahan sijil Ijazah Sarjana Muda. Penyertaan
guru pelatih seramai 21 orang keseluruhannya yang dibantu oleh guru pelatih Semester
Enam Pendidikan Seni Visual Ambilan Jun 2015 sebagai urusetia. Sehubungan dengan
itu, program ini turut melibatkan beberapa orang pensyarah Jabatan Kajian Sosial
berserta dua orang panel penilai. Sehubungan dengan itu, program ini juga bertujuan
sebagai medium untuk mengeratkan silaturahim antara pensyarah dan pelajar Jabtan
Kajian Sains Sosial IPGKTHO. Program ini juga merupakan majlis suai mesra santai
yang terakhir bersama pelajar Semester Lapan opsyen Seni Pendidikan Seni Visual
memandangkan ini merupakan semester terakhir mereka selain meraikan detik-detik
manis bersama pensyarah-pensyarah yang bakal berpindah ke tempat baru. Tema
‘Pemupukan Tradisi’ menjadi tema pilihan sesuai dengan tradisi jabatan setiap tahun
iaitu mengadakan majlis yang meetakkan kebersamaan sebagai fokus kedua kepada
program ini yang melibatkan pelajar dan pensyarah. Rentetan itu, pembentangan Kajian
Tindakan juga merupakan salah satu tradisi bagi pelajar yang telah memasuki ke
Semester Lapan. Bahagian pementangan ini merupakan bahagian wajib bagi setiap
pelajar yang memasuki semester lapan sebelum menamatkan pengajian.

3.0 OBJEKTIF
Program ini memberi peluang kepada guru pelatih untuk :
I. Membina keyakinan untuk bercakap, membentang dan bersoal jawab dengan
para panel jemputan.
II. Menerapkan unsur nilai profesionalisme dalam kalangan guru pelatih ketika
melaksanakan atau mentadbir sesuatu program.
III. Memenuhi syarat dan keperluan sijil penganugerahan Ijazah Sarjana Muda.

4.0 BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 12 – 14 April 2018


Hari : Khamis hingga Sabtu
Tempat : Eco Merbah Resort, Pontian, Johor.
Anjuran : Pelajar PISMP Ambilan Jun 2014.
Tema : Pemupukan Tradisi.
5.0 AHLI JAWATANKUASA
Ahli Jawatankuasa Induk dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pelaksana
(Rujuk Lampiran A)

6.0 PENYERTAAN DAN SASARAN


Program ini disertai seramai lapan orang pensyarah penyelia dan sepuluh orang pelajar
Semester 6 Pendidikan Seni Visual Ambilan Jun 2015 serta menyasarkan 21 orang
pelajar Semester Lapan Pendidikan Seni Visual Ambilan Jun 2014.
(Rujuk Lampiran B)

7.0 AKTIVITI
 Pembentangan Kajian Tindakan
o Pembentangan Kajian Tindakan yang akan dijalankan oleh pelajer
Semester Lapan Pendidikan Seni Visual Ambilan Jun 2014.

 Aktiviti suai mesra antara pensyarah Jabatan Sains Sosial dan pelajar.
o Suai mesra yang terakhir antara pensyarah jabatan dan pelajar-pelajar
unit Jabatan Sains Sosial.

8.0 TENTATIF PROGRAM


Program ini akan dijalankan selama tiga hari dua malam.
(Rujuk Lampiran C)

9.0 BELANJAWAN
(Rujuk Lampiran D)
10.0 PENUTUP
Ahli Jawatankuasa Opsyen Pendidikan Seni Visual Semester Lapan Ambilan Jun 2014
dan Semester Enam Ambilan Jun 2015, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein
Onn berharap agar segala usaha dan perancangan yang dibuat bagi menjayakan
Program Pembentangan Kajian Tindakan ini mendapat sokongan sewajarnya daripada
semua pihak yang terlibat. Semoga program ini dapat memberi manfaat khususnya adik-
adik Semester Enam yang bakal mengikut jejak yang sama. Akhir sekali, Tradisi itu
adalah Budaya dan Budaya itu bermula daripada Seni. Mengimarahkan Seni umpama
memupuk tradisi. Jika bukan kita yang memupuk tradisi siapa yang akan menyambung
legasi.

Anda mungkin juga menyukai