Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

LOGO MASDEAF UNITED


PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK MASDEAF UNITED
DIBAWAH PERSATUAN SUKAN ORANG PEKAK MELAKA ( MaSDeaf )

PENDAHULUAN

Persatuan Sukan Orang Pekak Melaka atau Malacca Sports of the Deaf
(MaSDeaf) mengambil inisiatif bagi membangunkan bolasepak warga pekak negeri
Melaka. Tujuan utama penubuhan kelab bolasepak ini adalah untuk menaikkan nama
negeri Melaka sebagai salah sebuah negeri yang mempunyai pasukan bolasepak
warga pekak yang kuat dan disegani satu hari nanti.

Menguatkan lagi hujah budaya bersukan dikalangan warga pekak di Malaysia


amat mencintai bolasepak sebagai acara sukan kegemaran mereka jesteru itu adalah
wajar negeri Melaka mempunyai sebuah pasukan bolasepak orang pekak yang
mampu membawa cabaran dan disegani oleh semua pasukan dimana-mana
perlawanan kompetitif seperti Kejohanan Bolasepak Orang Pekak Malaysia, Sukan
Orang Pekak Malaysia ( SOPMA ) dan Liga Daerah di Melaka.

Oleh kerana itu bertepatan dengan masanya MASDeaf mengambil langkah


awal untuk membangunkan sukan bolasepak di negeri Melaka dengan bantuan
Penasihat MaSDeaf YBhg. Proffesor Madya Dr. Zaidi Embong iaitu Penasihat l MaSDeaf
individu yang amat mencintai bolasepak dan beliau juga adalah peminat no 1 Melaka
United Football Club ( MUFC ). Beliaulah individu yang mencadangkan untuk
membangun akan sukan bola sepak warga pekak di Melaka.
OBJEKTIF

I. Membuka peluang kepada bakat-bakat bolasepak dikalangan remaja


dan belia pekak negeri Melaka untuk diketengahkan keperingkat yang
setara dengan pencapaiannya;
II. Melahirkan sebuah pasukan bolasepak orang pekak negeri Melaka yang
mampu menjadi pencabar utama dikalangan pasukan bolasepak orang
pekak negeri-negeri yang lain di kejohanan bolasepak dan SOPMA pada
masa akan datang;
III. Menjadikan sukan bolasepak orang pekak negeri Melaka sebagai
pemangkin kepada mengingkatkan taraf hidup orang pekak melalui
peluang menjadi pemain di kejohanan bola sepak orang pekak pada
satu hari nanti dan ada diantara pemain-pemain dikalangan orang
pekak Melaka menjadi salah seorang pemain dalam pasukan MUFC
pada satu hari nanti.
IV. Merealisasikan program pembangunan bolasepak orang pekak negeri
Melaka sebagai program sukan yang menjadi jambatan penghubung
kepada integrasi orang pekak dengan kerajaan negeri, syarikat-syarikat
korporat, NGO-NGO Sukan dan individu-individu tertentu sekali gus dapat
mengenali warga pekak dan membantu mereka.
V. Memupuk nilai insan dengan menzahirkannya dalam bentuk kebajikan
kepada pemain bola sepak MaSDeaf United.

PERLAKSANAAN PROGRAM

Program Pembangunan Bolasepak MaSDeaf United akan dimulakan pada awal tahun
2017. Perlaksanaan akan berjalan selama 12 bulan. Dalam tempoh tersebut
pembentukan pasukan MaSDeaf United akan dilakukan melalui beberapa Fasa
pemilihan bakat-bakat bolasepak di kalangan warga pekak anak jati Melaka yang
akan dipilih melalui beberapa siri program pencarian bakat

KUMPULAN SASAR

i. Murid-murid sekolah Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran (Pekak) sekolah-


sekolah di seluruh daerah di Melaka;
ii. Pelajar-pejajar Politeknik dan IPTA/IPTS anak jati Melaka yang menuntut diluar
Melaka;
iii. Individu-individu pekak anak jati Melaka.
KEWANGAN

Bagi melaksanakan program pembangunan bolasepak ini keperluan kewangan


adalah perkara utama yang amat perlu sebagai pengerak program.

Sasaran dana dicadangkan diperolehi melalui :

i. Permohonan dari kerajaan negeri Melaka;


ii. Sumbangan dan tajaan syarikat korporat dan swasta;
iii. Sumbangan perseorangan yang prihatin.
iv. Jualan ( Pakaian/Makanan/Minuman/Cenderamata )
v. Tabung Derma

MASDEAF UNITED

KESEBELASAN MASDEAF UNITED FC PENGURUSAN DAN PEMAIN MASDEAF UNITED FC

PENUTUP

Pembentukan pasukan MaSDeaf United ini adalah cetusan idea dari YBhg. Prof Madya
Dr. Zaidi Embong, Penasihat l MaSDeaf diharap akan menjadi kenyataan dengan
bantuan dan sokongan semua pihak dengan satu matlamat yang jelas dan nyata iaitu
inginkan kejayaan dan menaikkan nama negeri Melaka yang bakal menjadi kuasa
baru bolasepak Malaysia seiringan dengan kejayaan Melaka United Soccer
Association (MUSA) yang menjadi Juara Liga Perdana 2016.

Oleh kerana itu wajarlah semua pihak dapat membantu MaSDeaf United dalam
bentuk pemikiran, daya usaha, kewangan dan sebagainya bagi menjadi kelab
bolasepak warga pekak negeri Melaka yang Berjaya pada satu hari nanti.
ANGGARAN KEWANGAN

NO. PERKARA RM
1. Januari 2017

Program Pencarian Bakat.


RM 5,000.00
Keperluan kewangan :

Sewa padang, Sewa Khemah, Upah Jurulatih,


makan-minum, Insuran, perubatan dan lain-lain.

2. Februari – Mac – April 2017

Latihan Pemilihan dan Pembentukan Pasukan


MaSDeaf United.
RM 3,000 sebulan x 3 bulan =
Keperluan Kewangan :
RM 9,000.00
Upah Jurulatih, elaun pemain, sewa padang,
pengangkutan, makan/minum, pakaian,
perubatan, Insuran dan lain-lain.

3. April – Disember 2017

Pasukan MaSDeaf United mengharungi


perlawanan seperti berikut :
RM 3,000 sebulan x 8 bulan =
1. Liga Daerah di Melaka 2017.
2. Kejohanan Bolasepak Pekak Malaysia
RM 24,000.00
Keperluan Kewangan :

Upah Jurulatih, elaun pemain, sewa padang,


pengangkutan ,makan/minum, pakaian,
perubatan, Insuran, yuran pertandingan dan lain-
lain.

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN RM 38,000.00

* ANGGARAN KEWANGAN YANG DIKEMUKAKAN DIATAS SEBAGAI DRAF KEWANGAN. PERBELANJAAN


SEBENAR AKAN DIMUKTAMADKAN DALAM MESYUARAT .
NAMA PASUKAN :
MASDEAF UNITED

NAMA GELARAN KOMERSIL :


THE SANG KANCIL

JAWATANKUASA PENGURUSAN KELAB BOLASEPAK MASDEAF UNITED :

1. PENAUNG KELAB : Y.BHG DATUK WIRA MOHD YUSOFF MAHADI


2. PENASIHAT 1 : TAN CHING YANG
3. PENASIHAT 2 : KAMARZAMAN BIN HJ HARUN
4. PENGERUSI/PRESIDEN KELAB : PROF MADYA DR ZAIDI EMBONG
5. NAIB PENGERUSI/
TIMBALAN PRESIDEN KELAB : AZNIZAM BIN MAT SARI
6. KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF : KAMARZAMAN BIN HJ. HARUN
7. PENGURUS PASUKAN : ONG CHEE HOW
8. PENOLONG PENGURUS : MOHAMAD HAIREE BIN ARIS
9. KETUA JURULATIH : AZMAN BIN HJ. OMAR
10. PENOLONG JURULATIH : FAKHRUL HASAN BIN ABDUL RAHMAN
11. FISIOTERAPI : PBSM MELAKA
12. KIT MAN : ZULKIFLE BIN MUSIRAN
13. MEDIA : DARREN (MUSA)
SHARENA (ASTRO ARENA)
MHI
RADIO MELAKA
14. KETUA PASUKAN : AL-NAZIRUL MUBIN BIN BASHIR AHMAD
15. PENOLONG KETUA PASUKAN : MUHAMMAD AFIQAUFA BIN SHARILNURUL
16. PEMAIN 1 : MUHAMMAD ADDIN ADLI BIN HAMRAN
17. PEMAIN 2 : MOHD HAERYE BIN RAMLI
18. PEMAIN 3 : MOHD SOPIAN BIN OTHMAN
19. PEMAIN 4 : MUHAMMAD FAIZ BIN AB AZIZ
20. PEMAIN 5 : MUHAMMAD AFIQAUFA BIN SHARILNURUL
21. PEMAIN 6 : MOHAMMAD FARIS ZUFAYRI BIN SHAFIE
22. PEMAIN 7 : HAIRUL NIZAM BIN JOHARI
23. PEMAIN 8 : MOHD ZAHIR BIN ABD MALEK
24. PEMAIN 9 : MOHD SHAFIQ BIN MOHD HANAFIAH
25. PEMAIN 10 : WONG SUEI JIUN
26. PEMAIN 11 : MUHAMMAD ILYAS BIN ABDULLAH
27. PEMAIN 12 : MUHAMMAD RIDZUAN BIN NAINA MOHAMD
28. PEMAIN 13 : MUHAMMAD AMIRUL BIN BONGSU
29. PEMAIN 14 : RAJA MOHD ISMA HAFIS BIN RAJA KHAIRUL AZHAR
30. PEMAIN 15 : AL-NAZIRUL MUBIN BIN BASHIR AHMAD
31. PEMAIN 16 : MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN IBRAHIM
32. PEMAIN 17 : MOHD FAKHRUDIN BIN MOHD SALLEH
33. PEMAIN 18 : HOR WAI HONG
34. PEMAIN 19 : ZULHAIRI ZANI BIN AB AZIZ
35. PEMAIN 20 : MUHAMMAD SHAFIQ BIN RAMLAN

Anda mungkin juga menyukai