Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA DIPANG

31850 JERAM
PERAK DARUL RIDZUAN
Tel / Fax : 05-4775632 emel : aba2024@ppdks.gov.my
Laman Web : skkualadipang.edublogs.org

MINIT MESYUARAT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN


KALI PERTAMA TAHUN 2018
Tarikh :28 Disember 2018
Hari :Khamis
Masa :12.00 tgh.
Tempat :Bilik Gerakan SK. Kuala Dipang.
Kehadiran :
1. Encik Azhar bin Mohd. Yasin (Guru Besar)
2. Puan Pn Aziani bt. Mohamad (PK Pentadbiran)
3. Pn. Mashitah binti Omar (PK HEM)
4. Encik Azehar bin Zahari (PK Kokurikulum)
5. Pn. Che Rafidah binti Shafie ( Setiausaha LDP)
6. Pn. Ummi Nadzrah binti Zolkifli
7. Encik Johari bin Jamaludin
8. Pn Saibatul Islamiah binti Daud
9. Cik Hinthumathy a/p Kaliappan
10. Encik Zulkifli bin Abd Rani
11. Pn. Ashida binti Tarmizi
12. Encikk Samsuriy bin Abdul Talib
13. Pn Ruzanna binti Khiruddin
14. Pn.. Azidah binti Mohd. Noor
15. Pn. Fariza binti Abdullah
16. En. Hamdan bin Othman Ramly
17. Puan Salbiah binti Zakaria
18. P. Norlylawati

Agenda :
1. Ucapan pengerusi.
2. Perkara yang dibincangkan.
2.1 Takwim LDP
2.2 Book Riview
2.3 Pengisian Kursus Luar
3. Hal-hal lain
4. Ucapan Penangguhan
1. UcapanPengerusi

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan membaca al Fatihah. Pengerusi mengucapkan


ribuan terima kasih kepada semua guru kerana dapat meluangkan masa menghadiri
mesyuarat ini. Ini merupan mesyuarat LADAP kali pertama 2018.

2. Perkara-perkara yang dibincangkan

2.1 Takwim LDP


Pn. Che Rafidah memaklumkan Takwim LADAP bagi tahun 2017 telahpun dihantar ke PPD
semasa cuti sekolah. Walau bagaimanapun takwim tersebut tidaklah lengkap sepenuhnya dan
tertakluk kepada perubahan. Beberapa orang guru, telah bersedia untuk memberi taklimat
berdasarkan maklumat atau taklimat yang telah diterima pada penghujung tahun 2017.
Latihan dalam perkhidmatan ini akan diadakan apabila perlu dan terdapat guru yang
menghadiri kursus. Di samping itu kursus atau taklimat juga akan diadakan berdasarkan
keperluan kursus guru dan kakitangan melalui soal selidik TNA dan sebagainya.

2.2 Ulasan Buku-buku Ilmiah (Bookriview)


Setiausaha memaklumkan bahawa setiap guru dan kakitangan sekolah mestilah menghadiri
kursus atau taklimat sekurang-kurangya 7 hari setahun. Bagi mereka yang tidak cukup
bilangan hari berkursus hendaklah melakukan Book Review. Book Riview hendaklah diisi
melalui SPLG individu dan setiausaha akan mengesahkannya.

2.3 Pengisian Kursus Luar (KKL)


Selain itu, mereka yang menghadiri kursus luar yang bukan dianjurkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri serta Pejabat Pendidikan Daerah, bolehlah
mengisi kursus tersebut melalui SPLG individu (KKL). Setiausaha akan mengesahkannya.

3. Hal-hal lain.

3.1 Setiap kursus atau taklimat untuk LADAP perlulah dibuat laporan dan serahkan kepada
setiausaha LADAP. Sebaik-baiknya laporan tersebut hendaklah disertakan gambar.

3.2 Guru-guru yang menghadiri sebarang kursus atau taklimat hendaklah bersedia untuk
memberi taklimat peringkat sekolah.

4. Ucapan penangguhan

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Beliau berharap agar semua
guru dapat memastikan bilangan hari berkursus mencukupi. Setiausaha LADAP akan sentiasa
memaklumkan perkara tersebut kepada semua guru berdasarkan analisa yang telah dibuat.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang.


Disediakan oleh, Disemak oleh,

-------------------------------------- --------------------------------
(PN.CHE RAFIDAH BT SHAFIE)
Setiausaha LADAP
SK Kuala Dipang.

Disahkan oleh,

--------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai