Anda di halaman 1dari 11

NOTA TINGKATAN DUA

TEMA 1: PENCAPAIAN KENDIRI


KECEMERLANGAN DIRI
Kecemerlangan diri merujuk kejayaan tahap tertinggi yang dicapai oleh seseorang
individu.
Murid yang cemerlang mempunyai pencapaian yang tinggi dalam aspek-aspek berikut:
 Akademik.
 Kepemimpinan.
 Kecergasan.
 Sahsiah.

Cara-cara Mencapai Kecemerlangan Diri


Fizikal
 Amalan gaya hidup sihat (menjaga pemakanan, kebersihan diri, persekitaran, dan waktu tidur)
 Membuat catatan harian.

Mental
 Mensyukuri anugerah Tuhan.
 Bijak membahagikan masa.

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
Cara-cara Berkomunikasi dengan Bijak
 Bertolak ansur dan bertoleransi.
 Menggunakan intonasi/nada yang sesuai.
 Menerima pendapat orang lain.
 Menggunakan ungkapan yang sopan dan berhemah.

KEMAHIRAN MEMBUAT REFLEKSI


Membuat Refleksi untuk Kejayaan Diri.
 Mengenal pasti potensi diri.
 Membuat analisis /pemerhatian.
 Menerokai bidang ilmu.
 Penetapan matlamat.
 Berbincang dengan individu yang berpengalaman.
 Berani mencuba.

TEMA 2: HUBUNGAN KEKELUARGAAN


PERPADUAN DALAM KELUARGA
Cara-cara Mencapai Perpaduan dalam Keluarga
Sambutan hari khas keluarga
 Hari lahir.
 Majlis keagamaan.
 Hari keluarga.
 Perkahwinan.
 Ulang tahun perkahwinan.
Berkongsi suka dan duka
 Menerima anugerah.
 Kematian.
 Menyertai pertandingan.

Sokongan anggota keluarga


 Memberi nasihat/motivasi.
 Menyelesaikan konflik dalam keluarga.
 Sokongan moral dan material.
 Kasih sayang dan bimbingan.

Aktiviti keluarga
 Melancong.
 Bergotong-royong.
 Beriadah bersama-sama.

TEMA 3: HIDUP BERMASYARAKAT


MENGHORMATI HAK ORANG LAIN
PEKA TERHADAP PERBEZAAN INDIVIDU
 Latar belakang.
 Kebolehan dan bakat.
 Keupayaan fizikal.

MENGHORMATI HAK ORANG LAIN


 Berbincang dan membidas hujah dengan sopan.
 Meminta izin sebelum menggunakan barang orang lain.
 Memberi/menyuarakan pendapat melalui saluran yang betul.

PEMUPUKAN SEMANGAT KEKITAAN


PERPADUAN DAN PERMUAFAKATAN
 Berbaik-baik dengan jiran tetangga.
 Membantu jiran ketika kecemasan.
 Menghormati budaya pelbagai bangsa.

KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN


 Menjamin keselamatan setempat.
 Menjaga keharmonian.
 Menjaga kebajikan anggota masyarakat.

TEMA 4: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA


MUZIK
 Nobat
 Makyung.
 Opera Cina
 Dikir Barat.
ALAT MUZIK
 Gambus.
 Tabla
 Yangqin
 Sompoton.

TARIAN
 Tarian joget.
 Tarian Bharata Natyam.
 Tarian Ngajat.
 Tarian Singa.

SENI BINA
 Istana Kenangan
 Pagoda Kek Lok Si.
 A Famosa
 Istana Budaya.

PERMAINAN TRADISIONAL
 Batu Seremban
 Bulu Ayam
 Congkak.
 Catur Cina.

LUKISAN DAN KRAF TANGAN


 Ukiran
 Tenunan
 Anyaman
 Tembikar/Seramik
 Kaligrafi Cina
 Khat
 Kolam

TEMA 5: MALAYSIA NEGARA BERDAULAT


SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA
DEMOKRASI BERPARLIMEN
 Sistem pemerintahan yang memberi peluang kepada rakyat untuk membuat keputusan.
 Rakyat terlibat dalam pemerintahan melalui wakil yang dipilih.
 Raja/Sultan menjadi lambang taat setia rakyat.
 Melahirkan sebuah kerajaan Adil, Stabil, Sejahtera.

PILIHAN RAYA
PROSES-PROSES PILIHAN RAYA
 Pengumuman tarikh pilihan raya.
 Proses penamaan calon.
 Kempen pilihan raya.
 Hari mengundi.
 Proses pengiraan undi.
 Pengumuman keputusan pilihan raya.
 Ucapan calon yang menang.

PARLIMEN
KOMPONEN PARLIMEN
 Yang di-Pertuan Agong.
 Dewan Negara.
 Dewan Rakyat.

FUNGSI DAN PERANAN PARLIMEN


 Memeriksa dasar-dasar kerajaan.
 Meluluskan perbelanjaan kerajaan.
 Membuat pindaan undang-undang yang sedia ada.
 Membuat dan melulus undang-undang Persekutuan.
 Meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.

FUNGSI DAN PERANAN YANG di PERTUAN AGONG


 Menjalankan kuasa pemerintahan berpandukan perlembagaan .
 Ketua agama Islam di negeri-negeri tidak beraja dan di negeri baginda.
 Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.
 Memanggil Parlimen bersidang dan menangguh serta membubarkan Parlimen.
 Melantik Peguam Negara, Ahli-ahli Dewan Negara dan Yang Dipertua Negeri.
 Melantik Perdana Menteri dan timbalannya.

PERBEZAAN ANTARA DEWAN NEGARA DAN DEWAN RAKYAT


DEWAN NEGARA
 Terdiri daripada seramai 70 orang ahli.
 Ahli dewan berumur tidak kurang daripada 30 tahun.
 Jawatan dipegang selama satu penggal (tiga tahun)
 Ahli dewan dipilih daripada kalangan mereka yang mempunyai khidmat cemerlang dalam profesion masing-
masing.

DEWAN RAKYAT
 Terdiri daripada seramai 219 orang ahli.
 Ahli dewan berumur tidak kurang daripada 21 tahun.
 Jawatan dipegang selama lima tahun.
 Ahli dewan dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya.

DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)


 Terdapat 12 DUN di Malaysia kecuali Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya.

SYARAT DAN KELAYAKAN MENJADI ADUN


 Waras akal fikiran.
 Berumur 21 tahun ke atas.
 Tidak diistiharkan muflis.
 Memenangi pilihan raya kawasan Dewan Undangan Negeri.
 Tidak memegang jawatan berpendapatan.
RAJA BERPERLEMBAGAAN
CIRI-CIRI RAJA BERPERLEMBAGAAN
 Kuasa raja diwakilkan kepada kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri.
 Raja tidak berkuasa secara langsung.
 Raja dikehendaki menerima nasihat anggota kabinet dan bertindak menurut
nasihat-nasihat itu.
 Raja menjalankan tugas-tugas secara simbolik.

MAJLIS RAJA
BIDANG TUGAS MAJLIS RAJA-RAJA
 Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah
dan Sarawak.
 Pemilihan dan pemecatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang diPertuan
Agong.
 Memelihara adat istiadat orang Melayu dan agama Islam di seluruh Persekutuan.
 Merundingkan perlantikan hakim-hakim, Ketua Audit Negara, ahli-ahli
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pilihanraya.
 Mempertimbangkan perubahan sempadan negeri.
 Membincangkan perkara-perkara diraja.
 Membincangkan dasar-dasar negara.

TUGAS TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA DALAM KERAJAAN


DEMOKRASI
 Setiap warganegara mempunyai peranan dan tanggungjawab terhadap negara.
 Warganegara yang baik ialah warganegara yang menyumbang kepada
pembangunan dan kemakmuran negara.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA


 Menjaga keamanan.
 Menyokong rancangan kerajaan.
 Taat setia kepada raja dan pemimpin.
 Menjaga imej dan nama baik negara.
 Mengundi.

AMALAN BERTERIMA KASIH KEPADA NEGARA


 Melibatkan diri dalam rancangan kerajaan.
 Menghargai kemudahan yang disediakan.
 Mengharumkan nama negara.
 Menjaga kelestarian alam sekitar.
 Menyuarakan pendapat melalui saluran yang sah.
 Mengekalkan perpaduan.

TEMA 6: CABARAN MASA DEPAN


KESTABILAN DAN KEBERKESANAN JENTERA PENTADBIRAN NEGARA
STRUKTUR PEMERINTAHAN MALAYSIA
 Yang di-Pertuan Agong
 Perundangan- Parlimen.
 Eksekutif- Kabinet.
 Kehakiman- Mahkamah.

SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN


 Yang di-Pertuan Agong
 Majlis Raja-raja
 Perundangan-Parlimen (Dewan Rakyat / Dewan Negara)
 Ketua Audit Negara.
 Eksekutif- Kabinet/ Kementerian/ Jabatan dan Badan-badan Kerajaan.
 Suruhanjaya
 Kehakiman- Mahkamah.

KEPIMPINAN BERWAWASAN
 Kepelbagaian budaya.
 Koridor Raya Multimedia.
 Kemajuan Infrastruktur.
 Dasar-dasar ekonomi.
 Pentadbiran berpusat.
 Wawasan 2020.

CONTOH INFRASTRUKTUR MEGA YANG TERDAPAT DI MALAYSIA


 Menara Berkembar Petronas (KLCC)
 Sistem Pengangkutan Aliran Ringan (LRT)
 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
 Menara Kuala Lumpur.
 Litar Antarabangsa Sepang.
 Jambatan Pulau Pinang.

BEKERJASAMA DAN BERSATU PADU DALAM MENGHADAPI PELBAGAI


CABARAN
MALAYSIA DAN HUBUNGAN SERANTAU
PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA( ASEAN)
 Dibentuk pada 8 Ogos 1967.
 Bertujuan mempercepat pembangunan ekonomi, kemajuan sosial dan perkembangan kebudayaan menerusi
kegiatan bersama.

MALAYSIA DAN HUBUNGAN SERANTAU


 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
 Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)
 Pertubuhan Negara-negara Komanwel (KOMANWEL)
 Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM)
 Malaysia turut menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa bencana alam.

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN DUA 2010


BULAN MINGGU TAJUK CATATAN
JANUARI 1 dan 2 TEMA 1: PENCAPAIAN KENDIRI
Aktiviti 1A: Tokoh Cemerlang
Aktiviti 1B- Kegigihan Membawa
Kecemerlangan.

3 Aktiviti 1C- Apakah Cita-Citaku


Aktiviti 1D- Matlamat Hidupku
Penggunaan Buku Aktiviti Sebagai Latihan
Pelajar.
4 Cuti Tahun Baru Cina

FEBRUARI 1 TEMA 2: HUBUNGAN KEKELUARGAAN


UNIT 2: KEMESRAAN MENJALIN
PERPADUAN KELUARGA.
Aktiviti 2A- Kerjasama Mengerat Perpaduan.
Aktiviti 2B- Rumahku, Syurgaku.
2 Aktiviti 2C- Sayangi Keluarga Anda.
Aktiviti 2D- Bersama Keluarga Membawa
Bahagia.
3 Perbincangan- Penggunaan Buku Aktiviti
Sebagai Latihan Pelajar.
4 Perbincangan- Penggunaan Buku Aktiviti
Sebagai Latihan Pelajar.
Merentas Desa
Sukan Tara

MAC 1 UJIAN SELARAS


2 UJIAN SELARAS
3 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL
4 TEMA 3: HIDUP BERMASYARAKAT
UNIT 3: HORMATI HAK ORANG LAIN
Aktiviti 3A- Kepelbagaian Masyarakat Kita
Aktiviti 3B- Menghormati Bakat Orang Lain.
Aktiviti 3C- Kepentingan Menghormati
Pendapat Orang Lain
Penggunaan Buku Aktiviti Sebagai Latihan
Pelajar
APRIL 1 UNIT 4- SEMANGAT KEKITAAN
Aktiviti 4A- Perpaduan
Aktiviti 4B- Permuafakatan Menjalin
Kemesraan.
Mesyuarat Panitia 2
2 Aktiviti 4C- Buatlah Kebajikan
Aktiviti 4D- Keselamatan Tanggungjawab
Bersama
Penggunaan Buku Aktiviti Sebagai Latihan
Pelajar
3 TEMA 4: WARISAN KEPELBAGAIAN
BUDAYA MALAYSIA
Aktiviti 5A- Warisan Alat Muzik.
Aktiviti 5B- Bagaimana Rentak Begitulah
Tarinya.
4 Aktiviti 5C- Warisan Kraftangan
Aktiviti 5D- Permainan Warisan
Hari Anugerah Cemerlang
5 Aktiviti 5E- Seni Bina Kreativiti Bangsa.
Aktiviti 5F- Selembut Jari Sehalus Lukisan.
Penggunaan Buku Aktiviti Sebagai Latihan
Pelajar.
MEI 1 Perbincangan dan Ulangkaji
2 Peperiksaan Pertengahan Tahun.
3 Peperiksaan Pertengahan Tahun
4 Perbincangan.
Hari Guru Peringkat Sekolah.

JUN 1 Cuti Pertengahan Tahun Bermula.


2 Cuti Pertengahan Tahun Bermula.
3 TEMA 5: MALAYSIA NEGARA
BERDAULAT.
Unit 6- DEMOKRASI BERPARLIMEN.
Aktiviti 6A- Mari Mengundi.
Aktiviti 6B- Parlimen Lambang Demokrasi
Penggunaan Buku Rujukan Sebagai Latihan
Tambahan.

4 Unit 7- RAJA BERPERLEMBAGAAN


Aktiviti 7A- Alat Kebesaran Raja-Raja

JULAI 1 Unit 8: TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB


KITA
Aktiviti 8A- Gunakan Hak Anda.
Aktiviti 8B- Kerja Bersama
Mesyuarat Panitia 3
2 Aktiviti 8C- Ikut Saluran Yang Betul.
Aktiviti 8D- Terima Kasih Malaysia
3 Penggunaan Buku Rujukan Sebagai Latihan
Tambahan
4 TEMA 6: CABARAN MASA DEPAN
UNIT 9-KESTABILAN JENTERA
PENTADBIRAN NEGARA.
Aktiviti 9A- Kepimpinan Berwawasan.
Aktiviti 9B- Kepentingan Jentera Pentadbiran
Berkesan.
5 Penggunaan Buku Rujukan Sebagai Latihan
Tambahan

OGOS 1 UNIT 10- BERSATU PADU MENGHADAPI


CABARAN
Aktiviti 10A- Malaysia dan Negara-Negara
Serantau.
2 Aktiviti 10B- Malaysia dan Hubungan
Antarabangsa
3 Aktiviti 10C- Perang dan Kemanusiaan
4 Latih tubi
Penggunaan Buku Rujukan Sebagai Latihan
Tambahan.

SEPTEMBER 1 Latih Tubi


2 Latih Tubi
3 Peperiksaan Akhir Tahun
4 Cuti Hari Raya

Oktober 1 Perbincangan.
2 Perbincangan
3 Perbincangan
4 Perbincangan
Mesyuarat Panitia 4

November 1 Aktiviti Selepas Peperiksaan.


2 Aktiviti Selepas Peperiksaan
3 Cuti Persekolahan

Anda mungkin juga menyukai