Doa Sempena Hari Sukan
Doa Sempena Hari Sukan
ِالرحِ ي ِْم
َّ ِن َّ ِِِبِس ِِْمِللا
ِِ الرحْ َم
Kami berhimpun pada pagi ini kerana-Mu untuk mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah
kepada-Mu bagi Sukan Olahraga SMK Kampong PerakTahun 2018 Kali yang ke-5 sesuai dengan
firman-Mu yang mulia :
Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku , dan matiku semata-mata hanya untuk-Mu Allah.
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat
lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami
dengan kesihatan.
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi
sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan
melahirkan pelajar-pelajar yang gemilang dalam aspek akademik mahupun kokurikulum serta berjaya
di dunia mahupun di akhirat .