Anda di halaman 1dari 1

Laporan Pesta Ponggal SJKT Ladang Pertang

SJKT Ladang Pertang telah mengadakan Pesta Ponggal pada 22 Januari 2016.
Pesta Ponggal ini diadakan di perkarangan sekolah. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah
untuk mempererat hubungan antara guru dengan murid.

Sebelum Pesta Ponggal, AJK PIBG telah menyediakan tebu-tebu dan toranam
manakala guru-guru telah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk masak
ponggal. Pesta ponggal dimulakan pada jam 7.00 pagi. Pada tahun ini hanya satu
belanga digunakan untuk memasak ponggal dan tiada kumpulan yang dibahagikan
seperti tahun-tahun sebelumnya.

Pesta ponggal telah dirasmikan oleh Guru Besar dengan menyalakan dapur
kayu api. Semua warga sekolah diberi peluang untuk menuang susu kedalam belanga.
Guru-guru dan murid-murid memasak ponggal bersama-sama. Sementara menunggu
ponggal masak murid-murid diterangkan mengenai sebab-sebab perayaan ponggal
disambut oleh kaum India. Sebelum bersurai,prasatham telah diberi kepada semua
guru dan murid-murid. Majlis berakhir pada pukul 10.30 pagi.

Disediakan oleh, 24 JANUARI 2016.


____________________
PN.S.SANTHY
(Ketua Panitia Moral)

Anda mungkin juga menyukai