Anda di halaman 1dari 42

i

KAJIAN MOTIVASI TERHADAP PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL DALAM


MELAKSANAKAN KERJA-KERJA KEMAHIRAN TEKNIKAL

MUHAMAD AZMI BIN MAKHTAR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat


penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JANUARI 2015
v

ABSTRAK

Motivasi merupakan elemen psikologi yang amat penting sebagai penggerak kepada
seseorang individu untuk melakukan sesuatu.Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan
untuk mengukur tahap dan mengenalpasti perbezaaan yang signifikan bagi motivasi
intrinsik dan ekstrinsik ke atas pelajar Kolej Vokasional Kluang dalam melaksanakan
kerja-kerja kemahiran teknikal. Selain itu, kajian ini juga secara langsung dapat
menyingkap sejauh mana sambutan pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
untuk mengikuti pengajian di kolej vokasional dan keberkesanan transformasi
pendidikan melalui pengstrukturan semula sistem pendidikan Sekolah Menengah
Vokasional kepada Kolej Vokasional. Seramai 148 pelajar Sijil Kemahiran Malaysia
(SKM) tahap 1 semester 2 Kolej Vokasional Kluang yang mengambil jurusan teknikal
merangkumi 7 kursus pengajian dipilih sebagai respondan. Instrumen kajian
menggunakan set borang soal selidik. Rekabentuk kajian adalah jenis kajian kes melalui
pendekatan secara kuantitatif. Kajian ini melibatkan analisis statistik secara deskriptif
dan inferensi menggunakan perisian “Statistical Package for Science Social” (SPSS)
versi 21. Keputusan analisis dapatan menunjukkan motivasi intrinsik pada tahap yang
tinggi di mana nilai min bersamaan 4.28 yang merangkumi faktor-faktor seperti
keperluan, minat, ingin tahu, dan keseronokan manakala motivasi ekstrinsik pada tahap
yang sederhana iaitu nilai min 2.90 yang mana merangkumi faktor-faktor seperti
ganjaran, tekanan sosial dan hukuman. Selain itu, keputusan mendapati tidak terdapat
perbezaan yang signifikan bagi motivasi intrinsik dan ekstrinsik pelajar dalam
melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal mengikut jantina (intrinsik, =0.97,
ekstrinsik, =0.23) dan kursus pengajian(intrinsik, =0.98, ekstrinsik, =0.50) yang
mana ( > 0.05). Sebagai kesimpulannya, motivasi intrinsik lebih berpengaruh
berbanding motivasi ekstrinsik kerana pelajar lebih didorong oleh faktor dalaman
berbanding faktor luaran sebagai penggerak untuk melaksanakan kerja-kerja kemahiran
teknikal.
vi

ABSTRACT

Motivation is a psychological element that is very important as a driver for an individual


to do something. So that’s, this research aims to measure the level and identify
significant differences of intrinsic and extrinsic motivation on Kolej Vokasional Kluang
students in performing the work of technical skills. In addition, this study also directly
can reveal the extent to which the response leavers of Penilaian Menengah Rendah
(PMR) to study at vocational colleges and effectiveness of education transformation
through restructuring the education system of Sekolah Menengah Vokasional to Kolej
Vokasional. A total of 148 students of Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Level 1
semester 2 majoring in technical is covering of 7 courses are selected as respondents.
The instrument uses a set of questionnaire. The design is a kind of case study by
quantitative approach. This study involves the analysis of descriptive and inferential
statistics using Statistical Package For Social Science (SPSS) for Windows version 21.0.
The results of the data analysis showed that the intrinsic motivation at a high level which
is the mean value equal to 4.28 includes the factors such as the needs, interests,
curiosity, and enjoyment while extrinsic motivation in the medium level of the mean
value is 2.90 which including factors such as reward, social pressure and punishment.
Moreover, the results showed that there were no significant differences for intrinsic
motivation and extrinsic of students in performing the work of technical skills by gender
(intrinsic, = 0.97, extrinsic, = 0.23) and a course of study (intrinsic, = 0.98, extrinsic,
= 0.50) which is ( > 0.05). In conclusion, intrinsic motivation is more powerful than
extrinsic motivation because the students are more motivated by internal factors than
external factors as a driver to undertake technical skills.
vii

KANDUNGAN

JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Permasalahan 3
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Tujuan Kajian 9
1.5 Objektif Kajian 10
1.6 Persoalan Kajian 10
1.7 Hipotesis kajian 11
1.8 Kerangka Konsep Kajian 12
1.9 Skop Kajian 13
1.10 Batasan Kajian 14
1.11 Kepentingan Kajian 14
viii

1.12 Definisi operasi 15


1.13 Rumusan 18

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 19
2.2 Teori Asas Motivasi 19
2.2.1 Teori Konsep Kendiri dan Personaliti 20
2.3 Jenis-Jenis Motivasi 31
2.3.1 Motivasi Intrinsik 32
2.3.2 Motivasi Ekstrinsik 33
2.3.3 Perkaitan Antara Motivasi Intrinsik 34
dan Motivasi Ekstrinsik
2.4 Model Motivasi 35
2.4.1 Model Motivasi ARCS 36
2.5 Pendekatan Teori Motivasi 37
2.5.1 Pendekatan Behaviorisme 38
2.5.2 Pendekatan Psikoanalitik 39
2.5.3 Pendekatan Kognitivisme 39
2.5.4 Pendekatan Humanistik 40
2.6 Perkembangan Pendidikan Teknik 41
dan Vokasional Di Malaysia
2.6.1 PTV Sebelum Perang Dunia Kedua (1900-1940) 44
2.6.2 PTV Semasa Pendudukan Jepun (1941-1945) 45
2.6.3 PTV Selepas Perang Dunia Kedua (1945-1957) 45
2.6.4 PTV Awal Kemerdekaan (1957-1969) 45
2.6.5 PTV Pada Tahun 1970-1990 46
2.6.6 PTV Pada Tahun 1990 hingga kini 46
2.6.6.1 Pendidikan Teknik 47
2.6.6.2 Pendidikan Vokasional 47
2.7 Hala Tuju PTV dalam Memartabatkan FPK 47
ix

2.8 Pelan Tranformasi Vokasional 50


2.8.1 Pendidikan Asas Vokasional (PAV) 52
2.8.2 Kolej Vokasional (KV) 53
2.9 Rumusan 55

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 56
3.2 Rekabentuk Kajian 57
3.3 Kerangka Operasi 58
3.4 Populasi dan Persampelan Kajian 59
3.5 Instrumen Kajian 60
3.6 Kaedah Pengumpulan Data 62
3.7 Kajian Rintis 62
3.8 Dapatan dan Analisis Data Kajian 63
3.9 Rumusan 65

BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 66
4.2 Proses Menganalisis Data 67
4.3 Analisis Demografi Respondan 68
4.3.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 68
4.3.2 Taburan Responden Mengikut Kursus Pengajian 69
4.4 Analisis Statistik Deskriptif Menggunakan Skor Min 71
4.4.1 Motivasi Intrinsik 72
4.4.2 Motivasi Ekstrinsik 76
4.5 Analisis statistik inferensi untuk melihat perbezaan 79
4.5.1 Ujian Man-Whitney 80
4.5.2 Ujian Kruskal Wallis 81
4.6 Rumusan 82
x

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 83
5.2 Perbincangan 83
5.2.1 Perbincangan Terhadap Keputusan Analisis 84
Demografi Respondan
5.2.2 Perbincangan Terhadap Keputusan Analisis 85
Statistik Secara Deskriptif bagi Motivasi
Intrinsik dan Ekstrinsik
5.2.3 Perbincangan Terhadap Keputusan Analisis 89
Statistik Secara Inferensi bagi Melihat
Perbezaan Mengikut Jantina dan Kursus Pengajian
5.3 Kesimpulan 92
5.4 Cadangan 96
5.5 Penutup 97

RUJUKAN 98
LAMPIRAN 105
VITA 128
xi

SENARAI JADUAL

1.1 Penggredan PMR (KPM, 2013) 4


2.1 Ciri-ciri Motivasi instrinsik dan motivasi ekstrinsik 34
2.2 Pendekatan teori motivasi 37
2.3 Masalah, Strategi dan Perubahan Sistem 49
PTV dalam Memperbaiki PTV
2.4 Struktur kurikulum pendidikan asas vokasional (PAV) 53
2.5 Struktur Program Kolej Vokasional (KV) 54
3.1 Bilangan Item Bagi Bahagian-Bahagian dalam Soal Selidik 61
3.2 Contoh Skala Likert 61
3.3 Pekali Alpha Cronbach 63
3.4 Analisis Keputusan Alpha Cronbach bagi sampel kajian 63
3.5 Interpretasi Skor Min 64
3.6 Ringkasan Ujian terhadap Aspek Yang Dikaji 64
4.1 Analisis demografi mengikut Jantina 68
4.2 Analisis demografi mengikut kursus pengajian 70
4.3 Taburan Skor min dan Sisihan Piawai bagi motivasi Intrinsik 73
4.4 Taburan item motivasi intrinsik mengikut elemen yang telah 75
ditetapkan
4.5 Taburan Skor min dan Sisihan Piawai bagi motivasi Ekstrinsik 76
4.6 Taburan item motivasi ekstrinsik mengikut elemen yang telah 78
ditetapkan
4.7 UjianNormaliti 79
4.8 Ujian “Man-Whitney” 80
4.9 Ujian Kruskal Wallis 81
xii

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka Konsep Kajian 12


2.1 Hierarki Maslow 23
2.2 Adaptasi Model Morello dan Caldwell 35
terhadap Teori Motivasi
2.3 Pelan Transformasi Vokasional 51
3.1 Kerangka Operasi Kajian 58
4.1 Carta pai taburan respondan mengikut Jantina 69
4.2 Carta pai taburan respondan mengikut kursus pengajian 71
xiii

SENARAI SINGKATAN

BPTV - Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional


DVM - Diploma Vokasional Malaysia
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
IPT - Institut Pengajian Tinggi
JPM - Jabatan Perangkaan Malaysia
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
KPM - Kementerian Pendidkan Malaysia
KV - Kolej Vokasional
MPV - Mata Pelajaran Vokasional
NKEA - National Key Economic Area
OECD - The Organisation for Economic Co-operation and Development
PAV - Pendidikan Asas Vokasional
PMR - Penilaian Menengah Rendah
PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional
RMK-10 - Rancanagan Malaysia Kesepuluh
SEAMEO- The Southeast Asian Ministers of Education Organization
SKM - Sijil Kemahiran Malaysia
SMT - Sekolah Menengah Teknik
SMV - Sekolah Menengah Vokasional
SPSS - Statistical Package for Science Social
SRP - Sijil Rendah Pelajaran
UNESCO - United Nation For Education, Science And Cultural Organization
xiv

SENARAI LAMPIRAN

A Borang Soal Selidik 105


B Pengesahan Pakar 109
C Kebolehpercayaan Item Soal Selidik Kajian Rintis 114
D Dokumen Kebenaran Kajian 124
E Carta Gantt Projek Sarjana 126
1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan sentiasa menjadi agenda terpenting dalam pembangunan dan pembentukan


masa depan negara di seluruh dunia dan merupakan bidang paling strategik bagi
membina generasi yang akan mengisi keperluan dan pembangunan masa hadapan
terutamanya dalam abad ke-21 (Saedah Siraj, 2001). Pendidikan juga memainkan
peranan yang penting dalam pembangunan sumber tenaga manusia dan ekonomi negara.
Memandangkan betapa pentingnya pendidikan untuk melahirkan tenaga kerja separa
professional dan professional, kerajaan telah merekabentuk pelbagai pelan pendidikan
baharu secara menyeluruh. Oleh yang demikian, bagi memenuhi keperluan tenaga kerja
negara, bilangan sekolah, kolej kemahiran, politeknik dan universiti perlu ditambah bagi
melatih tenaga kerja dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran, kedoktoran,
kejuruteraan, perguruan dan golongan sokongan yang lain.
Menurut Muhyiddin (2012), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh
dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan
telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan
standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara,
dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam
mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21. Dalam tempoh
2

11 bulan pelaksanaan kajian, kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai


sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari
UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kajian ini
juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, orang ramai dan murid di
seluruh negara. Dokumen Awal Pelan Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi
menilai prestasi semasa sistem pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara
objektif pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa.
Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan
negara pada masa depan. Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi
yang perlu dilaksanakan oleh kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan. Usaha
yang telah dirangka dan akan dilaksanakan untuk mentransformasikan sistem pendidikan
negara dan diharap dapat difahami dengan jelas oleh masyarakat keseluruhannya.
Kementerian akan mendapatkan maklum balas tentang laporan awal pelan ini daripada
seluruh komuniti sebelum laporan akhir pelan ini dihasilkan pada Disember 2012.
Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (2012), Pendidikan Teknik
dan Vokasional (PTV) turut menjadi agenda utama dalam pembangunan pendidikan
negara. Hal ini kerana Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) merupakan satu sistem
pendidikan yang menyediakan latihan khusus untuk kemahiran-kemahiran teknikal dan
vokasional serta beberapa kemahiran yang lain. Vokasional membawa maksud usaha
sesebuah organisasi itu bagi melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan,
kemahiran asas dan juga mempersiapkan mereka untuk menjadi pekerja mahir pada
suatu hari nanti Raman et. al(2005). Apabila seseorang pekerja itu diiktiraf sebagai
pekerja mahir, secara tidak langsung, golongan ini akan dipertanggungjawabkan untuk
membentuk dan melahirkan lagi pekerja mahir yang baru.
Oleh yang demikian, kerajaan mengambil pendekatan untuk mengfokuskan
Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV). Inisiatif ini merupakan salah satu langkah
untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran. Pendidikan Teknik dan Vokasional
(PTV) merupakan bidang pendidikan yang mendapat perhatian kerajaan sejak
kebelakangan ini. Kerajaan mengambil berat tentang perkembangan PTV bukan sahaja
di peringkat institusi pengajian tinggi , malah juga di peringkat sekolah. Bermula tahun
2013, Sekolah Menengah Vokasional dinaiktaraf kepada Kolej Vokasional. Sebagai
3

permulaan, 15 sekolah Menengah Vokasional telah dipilih untuk menjadi program rintis
pada tahun 2012. Pelajar Kolej Vokasional akan mengikuti pengajian selama empat
tahun, meliputi 30 % akademik dan 70 % kemahiran. Program seumpama ini mendapat
banyak peruntukkan daripada kerajaan dalam penyediaan infrastruktur bengkel dan
peralatan. Ini menunjukkan kerajaan prihatin terhadap kepentingan bidang PTV dalam
pembentukkan generasi yang berkemahiran.

1.2 Latar Belakang Permasalahan

Bidang kemahiran merupakan bidang yang terlalu penting terutamanya bagi negara-
negara membangun untuk mempersiapkan diri menuju abad ke-21. Malaysia merupakan
antara negara membangun di benua asia tenggara yang mana bergiat secara aktif dalam
melahirkan tenaga mahir untuk menampung keperluan tenaga kerja negara. Jika
sesebuah negara gagal menghasilkan belia yang berkemahiran tinggi menjelang era 2020
maka negara tersebut dianggap ketinggalan dari semua aspek sama ada ekonomi
mahupun pembangunan teknologi.
Oleh itu, kerajaan mengambil pendekatan yang sesuai untuk merealisasikan
wawasan 2020 dengan penerapan sukatan pelajaran yang berkaitan Pendidikan Teknikal
dan Vokasional (PTV) terhadap generasi muda dibangku sekolah dan juga di institusi
pengajian tinggi (IPT). Dengan usaha seumpama ini, belia-belia berkesempatan
mempelajari ilmu pengetahuan secara praktikal selain ilmu akademik semata-mata
sepanjang pengajian di peringkat sekolah menengah mahu pun di peringkat IPT. Selain
itu, kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam PTV perlu dilihat secara keseluruhan
untuk meningkatkan tahap kemahiran tenaga kerja secara ketara memandangkan PTV
bertujuan untuk menambah bekalan modal insan berkemahiran di Malaysia melalui
penyediaan pendidikan berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dan
keupayaan dalam bidang teknikal dan vokasional (RMK-10, 2010).
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan Teknik dan
Vokasional (BPTV) telah menawarkan dua bidang pengajian kepada pelajar peringkat
lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk mengikuti program yang bersesuaian
4

dengan pencapaian akademik masing-masing di sekolah-sekolah menengah teknik


(SMT) atau Kolej Vokasional (KV) yang terpilih. Bidang yang ditawarkan adalah
Pendidikan Teknikal, Pendidikan Vokasional dan Latihan Kemahiran yang bermula
pada tahun 2013. Pendidikan Asas Vokasional (PAV) pula, akan ditawarkan di peringkat
menengah rendah bagi sekolah-sekolah menengah harian, khusus kepada pelajar yang
cenderung terhadap bidang vokasional (BPTV, 2012).
Bidang pendidikan teknikal yang ditawarkan adalah dikhususkan kepada pelajar
yang mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan PMR. Sungguh pun bermula
pada tahun 2014, Peperiksaan PMR sudah tidak digunakan sebagai piawaian untuk
menentukan tahap kecemerlangan pelajar, tetapi ia masih diguna pakai sehingga tahun
2013. Oleh hal yang demikian, tahap kecemerlangan berasaskan peperiksaan PMR
masih wajar dijadikan panduan dalam kajian ini. Oleh itu, KPM telah menetapkan satu
garis panduan gred bagi mengukur tahap kecemerlangan pelajar-pelajar tersebut.
Menurut KPM (2013), pelajar cemerlang akademik merupakan pelajar yang mendapat
Gred A dengan memperoleh 80-100 markah bagi setiap mata pelajaran yang diambil.
Gred pemarkahan yang dinilai adalah seperti yang tercatat di dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1: Penggredan PMR (KPM, 2013)

Gred Markah Status


A 80-100 Cemerlang
B 65-79 Kepujian
C 50-64 Baik
D 40-49 Lulus
E 0-39 Gagal

Pemilihan pelajar untuk kemasukan ke sekolah menengah teknik (SMT) dalam


aliran teknikal adalah bertujuan untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam
bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Kursus-kursus
yang ditawarkan dalam aliran teknikal adalah bidang kejuruteraan mekanikal,
kejuruteraan elektrik, kejuruteraan awam, perdagangan dan sains pertanian. Pelajar yang
terpilih mengikuti aliran teknikal akan meneruskan pembelajaran di SMT yang terpilih.
Setelah menamatkan pembelajaran di SMT, pelajar akan berpeluang melanjutkan
5

pelajaran ke peringkat lebih tinggi seperti diploma dan ijazah di mana-mana institusi
pengajian tinggi awam dan swasta (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej
matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum atau tingkatan enam. Justifikasinya, SMT
merupakan saluran terbaik untuk pelajar cemerlang akademik membina kerjaya masa
hadapan dalam bidang PTV.
Menurut KPM (2012), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran
Malaysia pernah menyuarakan kebimbangan bahawa, Malaysia tidak akan menjadi
negara kompetitif dan terus ketinggalan sekiranya bidang PTV tidak mengalami
perubahan besar dengan segera. Perubahan yang dimaksudkan adalah termasuk dalam
meningkatkan bilangan graduan dalam bidang teknikal. Menurut Yahaya et. al (2011),
walaupun mereka yang berjaya mendapat tempat di SMT adalah merupakan pelajar-
pelajar yang terpilih berasaskan kelayakan, prestasi yang ditunjukkan dalam peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidaklah menepati sesuatu yang membanggakan.
Pada hakikatnya, pakej-pakej bagi mata pelajaran yang ditawarkan dalam aliran
teknikal dapat menyediakan kemahiran yang bersesuaian dengan kelayakan akademik
pelajar. Kemahiran dan pakej lengkap yang dimiliki oleh pelajar cemerlang akademik
bergelar graduan akan menjadi faktor terhadap pemilihan tenaga kerja. Hal ini demikian
kerana, pada masa ini pasaran kerja graduan bukan lagi hanya bergantung kepada
kecemerlangan akademik semata-mata, tetapi kualiti kendiri seseorang individu itu
sendiri boleh mempengaruhi kebolehpasaran mereka (Mat Yazid, 2010). Kajian Othman
et.al (2011) mendapati bahawa, prestasi yang diharapkan oleh majikan berbanding
prestasi kerja sebenar graduan mempunyai jurang yang begitu ketara. Hal ini boleh
menyebabkan peningkatan longgokan penganggur dalam kalangan graduan siswazah
dari masa ke semasa. Pada tahun 2009, 27% daripada siswazah institusi pengajian tinggi
tempatan masih menganggur dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian,
manakala yang berjaya mendapat pekerjaan pula, 33% daripada mereka memperoleh
pendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan (KPM, 2012d). Menurut Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia, universiti-universiti dan politeknik di seluruh negara telah
mengeluarkan 184,581 graduan pada tahun 2011. Walau bagaimanapun, seramai 44,391
atau 24% daripada jumlah tersebut tidak mempunyai pekerjaan. Berdasarkan statistik
kementerian, graduan daripada kursus Sastera dan Sains Sosial merupakan kelompok
6

penganggur terbesar iaitu 44.5% atau 19,784 daripada jumlah keseluruhan graduan yang
menganggur. Kelompok kedua pula ialah graduan kursus teknikal iaitu seramai 12,321
atau 27.7% manakala graduan kursus sains berada di tempat ketiga iaitu seramai 7,321
orang atau 16.49% daripada jumlah keseluruhannya. Statistik juga menunjukkan seramai
21,248 pemegang ijazah masih belum mempunyai pekerjaan manakala bagi pemegang
diploma, hanya tiga peratus daripada jumlah graduan yang menganggur keseluruhannya.
Menurut maklum balas sektor industri, masih ramai graduan yang menganggur
disebabkan kursus yang mereka ambil di universiti tidak sesuai dengan keperluan dan
permintaan pasaran (KPTM, 2012).
Statistik yang diperolehi menunjukkan bahawa, pelajar lepasan siswazah lebih
ramai yang menganggur berbanding pelajar lepasan diploma. Berdasarkan statistik
daripada Jabatan Perangkaan Malaysia sehingga Mac 2013, kadar pengangguran
meningkat kepada paras 3.3%.berbanding hanya 2.9% pada Mac 2012. Kadar
pengangguran tersebut meliputi kumpulan graduan siswazah dari institusi pengajian
tinggi awam dan swasta di negara ini. Statistik yang diperoleh dari Jabatan Perangkaan
Malaysia juga menunjukkan bahawa, ramai pelajar yang hanya cemerlang di peringkat
sekolah dan universiti, tetapi masih tidak berjaya menembusi pasaran kerja (JPM, 2013).
Ia merupakan pembaziran modal insan berkualiti yang seharusnya berpotensi kepada
pembangunan sesebuah negara. Ekoran masalah tersebut, kerajaan telah merangka
transformasi pendidikan vokasional melalui Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran dengan memperkenalkan pendidikan
asas vokasional (PAV) di peringkat menengah rendah dan pengstrukturan semula sistem
pendidikan Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Kolej Vokasional (KV) di
peringkat menengah atas.
Namun, usaha-usaha yang diaturkan oleh pihak kerajaan dengan menyediakan
kelengkapan untuk tujuan pendidikan teknikal dan vokasional kurang mendapat
sambutan oleh pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk melanjutkan
pengajian ke Kolej Vokasional dan secara tidak langsung dilihat pada tahap yang
rendah. Kenyataan ini disokong berdasarkan analisa statistik yang telah dibuat oleh
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional yang menunjukkan jumlah peratusan
permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional bagi tahun 2013 sebanyak 25.3% sahaja
7

iaitu 117,000 permohonan yang diterima daripada 462,940 orang calon yang menduduki
PMR pada tahun 2013 seluruh negara (KPM, 2013). Di samping itu, mereka juga kurang
berminat untuk menjalankan kerja-kerja kemahiran teknikal serta hasil kerja yang
kurang berkualiti. Kenyataan ini disokong berdasarkan keputusan tinjauan awal melalui
proses temubual terhadap pengajar Kolej Vokasional Kluang seperti berikut:

“Ada sebahagian masuk sebab desakan ibu bapa, jadi dia masuk tapi tidak berminat.
Kena pula kerja peluh-peluh panjat tangga dan sebagainya, sebab yang masuk pun
ibubapa dia yang uruskan, temuduga pun ala kadar saja. Bila ditanya, mak ayah
diorang yang suruh masuk. Kebanyakan yang masuk sebab target diploma.”

“Ada juga yang buat kerja lewat dan lambat. Ada jugak yang buat kerja sambil lewa,
sebab tu bukan minat yang datang dari dalam diri, jadi kualiti kerja kurang.”

“Ada yang ikut kawan, bila kita temuduga kita tanya macam mana awak dapat
maklumat awal tentang kolej vokasional? dia jawab, ni ikut kawan, tapi kebanyakannya
datang dengan ibubapa la.” (P1)

Ekoran daripada perkara tersebut, kajian perlu dijalankan untuk mengenalpasti


permasalahan sebenar yang berlaku seterusnya mencari jalan penyelesaian yang
sewajarnya. Faktor-faktor yang dilihat dalam kajian ini adalah faktor motivasi intrinsik
dan motivasi ekstrinsik di mana motivasi intrinsik merangkumi faktor-faktor seperti
faktor sikap, kemahiran, minat, kecergasan dan keseronokkan. Manakala motivasi
ekstrinsik pula merangkumi faktor-faktor seperti faktor popular, mobiliti sosial,
kepujian, dorongan dan faktor ganjaran (Mohad Anizu, 2009).
8

1.3 Pernyataan Masalah

Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) merupakan antara agenda utama negara
kebelakangan ini dalam melahirkan tenaga kerja separa professional yang berkemahiran
untuk menampung kehendak pasaran tenaga kerja negara. Usaha giat dilakukan pihak
kerajaan melalui pengstrukturan semula sistem pendidikan Sekolah Menengah
Vokasional kepada Kolej Vokasional. Strategi ini dirangka untuk memberi tumpuan
kepada golongan pelajar sederhana agar tidak tercicir dari arus perdana sebaliknya dapat
berpeluang menceburi bidang yang diminati serta memberi sumbangan terhadap
pembangunan negara. Sistem modul diperkenalkan dalam kurikulum Kolej Vokasional
di mana kandungan pembelajarannya menitik beratkan kemahiran teknikal yang
berkaitan bagi setiap bidang yang ditawarkan. Pelajar di Kolej Vokasional akan
mengikuti pengajian selama empat tahun, meliputi 30 % akademik dan 70 % kemahiran.
Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (2012), sejumlah dana dan
peruntukan telah disalurkan oleh pihak kerajaan untuk menapung perbelanjaan bagi
keperluan pendidikan teknik dan vokasional.
Namun, usaha-usaha yang diaturkan oleh pihak kerajaan dengan menyediakan
kelengkapan bengkel dan kemudahan infrastruktur untuk tujuan pendidikan teknikal dan
vokasional kurang mendapat sambutan. Pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) kurang berminat untuk melanjutkan pengajian ke Kolej Vokasional dan secara
tidak langsung dilihat pada tahap yang rendah. Kenyataan ini disokong berdasarkan
analisa statistik yang telah dibuat oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
yang menunjukkan jumlah peratusan permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional bagi
tahun 2013 sebanyak 25.3% sahaja iaitu 117,000 permohonan yang diterima daripada
462,940 orang calon yang menduduki PMR pada tahun 2013 seluruh negara (KPM,
2013).
Di samping itu, mereka juga kurang berminat untuk menjalankan kerja-kerja
kemahiran teknikal serta hasil kerja yang kurang berkualiti. Kenyataan ini disokong
berdasarkan keputusan tinjauan awal melalui proses temubual terhadap pengajar Kolej
Vokasional Kluang. Hasil daripada temubual tersebut, dapat dirumuskan bahawa
terdapat sebahagian pelajar yang mengikut pengajian ke kolej vokasional bukan
9

berdasarkan kemahuan sendiri. Terdapat segelintir pelajar didesak oleh ibubapa supaya
melanjutkan pengajian ke kolej vokasional setelah tamat pengajian tingkatan 3. Antara
penyebab utama ibubapa menghantar anak-anak mereka untuk mengikut pengajian di
kolej vokasional adalah para ibubapa melihat kolej vokasional menawarkan pengajian
peringkat diploma dengan hanya menggunakan kelayakan PMR dan membolehkan
pelajar mendapat segulung diploma pada usia yang muda iaitu pada umur 19 tahun.
Hasil daripada temubual juga mendapati terdapat pelajar yang melaksanakan kerja
sambil lewa dan lewat menghantar tugasan yang telah diarahkan oleh pengajar. Selain
itu, hasil kerja yang dilakukan pelajar amat mendukacikan dimana kualiti hasil kerja
pada tahap yang rendah dan tidak memuaskan. Terdapat juga segelintir pelajar yang
mengikuti pengajian ke kolej vokasional kerana melihat ramai rakan sebaya mereka
mengikuti pengajian dan bukan berlandaskan keinginan sendiri untuk belajar di kolej
vokasional. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengukur dan mengenalpasti
tahap motivasi terhadap pelajar kolej vokasional kluang dalam melaksanakan kerja-kerja
kemahiran teknikal.

1.4 Tujuan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengukur dan mengenalpasti tahap motivasi terhadap
pelajar kolej vokasional kluang dalam melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal
dimana motivasi terbahagi kepada dua iaitu intrinsik dan ekstrinsik. Kolej Vokasional
Kluang merupakan salah sebuah kolej vokasional rintis daripada 15 buah kolej
vokasional rintis yang diberi mandat pada tahun 2012. Kolej vokasional rintis ini melalui
pengstrukturan semula sistem pendidikan daripada sekolah menengah vokasional kepada
kolej vokasional.
10

1.5 Objektif Kajian

Beberapa objektif telah ditetapkan untuk melaksanakan kajian ini. Antara objektif yang
telah digariskan seperti berikut:

i. Mengukur tahap motivasi intrinsik pelajar dalam melaksanakan kerja-kerja


kemahiran teknikal.
ii. Mengukur tahap motivasi ekstrinsik pelajar dalam melaksanakan kerja-kerja
kemahiran teknikal.
iii. Mengenalpasti perbezaan yang signifikan bagi motivasi intrinsik pelajar dalam
melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal mengikut jantina.
iv. Mengenalpasti perbezaan yang signifikan bagi motivasi ekstrinsik pelajar
dalam melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal mengikut jantina.
v. Mengenalpasti perbezaan yang signifikan bagi motivasi intrinsik pelajar dalam
melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal mengikut kursus pengajian.
vi. Mengenalpasti perbezaan yang signifikan bagi motivasi ekstrinsik pelajar
dalam melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal mengikut kursus
pengajian.

1.6 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:

i. Apakah tahap motivasi intrinsik pelajar dalam melaksanakan kerja-kerja


kemahiran teknikal?
ii. Apakah tahap motivasi ekstrinsik pelajar dalam melaksanakan kerja-kerja
kemahiran teknikal?
iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi motivasi intrinsik pelajar
dalam melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal mengikut jantina?
11

iv. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi motivasi ekstrinsik pelajar
dalam melaksanakan kerja-kerja kemahiran mengikut jantina?
v. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi motivasi intrinsik pelajar
dalam melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal mengikut kursus
pengajian?
vi. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi motivasi ekstrinsik pelajar
dalam melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal mengikut kursus
pengajian?

1.7 Hipotesis Kajian

Hipotesis yang terhasil daripada persolan kajian adalah seperti berikut :

Hipotesis Null (Ho1)


Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi motivasi intrinsik pelajar dalam
melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal mengikut jantina.

Hipotesis Null (Ho2)


Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi motivasi ekstrinsik pelajar dalam
melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal mengikut jantina.

Hipotesis Null (Ho3)


Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi motivasi intrinsik pelajar dalam
melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal mengikut kursus pengajian.

Hipotesis Null (Ho4)


Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi motivasi ekstrinsik pelajar dalam
melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal mengikut kursus pengajian.
12

1.8 Kerangka Konsep Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengukur dan mengenalpasti tahap motivasi pelajar kolej
vokasional kluang dalam melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal. Berikut
menunjukkan kerangka konsep bagi kajian yang dilaksanakan seperti Rajah 1.1

Motivasi

Intrinsik
Ekstrinsik
1.Keperluan
1.Ganjaran
2.Minat
2.Tekanan Sosial
3.Ingin tahu
3.Hukuman
4.Keseronokan

Penglibatan pelajar
dalam melaksanakan
kerja-kerja kemahiran
teknikal

Rajah 1.1: Kerangka Konsep Kajian

Berdasarakan rajah 1.1, di mana pembolehubah bebas adalah motivasi intrinsik


dan motivasi ekstrinsik. Elemen-elemen yang diwakili oleh motivasi intrinsik
merangkumi faktor-faktor seperti keperluan, minat, ingin tahu, dan keseronokan.
Manakala motivasi ekstrinsik pula merangkumi faktor-faktor seperti faktor ganjaran,
tekanan sosial dan hukuman (Woolfolk, 2008). Pembolehubah bersandar pula adalah
penglibatan pelajar dalam melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal.
.
13

1.9 Skop Kajian

Kajian ini dilaksanakan terhadap pelajar Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) tahap 1


semester 2 Kolej Vokasional Kluang yang mengambil jurusan teknikal sahaja.
Sebannyak 7 kursus pengajian yang terlibat seperti mana berikut:

1. Teknologi Elektrik
Lelaki = 15
Perempuan = 11
Jumlah = 26

2. Teknologi Elektronik
Lelaki = 12
Perempuan = 12
Jumlah = 24

3. Teknologi Kimpalan

Lelaki = 14
Perempuan =0
Jumlah = 14

4. Teknologi Automotif
Lelaki = 18
Perempuan =2
Jumlah = 20

5. Teknologi Pembinaan
Lelaki = 14
Perempuan = 13
14

Jumlah = 27

6. Pemesinan Industri
Lelaki = 15
Perempuan =3
Jumlah = 18

7. Teknologi penyejukbekuan dan penyaman udara


Lelaki = 17
Perempuan =2
Jumlah = 19

Secara keseluruhannya, sejumlah 148 orang respondan terlibat dalam kajian ini
untuk mengukur dan mengenalpasti tahap motivasi pelajar kolej vokasional kluang
dalam melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal.

1.10 Batasan Kajian

Dalam sesuatu penyelidikan yang dijalankan, lazimnya penyelidik akan menghadapi


beberapa kekangan dalam memperoleh maklumat yang dikehendaki. Terdapat beberapa
kekangan yang telah dikenalpasti semasa penyelidik menjalankan penyelidikan ini.
Kajian ini terbatas kepada faktor-faktor dalaman seperti kesediaan respoden untuk
memberi kerjasama. Selain itu, kekangan dari segi kejujuran respodan menjawab
sejumlah soalan yang diedarkan dalam bentuk soal selidik.

1.11 Kepentingan Kajian

Di akhir kajian ini, penyelidik berharap agar kajian ini dapat memberi sumbangan yang
besar terutamanya terhadap bidang pendidikan negara. Kajian ini membantu pelajar
15

untuk merencana dan merancang matlamat pembelajaran mereka dengan jelas dan tepat.
Selain itu, memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan ilmu pengetahuan
khususnya ilmu vokasional. Selain itu, pelajar juga diharap agar dapat meningkatkan
kesediaan mereka untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari.
Hasil kajian ini juga dapat membantu pengajar untuk meningkatkan usaha untuk
memberikan pengetahuan dan pendedahan tentang bidang yang diajar. Pengajar juga
diharap agar dapat meningkatkan tahap kesediaan pelajar untuk memilih kerjaya dalam
bidang yang dipelajari.
Selain itu, dapat membantu pihak pengurusan kolej untuk menyusun program dan
aktiviti motivasi serta pendedahan yang sewajarnya tentang alam pekerjaan kepada
pelajar bagi meningkatkan kesedaran dan kesediaan pelajar untuk memilih kerjaya
dalam bidang yang dipelajari seterusnya berupaya meningkatkan tahap pencapaian kolej
vokasional kluang.
Akhir sekali, kajian ini dapat memberi gambaran senario sebenar yang berlaku di
kolej vokasional kepada pihak kementerian sumber manusia untuk mengatur langkah
yang seterusnya dalam meningkatkan mutu pendidikan negara. Di samping itu, memberi
hubungkait antara sekolah dan alam pekerjaan kepada pelajar bagi meningkatkan
kesediaan pelajar untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari. Selain itu juga,
memberi gambaran yang bermanfaat kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia
(JPK) iaitu merupakan Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia yang
mengawal selia Kolej Vokasional untuk merangka dan membentuk modul-modul atau
kurikulum baru yang bersesuaian. Kajian ini sebenarnya memberi titik tolak kepada
pihak yang berkenaan untuk mencari penyelesaian yang sewajarnya terhadap
permasalahan yang berkaitan dalam usaha melahirkan generasi berkemahiran yang dapat
memberi sumbangan terhadap pembangunan negara

1.12 Definisi Operasi

Definisi operasi, istilah atau terminologi merupakan penerangan istilah yang terdapat
dalam kajian yang dijalankan. Terminologi (bahasa Latin: terminus) atau peristilahan
16

adalah ilmu tentang istilah dan penggunaannya. Kajian terminologi antara lain
mencakupi pembentukannya serta kaitan istilah dengan suatu budaya. Berdasarkan
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), pula ditakrifkan sebagai kumpulan kata khusus
yang berkaitan dengan sesuatu bidang ilmu. Berikut merupakan definisi operasi atau
istilah yang diguna pakai dalam kajian ini:

i. Motivasi

Slavin (2000), mendefinisikan motivasi sebagai proses dalaman yang mendorong


seseorang untuk mencapai sesuatu. Motivasi adalah pengaruh daripada keperluan dan
keinginan terhadap pengamatan dan dorongan tingkah laku.
Vygotsky (1962), menyatakan motivasi merujuk kepada suatu keadaan dalaman
yang mana memberi arahan ke dalam pemikiran manusia yang mana tingkah laku
didorong kepada tingkah yang bermatlamat.
Sternberg (2009), motivasi bererti dorongan atau keperluan yang memimpin
kepada sesuatu tindakan. Motivasi juga melibatkan sesuatu proses yang memberikan
kuasa dan arahan yang menggerakkan tingkah laku seseorang.
Ward et.al (2010), menyatakan motivasi adalah secara dasarnya satu proses dalam
pelbagai keperluan desakan biologikal terhadap tingkah laku yang dibentuk untuk
memenuhi keperluan.
Smith et.al (2010), mendefinasikan sebagai keadaan dalam yang menggerakkan
dan memberi arah kepada pemikiran, perasaan dan tingkah laku. Ianya merupakan
keadaan yang menggerak dan mengawal tingkah laku ke arah pencapaian matlamat
(pemuasan keperluan).

ii. Motivasi Intrinsik

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), intrinsik membawa makna sesuatu
unsur bersifat dalaman. Manakala motivasi intrinsik pula ditakrifkan sebagai
kecenderungan semula jadi untuk mencari dan menakluk cabaran seperti yang kita
inginkan bergantung kepada keupayaan diri untuk mendapatkan sesuatu (Deci & Ryan,
17

2002). Motivasi yang timbul dalam diri sendiri tanpa paksaan lain daripada orang lain
dan atas kehendak sendiri. Menurut Mohad Anizu( 2009), motivasi yang merangkumi
faktor-faktor seperti faktor sikap, kemahiran, minat, kecergasan dan keseronokan.

iii. Motivasi Ekstrinsik

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), ekstrinsik membawa makna sesuatu
unsur bersifat luaran. Manakala motivasi ekstrinsik didefinisikan menurut woolfolk
(2009) sebagai keinginan atau kehendak untuk melakukan sesuatu tugas yang
dipengaruhi oleh faktor luaran seperti ganjaran, tekanan sosial dan hukuman dengan kata
lain motivasi yang timbul akibat pengaruh luar individu berunsur paksaan, ajakan
suruhan atau ganjaran. Menurut Mohad Anizu( 2009), motivasi ekstrinsik merangkumi
faktor-faktor seperti faktor popular, mobiliti sosial, kepujian, dorongan dan faktor
ganjaran.

iv. Pendidikan Teknik dan Vokasional

Pendidikan Teknik & Vokasional (PTV) bermaksud pendidikan untuk membentuk


kemahiran, kebolehan, kefahaman, sikap, tabiat kerja dan nilai dalam individu untuk
memasuki dan seterusnya memajukan diri dalam bidang pekerjaan (Tajul Ariffin, 2010).
Ia merupakan salah satu cabang pendidikan yang diwujudkan bagi memberi peluang
kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan terhadap bidang teknikal untuk
memenuhi keperluan tenaga kerja di industri di dalam mahu pun di luar negara.

v. Kemahiran Teknikal

Kemahiran merujuk kepada keupayaan atau kebolehan seseorang untuk melakukan


sesuatu atau pekerjaan. Teknikal pula menjurus kepada bidang yang berkaitan kaedah
atau teknik yang tersendiri yang telah termaktub mengikut bidang tertentu. Oleh itu,
kemahiran teknikal diterjemahkan sebagai kebolehan seseorang menguasai dan
18

melaksanakan tugas atau pekerjaan yang melibatkan teknik dan kaedah yang telah
ditetapkan mengikut bidang tertentu (Tajul Ariffin, 2010).

1.13 Rumusan

Secara keseluruhannya dalam Bab 1 membincangkan perkara-perkara yang penting bagi


menggambarkan pengenalan kepada kajian yang dijalankan merangkumi permasalahan
yang dikaji, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis yang terlibat, kerangka konsep
untuk melaksanakan kajian dan istilah-istilah yang terdapat dalam kajian yang
dijalankan. Kajian ini memfokuskan kepada tahap motivasi pelajar kolej vokasional
kluang dalam melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal di mana pembolehubah
bebas adalah motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik yang mana elemen-elemen yang
diwakili oleh motivasi intrinsik merangkumi faktor-faktor seperti minat, keseronokan,
ingin tahu, dan keperluan. Manakala motivasi ekstrinsik pula merangkumi faktor-faktor
seperti faktor ganjaran, tekanan sosial dan hukuman. Pembolehubah bersandar pula
adalah penglibatan pelajar dalam melakukan kerja-kerja kemahiran teknikal.
19

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Dalam bab sorotan kajian membincangkan kajian-kajian terdahulu yang signifikan


dengan kajian yang hendak direkabentuk dan dilaksanakan. Menurut Loriane (2002),
mengatakan bahawa sorotan kajian ialah suatu ringkasan dan penilaian yang kritis
terhadap bahan-bahan dalam suatu bidang atau masalah berkenaan. Secara ringkasnya
dari penjelasan-penjelasan tersebut dapat dirumuskan bahawa sorotan kajian ialah proses
penelitian, penilaian dan pemahaman secara mendalam hasil kajian dan penulisan yang
terdahulu yang mempunyai perkaitan dengan persoalan yang akan dikaji.

2.2 Teori Asas Motivasi

Slavin (2000), mendefinisikan motivasi sebagai proses dalaman yang mendorong


seseorang untuk mencapai sesuatu. Motivasi adalah pengaruh daripada keperluan dan
keinginan terhadap pengamatan dan dorongan tingkah laku. Vygotsky (1962), pula
menyatakan motivasi merujuk kepada suatu keadaan dalaman yang mana memberi
arahan ke dalam pemikiran manusia yang mana tingkah laku didorong kepada tingkah
yang bermatlamat. Selain itu, Sternberg (2009) mendefinisikan motivasi sebagai
dorongan atau keperluan yang memimpinkepada sesuatu tindakan. Motivasi juga
20

melibatkan sesuatu proses yang memberikankuasa dan arahan yang menggerakkan


tingkah laku seseorang. Ward et.al (2010), menyatakan motivasi adalah secara dasarnya
satu proses dalam pelbagai keperluan desakan biologikal terhadap tingkah laku yang
dibentuk untuk memenuhi keperluan. Smith et.al (2010), mendefinisikan sebagai
keadaan dalam yang menggerakkan dan memberi arah kepada pemikiran, perasaan dan
tingkah laku. Ianya merupakan keadaan yang menggerak dan mengawal tingkah laku ke
arah pencapaian matlamat (pemuasan keperluan). Peranan motivasi terlalu penting
dalam kehidupan seharian manusia sebagai aspirasi atau penyuntik semangat sama dari
dalam dan juga luaran. Tambahan pula bagi insan yang bergelar seorang pelajar. Faktor
motivasi sememangnya penyumbang kepada kejayaan dan sahsiah pelajar. Selain itu,
turut melahirkan kreativiti yang tersendiri mengikut ideologi individu.
Persekitaran remaja memainkan peranan dalam meningkatkan pencapaian
akademik remaja, kenyataan ini disokong oleh Yu dan Patterson (2010) di dalam jurnal
mereka mengenai “Examining Adolescent Academic Achievement: A Cross Cultural
Review” untuk mengenal pasti kesan keluarga, rakan sebaya dan guru kepada motivasi
remaja dalam pencapaian akademik. Kajian ini menunjukkan bahawa ibu bapa mampu
bekerjasama dengan sumber komuniti serta meningkatkan jangkaan dan penglibatan
guru kepada aktiviti pelajar, dengan itu motivasi dan pencapaian akademik pelajar akan
turut meningkat. Selain itu, guru juga turut berperanan untuk meningkatkan motivasi
pelajar. Ini disokong melalui satu kajian tentang ciri-ciri amalan berkesan pembelajaran
pada abad ke-21 yang menekankan ciri-ciri amalan pedagogi inovatif guru yang akan
membawa pembaharuan terhadap pembelajaran telah dijalankan oleh Law et.al (2002).
Kaunselor seharusnya memainkan peranan penting dalam mendedahkan maklumat
bidang kerjaya yang berkaitan atau pilihan institusi yang bersesuaian dengan minat
mereka (Kasa & Bakar, 2004).

2.2.1 Teori Konsep Kendiri dan Personaliti

Konsep kendiri seseorang sangat mempengaruhi kerjaya dalam sesuatu bidang. Tanpa
disedari konsep kendiri ini juga boleh berubah-ubah dalam suatu jangka waktu tertentu.
21

Ia dipengaruhi oleh faktor persekitarannya seperti ibu bapa, keluarga, guru, rakan sebaya
dan juga masyarakat sekeliling. Sebagai contoh, apabila berlaku penceraian dalam
sesebuah keluarga, peristiwa ini mungkin meningggalkan kesan negatif ke atas diri
seseorang. Kesannya ia mengubah konsep kendiri seseorang seterusnya mengubah
personalitinya kepada personaliti yang baru. Pencapaian akademiknya juga akan turut
terjejas disebabkan peristiwa tersebut.

a) Teori Konsep Kendiri - Teori Maslow (1970)

Kebiasaannya, individu cenderung untuk membuat penilaian terhadap dirinya


berdasarkan kepada tanggapan dan layanan orang-orang disekeliling terhadap dirinya.
Individu akan lebih berkeyakinan pada dirinya sendiri jika tanggapan dan layanan yang
positif dan baik diberikan kepadanya. Di sini satu konsep kendiri akan terbina iaitu
penilaian tentang diri sendiri dan akan mempengaruhi sikap, interaksi sosial dan juga
personaliti seseorang. Seterusnya, ia juga mempengaruhi matlamat dan juga cita-cita
seseorang dalam memenuhi kehendaknya. Pernyataan di atas sesuai dengan teori yang
dikemukakan oleh Maslow (1943) iaitu Teori Hierarki Keperluan. Menurut Maslow
(1943) dalam Abu Bakar (2002), beliau mengkelaskan keperluan asas manusia kepada
lima keperluan mengikut hierarki. Keperluan asas tersebut ialah keperluan fisiologi,
keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, penghargaan kendiri dan juga peringkat
yang tertinggi iaitu kesempurnaan kendiri.

b) Teori Konsep Kendiri - Teori Pemusatan Individu Carl Roger (1951)

Menurut Rogers (1951) dalam Azizi et. al (2006), konsep kendiri didefinisikan sebagai
definisi diri yang diberikan pada diri sendiri secara sedar. Apabila menggunakan
perkataan saya, iaitu ia adalah gambaran persepsi kendiri yang tersusun yang dapat
dibawa ke peringkat sedar. Menurut Roger (1951) dalam Abu Bakar (2002), beliau
menolak pendapat bahawa manusia dikawal oleh dorongan bawah sedar. Beliau juga
menekankan bahawa pengalaman pada masa sekarang lebih penting daripada
pengalaman lepas.
22

c) Teori Konsep Kendiri - Teori Karen Horney (1950)

Menurut Horney (1950) dalam Azizi et. al(2005), mengemukakan teori konsep
kendirinya dengan mengambil kira konsep kendiri sebenar dan konsep kendiri ideal.
Beliau menyatakan konsep kendiri sebenar merujuk kepada perkara-perkara yang benar
tentang diri seseorang. Beliau juga mendefinisikan konsep kendiri ideal sebagai apa
yang diingini atau dihasratkan oleh seseorang itu untuk memilikinya.

d) Teori Konsep Kendiri - Teori Hierarki Keperluan Maslow Sebagai Model


Kajian Konsep Kendiri

Teori ini menekankan bahawa seseorang individu perlu memenuhi kesemua keperluan
asas iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan dan keperluan kasih sayang
sebelum memenuhi keperluan penghargaan kendiri dan mencapai kesempurnaan kendiri.
Jika keperluan asas telah dipenuhi, seseorang individu akan lebih yakin pada diri dan
seterusnya membina konsep kendiri yang positif.
Struktur dan fungsi di dalam badan organisme mempunyai keperluan yang
tertentu. Telah diakui bahawa manusia sebagai makhluk yang paling tinggi mempunyai
keperluan yang kompleks. Berdasarkan Woolfolk (2008), Maslow (1943) telah
menjelaskan bahawa keperluan-keperluan manusia itu berperingkat-peringkat. Sesuatu
peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sebelum keperluan yang
lebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu. Pada peringkat yang paling asas
terdapat keperluan hayat ataupun keperluan fisiologi. Setelah keperluan ini dipenuhi
baharulah keperluan keselamatan, diikuti keperluan kasih-sayang, seterusnya peringkat
penghargaan kendiri atau penghormatan diri dan peringkat tertinggi atau puncak bagi
keperluan manusia adalah peringkat keperluan bagi penyempurnaan kendiri.
Peringkat keperluan manusia mengikut teori Maslow ini dapat dilihat seperti rajah di
bawah:
23

1. Keperluan Estetik 1
2. Keperluan Mengetahui 2
3. Penyempurnaan Diri 3
4. Penghargaan Kendiri 4
5. Kasih Sayang 5
6. Keselamatan 6
7.Fisiologi 7

Rajah 2.1: Hierarki Maslow

Model Maslow yang berbentuk peringkat itu merupakan perkembangan


‘ontological’ individu kerana setiap peringkat perkembangan perlu dilalui oleh individu
misalnya pada masa bayi atau kanak-kanak, individu memerlukan perlindungan dan
keselamatan, diikuti dengan kasih-sayang, dan penghormatan diri dan keperluan ini terus
bertambah sehingga kepada peringkat penyempurnaan kendiri. Kajiannya mendapati
semakin tinggi keperluan individu itu maka semakin kurang pergantungan kepada
persekitaran sosial kerana dalam hal ini individu menggunakan pengalaman lampau
untuk menentukan tingkah-lakunya. Pada masa ini motivasi bergantung kepada
kemahuan dalaman, kemampuan, potensi, bakat, dan kreativiti impuls individu.
Sementara itu persekitaran sosial merupakan faktor desakan dalam mencapai kemahuan
ini. Maka dengan itulah juga Maslow menamakan keperluan peringkat terbawah sebagai
keperluan kekurangan dan peringkat paling tinggi sebagai keperluan perkembangan.

i. Keperluan Fisiologi

Mengikut teori Maslow, peringkat ini merupakan keperluan yang paling asas. Keperluan
ini adalah penting bagi kehidupan sesuatu organisme, apatah lagi manusia. Keperluan
asas ini merangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti
keperluan mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal. Membicarakan teori
motivasi Maslow dalam konteks pendidikan, pelajar-pelajar yang mendapat kurang
makanan tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran
mereka. Ini kerana kesan daripada kekurangan keperluan ini akan mengakibatkan
kesihatan pelajar terganggu atau terjejas. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, para
guru sepatutnya memberikan perhatian dan mengambil berat kepada tanda-tanda yang
24

menunjukkan apa-apa kekurangan dari segi fizikal pelajar itu. Sekiranya keperluan ini
tidak dipenuhi pelajar akan kurang bermotivasi atau berminat terhadap pelajaran. Selain
itu, salah satu lagi yang termasuk dalam keperluan asas manusia adalah keperluan seks.
Keperluan ini akan mencapai kemuncaknya apabila seseorang itu mencapai peringkat
baligh. Melalui keperluan ini, setiap individu dapat mengetahui peranan jantina masing-
masing. Mereka perlu berkahwin untuk memenuhi keperluan seks. Bagi remaja yang
cuba memenuhi keperluan seks melalui hubungan seks yang tidak selamat, boleh
mendatangkan penyakit yang berbahaya kepada mereka. Kekurangan keperluan seks
boleh menyebabkan seseorang individu tidak dapat melakukan tugasan lain kerana
keperluan ini adalah merupakan keperluan utama yang perlu dipenuhi terlebih dahulu.

ii. Keperluan Keselamatan

Telah menjadi lumrah setiap yang bernyawa, aspek keselamatan amat penting dalam
hidup. Demikianlah tiap-tiap individu memerlukan keperluan ini tetapi dengan kekuatan
yang berbeza-beza. Ada individu yang kurang mempunyai keperluan ini dan
menjadikannya lebih gemar bersendirian, tetapi ada individu yang mempunyai keperluan
ini dengan kuatnya sehingga menjadikannya bergantung di dalam banyak hal kepada
orang lain. Keperluan ini boleh jadi timbul daripada keadaan anak-anak kecil yang tidak
dapat hidup dengan sendirinya dan memaksa ia bergantung kepada orang dewasa
terutama ibu bapa untuk mendapatkan keperluan ini agar ia sentiasa dilindungi. Sebagai
contoh semasa dalam kesakitan seorang kanak-kanak amat memerlukan jagaan ibu bapa.
Sikap kepekaan dan keprihatinan seorang ibu atau bapa yang bertanggungjawab juga
diharapkan demi menjaga keselamatannya dan hasil penyelidikan yang dibuat oleh
Harlow & Zimmerman (1958), berdasarkan kajiannya turut menunjukkan betapa
pentingnya perdampingan dan sentuhan orang dewasa kepada seseorang kanak-kanak.
Hal yang sedemikian turut berlaku di dalam kelas. Pelajar-pelajar memerlukan
keselamatan daripada seorang guru iaitu dalam bentuk disiplin. Oleh itu dari peringkat
awal lagi, kanak-kanak perlu diajar akan disiplin ini. Mereka tidak boleh dibiarkan
mendisiplinkan diri mereka sendiri. Sebagai seorang yang berpengalaman, wajarlah ibu
bapa memainkan peranannya dalam mendidik dan mengajari kanak-kanak akan hal ini.
98

RUJUKAN

Abu Bakar (2002). Psikologi Personaliti Individu. Shah Alam: Karisma Publications
Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif (2006). Siri Kaunseling: Membentuk Identiti
Remaja. Bentong: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Adelman, C., Jenkins, D. & Kemmis, S (1976). Re-thinking case study: notes from the
second Cambridge conference. Cambridge Journal of Education, 6, 139-50.
Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakariya dan Noordin Yahaya (2005).
Pembangunan Kendiri. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Baer, J. (2010). Is creativity domain-specific? In J. C. Kaufman & R. J. Sternberg (Eds.),
Cambridge handbook of creativity (pp. 321–341). New York, NY: Cambridge
University Press.
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV, 2012). Pengenalan Transformasi
PTV. Dicapai pada Mei 20, 2014, dari
http://www.bptv.edu.my/v3/index.php/transformasi-pendidikan-vokasional
Bernama (2012, Januari 06). Pendidikan Vokasional Perlukan Perubahan Besar Dan
Segera. Dicapai pada Mei 29, 2014, dari
http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=638282&cat=tn
Barron (2001). “Achievement Goal and Optimal Motivation : Testing Multiple Goal
Models”. NewYork
Blythe, J. (2008). Consumer Behaviour, Thomson Learning, London, p. 42.
Burt, C. (1953). The Causes and Treatment of Backwardness. London; Universiti of
London Press.
Chart, H.,Grigorenko, E. L.,&Sternberg, R. J. (2008). Identification: The Aurora battery.
In J.A. Plucker&C.M.Callahan (Eds.), Critical issues and practices in gifted
education (pp. 281–301).
99

Coakes, S. J and L. G. Steed (2003). SPSS Analysis without anguish, version 11.0 for
windows, John Wiley & Sons Australia.
Corr, P.J. (2006). Understanding biological psychology. Oxford: Blackwell.
Deci, E.L., & Ryan, R M.(Eds).(2002). Handbook of self-determination
research.Rochester.University of Rochester Press.
Freud (1940), S. An Outline of Psychoanalysis. Wiltshire: Redwood Press Ltd., 1940.
Hamzah, A. M. (2004). •gFaktor-faktor yang Mempengaruhi Pelajar-pelajar Tingkatan 4
Sekolah Menengah Akademik Daerah Muar Memilih Mata Pelajaran Teknikal
Lukisan Kejuruteraan Sebagai Mata Pelajaran Elektif.•h KUiTTHO: Tesis
Sarjana Pendidikan.
Habibah Elias (2001) “Latihan Motivasi Pencapaian dan Kesannya Ke Atas Prestasi
Peperiksaan, Kebiasaan Belajar dan Sikap Pelajar-Pelajar Peringkat
Universiti”. Kuala Lumpuur: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Harlow HF and Zimmermann RR (1958) The development of affectional responses in
infant monkeys. Proceedings of the American Philosophical Society 102 (5):
501–509.
Haugtvedt, C. P, Herr, P. M. & Kardes F. R. (2008). Handbook of Consumer
Psychology, Taylor & Francis Group, LLC, Lawrence Erlbaum Associates, New
York-London, p. 273-367.
Hennessey, B. A. (2010). The creativity–motivation connection. In J. C. Kaufman & R.
J. Sternberg (Eds.), Cambridge handbook of creativity (pp. 342–365). New York,
NY: Cambridge University Press.
Hrdy BS (2000) Mother Nature: Maternal Instincts and the Shaping of the Species.
London: Vintage.
Ijaz Ahmad,Tahseen Mehmood,Zulfiqar Ali & Muhammad Iqbal. 2012. Role of
Intelligence and Creativity in the Academic Achievement of Students.
International Journal of Physical and Social Sciences. 2(7): 1.V10.
Ishak, Rahmah, Rubiah (2008), Graduan dan alam pekerjaan: kes siszawah UKM,
akademika 72 (januari) 2008 3-24
Jabatan Perangkaan Malaysia (2013, Mei). Perangkaan Tenaga Buruh, Malaysia, Mac
2013. Dicapai pada Mei 25, 2014,dari
100

http://www.statistics.gov.my/portal/images/stories/files/LatestReleases/employm
ent/2013/Labour_Force_Indicator_Malaysia_Mac_2013BM.pdf
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kasa.Z & Bakar, A.R (2004). Aspirasi Pekerjaan Pelajar Kejuruteraan Sekolah
Menengah Teknik. Pertanika Social Science & Humanity Journal. 12(1), 53-59.
Kaufman, J. C., & Sternberg, R. J. (Eds.) (2006). International handbook of creativity.
New York, NY: Cambridge University Press.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1992), Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2002), Laporan Jawatankuasa Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kuala Lumpur, Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1980), Laporan Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan
Dasar Pelajaran, Kuala Lumpur, (Laporan Kabinet).
Kementerian Pendidikan Malaysia (1987), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.
Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat
dan Misi. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah Tahun 6. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011a). Kertas Cadangan Bil. 4/2011, Mesyuarat
Jawatankuasa KurikulumPusat. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Teknik dan
Vokasional.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011c). Panduan Perlaksanaan Rintis Pendidikan
Asas Vokasional. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan 2012, strategi
perlaksanaan, p.20.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012b). Laporan Awal Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dicapai pada April 12, 2014, dari ms. 156-157 di
http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf
101

Kementerian Pelajaran Malaysia (2012d). Rancangan Malaysia ke Sepuluh: Membangun


dan Membekalkan Modal Insan bertaraf Dunia. Dicapai pada Mei 20, 2013, dari
ms. 220, di http://www.moe.gov.my/userfiles/file/RMK10bab5%2014_6_10.pdf
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2012). Punca Graduan Sukar Dapat Kerja.
Dicapai pada Mei 20, 2014, dari http://blog.mohe.gov.my/2012/11/punca-
graduan-sukar-dapat-kerja.html
Law, N., Lee, Y., & Chow, A. (2002). Pracice Characteristics That Lead to 21st etury
Learning Outcomes. Journal of Computer Assisted Learning(18), 415-426.
Leroy HA & Kimble GA (2003) Harry Frederick Harlow: and one thing led to another.
In: Kimble GA and Wertheimer M (eds) Portraits of Pioneers in Psychology,
Vol. 5. Washington, DC: American Psychological Association, 279–297.
Loriane Blaxter, Christina Hughes & Malcom Tight (2002), How to Research (ed. 2).
Buckingham: Open University Press, h. 122.
Maslow (1943), “A Theory of Human Motivation”, Psychological Review, Vol.50,
1943, p.381.
Mahani Razali (2002), Psikologi Pendidikan. Pendekatan Kontemporori. McGraw- Hill
(Malaysia) Sdn. Bhd.
Mat Yazid, R., (2010). Penerapan Kemahiran •ePersonal Qualities•f Dalam Kalangan
Pelajar Pendidikan Kejuruteraan Melalui Aktiviti Pembelajaran. Universiti
Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Mohad Anuzi (2009), Faktor Di Antara Motivasi Intrinsik Dan Ekstrinsik Ke Atas
Penglibatan Para Pelajar Terhadap Aktiviti Pendidikan Luar-Satu Kajian Kes,
Universiti Teknologi Malaysia.
Merriam, Sharan B. (1988). Case Study Research in Education. San Fransico: Jossey-
Bass Inc. Publ.
Morello, D. and Caldwell, F. (2001). What Are Knowledge Workers? What Makes Them
Tick? Stamford: Gartner, Research. SPA-12-7780.
Muhyiddin (2012), Kementerian Pelajaran Malaysia, laporan awal-ringksan eksekutif,
pelan pembangunan pendidikan 2013-2025
Mohd Najib Abdul Ghaffar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor : Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.
102

Mohd Najib Abdul Gahafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.
Johor Bahru: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Othman, M. Z., Hamzah, R., Norihan, I. S., Aripin, M. A. (2011). Dua Teras, Satu
Destinasi: Pelan Reformasi Strategik PTV Ke Arah Pembangunan Sejagat. Jurnal
Teknologi, 56, 101-11. Patton, M. (1990). Qualitative Evaluation and Research
Methods. Beverly Hills, CA: Sage.
Pavlov (1962), Conditioned reflexes, an investigation of the physiological activity of the
cerebral cortex. Transl. and ed. by F.C. Anrep. Oxford, XV, pp. 430.
Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (2012), Bab 7- Struktur Sistem,September
2012, Kuala Lumpur, 149-175.
Raman, K. H. (2005). •Persediaan Pelajar Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional
KUiTTHO Terhadap Profesion Keguruan Dari Aspek Sikap, Pengetahuan Dan
Kemahiran.•h KUiTTHO: Tesis Sarjana.
Rekod akademik Kolej Vokasional Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (2013),
Dokumen senarai nama pelajar yang mengambil peperiksaan ulangan subjek
matematik.
RMK-10 (2010). Bab 5: Membangun dan Membekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
Rogers, C. R., Dymond, & Rosalind, F. (1956.) Psychotherapy and personality change.
Chicago: Univer. of Chicago Press, 1956.
Saedah, Zainun, Tunku Mohani (2000). Motivasi Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Saedah Siraj (Ed.) (2001). Perkembangan kurikulum: Teori dan Amalan. Selangor:
Alam Pintar.
Sekaran, U (2006). Metode Penelitian Bisnis, Jakarta: Salemba Empat.
Sasikala A/P Madaran (2003). Corak Asuhan Keluarga dan Hubungan dengan
Pembentukan Personaliti Remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai,
Johor. Tidak diterbitkan. Tesis Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai.
Sigmund Freud (1856-1939). New Introductory Lecture on Psychoanalysis, London,
1964.
103

Shahril (2002), Peranan Pendidikan Dalam Memenuhi Wawasan 2020, dalam Jurnal
Guru, keluaran 4, 16 Mei 2002.
Slavin, R. E. (1986). Using student Team Learning. Baltimore: John Hopkins
University, Center for Research on Elementary and Middle Schools.
Slavin, R. E. (2000). Synthesis of research on cooperative learning. Educational
Leadership, 48 (5), 70-88.
Skinner, B.F. (1977), ‘Why I am not a cognitive psychologist’, Behaviorism, 5, pp. 1–
10.
Smith, J. K., & Smith, L. F. (2010). Educational creativity. In J. C. Kaufman & R. J.
Sternberg (Eds.), Cambridge handbook of creativity (pp. 250–264). New York,
NY: Cambridge University Press.
Sternberg, R. J. (2009). Domain-generality versus domain-specificity of creativity. In P.
Meusburger, J. Funke & E. Wunder (Eds.), Milieus of creativity: An
interdisciplinary approach to spatiality of creativity (pp. 25–38). New York, NY:
Springer.
Sternberg, R. J. (2010). College admissions for the 21st century. Cambridge, MA:
Harvard University Press.
Tajul Arifin, H. (2010). Minat dan Penguasaan Pelajar Dalam Mata Pelajaran
Pengurusan Makanan di SMT (ERT) Azizah, Johor Bahru. Universiti Teknologi
Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Vygotsky, L. (1962). Thought and language. Cambridge: MIT Press.
Ward, T. B., & Kolomyts, Y. (2010). Cognition and creativity. In J. C. Kaufman & R. J.
Sternberg (Eds.), Cambridge handbook of creativity (pp. 93–112). New York,
NY: Cambridge University Press.
Watson, J.B.& Raynor, R. (1928), The Psychological Care of Infant and Child (New
York:
Woolfolk (2008). Educational Psikology, Tenth Edition, Module 27, Motivation: “A
definition and four general approaches” , Intrinsic and Extrinsic Motivation,
405-410, 2008.
Yahaya, A. & Ismail, N. (2011). Faktor-Faktor Pemilihan Kursus dan Masalah-Masalah
Pembelajaran Dalam Mempengaruhi Pancapaian Akademik Pelajar Tingkatan
104

Empat Aliran Teknikal Di Tiga Buah Sekolah Menengah Teknik Di Negeri


Sembilan. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, 2, 93-106.
Dicapai pada April 01, 2014, dari http://www.eprints.utm.my/13401/1/JTVEE-
2011-2-007.pd.
Yin, R.K. (1994) Case study research: design and methods. 2nd edition.Thousand Oaks,
CA: Sage.
Y.Sung & J. N. Choi. 2009. Do Big Five Personality Factors Affect Individual
Creativity? The Moderating Role of Extrinsic Motivation. Journal Social
Behavior and Personality. 37(7): 941.V956.
Yu, F. & Patterson, D. 2010. Examining Adolescent Academic Achievement: A Cross-
Cultural Review. The Family Journal: Counselling and Therapy for Couples and
Families. 18(3): 324.V327.
Yu, F. & Patterson, D. 2010. Examining Adolescent Academic Achievement: A Cross-
Cultural Review. The Family Journal: Counselling and Therapy for Couples and
Families. 18(3): 324.V327.
Zhang, L. F., & Sternberg, R. J. (2006). The nature of intellectual styles. Mahwah, NJ:
Lawrence Erlbaum Associates.

Anda mungkin juga menyukai