Anda di halaman 1dari 1

Doa Pembuka Majlis Ilmu

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi melahirkan rasa kesyukuran di atas kurniaanMu yang
tidak ternilai.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur di atas nikmat yang melimpah
ruah kepada kami .

‫عليم يا فتاح يا‬

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu yang sangat luas
bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu yang Engkau redhai.

Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa kiranya ilmuMu.
Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayahMu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan
menghayati serta mengamalkannya.

‫واالكرام الجالل ذا يا‬

Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan
semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu
mengangkat martabat diri, keluarga, sekolah, masyarakat dan Negara kami.

Anda mungkin juga menyukai