Anda di halaman 1dari 56

Manifesto

Barisan
Nasional
Johor
2018
Team Johor
Untuk Dekad Baharu :
Tawaran Masa Hadapan
Mukadimah
2018 menandakan sudah enam dekad Malaysia
merdeka. 60 tahun lamanya negara ini dibina dengan
titik peluh setiap rakyat jelata. Walau dari negeri
berbeza, namun cita-cita para penghuninya tetap
sama. Dari 14 buah negeri ini kita himpun kudrat dan
atur gerak demi masa hadapan negara yang lebih
baik.

Johor juga begitu. Tidak akan berdiri negeri ini tanpa


sokongan rakyatnya. Tidak akan maju negeri ini tanpa
usaha gigih semua. Tidak akan megah negeri ini tanpa
Bangsa Johor.

Ya, anda semua. Bangsa Johor.


Terima Kasih Bangsa Johor
Kami, Barisan Nasional (BN), benar-benar terharu
dan bersyukur kerana diberi peluang untuk
bersama-sama dengan Bangsa Johor dalam memacu
kecemerlangan negeri ini, dekad demi dekad. Enam
dekad berselang, negeri ini masih setia bersama kami.

Demi kesetiaan dan rasa percaya itu, kami ucapkan


TERIMA KASIH!

M A N I F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
01
Sejarah dan Masa Hadapan
Kami tidak lupa, dan kami pasti Bangsa Johor juga tidak Bukankah molek jika kegemilangan yang sudah tertulis
lupa, bahawa dalam banyak perkara, negeri ini ratusan tahun lamanya ini, kita sambung agar kekal
sememangnya berada di tangga pertama. Bukan satu untuk ratusan tahun lagi?
kebetulan. Tetapi kebenaran. Hatta kad pengenalan
kita ditandai dengan angka 01. Sesungguhnya kita semua - kami dan anda - bukan
semata-mata menghuni sebuah negeri. Kita sepasukan.
Johor menjadi negeri moden nombor satu mempunyai Kita semua Team Johor. Kita semua berjalan pada
perlembagaan sendiri apabila Sultan Abu Bakar landasan Muafakat Johor yang menekankan
memasyhurkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor persefahaman di antara satu sama lain dan meraikan
(UUTKJ) pada 14 April 1895, lebih 120 tahun yang perbezaan dalam semangat harmoni serta tanpa
lampau. Perlembagaan tersebut juga menjadikan Johor kecenderungan polarisasi.
negeri moden nombor satu dengan barisan Kabinetnya
yang tersendiri, diketuai oleh Dato’ Jaafar bin Haji Atas dasar percaya dan cinta sebegini, sudah pasti kita
Muhammad sebagai Menteri Besar pertama. semua inginkan yang terbaik untuk negeri ini.

Kecemerlangan yang Berbukti


Sejak Ibu Zain menjadi calon wanita tunggal di negeri Johor pada Pilihan Raya Umum pertama 1959 sehinggalah
Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013 lalu, sejak Parti Perikatan sehinggalah Barisan Nasional, kami berbesar hati
bekerja bersama-sama dengan Bangsa Johor untuk membawa kemakmuran kepada negeri ini.

Terbaharu, di bawah urus tadbir Menteri Besar Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Johor tidak pernah berhenti
mara dan mencatatkan kejayaan demi kejayaan dalam bidang ekonomi, pendidikan, pembangunan sosial, dan
banyak lagi.

Kadar kemiskinan yang mencapai angka sifar, pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor pembuatan tertinggi
di Malaysia untuk lima (5) tahun berturut-turut dan pelabuhan yang pesat membangun sebagai gerbang selatan
negara. Semua ini sekadar beberapa contoh kecemerlangan Kerajaan Negeri yang hanya mampu dilaksanakan
dengan usaha gigih sekalian Team Johor.

Lalu, kami ingin anjurkan. Apa kata kita terus membanting tulang dan menyumbang tenaga agar Johor melangkah
lebih jauh dalam dekad mendatang? Apa kata kita bersatu-padu dan membuktikan pada semua yang ragu dan sinis
bahawa Team Johor bukan istilah untuk ditertawa, namun seruan yang layak menjadi teladan bersama?

Apa kata kita, Johor dan Barisan Nasional, terus bersama? Ayuh!

02 M A NI F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
DEKAD BAHARU JOHOR: Satu Misi Bersama
Dekad baharu sentiasa tiba dengan cabaran dan Berbekalkan pengalaman yang teruji, idea baharu,
keperluan baharu. Namun, kami percaya kekuatan kepemimpinan yang utuh, dan sokongan padu yang
sesebuah negeri tetap sama iaitu rakyatnya. diterima dari anda semua, kami melihat gagasan Dekad
Baharu Johor ini mampu menjadi realiti.
Justeru, sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini,
kami ingin meneruskan kembara bersama Team Johor Untuk itu, kami gariskan lima tawaran baharu untuk Johor.
dengan meletakkan rakyat sebagai keutamaan dalam Lima Tawaran ini kami gelarkan sebagai Johor Hi-5, iaitu:
setiap pertimbangan. Malah kami ingin mengajak semua
rakyat Johor, menjadi sebahagian dari Team Johor dan • Ekonomi Nan Sejahtera
bersama kita semua mengorak langkah menuju dekad • Penyediaan Prasarana Komprehensif
baharu. Dekad yang akan menjadi era baharu untuk • Pembangunan Minda, Bakat dan Kemahiran
Johor. • Kepemimpinan Berprestasi Tinggi
• Masyarakat Lestari, Islami dan Berbudaya
Inti pati dan cita-cita yang memasak Dekad Baharu Johor
Lima tawaran ini menjadi pemacu kemajuan negeri Johor
ini jelas. Kita mahu menjadi sebuah masyarakat terbaik.
seiring dengan cita-cita kita semua agar Johor menjadi
Setiap anggota masyarakat memainkan peranan
negeri dengan masyarakat yang terbaik.
masing-masing dalam membangunkan negeri, tanpa
mengira kedudukan sosial, tahap pendidikan, atau
perbezaan status kehidupan.

Johor Hi-5
1 Ekonomi Nan Sejahtera

2 Penyediaan Prasarana Komprehensif

3 Pembangunan Minda, Bakat


dan Kemahiran

4 Kepemimpinan Berprestasi Tinggi

5 Masyarakat Lestari, Islami


dan Berbudaya

M A N I F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
03
BAB 1.0:
EKONOMI NAN
SEJAHTERA
Kemakmuran sebuah negeri bukan hanya diukur dengan jumlah kapal yang
mendarat di pelabuhan atau bilangan bangunan pejabat dan kediaman
pencakar langit. Namun turut mengambil kira peluang mencari rezeki yang
terbuka luas buat semua. Agar sekurang-kurangnya cukup lauk pauk untuk
dibawa pulang buat hidangan sekeluarga. Agar semua punyai rumah yang
selesa, baik persekolahan anak-anaknya dan bermutu khidmat kesihatannya.
Berteraskan prinsip ini, kami percaya negeri Johor mampu mencapai
kemakmuran ekonomi yang diimpikan, asal sahaja kita mempunyai agenda
ekonomi yang jelas, untuk masa kini dan masa hadapan.

Justeru, kami menghimpunkan lima (5) komitmen utama dalam menawarkan


ekonomi nan sejahtera untuk negeri Johor.

04 M A NI F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
Satu: Pembentukan Masyarakat Makmur dan Sejahtera
Kita semua sedang membina kehidupan bersama sebagai sebuah masyarakat yang menikmati kemakmuran dan
kesejahteraan ekonomi negeri secara saksama. Bagi mencapai sasaran pembentukan masyarakat yang makmur dan
sejahtera ini, kami komited untuk:
(a) Membangunkan Setiap Daerah Mengikut Kekuatan • Mersing sebagai Hab Ekonomi Perikanan dan
dan Keperluan Ekonomi Marin. Ini termasuklah pembinaan Pusat
Melalui Pelan Pertumbuhan Strategik Negeri Johor (PPSJ) Pemprosesan Ikan di Endau;
yang menjana kekuatan ekonomi setempat berdasarkan
• Johor Bahru sebagai Daerah Perniagaan Utama
kekuatan dan keunikan masing-masing, kami komited untuk
(CBD);
mengurangkan jurang antara daerah dengan
membangunkan setiap daerah menjadi hab-hab berikut: • Kulai sebagai Hab Data Global dan Pusat
Bioteknologi yang akan dibangunkan di Sedenak
• Muar dan Pusat Eko Pelancongan di mana telah
i) Bandar Perabot Malaysia. merangka pembangunan semula Gunung Pulai
Kini Muar adalah pengeluar ke-8 dunia, ke-3 Asia Tenggara sebagai daya tarikan “eco-tourism” dari aspek
dan pertama di Malaysia. Potensi Muar akan terus kami landskap, infrastruktur dan kemudahan awam;
bangunkan sebagai antara pemain utama industri perabot • Tangkak akan terus dipacu sebagai pusat tarikan
global. Khususnya dengan pembinaan Muar Furniture Park. pelancongan berasaskan kebudayaan dan sukan
ii) Hab Pendidikan Malaysia. lasak antaranya menerusi keunikan Ekspedisi
Gunung Ledang, mempromosi Homestay Sagil dan
Ini adalah inisiatif lanjutan kepada pencapaian semasa
menaiktaraf pusat-pusat pelancongan eco park; dan
Johor yang sudah mempunyai EduCity di Iskandar Puteri
yang menempatkan sekurang-kurangnya empat (4) • Pontian sebagai destinasi pelancongan marin yang
universiti antarabangsa dan Bandar Universiti Pagoh yang menawarkan aktiviti perikanan dan alam semulajadi.
menempatkan kira-kira 7,000 pelajar UIAM, UTHM, UTM
dan Politeknik Tun Syed Nasir.
iii) Hab Industri Nurseri / Semaian.
• Batu Pahat sebagai Pusat Pembuatan Industri Ringan;
• Pasir Gudang sebagai Hab Industri Berasaskan Eksport;
• Kota Tinggi sebagai Hab Industri Minyak dan Petrokimia;

• Segamat sebagai salah satu daerah di bawah East Coast


Economic Region (ECER), akan dibangunkan menjadi Hab
Pertanian Berkepentingan Nasional atau ‘The Dutch of
Malaysia’. Setakat ini, kami telah merancang untuk
membangunkan kebun nukleus Agro Mix Farm di tanah
berkeluasan 46 ekar. Kebun ini akan diluaskan sehingga
100 ekar dalam tempoh lima (5) tahun akan datang;

M A N I F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
05
(b) Memperkasa dan Meningkatkan Kesejahteraan Warga FELDA

• Melaksanakan inisiatif khusus untuk masyarakat FELDA sebagai menyokong


strategi FELDA 2.0 melalui ikhtiar berikut:
• Membiayai latihan kemahiran untuk 500 anak muda FELDA setahun untuk
lima (5) tahun akan datang.
• Membangunkan program transformasi sosio-ekonomi FELDA melalui
strategi pengupayaan usahawan dan koperasi dari kalangan generasi
pelapis.
• Menyelesaikan semua isu perwarisan dalam tempoh lima (5) tahun.
• Menjadikan FELDA sebagai wilayah pertumbuhan luar bandar dengan
fokus khusus sebagai lembah makanan dan agro-pelancongan yang
dinamik dan berdaya saing.
• Membantu FELDA menjayakan pelbagai program pembangunan insan
untuk mengurangi masalah sosial.
• Mengekang penghijrahan generasi penerus FELDA dengan menyediakan
mereka untuk merebut peluang pekerjaan di kawasan FELDA.

06 M A NI F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
(c) Mengurangkan Bebanan Kos Sara Hidup • Memperkenalkan Skim Bantuan Alat Tulis dan Buku
Golongan B40 dan Kelas Menengah Johor kepada pelajar sekolah rendah yang pendapatan
keluarganya adalah RM2,000 dan ke bawah;
Kenaikan kos sara hidup adalah cabaran
• Menubuhkan Pusat Asuhan Muafakat Johor dengan
pengurusan ekonomi yang rumit. Kuasa Kerajaan
Negeri dalam menentukan polisi nasional berkenaan kerjasama PBT dan pelbagai NGO untuk membantu ibu
pergerakan harga barangan dan perkhidmatan, bapa dengan pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.
bersifat terhad. Namun ini bukanlah satu alasan Memandangkan inisiatif ini bertujuan meringankan kos
untuk kita sekadar pasrah. Kami akan pembiayaan penjagaan anak-anak, ia akan dijayakan
menggembleng tenaga dalam membantu menggunakan instrumen wakaf dan ibu bapa yang
memperkasa golongan B40 dan Kelas Menengah, layak akan dikenakan bayaran yuran yang sangat
khususnya dalam mengurangkan bebanan kos sara minimum; dan
hidup dengan: • Memperluas dan menambah perkhidmatan percuma
Bas Muafakat Johor ke kawasan sekolah, perumahan
• Memperluas penubuhan 50 buah lagi kedai harga
patut koperasi imCoop di seluruh Johor khususnya dan industri setiap tahun, dengan melakukan semakan
kawasan tumpu menjelang tahun 2020; semula laluan mengikut permintaan dan keperluan.

• Memperluas Program Pertanian Rakyat dengan (d) Memperkasa Agenda Perumahan


sasaran 14,000 orang peserta dari 1,000 komuniti
dalam tempoh lima (5) tahun dengan peruntukan • Menerus dan menjayakan sasaran membina 100,000
RM2.5 juta; rumah mampu milik menjelang 2023;

• Menambah 15 tapak pasar tani baharu dengan • Memperluaskan skim sewa dan beli rumah berkos
sasaran manfaat kepada 680 petani, penternak, rendah untuk mereka yang berpendapatan isi rumah
nelayan dan pengusaha industri asas tani; RM3,000 dan ke bawah; dan

• Meneruskan pemberian sebanyak RM50 bagi tujuan • Memperluas skim pinjaman pembinaan rumah murah
permulaan simpanan pendidikan kepada setiap bayi kepada pemilik tanah persendirian di negeri Johor.
yang lahir di Johor melalui Dana Didik Jauhar Kids
(DDJK) dengan sasaran 10,000 bayi setiap tahun; (e) Melaksanakan Pelan Induk dan Rangka Kerja
• Memberi wang saku berjumlah RM100 (one-off) Pembangunan Sosial Iskandar Malaysia
kepada anak yang mendaftar tahun 1 persekolahan
bagi yang layak;

• Mensasarkan peningkatan pendapatan mereka yang


terlibat sehingga sekurang-kurangnya 20.0%; dan
• Menawarkan bantuan pengukuhan pendidikan kepada
seramai 6,672 penerima daripada 1,668 keluarga
dengan peruntukan sebanyak RM4 juta selama dua (2)
tahun.

M A N I F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
07
Dua: Merancak Pertumbuhan Ekonomi dan Mencambah Peluang Pekerjaan
Ekonomi Johor tumbuh pada kadar purata 5.9% antara tahun 2010 hingga 2016, lebih tinggi berbanding kadar nasional
(5.1%). Pestasi cemerlang ini harus digandakan. Untuk itu, kami komited untuk:

(a) Meningkatkan KDNK (iii) Pusat Bio Benih dengan jangkaan mengeluarkan
Dalam tempoh lima (5) tahun akan datang, kami sehingga 60 juta benih tanaman makanan/kontan,
menyasarkan purata peningkatan Keluaran Dalam dengan sasaran mewujudkan 30 pengedar.
Negeri Kasar pada harga malar pada kadar 6.0% (iv) Pusat Promosi Desaru Cheese dengan jangkaan
setahun. mewujudkan 150 home dealers dengan pendapatan
RM10,000 sebulan.
(b) Menjayakan Projek-projek Mega
• Sebagai usaha memastikan kecukupan makanan,
Projek-projek mega yang akan dapat merancakkan Lembah Tenusu Jemaluang akan diwujudkan, justeru
pertumbuhan ekonomi akan diberikan perhatian akan menyediakan peluang pekerjaan dalam pusat
khusus. Ini termasuklah: pemprosesan susu, ladang ternakan, agro-tourism dan
perladangan satelit;
• Refinery and Petrochemical Integrated Development
Project (RAPID) sebagai hab minyak dan petrokimia • Membangunkan Nusajaya Tech Park yang menyasarkan
utama negara. Projek RAPID akan turut memberi kewujudan 20,000 peluang pekerjaan;
peluang perniagaan bagi industri kecil dan sederhana • Meneruskan projek membangunkan Johor Halal Park;
dalam industri sokongan minyak dan gas;
• Membangunkan Sedenak Iskandar Data Center Hub
• Taman Industri Pengerang bernilai RM1.1 bilion, seluas 50,000 ekar;
yang dijangka akan menjana pelaburan bernilai
sehingga RM18 bilion dan mewujudkan kira-kira • Melonjakkan kedudukan Johor sebagai Hab Logistik
2,700 peluang pekerjaan kepada rakyat Johor; Negara;

• Menjayakan Ibrahim International Business District • Menjadikan Johor pusat pelancongan kesihatan
(IIBD); berkepentingan serantau; dan

• Meneruskan usaha membangunkan Johor Bio • Melonjakkan kedudukan Johor sebagai destinasi
Desaru Food Valley yang akan mempunyai: pelancongan yang mempunyai pelbagai tarikan dan
taman tema bertaraf dunia. Tambahan kepada Legoland
(i) Bio Desaru dengan jangkaan menarik RM2.3 dan Hello Kitty Town, tarikan berikut akan disiapkan:
bilion pelaburan, mewujudkan 4,000 peluang
pekerjaan dan mewujudkan 750 peluang latihan. • Pusat pelancongan bersepadu Desaru Coast bernilai
RM4.5 bilion yang akan mula beroperasi pada Jun
(ii) Pusat Koloni Lembu Tenusu dengan jangkaan 2018.
menyediakan 25 peluang latihan dan menyasarkan
15 petani satelit. • Sci-Fi Universe, taman tema sains fiksyen pertama di
dunia yang akan dibuka pada 2019 dengan pelaburan
RM400 juta.
• Johor Eco Entertainment Park (JEEP) di Bandar
Akademi YPJ Kota Tinggi bernilai RM2.7bilion.
• Pengerang Waterfront bernilai RM100 juta.

08 M A NI F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
(c) Mencipta Lebih Banyak Peluang Pekerjaan (d) Mengurangkan Pekerja Asing
Kadar pengangguran negeri Johor pada tahun ini Setakat 2017, Kerajaan Negeri telah mewujudkan satu
dianggarkan pada 3.5%. Kami ingin mengurangkan unit tindakan khas (task force) berhubung pekerja asing
peratusan ini kepada 3.0% dalam tempoh lima (5) tahun. di Johor. Seterusnya, untuk lima (5) tahun akan datang,
Bagi mencapai sasaran tersebut, kami komited untuk: kami komited melakukan inisiatif berikut:
• Menyediakan 14,000 peluang pekerjaan berkemahiran • Kerajaan Negeri melalui Unit Swadaya Insan akan
tinggi melalui Sektor Perkongsian Perkhidmatan dan menyiapkan kajian terperinci keperluan sebenar
Penyumberan Luar atau Global Business Services pekerja asing di Johor;
(GBS) Iskandar. Sehingga Jun 2016, GBS ISKANDAR
• Membangunkan Pelan Rasionalisasi Buruh untuk
berjaya membawa masuk tujuh (7) syarikat dengan membantu semua sektor ekonomi Johor beralih
mewujudkan 2,319 peluang pekerjaan bernilai tinggi; secara perlahan-lahan kepada penggunaan pekerja
• Menubuhkan Pusat Latihan Semula dan Peningkatan tempatan dan memperkenalkan dasar yang
Kemahiran GBS ISKANDAR. Pusat ini akan melatih menggalakkan pengambilan pekerja tempatan; dan
seramai 3,000 peserta sepanjang lima (5) tahun untuk
• Bekerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan
diserap ke industri GBS di Iskandar Puteri untuk memastikan tidak berlakunya ketirisan dalam
terutamanya untuk mereka yang berkelulusan tinggi proses kemasukan buruh asing ke Johor. Aktiviti
tetapi telah diberhentikan dan tidak bekerja; dan penguatkuasaan akan dipertingkatkan.
• Memperkasa PUSPATRI sebagai pusat reskilling dan
upskilling dan kolej-kolej komuniti sebagai pusat
entry-level untuk melatih kemahiran rakyat Johor.

Memperkasa PUSPATRI
sebagai pusat reskilling dan
upskilling dan kolej-kolej
komuniti sebagai pusat
entry-level untuk melatih
kemahiran rakyat Johor.

M A N I F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
09
Tiga: Membangun Ekonomi Masa Depan yang
Berteraskan Teknologi Digital, Bioekonomi,
Sains Termaju, Kreativiti dan Idea Terbaik

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), 77.6%


masyarakat Malaysia adalah pengguna Internet. Bagi memastikan Johor terus
menjadi peneraju dalam sektor ekonomi digital, persediaan meneroka sektor ini
perlu diperkuat.
Justeru, kami komited untuk:

• Memperluaskan Program Start-Up Usahawan Digital dengan kerjasama


MAGICX bagi meningkatkan kapasiti dan persaingan dalam kalangan
usahawan digital di Johor. Pelaksanaannya akan diteruskan dalam bentuk
seed fund dengan peruntukan sebanyak RM10 juta selama lima (5) tahun;

• Menjadikan Iskandar Malaysia Hab Ekonomi Millineal;


• Memperkenalkan Johor sebagai Hab Fesyen Nasional;
• Menambahbaik jaringan perhubungan komunikasi dan digital kawasan luar
bandar untuk menampung keperluan ekonomi digital;
• Memposisi Johor sebagai Pusat Pertumbuhan Industri Halal berkepentingan
global;
• Penubuhan Jawatankuasa Khas Ekonomi Masa Hadapan;

Menambahbaik jaringan
perhubungan komunikasi
dan digital kawasan luar
bandar untuk menampung
keperluan ekonomi digital.

10 M A NI F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
• Merancakkan pelaksanaan pelan induk
yang dinamakan DNA Bioekonomi Johor
(DNA BJ) yang berperanan untuk
memperkasa industri bioteknologi secara
inklusif dan inovatif. Ini termasuklah
menjadikan Johor sebagai Hab Pelaburan
Bioekonomi dengan:
(i) Menubuhkan Biodata Centre;
(ii) Mensasarkan pelaburan berteknologi
tinggi sebanyak RM10 bilion dalam
sektor bioekonomi Johor;
(iii) Membangunkan Pusat Pemasaran dan
Perdagangan Serantau (Regional
Marketing Clearing House) bagi
produk-produk bio; dan
(iv) Membangunkan Johor Pharmapolis
yang akan turut berfungsi
menghasilkan ubat-ubatan tempatan
halal dan mampu milik bagi kegunaan
mereka yang kurang
berkemampuan.

Memposisi Johor
sebagai Pusat
Pertumbuhan
Industri Halal
berkepentingan
global.
M A N I F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
11
Empat: Memperkasa Keusahawanan dan Industri Kecil Sederhana (IKS)
Kami berazam untuk memberi perhatian dan
menggandakan usaha bagi meningkatkan
keupayaan rakyat dalam mengamalkan budaya
keusahawanan sebagai punca pendapatan.
Komitmen ini akan diterjemahkan dengan cara:
• Menyasarkan 15,000 syarikat perusahaan
kecil dan sederhana (PKS) Johor untuk
berkembang dan menjadi Million Ringgit
Company dalam tempoh lima (5) tahun;
• Menambah baik Program Inisiatif Jenama
Johor (IJJ) sebagai platform kepada para
usahawan memperkenalkan produk mereka
sebagai sebahagian identiti Johor;
• Memberikan kuota 10.0% ruang niaga khas
untuk golongan wanita, OKU dan pesara di
mana-mana tapak perniagaan milik PBT dan
Kerajaan Negeri; dan
• Menyebar luas konsep ‘Ekonomi Merdeka’
agar menjadi tarikan baharu golongan muda
berniaga.

Menyasarkan 15,000 syarikat


perusahaan kecil dan
sederhana (PKS) Johor untuk
berkembang dan menjadi
Million Ringgit Company
dalam tempoh lima (5) tahun.

12 M A NI F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
Lima: Menyubur Keusahawanan Sosial

Keusahawanan sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan keuntungan material dan


kedudukan kewangan. Namun keusahawanan juga mampu menjadi saluran mewujudkan
nilai-nilai murni dalam masyarakat serta mencipta penyelesaian atau pendekatan yang
munasabah bagi menangani masalah yang dihadapi.

Justeru itu, kami komited untuk:


M A N I F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
13
BAB 2.0:
PENYEDIAAN
PRASARANA
KOMPREHENSIF
Tiada negara maju dengan prasarana yang mundur dan terkebelakang. Pembangunan prasarana dan
infrastruktur menjadi prasyarat utama menjadi sebuah negeri dan masyarakat yang maju. Kemudahan yang
didambakan rakyat pada hari ini bukan sekadar bertujuan memudahkan mereka menjalankan kehidupan
seharian. Malahan harus mampu untuk meningkatkan kemampuan mereka menjana potensi kehidupan yang
lebih baik.

Bagi membangunkan Dekad Baharu untuk Johor, pembangunan prasarana akan dilakukan pada skala yang
radikal dan secara besar-besaran. Kami percaya pelaburan kerajaan negeri dalam pembinaan prasarana
berskala besar dilakukan demi limpahan kemakmuran yang bakal dikecapi rakyat Johor.

Justeru, kami menghimpunkan lima (5) komitmen utama ini dalam menawarkan prasarana komprehensif
untuk negeri Johor.

M A N I F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
15
Satu: Jaringan Keterhubungan Untuk Semua
Dalam mengorak langkah menjadi negeri berkemajuan, persekitaran digital mesti dikembangkan dengan sewajarnya
selari dengan ledakan globalisasi dan cara hidup abad ke-21. Kami komited untuk:

(a) Internet dan Jalur Lebar • Bekerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia
• Memastikan jaringan telefon selular yang meluas (LLM) untuk menaiktaraf lorong lebuhraya daripada
secara seratus peratus dalam tempoh lima (5) tahun ke dua (2) lorong kepada empat (4) lorong bermula dari
seluruh negeri Johor; dan Kulai ke Johor Bahru dalam tempoh 10 tahun akan
datang;
• Menaiktaraf kapasiti kelajuan dan memperluas Johor
Wifi. Setakat Fasa 1, sebanyak 135 lokasi hotspot • Memperkenalkan secara berperingkat penggunaan
telah disediakan di 16 kawasan Pihak Berkuasa teknologi Probase bagi membina jalan raya sebagai
Tempatan (PBT) dan 13 di kawasan Projek Perumahan aras piawaian yang wajib dipatuhi oleh mana-mana
Rakyat (PPR). Untuk Fasa 2, kita menyasarkan kontraktor di negeri Johor; dan
penambahan 49 lokasi hotspot di kawasan luar bandar • Memastikan pelan pembinaan laluan khas untuk
bagi setiap daerah dan penambahan 17 lokasi hotspot penunggang basikal sebagai syarat kepada
baharu di kawasan PBT. pra-perancangan pihak PBT dan pemaju perumahan
untuk projek-projek yang akan datang di kawasan
(b) Jalan Raya dan Lebuhraya
yang bersesuaian.
• Menambah baik penyelenggaraan jalan raya, perabot
jalan seperti papan tanda dan lampu jalan serta (c) Menambah Baik Pengangkutan Awam
pengukuhan bahu jalan. Memantapkan sinergi antara • Memperluas dan menambah perkhidmatan percuma
kerajaan negeri (PBT) dan Sistem Maklumat Bas Muafakat Johor ke kawasan sekolah, perumahan
Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) dalam dan industri setiap tahun, dengan melakukan
memastikan pemantauan dan penyaluran dana bagi semakan semula laluan mengikut permintaan dan
tujuan penambahbaikan jalan raya dilakukan dengan keperluan;
lebih baik. Ini termasuklah menyasarkan zero pothole di • Memulakan penyediaan kemudahan Bas Rapid
seluruh jalan raya Johor; Transit (BRT) sebagai usaha memperluas jaringan
• Memperuntukkan RM600 juta setahun bagi pemulihan pengangkutan awam di Johor. Inisiatif BRT ini akan
dan penyelenggaraan jalan-jalan kampung; dimulakan di Wilayah Iskandar Malaysia; dan
• Membina jambatan dan jalan raya di kawasan luar • Dalam masa yang sama, negeri Johor telah dipilih
bandar yang masih tidak mempunyai perhubungan untuk menjadi perintis Program Transformasi
darat yang baik. Setakat ini, Johor adalah satu-satunya Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST) akan
negeri di Malaysia yang mempunyai sistem pemetaan dilaksanakan bermula pada bulan Ogos 2018 dengan
jalan raya desa yang lengkap; jenama myBas. Program ini akan melibatkan 24
• Memperluas jaringan jalan raya untuk menghubungkan laluan baharu di seluruh Johor Bahru dengan
daerah-daerah kecil di negeri Johor; penggunaan 247 buah bas dengan peruntukan
keseluruhan berjumlah RM90 juta selama lima (5)
tahun di Johor Bahru.
Dua: Menaiktaraf Sungai dan Sistem Saliran
Setiap kali berlakunya banjir, keselamatan nyawa semua sentiasa menjadi keutamaan. Justeru, kami bertekad untuk
menguruskan kesan bencana banjir melalui dua (2) pendekatan utama iaitu:

(a) Menaik Taraf Sistem Saliran (b) Menambah Baik Sistem Amaran Banjir
• Memperkasakan Pelan Tindakan Banjir Negeri Johor. Kami juga akan meneliti sistem amaran banjir sedia
Setakat ini, projek tebatan Sungai Kesang telah ada dan melaksanakan penambahbaikan bagi
menyelesaikan masalah banjir di Kampung Tui, memastikan sistem tersebut mampu memberi
Tangkak dan Kampung Bukit Kepung; amaran yang tepat dan pantas bagi menyelamatkan
• Membaiki sistem saliran di kawasan bandar dan luar nyawa dan meminimumkan kerosakan harta benda
bandar. Pelan ini melibatkan Rancangan Tebatan akibat banjir. Justeru, kami komited untuk:
Banjir untuk kawasan luar bandar dan Rancangan • Meneliti beberapa teknologi terkini berkenaan
Saliran Bandar untuk kawasan bandar. Setakat ini, amaran banjir seperti sistem amaran banjir fotonik
Rancangan Saliran Bandar ini telah dilakukan di ciptaan penyelidik Universiti Teknologi Malaysia
empat (4) daerah. Dalam tempoh lima (5) tahun, (UTM) yang mampu menghantar amaran banjir
kami akan meluaskan projek ini ke tiga (3) buah secara terus kepada telefon bimbit;
daerah lagi, iaitu Kota Tinggi, Muar dan Tangkak;
• Menaik taraf stesen hidrologi, pembangunan
• Memastikan PBT mengimplementasi pelan sistem sistem pengesanan data spatial dan ramalan serta
saluran air berdasarkan piawaian yang ditetapkan hebahan. Inisiatif ini mendapat kerjasama Jabatan
dalam Marine and Coastal Science for Management Pengaliran dan Saliran (JPS); dan
(MASMA); dan • Memperkenalkan Insurans Bencana Alam Johor
• Mewujudkan semula projek Johor Barat untuk untuk mangsa bencana alam yang tinggal di
melaksanakan penyelenggaraan bagi menangani kawasan yang berisiko banjir dan terdedah kepada
masalah banjir dan sungai mati. bencana alam. Insurans ini meliputi pembayaran
pampasan untuk kerosakan harta benda dalam
rumah yang terkesan akibat bencana. Pembayaran
premium insurans akan dibantu oleh yayasan PBT
negeri Johor.

M A N I F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
17
Tiga: Pemantapan Pengurusan Sumber Air
Air adalah keperluan asas dan keselamatan insan paling hakiki. Maka menjadi kewajipan bagi kami untuk sentiasa
memastikan warga Johor mendapat bekalan air bersih yang terjamin pada setiap masa. Setiap masalah berkenaan
bekalan air semestinya perlu diselesaikan dengan segera dan sebaiknya. Justeru itu, kami komited untuk:

(a) Memantapkan Sistem Bekalan Air Bersih (b) Pembinaan dan Penaiktarafan Empangan
• Memperkenalkan teknologi yang mampu memproses • Meluaskan dan menaiktaraf beberapa empangan bagi
air bagi menyediakan bekalan air bersih kepada menampung keperluan negeri Johor dari semasa ke
rakyat Johor; semasa. Untuk tahun 2018, kami sudah merancang
• Menaik taraf sistem paip air secara berperingkat di untuk melaksanakan penyelenggaraan kawasan
seluruh negeri Johor dengan menggantikan paip tadahan Empangan Layang Hulu dan Layang Hilir,
asbestos cement (AC); pemetaan udara di kawasan Empangan Linggiu dan
pemasangan paip dari Outfall Sungai Johor ke
• Memperkenalkan sistem rain harvesting di kawasan Empangan Upper Layang;
bersesuaian di negeri Johor sebagai usaha
• Membuka beberapa empangan baru untuk
menggalakkan rakyat untuk sentiasa bersedia
dengan masalah bekalan air. Kawasan sasaran menampung keperluan industri dan Bangsa Johor; dan
adalah taman perumahan baharu dan kawasan • Mencari sumber air baharu bagi menampung
perindustrian baharu; dan kebergantungan terhadap sumber air bersih yang
• Memulakan penerokaan air tanah akuifer (takungan) semakin terhad.
batuan sebagai sumber air baharu berkualiti tinggi
untuk komuniti luar bandar.
Empat: Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam

Kami menyedari hakikat bahawa menyediakan prasarana terbaik sangat mustahak dalam persekitaran Johor yang
semakin pantas berubah. Kami komited untuk:

• Menaik taraf taman rekreasi dan riadah. Setakat 2017, • Menjayakan pembinaan Stadium Sport City di Johor
kami telah merancang untuk menaiktaraf Taman Bahru yang melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM89
Permainan Kanak-Kanak Jalan Abdul Aziz di Kota Tinggi, juta. Kemudahan ini bakal menjadi pusat sukan dan
Hutan Bandar Kulai dan Hutan Bandar Mutiara Rini. riadah warga Johor. Stadium ini dilengkapi dengan
Dalam tempoh lima (5) tahun akan datang, kami padang latihan serba guna, gimnasium, infrastruktur
menyasarkan untuk menaiktaraf lebih 50 taman rekreasi dalaman dan kemudahan utiliti. Penambahan pusat sukan
dan riadah di sekitar Johor; yang pelbagai; kolam renang, padang tembak rekreasi,
• Meneruskan Fasa 2 projek pembangunan SIREH Park - padang awam, dan tapak sukan ekstrem di setiap daerah;
sebuah taman awam yang akan dibangunkan sebagai dan
taman warisan semula jadi bertaraf dunia. Selepas siap • Dalam masa yang sama kerajaan negeri bertekad untuk
kelak, taman ini akan dibuka kepada umum secara membina stadium mini di setiap daerah, bergantung
percuma; kepada keperluan dan kesesuaian, bagi merancakkan lagi
semangat kesukanan negeri ini.

Menjayakan pembinaan
Stadium Sport City di
Johor Bahru yang
melibatkan kos
keseluruhan berjumlah
RM89 juta.

M A N I F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
19
Lima: Menjadikan Johor Gerbang Selatan Negara

Johor mesti terhubung dengan baik jika ingin mencapai visi menjadi Kuasa Ekonomi Selatan. Kemudahan
yang disediakan berupaya merubah dinamik politik dan mobiliti di Johor.

Kami komited untuk:


• Meneroka pengenalan perkhidmatan teksi air atau • Melaksanakan pembinaan projek Keretapi
feri yang membabitkan laluan Kongkong, Masai ke Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan
Changi, Singapura dan juga daripada Johor Bahru Kuala Lumpur dengan Singapura dengan melalui
Waterfront ke Woodlands, Singapura; beberapa bandar utama seperti Muar dan Batu
Pahat;
• Menyiapkan pembinaan landasan berkembar dari
Gemas ke Johor Bahru dalam tempoh empat (4) • Melaksanakan pembinaan projek Rapid Transit
tahun yang akan melibatkan pembinaan 11 Stesen System (RTS) dari Singapura ke Johor Bahru;
ETS yang merangkumi tiga (3) kategori, iaitu
• Melakukan kajian kesesuaian (feasibility study)
Stesen Utama di Segamat dan Kluang, Stesen
untuk membangunkan pelabuhan perikanan
Sekunder di Labis, Bekok, Paloh Renggam,
termaju di Mersing; dan
Layang-Layang, Kulai, dan Kempas Baru serta
Stesen Operasi dan Barang di Genuang dan • Meluaskan operasi dan kemudahan di Pelabuhan
Mengkibol. Komitmen ini melibatkan peruntukan Tanjung Pelepas (PTP) sebagai pelabuhan bertaraf
pendahuluan sebanyak RM10.45 bilion yang dunia. Projek ini adalah sebahagian daripada
meliputi jajaran landasan perancangan jangka masa panjang PTP yang
sepanjang 197 km; sudah disusun sehingga 2045.
Melaksanakan pembinaan projek
Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR)
yang menghubungkan Kuala
Lumpur dengan Singapura dengan
melalui beberapa bandar utama
seperti Muar dan Batu Pahat.

M A N I F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
21
BAB 3.0:
PEMBANGUNAN
MINDA, BAKAT
DAN KEMAHIRAN
Kehidupan adalah proses pembelajaran tanpa henti. Daripada sekecil-kecil bayi yang sedang lena sehinggalah
datuk yang memangku cucunya, kami percaya bahawa ilmu dan kemahiran yang akan menjadikan kehidupan itu
lebih bererti.

Berbekalkan kepercayaan tersebut, kami mahu peluang meneroka gedung ilmu dan kemahiran terus disajikan di
negeri Johor. Bangsa Johor mesti menjadi masyarakat yang berilmu pengetahuan. Lantas peluang ini bukan hanya
perlu dibuka buat mereka yang berseragam sekolah atau penuntut di universiti semata-mata. Malah peluang ini
akan ditawarkan kepada semua yang nekad mahu membangunkan keupayaan diri dan berusaha menjadi lebih baik.

Justeru, kami menghimpunkan lima (5) komitmen utama bagi menjayakan aspirasi rakyat mahir dan berilmu untuk
negeri Johor.

22 M A NI F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
M A N I F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
23
Satu: Memperbanyak Peluang Pendidikan dan Latihan Kepada Semua
Manusia berilmu baktinya tidak terkira. Ibarat benih yang baik dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat
menjadi gunung. Kami akan membuka ruang pelbagai laluan pendidikan dan kemahiran kepada semua. Peluang ini
terbuka kepada rakyat negeri ini, tidak kira sama ada untuk mempelajari kemahiran baharu (skilling), menajamkan
semula kemahiran sedia ada (reskilling), atau meningkatkan kemahiran kepada aras lebih tinggi (upskilling).
Untuk menjayakan ini, kami komited:

• Menambah bilangan pelajar yang mendapat insentif (ii) Bio SME dengan memberikan Skim Baucar Inovasi
Tabung Latihan Kemahiran Johor daripada 2,500 yang memanfaatkan 200 Bio SME berjumlah RM1
kepada 5,000 dalam tempoh lima (5) tahun akan juta dan Dana Bantuan Bio Grow bernilai
datang. Tabung ini akan membiayai pengajian di RM500,000.
institusi-institusi kemahiran dalam negeri Johor seperti (iii) Bio ERA dengan melibatkan 100 komuniti di
Skills Johor. Bermula 2018, Kerajaan Negeri telah mula seluruh Johor dengan keluasan 150 ekar dengan
memperuntukkan sehingga RM5 juta yang dipecahkan bantuan permulaan 150 tan baja organik, untuk
kepada RM1.5 juta kepada anak muda dalam diusahakan oleh golongan yang berpendapatan
masyarakat India, RM1.5 juta kepada generasi FELDA rendah seperti ibu tunggal serta belia yang tidak
dan baki RM2 juta kepada masyarakat umum; mempunyai pekerjaan tetap.
• Memperkenalkan dasar Satu Keluarga Satu • Menggandakan jumlah Hadiah Latihan Pendidikan
Kemahiran; Lanjutan kepada penjawat awam negeri untuk
• Mengoptimumkan operasi Johor Skills Hub; melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana di
• Menyediakan insentif kelas coding dan multimedia Universiti Teknologi Malaysia (UTM) daripada 25
skills dengan dana yang disalurkan melalui yayasan kepada 50 orang. Setakat ini, kerajaan negeri telah
PBT dengan sasaran sebanyak 10,000 orang pelatih memberi peluang kepada 30 orang penjawat awam
dalam masa 10 tahun; negeri yang terpilih untuk mengikuti program ini; dan

• Memperluaskan Johor Bioeconomy Academy melalui • Program peningkatan kapasiti penjawat awam negeri
inisiatif: akan turut diperkukuh dengan modul yang lebih
bersesuaian dengan keperluan masa hadapan serta
(i) Johor Bio Talent Development Centre dengan meningkat kumpulan dan bilangan sasarannya.
menyasarkan 10,000 peluang pekerjaan.

Program peningkatan
kapasiti penjawat awam
negeri akan turut
diperkukuh dengan modul
yang lebih bersesuaian
dengan keperluan masa
hadapan

24 M A NI F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
Dua: Meningkatkan Kualiti Pendidikan
Kami sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menambah baik sistem pendidikan di negeri Johor. Justeru, kami
komited untuk:

• Menyiapkan pembinaan 19 buah lagi sekolah; (i) Menjelang akhir 2023, sasaran prestasi pencapaian
• Memastikan menjelang 2023, sebanyak 794 sekolah tahap minimum UPSR adalah sekurang-kurangnya
rendah dan menengah di negeri Johor melaksanakan 93.0% bagi Bahasa Malaysia (Pemahaman) dan
Program Sekolah Transformasi 2025 (TS25). Menjelang 90.0% bagi Bahasa Malaysia (Penulisan).
2025, semua sekolah di Johor akan melaksanakan (ii) Membina lima (5) buah SJKC dan satu (1) buah
TS25. Sehingga 2018, terdapat sebanyak 18 buah SJKT baharu menjelang 2023.
sekolah yang terlibat dengan program Sekolah Amanah (iii) Memastikan 10.0% dari sekolah-sekolah SJKC dan
(iaitu program rintis kepada TS25); SJKT dalam kategori Sekolah Kurang Murid (SKM)
• Memoden serta membantu memperkasakan sekolah dapat dinaikkan ke Gred A atau B menjelang 2023.
Cina dan Tamil. Bagi memastikan hasrat ini tercapai, • Melakukan kajian dan semakan sukatan pendidikan
Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan setiap
agama setiap lima (5) tahun; dan
pertubuhan bukan kerajaan Cina dan India yang ada di
negeri Johor. Sasaran kami adalah: • Mewujudkan satu skim tangga gaji bagi guru-guru
Tadika Islam dalam usaha memantapkan kebajikan dan
kompetensi guru-guru.

M A N I F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
25
Tiga: Mengurangkan Beban Kos
Pendidikan
Kami peka akan masalah yang dihadapi golongan
mahasiswa. Kami beriltizam agar mahasiswa Johor fokus
sepenuhnya kepada pengajian tanpa perlu memikirkan isu
seperti pembiayaan pendidikan.

Justeru, kami komited untuk:

• Memperluas kumpulan penerima Tabung Pendidikan


Sarjana PDT kepada mereka yang melanjutkan pengajian
ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) selain daripada
meningkatkan jumlah penerima peringkat sarjana;
• Melonggarkan syarat permohonan Biasiswa Kenangan
Dato’ Onn (BKDO) bagi melayakkan lebih ramai pemohon
dengan menambah sasaran jumlah penerima sehingga
400-500 setiap tahun;
• Memperluaskan Skim Pinjaman Pendidikan Tanpa Faedah
(Qard Hassan) kepada lebih ramai anak Johor;
• Meneruskan Program Inklusif Masyarakat India menerusi
Yayasan Sultanah Rogayah dengan meningkatkan
peruntukan untuk kebajikan pendidikan kaum India bagi
tempoh lima (5) tahun. Setakat ini program ini
memperuntukkan sehingga RM7 juta setahun yang telah
memanfaatkan kira-kira 6,000 keluarga masyarakat India;
dan
• Meningkatkan peruntukan yang sedia ada kepada Yayasan
Sultanah Fatimah bagi tujuan membantu golongan miskin
dalam pendidikan kaum Cina untuk tempoh lima (5) tahun
akan datang.

26 M A NI F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
Memperluas kumpulan
penerima Tabung
Pendidikan Sarjana
PDT kepada mereka
yang melanjutkan
pengajian ke peringkat
Ijazah Doktor Falsafah
(Ph.D) selain daripada
meningkatkan jumlah
penerima peringkat
sarjana.

M A N I F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
27
Empat: Memoden dan Memperkasa Pendidikan Islam
Islam adalah agama yang mementingkan pendidikan dan memandang tinggi golongan yang berilmu. Berasaskan
falsafah ini, kami meneruskan Agenda Johor Islami bagi memelihara ketinggian pendidikan Islam di negeri ini. Justeru,
kami komited :

• Sempena 100 tahun kewujudan Sekolah Agama Johor, • Menyediakan satu inisiatif kesedaran khas untuk
ia akan ditransformasikan agar sesuai dengan citra anak-anak Johor yang keciciran dalam pendidikan
pendidikan abad ke-21. Kerajaan negeri akan agama;
melaksanakan cadangan yang dianjurkan oleh pasukan
• Menambah jumlah insentif khas untuk penyelenggaraan
kajian khas transformasi sekolah agama. Antara
setiap sekolah agama kepada RM6,000 untuk setiap
transformasi yang akan dipertimbang untuk
tahun;
dilaksanakan adalah:
• Membina sekurang-kurangnya 30 buah SAKJ baru
i) Memasang
(mengikut keperluan);
Internet di semua SAKJ secara
berperingkat. • Memperkasa kelayakan dan skim imbuhan tenaga
pengajar sekolah agama;
ii) Memperkenalkan pelbagai modul kemahiran sesuai
Revolusi Perindustrian 4.0 seperti; kelas bahasa, • Meneruskan usaha membangunkan keupayaan Kolej
coding, kemahiran kendiri dan kokurikulum Bangsa Pengajian Islam Johor (MARSAH) sebagai persediaan
Johor. untuk dinaiktaraf sebagai Kolej Universiti;
iii) Selari dengan perkembangan globalisasi, kami akan • Meneruskan komitmen membantu menyelenggara 65
memoden dan melaksanakan Program Pendidikan buah Sekolah Agama di seluruh FELDA Johor. Buat
Islam secara digital (pembelajaran menggunakan masa sekarang, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan
iPad) di sekurang-kurangnya sebuah sekolah agama sebanyak RM1.03 juta bagi inisiatif ini; dan
di setiap Parlimen. Setakat ini, program ini sudah
• Menyasarkan penubuhan sebuah Sekolah Islam
dijalankan dengan memberikan pendidikan agama
Antarabangsa (International Islamic School) menjelang
menggunakan iPad kepada sebuah sekolah agama
2023.
di Kluang dan empat (4) sekolah agama di Johor
Bahru.

Menyasarkan penubuhan sebuah


Sekolah Islam Antarabangsa
(International Islamic School)
menjelang 2023.

28 M A NI F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
Lima: Memperkemas Pendidikan Golongan Khas
Kami beriltizam untuk mewujudkan satu sistem dan persekitaran pendidikan yang kondusif, bersesuaian, adil dan
lengkap kepada golongan yang memerlukan perhatian khusus. Justeru, kami komited untuk:

• Memantap dan memperluas pelaksanaan Program Pembangunan Komuniti Orang Asli berdasarkan
keperluan dan kearifan tempatan;
• Menambah Taska Orang Kelainan Upaya (OKU) mengikut kesesuaian. Dalam tempoh lima (5) tahun, Kerajaan Negeri
akan bekerjasama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri Johor untuk menubuhkan tiga (3) buah taska
OKU, iaitu Taska OKU Autisme/ADHD, Taska OKU Disleksia dan Taska OKU Buta. Setakat ini, taska seperti ini telah
pun dibina di YPJ Youth Centre, Bukit Senyum khusus untuk OKU pekak dan bisu. Johor adalah negeri pertama di
Malaysia mengusahakan inisiatif seperti ini; dan
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk golongan OKU di sekolah. Menjelang tahun 2020, kami akan
memastikan lebih banyak sekolah rendah dan menengah di Johor dilengkapi dengan kemudahan yang diperlukan bagi
keselesaan pelajar OKU.

Menambah Taska Orang


Kelainan Upaya (OKU)
mengikut kesesuaian.

M A N I F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
29
BAB 4.0:
KEPEMIMPINAN
BERPRESTASI
TINGGI
Kami, beriltizam untuk mengakar teguh kepemimpinan
berdasarkan prestasi tinggi dalam setiap aspek
pembangunan negeri Johor.

Bersandarkan kepercayaan ini, kami akan menggunakan


segenap ruang yang ada untuk sentiasa menambah baik
pentadbiran negeri melalui kepemimpinan yang bersih, cekap
dan amanah.

Malah, kami memasang impian agar bakat dan minda terbaik


Team Johor akan tertarik untuk menyertai perkhidmatan
Kerajaan Negeri dan landskap kepimpinan tempatan.

Kepemimpinan yang baik bukannya berperanan untuk


melahirkan lebih ramai pengikut, sebaliknya untuk
menyediakan lebih ramai pencerah.

Johor perlu bersedia untuk menggilap bakat kepimpinan


putera puteri terbaiknya yang akan memimpin negeri di masa
hadapan.

Justeru, kami menghimpunkan lima (5) komitmen utama ini


dalam menawarkan kepemimpinan berprestasi tinggi untuk
negeri Johor:

30 M A NI F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
M A N I F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
31
Satu: Membudayakan Pentadbiran Telus, Inklusif dan Berintegriti
Kami mahu mewujudkan satu pentadbiran yang telus dan dipercayai Bangsa Johor. Bagi menjayakan
hasrat ini, kami komited untuk:

• Mewajibkan pengisytiharan harta dan aset untuk EXCO dan penjawat awam negeri kepada Menteri
Besar;
• Mewajibkan lafaz Ikrar Anti Rasuah dalam kalangan 56 ADUN dan semua 5,000 kakitangan PBT;
• Melaksanakan pemeriksaan keutuhan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke
atas semua peringkat pentadbiran tertinggi negeri;
• Mewajibkan tinjauan pandangan awam sebagai prasyarat untuk projek mega pembangunan Kerajaan
Negeri;
• Memperkasakan Unit Audit Dalaman bagi memastikan perkhidmatan yang telus;
• Mengenakan tindakan yang lebih tegas kepada mana-mana penjawat awam yang tidak mengikut
prosedur; dan
• Meluaskan penganjuran sesi keterlibatan awam seperti EXCO Awayday atau Pemukiman EXCO. EXCO
Awayday 2016 dihadiri kira-kira 350 orang daripada jabatan-jabatan, agensi negeri dan persekutuan
serta Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC). Untuk tahun-tahun akan datang, kami akan melibatkan
lebih ramai pihak seperti wakil belia, golongan mahasiswa, pertubuhan agama, gerakan NGO serta
para aktivis sosial.

Memperkasakan Unit
Audit Dalaman bagi
memastikan
perkhidmatan yang telus.

32 M A NI F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
Dua: Melaksanakan Penilaian Kepemimpinan Berprestasi Tinggi
yang Sistematik
Dalam mana-mana organisasi berteraskan merit, kami percaya perlunya satu sistem kepemimpinan berprestasi tinggi.
Justeru, kami komited untuk:

• Menambah baik dan memperluas penetapan Petunjuk penilaian terhadap tahap kreativiti dan inovasi EXCO
Prestasi Utama atau KPI EXCO dari semasa ke semasa. dalam penyampaian perkhidmatan mereka; dan
Antara pembaharuan terkini yang sudah kami lakukan
• Memastikan akses atas talian terhadap laporan KPI
ialah mewajibkan KPI seseorang EXCO mengandungi
EXCO dan Pihak Berkuasa Tempatan yang bersifat
tiga perkara utama iaitu petunjuk kepada Bidang
mudah dan terkini kepada Bangsa Johor.
Keberhasilan Utama atau Key Result Area EXCO,
inisiatif di bawah Pelan Suara Hati Johor dan titik-titik
sentuhan Bajet Negeri. KPI ini juga akan melibatkan

Memastikan akses atas talian terhadap laporan KPI EXCO


dan Pihak Berkuasa Tempatan yang bersifat mudah dan
terkini kepada Bangsa Johor.

M A N I F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
33
Tiga: Memantapkan Sistem Penyampaian dan Tadbir Urus
Ledakan globalisasi dan media sosial menyebabkan • Meningkatkan keberkesanan pelan komunikasi
dunia pantas berubah. Kami percaya, sistem jabatan-jabatan kerajaan. Kami akan memastikan
penyampaian kepada rakyat turut perlu berubah. semua jabatan kerajaan mempunyai saluran komunikasi
Maka, kami komited untuk: yang aktif dan interaktif di atas talian bagi memudahkan
perhubungan dengan warga Johor;
• Meluaskan pelaksanaan onlinepayment.johor.gov.my • Memulakan peralihan ke arah sistem simpanan rekod
dengan melibatkan semua pihak berkuasa tempatan, dan maklumat sifar kertas melalui penggunaan ‘cloud
agensi-agensi kerajaan negeri, dan Syarikat Berkaitan technology’ dalam tempoh lima (5) tahun akan datang;
Kerajaan atau GLC. Warga Johor boleh menggunakan dan
platform sehenti ini untuk memberi cadangan atau aduan
untuk penambahbaikan; • Mentransformasi sistem penyampaian awam kepada
sistem digital sepenuhnya dalam tempoh 10 tahun akan
datang.

34 M A NI F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
Empat: Mempertingkat Prestasi
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
PBT ialah wakil kami yang paling dekat dengan Bangsa
Johor. Kami beriltizam untuk menjadikan kerajaan ketiga
(PBT) ini satu badan yang lebih cekap, responsif, telus dan
dipercayai.
Oleh hal yang demikian, kami komited untuk:

• Mewujudkan aplikasi PBT (PBT apps) di telefon pintar


bagi merancakkan komunikasi dua hala di antara PBT
dengan masyarakat setempat. PBT boleh menyampaikan
informasi terkini dan masyarakat dapat mengemukakan
aduan dan cadangan. PBT apps akan dimulakan dengan
projek perintis di Johor Bahru;
• Menambah kuota khas untuk wanita sebagai Ahli Majlis
PBT bagi memastikan keseimbangan komposisi dalam
semua pemegang taruh;
• Melibatkan lebih ramai golongan belia dan profesional
dalam komposisi Ahli Majlis PBT;
• Memantap dan menambah baik pelaksanaan dasar yang
mewajibkan pengambilan OKU dan kaum India di setiap
PBT Johor;

• Melaksanakan pertandingan PBT tercantik dan


pemberian anugerah kepada inisiatif inovasi dalam
pengurusan; dan
• Menggalakkan pengagihan antara 10.0% hingga
30.0% perbelanjaan PBT kepada pembangunan
(mengikut saiz dan keupayaan PBT).

M A N I F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
35
Meneruskan dan menambah baik
Program Duta Jauhar. Setakat
ini, seramai 2,020 peserta telah
terlibat sejak pelancaran
program ini pada tahun 2014.

36 M A NI F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
Lima: Agenda Kepemimpinan Masa Hadapan
Kami mahu mewariskan negeri ini kepada anak-anak muda Bangsa Johor.
Bagi menyiapkan generasi muda dengan potensi dan bakat kepemimpinan,
kami komited untuk:

• Meneruskan dan menambah baik Program Duta Jauhar. Setakat ini,


seramai 2,020 peserta telah terlibat sejak pelancaran program ini pada
tahun 2014;
• Meningkatkan penyertaan dalam Karisma Ta’zim. Setakat tahun 2017,
program ini melibatkan 600 mahasiswa. Kami akan meningkatkan
penyertaan mahasiswa dalam program ini untuk tempoh lima (5) tahun
akan datang;
• Melibatkan lebih ramai pelajar dalam Program Kepemimpinan Muda.
Sehingga kini, program ini hanya disertai oleh Ketua Pengawas Sekolah,
pelajar pra-universiti tingkatan 6 dan penerima bantuan Biasiswa
Kenangan Dato’ Onn (BKDO). Kami menyasarkan untuk melibatkan semua
pemimpin pelajar untuk tempoh lima (5) tahun akan datang;
• Menambahkan insentif untuk aktiviti kemahasiswaan dan kepimpinan bagi
persatuan anak negeri Johor di setiap universiti termasuklah menyediakan
dana kecemasan kepada pelajar yang memerlukan. Kami juga komited
memperuntukkan sebanyak RM2,000 dana pengurusan kepada setiap
persatuan mahasiswa anak Johor. Inisiatif ini akan memberi manfaat
kepada kira-kira 2,000 orang ahli;
• Membudaya dan mengangkat semangat kesukarelawanan kepada anak
muda Johor melalui pelbagai program dan juga inisiatif bersama pihak
PBT, NGO, GLC dan institusi pendidikan; dan
• Menjadikan IKLAS sebagai Akademi Kepimpinan Johor yang menyelaras
dan mengelola semua program kepimpinan negeri Johor.

M A N I F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
37
BAB 5.0:
MASYARAKAT
LESTARI ,
ISLAMI DAN
BERBUDAYA
Johor yang lestari, Islami dan berbudaya bukan sekadar cita-cita dan harapan,
tetapi sebuah kemestian dan pertanggungjawaban.

Dalam kesungguhan negeri Johor membangunkan dekadnya, kami tidak akan


melupakan tanggungjawab memelihara dan memulihara lingkungan serta warisan
budayanya secara turun-temurun. Amanat nenek moyang akan dibawa bersama
untuk diwariskan kepada anak cucu Bangsa Johor pada masa hadapan. Kami
percaya negeri Johor perlu bergerak ke hadapan tanpa meninggalkan warisan
masa silam di belakang. Kami setia melindungi identiti negeri ini.

Salah satu matlamat besar Dekad Baharu Johor ialah membangunkan peradaban
yang unggul dengan dipimpin oleh keseimbangan. Kami percaya ketinggian
agama, keunikan adat dan warisan Bangsa Johor serta kelestarian alam sekitar
perlu terus dibangun dan disepadukan seiring dengan kemajuan material.

Justeru, kami menghimpunkan lima (5) komitmen utama ini dalam menawarkan
masyarakat lestari, Islami dan berbudaya untuk Johor.

38 M A NI F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
Satu: Pemeliharaan Adat dan Warisan
Bangsa Johor mempunyai identiti yang unik. Ia harus dipelihara agar
tidak pupus di sebalik belantara konkrit. Justeru itu, kami komited
untuk:

• Mengangkat Warisan Johor sebagai sebahagian dari cara hidup


Bangsa Johor;
• Menjadikan Warisan Johor sebagai satu daya tarikan bagi
menggalakkan pelancongan berasaskan budaya;
• Mengenal pasti dan memelihara Warisan Johor dalam klasifikasi
tertentu seperti bangunan bersejarah, alam semulajadi dan seni
persuratan;
• Merangka proses khusus bagi membolehkan Kerajaan Negeri
bersama-sama dengan Yayasan Warisan Johor mengenal pasti,
mengkaji, mengiktiraf, memulihara dan menganugerahkan pensijilan
Warisan Johor;
• Mendokumentasi dokumen-dokumen bersejarah, artifak, dasar-dasar
kerajaan dan lain-lain di Pusat Dokumentasi Johor. Hal ini akan
memudahkan akses terhadap bahan-bahan tersebut kepada
masyarakat;
• Membina atau membangun pustaka digital Tamadun Melayu Johor,
memugarkan penghayatan dan meningkatkan kebanggaan Bangsa
Johor terhadap akar umbi Tamadun Melayu Johor dan mempromosi
Tamadun Melayu Johor kepada warga Malaysia dan masyarakat dunia
melalui strategi pelancongan budaya dan warisan sebagai menyokong
Pelan Induk Johor sebagai Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa;
• Mengantarabangsakan Festival Hujung Medini sebagai usaha untuk
mempamerkan keunikan warisan zapin Johor;
• Menjadikan Festival Antarabangsa Kesenian Johor sebagai acara
tahunan negeri;

• Memperluas program promosi adat dan warisan Johor seperti Program


Semarak Seni Muafakat Johor dan Program Permata Warisan Johor di
setiap daerah;
• Menaiktaraf dan mengembangkan Orkestra Anak Jauhar dan
menjadikannya Orkestra Bangsa Johor untuk mengetengahkan
Warisan Johor di persada antarabangsa; dan
• Mewartakan Kota Tinggi sebagai daerah warisan negeri.

M A N I F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
39
Dua: Ekonomi Hijau dan Kelestarian Alam Sekitar
Ekonomi hijau adalah inisiatif keprihatinan kami menjaga alam sekitar serentak dengan kesungguhan membangunkan
negeri Johor. Di samping menggalas amanat rakyat untuk membangunkan negeri, kami turut membawa bersama
amanat Tuhan untuk memakmurkan bumi.

(a) Pengangkutan Mesra Alam (b) Pembangunan Sumber Tenaga Alternatif


Bagi mendapatkan kualiti udara yang lebih baik, Penggunaan bahan api fosil seperti petrol juga perlu
jumlah pelepasan karbon yang disebabkan oleh enjin dikurangkan untuk membantu mengurangkan
kenderaan perlu dikurangkan. Justeru, kami komited pencemaran udara sekali gus mendukung kelestarian
untuk: alam sekitar Johor. Inisiatif ini boleh dilakukan dengan
• Mewujudkan stesen basikal bagi menggalakkan mengkaji potensi pelbagai sumber tenaga boleh
aktiviti berbasikal. Stesen sepanjang 59 km ini akan diperbaharui. Justeru, sebagai permulaan, melalui
dimulakan dengan di Iskandar Malaysia sebagai Pelan Tindakan Masyarakat Rendah Karbon Untuk
perintis dengan kerjasama pentadbiran Majlis Iskandar Malaysia 2025, kami komited untuk:
Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya • Memperkenal dan menggalakkan pembangunan
Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Perbandaran Pasir tenaga suria sebagai sumber tenaga hijau di negeri
Gudang (MPPG), Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) Johor. Projek ini akan dijayakan di Iskandar Malaysia
dan Majlis Daerah Pontian (MDP); dan terlebih dahulu dan akan diikuti dengan
bandar-bandar utama lain secara berperingkat;
• Memperbanyak stesen mengecas kenderaan hijau di
negeri Johor sebagai usaha mendukung kelestarian • Mencadangkan pemasangan dan penggunaan panel
bumi hijau di Johor. Ini adalah salah satu inisiatif di solar di bangunan-bangunan komersial/korporat.
bawah Dasar Kelestarian Negeri Johor yang telah kita Perkara ini boleh dilakukan dengan
mempertimbangkan pemberian insentif cukai kepada
perkenalkan.
pihak yang menyertainya;
• Mencadang pemasangan secara berperingkat
lampu-lampu jalan menggunakan tenaga solar
sebagai salah satu usaha untuk menjimatkan kos dan
mengelakkan gangguan bekalan elektrik; dan
• Melakukan pemantauan dan penguatkuasaan yang
lebih tegas terhadap kilang-kilang dan pihak industri
terutamanya kawalan pelepasan asap dan afluen
industri.

40 M A NI F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
(c) Pemeliharaan Alam Sekitar • Meluaskan Program Community in River (COIR) ke
Selain adat dan budaya, alam sekitar juga kita warisi beberapa sungai lain di sekitar negeri Johor.
dari generasi masa lalu untuk diserahkan kepada Antaranya sungai-sungai di Pulai, Batu Pahat,
generasi akan datang. Demi mendukung kelestarian Segamat, Kluang dan Muar. Menjelang tahun 2020,
alam sekitar, kami komited untuk: Johor ingin mencapai sifar sungai mati;

• Memperhebat usaha pemuliharaan dengan • Memberikan Insentif Johor Hijau bernilai RM1 juta
mewartakan lebih banyak Taman Negara Johor. kepada 50 pembekal dan pengedar bekas makanan
Antaranya, mensasarkan Johor memiliki tujuh (7) yang menggunakan bahan boleh-urai (biodegradable)
Taman Negara menjelang tahun 2020. Untuk tahun daripada tumbuhan;
2018, kami akan mewartakan tiga (3) lagi taman • Memberikan insentif berupa diskaun berjumlah RM2
negara iaitu, Taman Negara di Bukit Tukau, Bukit juta kepada pengusaha baja organik; dan
Belading dan Reban Kambing;
• Menjayakan program penanaman 2 juta pokok
• Memantapkan operasi Unit Sungai bagi mengurus dan menjelang tahun 2020.
mengawal selia sungai-sungai Johor;

M A N I F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
41
Tiga: Bandar Pintar dan Empat: Kemaslahatan Bangsa
Kesejahteraan Desa Johor
Selari dengan zaman globalisasi, pembangunan bandar Kami sentiasa meletakkan kepentingan Bangsa Johor
pintar adalah satu kayu ukur baharu bagi mengiktiraf sebagai keutamaan dalam mana-mana pelan tindakan
kemajuan sesebuah negeri. Justeru, kami komited yang dilaksanakan. Kami mahu menjadikan negeri
untuk: Johor sebagai kediaman yang selamat dan selesa.
Justeru, kami komited untuk:
• Melonjakkan Iskandar Puteri sebagai Metropolis
bertaraf antarabangsa yang kukuh dan mapan seperti
(a) Memastikan Keselamatan Kawasan
yang diklasifikasikan oleh Global Science and
Kediaman
Innovation Advisory Council di Amerika Syarikat pada
1 November 2012. Setakat ini, Iskandar Malaysia • Memasang kamera litar tertutup yang beroperasi 24
adalah satu-satunya bandar yang difokuskan ke arah jam sehari di beberapa lokasi panas yang menjadi
matlamat tersebut; tumpuan kegiatan jenayah. Dalam tempoh lima (5)
tahun akan datang, jumlah kamera ini akan ditambah
• Meluaskan pelan Masyarakat Karbon Rendah (Low
dari semasa ke semasa;
Carbon Society) meliputi Program Pembinaan
Kapasiti, Program Pemantauan Karbon dan Program • Mewujudkan satu pusat kawalan di setiap daerah
Komuniti Hijau ke setiap daerah menjelang tahun untuk mengawasi kegiatan jenayah menerusi kamera
2020; litar tertutup dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia
(PDRM); dan
• Melaksanakan Program Hijrah Rejuvenasi Desa yang
bertujuan menggalakkan warga Johor berhijrah ke • Meluaskan Program Polis Komuniti ke setiap PBT.
kawasan pinggir bandar atau luar bandar bagi Program Polis Komuniti menyaksikan kewujudan
membangunkan kawasan tersebut; Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan
Sukarela (SRS) membantu pihak berkuasa dalam
• Memperkukuh pelan Smart City yang dilaksanakan
usaha pencegahan jenayah.
oleh IRDA sebagai langkah untuk memberi kemudahan
aktiviti perniagaan dan mempertingkat kualiti
kehidupan di wilayah ini. Inisiatif ini akan melibatkan
enam dimensi utama iaitu; Smart Economy, Smart
Environment, Smart People, Smart Governance,
Smart Mobility dan Smart Living; dan
• Membangunkan Lembah Digital Sedenak di Kulai.

42 M A NI F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
(b) Memberikan Akses Perkhidmatan Kesihatan (c) Memperkenalkan Penanda Aras Baharu
yang Baik Pembangunan

• Memperkenalkan perkhidmatan pengangkutan secara • Kami akan memperkenalkan penanda aras baharu yang
percuma kepada warga emas, OKU dan mereka yang inklusif bagi negeri Johor untuk mengukur kesejahteraan
tersenarai dalam E-Kasih untuk mendapatkan rawatan di rakyat. Penanda aras kehidupan makmur ini akan
hospital atau klinik kerajaan di setiap daerah; mengambil kira kriteria seperti; kediaman, pendapatan,
pekerjaan, komuniti, pendidikan, alam sekitar,
• Menambah jumlah Klinik Waqaf Johor bagi menampung
penglibatan sivil, kesihatan, kebahagiaan hidup,
perkhidmatan klinik desa yang sedia ada di setiap
keselamatan, dan keseimbangan kerja-kehidupan.
daerah;
• Memastikan sekurang-kurangnya terdapat satu pusat
hemodialisis di setiap DUN; dan
• Membina dua (2) buah hospital wakaf dalam tempoh 10
tahun.

M A N I F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
43
Lima: Menjayakan Agenda Johor Islami
Selain memperkasa pendidikan Islam, bagi menjayakan agenda Johor Islami, kami
komited untuk melaksanakan inisiatif berikut:

• Menyemak dan memperkasa proses • Menerus dan memperluas peruntukan


kutipan dan pengurusan zakat negeri dana khusus bagi pembiayaan yuran
Johor agar lebih berkesan dan lancar. guaman Syariah kepada mereka yang
Kami menyasarkan peningkatan nilai layak dan memerlukan. Inisiatif ini telah
bayaran zakat sebanyak RM10 juta mula diperkenalkan di Johor pada tahun
setahun dengan peningkatan jumlah 2018;
pembayar zakat sebanyak 3.0% setahun; • Memperkenal dan menyubur minat Orang
• Menggalakkan lebih ramai golongan Muda Johor dalam kesenian dan warisan
profesional menyertai institusi yang Islam seperti marhaban, qasidah,
berkaitan dengan agama Islam seperti penulisan khat dan kaligrafi Islam;
Sekolah Agama Kerajaan Johor dan Majlis
• Mewujudkan kekayaan dan ketahanan
Agama Islam Negeri Johor (contohnya
ekonomi untuk orang Islam dan Melayu;
dengan menubuhkan lembaga pengelola
dan
atau panel penasihat sekolah);
• Memberikan pendidikan terbaik, agar
• Menggalak dan membudayakan wakaf
berlaku transformasi pengislahan di
dalam lebih banyak agenda ekonomi dan
kalangan orang Melayu Islam.
pembangunan sosial. Setakat ini, antara
projek prasarana sosial yang
menggunakan instrumen wakaf adalah
pembinaan Larkin Sentral;

44 M A NI F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
M A N I F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
45
ORANG MUDA
JOHOR (OMJ)
Kami tahu OMJ zaman kini mengikuti rapat
perkembangan negeri Johor. Ada cerita di
Facebook, ada hashtag di Twitter, ada double
tap di Instagram. Kami sedar ini zaman anda.
Segala keputusan anda hari ini bukan sahaja
akan memberi kesan kepada anda, namun
kepada generasi akan datang.

Langkah pertama menjadi titik mula. Kuliah


pertama di kampus menempuh hidup
mahasiswa. Hari pertama di pejabat menjadi
asas kerjaya. Pandangan pertama membawa ke
rumah tangga. Undi pertama membina negeri
dan negara.

Keputusan sebesar ini bukan hanya bergantung


kepada api di dalam hati atau kuasa di hujung
jari. Pertimbangan sepenting ini hadir bersama
hitung kira yang teliti, tergantung tanya di dalam
hati.

Demi itu, kami tawarkan jawapannya di sini:


• Memperkenalkan dasar dan saranan Johor
Jobs for Johoreans and other Malaysians;

• Memberikan modal awalan RM2,000 kepada


1,000 OMJ setiap tahun melalui Inisiatif OMJ
Indienomics bagi membantu OMJ yang
berumur 30 tahun dan ke bawah yang layak
dan berpotensi;

46 M A NI F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
• Membuka lebih banyak peluang di dalam Syarikat • Mewujudkan pusat one stop center online
Berkaitan Kerajaan Negeri Johor (GLC) dan syarikat (johorjobs.com);
multinasional di Iskandar Malaysia bagi membolehkan
• Johor sebagai pusat freelancer economy dan digital
penempatan lebih ramai pelatih di bawah Skim Latihan
nomad;
1Malaysia (SL1M);
• Mengkhususkan 20,000 unit bersamaan dengan 20.0%
• Menghasilkan 5,000 peluang pekerjaan dalam industri
daripada sasaran 100,000 unit RMMJ yang disasarkan
tenaga mahir dan perabot di Johor;
siap menjelang 2023;
• Mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan atau
• Memberikan bantuan RM500 kepada OMJ yang kali
keusahawanan kepada generasi baharu FELDA dalam
pertama berkahwin untuk pasangan muda yang
sektor perladangan dan pengurusan FELDA dengan
berpendapatan RM3,000 dan ke bawah;
kerjasama FELDA melalui projek FELDA 2.0;
• Johorean First Passport Program. Memberikan
• Meneroka peluang untuk 5,000 peluang pekerjaan kepada
pembiayaan sebanyak RM50 untuk permohonan
OMJ dalam industri minyak dan gas di Pengerang;
mendapatkan pasport kali pertama bagi OMJ yang
• Memastikan Desaru Coast sebagai pusat pelancongan berusia 30 tahun ke bawah. Inisiatif ini terhad kepada
komersial terbesar di atas satu kawasan yang digerakkan 3,000 penerima setahun;
oleh sekurang-kurangnya 50.0% anak tempatan;
• RM1,000 bagi OMJ yang berjaya melanjutkan pengajian
• Melahirkan lebih ramai OMJ yang menceburi sektor ke universiti awam kepada pelajar yang pendapatan isi
pertanian, perikanan laut dalam dan akuakultur; keluarganya adalah RM3,000 dan ke bawah;
• Melatih 500 OMJ dalam industri fesyen, perfileman dan • Pemberian RM10,000 kepada OMJ yang berjaya
ekonomi kreatif; menyambung pengajian ke 20 universiti terbaik di dunia;
• Menjadikan Johor sebagai Hab Fesyen Negara; • Memastikan setiap OMJ mempunyai satu kemahiran;
• Menjadikan Johor sebagai pusat Sukan Bukan Olimpik • Mewujudkan Sekolah Kepemimpinan dan Pentadbiran
(Non-Olympic Sports) dan sukan tradisional; Awam bagi melahirkan pemimpin pelapis di negeri Johor;
• Membangunkan tiga (3) buah Youth Hub di Pasir Gudang,
Kulai dan Pontian; dan
• Menjayakan program latihan kemahiran anak tempatan di
Pengerang secara mentor-mentee bersama, antaranya
Skills Johor dan Malaysian Relief Agency.

Memberikan bantuan RM500


kepada OMJ yang kali
pertama berkahwin untuk
pasangan muda yang
berpendapatan RM3,000 dan
ke bawah.

M A N I F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
47
WANITA JOHOR
Wanita adalah pemangkin pembangunan dan kesejahteraan negeri Johor. Meskipun Johor telah
melangkah jauh, sumbangan wanita dalam menemukan kejayaan negeri ini tidak akan pernah dilupakan.
Kami yakin akan ketokohan wanita dalam negeri ini kerana kita semua mempunyai cita-cita yang sama
malah anda tidak pernah gagal dalam memenuhi kekurangan di negeri ini.

Oleh itu, kami akan terus mengangkat darjat wanita Johor sebagai suri teladan, terjemahan bukti cinta kami
kepada anda semua. Percayalah pada hati nurani anda semua, bahawa kita mampu membina bangsa ini
bersama-sama dengan rasa kasih dan sayang yang tidak terhingga.

Untuk itu, demi memperkasa dan meningkatkan peranan serta kedudukan wanita Johor, kami
komited:

• Mengenal pasti dan menyediakan tapak • Menyediakan pemeriksaan mamogram


untuk dijadikan Kompleks Wanita Tun secara percuma kepada semua wanita di
Fatimah dan menjadikannya sebagai pusat Johor yang layak dan memerlukan bantuan
niaga, kompleks busana, pusat kaunseling seperti ibu tunggal, wanita yang
dan pembinaan kapasiti wanita Johor; berpendapatan rendah dan berumur 40 tahun
ke atas; dan
• Memperluas dan memantapkan pelaksanaan
kursus strategi pemasaran produk atas talian • Memperkenalkan Hari Sukan Wanita.
kepada usahawan wanita dengan bimbingan Komitmen ini menjadikan Johor negeri
pakar. Dalam tempoh lima (5) tahun, kursus pertama yang tampil memperkenalkan
ini akan diperluas melalui jelajah ke setiap inisiatif yang mengangkat kedudukan wanita
daerah; seperti ini.
• Merealisasikan 30.0% kuota penyertaan
wanita dalam kumpulan pembuat dasar dan
pentadbiran tertinggi. Antaranya dengan
memperkenalkan pelan penggantian
strategik melalui kaedah mentor-mentee agar
peralihan berjalan dengan lancar;

48 M A NI F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
Menyediakan pemeriksaan
mamogram secara percuma
kepada semua wanita di Johor
yang dibiayai secara wakaf
atau keusahawanan sosial.

M A N I F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
49
ORANG
KELAINAN
UPAYA (OKU)
Di saat Johor melangkah ke dekad baharu yang akan datang ini, tidak akan ada satu pun sisi masyarakat yang akan
dipinggirkan. Kekuatan kita dalam melangkah ke arah 10 tahun akan datang memerlukan sumbangan dan dedikasi
yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak. Maka dengan itu, seiring dengan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia
Kebangsaan, kami sedar bahawa kebajikan dan potensi golongan rentan seperti orang kelainan upaya (OKU) perlu
diambil perhatian kerana anda semua tidak pernah terkecuali dari agenda Team Johor.

Oleh itu, kebajikan dan pembangunan potensi golongan kelainan upaya (OKU) menjadi fokus utama kami. Mereka
mesti dibantu agar mampu menjalani kehidupan dengan mandiri, dihormati dan bermaruah.

Kami akan memastikan OKU tidak akan didiskriminasi dan dipinggirkan.


Justeru itu, kami komited untuk:

• Mewujudkan satu Orkestra Klasik Johor dengan • Menaiktaraf kemudahan OKU yang lengkap di
menjadikan muzik sebagai instrumen latihan, Iskandar Malaysia. Dalam tempoh lima (5) tahun,
pembinaan kapasiti dan rekayasa sosial kepada projek ini akan diluaskan ke seluruh negeri Johor;
anak-anak OKU, Orang Asli dan mereka yang kurang
• Mewujudkan Pusat Komuniti OKU. Pusat ini akan
bernasib baik dengan kerjasama daripada Sekolah
menjadi taman rekreasi dan riadah golongan OKU;
Seni Malaysia di Johor. Kita mengambil contoh dan
dan
model El Sistema dari Venezuela;
• Menyediakan kemudahan mesra OKU dalam
• Dalam masa yang sama, kita akan mempromosikan
pengangkutan awam. Projek ini akan melibatkan
secara meluas Festival Kesenian dan Kebudayaan
perkhidmatan bas dan kereta api di seluruh negeri
OKU Negeri Johor yang dalam tempoh ini dikelola
Johor menjelang lima (5) tahun akan datang.
oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor;

50 M A NI F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
• •

M A N I F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
51
PENUTUP
Sama seperti telapak tangan yang terbuka, kami hulurkan tawaran Hi-5 ini dengan telus dan nyata. Buat
kesekian kalinya, kami sedia berbakti untuk anda semua. Hi-5 ini bukanlah hadiah yang bertukar tangan,
namun tali yang menghubungkan kita semua, yang digenggam agar kita terhubung sebagai satu pasukan.
Sebagai Team Johor.

Kami, Barisan Nasional (BN), nekad menjadikan 10 tahun mendatang sebagai dekad kita bersama, yakni
Dekad Baharu Johor. Dan kami percaya, negeri ini masih setia bersama kami.

Ayuh Team Johor, untuk Dekad Baharu, Kita Pilih Biru!

UNTUK DEKAD BAHARU,


KITA PILIH BIRU!

52 M A NI F E S TO B N J O H O R 2 0 1 8
Kita Pilih Biru.

Dicetak dan diterbitkan oleh:


Barisan Nasional Negeri Johor
Lot PTB 12642, Jalan Yahya Awal Off Jalan Ariffin, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim

Anda mungkin juga menyukai