Anda di halaman 1dari 3

Rangka Jawapan Penulisan

Bahagian A

( 10 markah )

( Masa yang dicadangkan : 15 minit )

Tuliskan lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di
bawah.

1. Ibu Aiman sedang menggoreng ikan di dapur.

2. Anaknya Syamilla sedang membasuh pinggan mangkuk.

3. Aiman pula menyusun pinggan mangkuk yang telah dibasuh oleh kakaknya.

4. Seekor kucing peliharaan sedang tidur di bawah meja.

5. Encik Badrul pula sedang membasuh kereta di halaman rumah mereka.

Bahagian B
( Masa yang dicadangakan: 40 minit )

( 30 markah )

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak
kurang daripada 80 patah perkataan.

1 Kamu dan rakan-rakan kamu sedang mengikuti latihan sukan di padang sekolah.
Tiba-tiba salah seorang rakan kamu telah jatuh pengsan.
Ceritakan pengalaman kamu memberikan pertolongan kepada rakan kamu itu.

Pendahuluan
- latihan sukan – riuh-rendah – rakan pengsan

Isi-Isi penting
- bergegas –berkerumun-berasa cemas
- memberikan bantun-memapah
- memberitahu guru-dibawa ke bilik rawatan
- memberi rawatan kecemasan – sedar daripada pengsan

Penutup
- mengucapkan terima kasih

2 Masa sangat berharga.Bincangkan tentang cara-cara mengisi masa lapang dengan


berfaedah.

Pendahuluan
- masa amat berharga-rancangkan dengan bijak

Isi-Isi penting
- menceburi hobi yang mendatangkan manfaat
- bersukan dan beriadah – badan kita akan berpeluh dan sentiasa sihat
- melawat tempat-tempat yang penting dan bersejarah.
- membaca-menambah ilmu pengetahuan dan mematangkan minda

Penutup
- Masa yang terluang mesti digunakan dengan bijak.

3 Kamu tidak sengaja menghilangkan buku cerita yang kamu pinjam dari perpustakaan
Sekolah.Tulis sepucuk surat kepada Guru Pusat Sumber Sekolah kamu untuk
memberitahu kehilangan buku tersebut.
Pendahuluan
- memperkenalkan diri

Isi-Isi penting
- memberitahu tentang kehilangan buku yang dipinjam
- membaca di kantin-tertinggal
- menyatakan tajuk buku yang hilang
- memohon maaf
- akan membayar kos buku tersebut
- berjanji akan lebih berhati-hati pada masa akan dating.

Penutup
- Sekian, terima kasih

Bahagian C

( Masa yang dicadangkan: 20 minit )

( 20 markah )

Berdasarkan petikan pengajaran yang boleh kita peroleh antaranya kita hendaklah
berdisiplin dengan mematuhi peraturan sekolah,contohnya meletakkan basikal di
ruang yang disediakan.Selain itu kita mestilah bertanggungjawab dengan melakukan
tugas-tugas yang diberi seperti seorang pengawas.Di samping itu kita haruslah
menasihati rakan yang melakukan kesalahan agar tidak berulang lagi.Seterusnya kita
patutlah tabah dan cekal dalam menghadapi cabaran contohnya sebagai seorang
pengawas.Akhir sekali kita wajarlah menghormati guru dengan meminta kebenaran
sebelum masuk kelas.

Anda mungkin juga menyukai