Anda di halaman 1dari 16

Perladangan

4.1 PERLADANGAN SEBAGAI SUATU PERNIAGAAN

Pengertian perladangan sebagai suatu perniagaan

– aktiviti pertanian yang melibatkan penjualan, pembelian dan perkhidmatan untuk


mendapat keuntungan yang maksimum

Langkah dalam prinsip pengurusan ladang

– PERANCANGAN > PELAKSANAAN > PENGAWALAN > PENILAIAN

Penerangan langkah prinsip pengurusan ladang

Perancangan
– proses menentukan matlamat, membuat jangkaan masa hadapan dan merangka
strategi bagi mencapai matlamat atau menghadapi risiko
– melibatkan empat langkah iaitu
i. Langkah 1 : menetapkan objektif
ii. Langkah 2 : mentaksir kedudukan semasa prospek perladangan
iii. Langkah 3 : mentaksir keadaan persekitaran
iv. Langkah 4 : merangka pelan tindakan

Pelaksanaan
– adalah proses mengaplikasi aktiviti yang telah dirancang
– pemerolehan sumber pengeluaran pada masa dan tempat yang sesuai

Pengawalan
– proses memastikan sumber pengeluaran dan aktiviti dirancang serta diguna dengan
cekap
– tujuan untuk mencapai matlamat organisasi dan elak penyelewengan

Penilaian
– proses mengkaji status sesuatu projek sebelum dan selepas bidang usaha
dijalankan
– penilaian dibuat dengan merujuk kepada anggaran aliran tunai yang melibat aliran
masuk iaitu pendapatan dan aliran keluar iaitu perbelanjaan

4.2 PERANCANGAN UNTUK MEMULAKAN LADANG

Belanjawan ladang ?

Rancangan untuk menggunakan sumber pengeluaran yang terhad supaya bidang usaha yang diceburi
mendapat keuntungan yang maksimum.

Maklumat yang perlu untuk menyediakan belanjawan ladang


1. Harga pasaran hasil
– harga di ladang, harga borong dan harga runcit
– rujuk kepada agensi seperti PPK, LKIM, FAMA, pemborong dan pengguna
2. Sumber pengeluaran yang ada
– tanah, pekerja, modal dan pengurusan
– Tanah – diperolehi dengan membeli, menyewa atau memohon tanah kerajaam
– Pekerja – terbahagi kpd. kumpulan buruh mahir, separa mahir dan tidak mahir
– sumber buruh dari keluarga, buruh tempatan atau buruh asing
– Modal – merangkumi bahan mentah, stok, wang, bangunan, mesin dan jentera
– Pengurusan – pihak pentadbir ladang termasuk pengurus, staf dan mandur

3. Kos sumber pengeluaran


– Tanah – beli atau sewa
– Modal – pinjaman, sendiri, berkongsi
– Pekerja – gaji bulanan atau upah tenaga hari (gaji hari)

Menyediakan belanjawan:

Format:

Item Kuantiti Harga seunit (RM) Amaun (RM)


PENDAPATAN KASAR
= Hasil X Harga
Jumlah
PERBELANJAAN

Kos bahan input Jumlah


Kos input tenaga hari / kos buruh Jumlah
Kos tetap Jumlah
Jumlah Kos = Kos Tetap + Kos Berubah

Kos Luar Jangka = % Dijangka X Jumlah Kos

Jumlah Perbelanjaan = Jumlah Kos + Jumlah Kos


Luar Jangka

Keuntungan = Pendapatan – Jumlah perbelanjaan

Pulangan Setiap Ringgit Dilabur


= Jumlah Pendapatan
Jumlah Perbelanjaan

Pendapatan
= anggaran hasil x harga seunit
Perbelanjaan
Kos bahan input = seperti kos biji benih, baja, herbisid, api, air, dedak dll
Kos input tenaga hari / kos buruh = upah merumput, membaja, pungut hasil dll.
Kos tetap = seperti cukai tanah, faedah pinjaman, susut nilai, sewa dll.

* Pilih bidang usaha berdasarkan – Keuntungan dan pulangan setiap ringgit yang
dilaburkan

Rancangan Operasi Ladang

Merangkumi 1. Melakar pelan susun atur ladang


langkah – lakaran menunjukkan kedudukan bangunan, kawasan tanaman, stor dll

2. Penyedia jadual kerja


– disediakan dalam bentuk jadual atau Carta Gantt

3. Penyediaan format rekod berkaitan


– berguna untuk
i. merancang susunan ladang pada masa hadapan
ii. petunjuk kemajuan ladang – mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan pengurusan operasi ladang
iii. sokongan untuk mendapat pijaman
– jenis rekod – rekod fizikal dan rekod kewangan
– rekod fizikal seperti rekod tanaman, rekod ternakan, rekod tenaga buruh
– rekod kewangan – seperti rekod pendapatan dan rekod perbelanjaan
Mekanisasi

5.1 MEKANISASI LADANG


Mekanisasi ladang ialah penggunaan jentera atau mesin untuk membantu melakukan kerja
perladangan

Faedah mekanisasi ladang

1. Menjimatkan masa
– jam bekerja dapat dikurangkan
– kerja cepat disiapkan

2. Menjimatkan tenaga pekerja


– kurang pekerja diperlukan untuk mengendalikan jentera/mesin
– seorang pekerja boleh melakukan banyak kerja

3. Menghasilkan kerja dengan lebih berkesan


– hasil kerja sekata/konsisten seperti kedalaman penggemburan dan kadar siraman air

4. Menepati masa
– kerja dapat dibuat ikut kesesuaian masa
– elak cuaca buruk atau memenuhi permintaan pasaran
– kerja dapat disiapkan mengikut jadual

5. Memudahkan kerja
– mengurangkan beban dan seksa kerja
– pekerja tidak keletihan
– kerja seperti membajak menjadi lebih mudah dan ringan

Faktor yang perlu dipertimbangkan dalam penggunaan mekanisasi ladang

1. Faktor fizikal tanah


– meliputi topografi, keluasan tanah dan jenis tanah
– kawasan berbukit bina teres menggunakan jentera penyodok tanah
– kawasan luas pemugaran tanah menggunakan traktor empat roda, kawasan kecil gunakan
traktor dua roda
– kawasan tanah lembut seperti sawah padi gunakan traktor dua roda

2. Faktor kos
– harga jentera dan mesin adalah mahan
– dapatkan secara sewa beli, upah atau pajakan
– jika mampu dan ladang luas boleh beli sendiri

3. Faktor teknikal
– mempunyai pengetahuan, kemahiran pengendalian, kebolehan melakukan
penyelanggaraan dan pembaikan, kemudahan mendapatkan alat ganti, khidmat selepas
jualan dan kebolehan melakukan pengubahsuaian terhadap jentera jika perlu
– tanpa pengetahuan teknikal, kos penyelenggaraan dan pembaikan akan tinggi

Penggunaan mekanisasi ladang


(a) Tanaman
Penyediaan tanah
Alat pemugaran primer

Bajak piring – Memotong, mengangkat, memecah dan membalikkan tanah

Bajak sepak – Memotong, mengangkat dan membalikkan tanah

Bajak pahat – Memecah dan melonggarkan tanah kering dan keras.


Menarik akar keluar dari tanah

Alat bajak sekunder

Bajak putar – Memotong dan menghancurkan tanah (menggembur), menggaul sisa


tanaman dan baja dalam tanah dan mengawal rumpai.
Putaran mata kuasa dari aci sadap kuasa

Bajak sikat – Memecah tanah kasar menjadi halus dan mengawal rumpai dengan cara
memotong rumpai dan menarik akarnya keluar

Penggembur – menghaluskan tanah untuk sedia ditanam

Pembatas – Menggembur sambil membina batas

Penanaman
Penanam biji benih – Untuk biji benih besar seperti kacang tanah dan jagung

Penyembur kabus – Untuk biji benih kecil seperti padi dan biji benih rumput ternak

Penanaman anak padi – Untuk tanam anak padi

Pembajaan
Penabur baja – Untuk baja jenis butiran dan debu

Penghembus berjentera untuk menabur baja – Untuk baja butiran dan tabur biji benih padi

Penyembur boom – Menyembur baja cecair dan racun

……pest control
Pengawalan rumpai dan perosak
Penebas putar – Dipasang pada traktor 4 roda dan guna kuasa dari aci sadap kuasa

Mesin rumput tolak – Potong rumput yang tidak tebal

Penebas sandang – Sesuai di kawasan berbukit, tidak rata, sempit dan rumput tebal

Pam berkuasa – Menyembur herbisid (racun rumpai)

Penyembur galas – Untuk menyembur fungisid, herbisid dan insektisid

Pengairan dan penyaliran

Pengairan
Sistem pengairan titisan – Bekal air pangkal pokok dengan tekanan yang rendah

Sistem pengairan percikan – Guna pam untuk hasil tekanan air yang tinggi. Sesuai untuk
sayur, jagung, orkid, nurseri atau tanaman yang ditanam rapat

Penyaliran
Pam air – Keluarkan air dari kawasan tanaman

Pengorek kaut – Untuk gali parit bagi membina sistem perparitan

Pemarit – Jentera membina parit kecil

Penuaian hasil
Mesin jentuai kombin – Menuai padi

Mesin penuai buah – Memetik buah bertangkai seperti mempelam, rambutan dll.
(b) Ternakan

Pemberian makanan
Pengangkut berantai – Mengangkut makanan ke sangkar ayam / ke palung makanan

Tiub berauger – Mengangkut makanan ke sangkar ayam / ke palung makanan

Pemberian minuman
Puting minuman / puting logam – Untuk ayam dan arnab minum

Pengutipan hasil
Pengangkut panggul – Kumpul telur ayam

Mesin pemerusuan – Memerah susu lembu atau kambing gunakan mesin mudah alih atau tetap

Penggredan telur

Penggred telur – Asing / gred telur ayam ikut berat

Sistem pengairan

(a) Titisan
– air diberi pada pangkal pokok di zon perakaran
– sesuai untuk tanah yang daya pegangan air rendah dan pokok dalam beg politena
– kebaikan:
– jimat air kerana air dititis terus pada pangkal pokok
– tidak gunakan pam kerana air mengalir menggunakan tekana graviti
– air diguna secara efisien kerana air yang dibekal terus diserap oleh akar
– program pembajaan boleh dilakukan serentak dengan pengairan
– Kelemahan : penitis mudah tersumbat
– komponen sistem pengairan titisan : pam, sumber air, paip utama dan paip sekunder
(bahan paip samada besi galvani, PVC atau polietilena) dan penitis
– penyelenggaraan:
– penapis – bersihkan penapis untuk elak paip dan penitis tersumbat
– sambungan dan keseluruhan paip – elak kebocoran
– penitis – bersih bendasing/sampah untuk elak tersumbat

(b) Percikan
– sesuai untuk kawasan padat dengan tanaman seperti sayur-sayuran
– tidak sesuai untuk tanah yang tidak dapat memegang air seperti tanah pasir

– kebaikan :
– sesuai untuk kawasan berbukit atau tanah tidak rata/sekata
– kedudukan paip dan pemercik boleh diubah ikut keperluan semasa
– suhu persekitaran tanaman dapat dikurangkan
– kelemahan :
– jika ada tiupan angin kuat, kecekapan penyemburan air berkurangan
– perlu kos tinggi – untuk pembelian alat, bahan dan penyelenggaraan
– komponen – pam, sumber air, paip utama dan paip sekunder, pemercik (makro dan
mikro)
– pemercik makro untuk nurseri kelapa sawit, jagung dan sayur berpancang
– pemercik mikro untuk nurseri bunga, sayur daun dan rumput taman
– penyelenggaraan :
– pastikan paip tidak tersumbat
– kepada pemercik tidak tersumbat

Bandingbeza sistem pengairan titisan dengan sistem pengairan percikan

Titisan

• Air mengalir kerana tarikan graviti

• Air mengalir kerana tarikan graviti

• Boleh lakukan pembajaan

• Kecekapan titisan tidak dipengaruhi tiupan angin

• Guna sedikit air, dapat jimat air

• Dapat mengurangkan pertumbuhan rumpai

• Kos pengendalian rendah – guna tarikan graviti

• Boleh lakukan kerja pengurusan semasa sistem pengairan beroperasi

Pengairan percikan

Percikan
• Air dipam untuk dipercikkan

• Air dipercik tersebar ke kawasan luas

• Pembajaan tidak ekonomik

• Tiupan angin kencang mengurangkan kecekapan penyiraman

• Banyak air tidak terkena pokok, membazir air

• Menggalakkan pertumbuhan rumpai

• Kos pengendalian tinggi sebab guna pam


• Kerja pengurusan sukar dilakukan semasa sistem pengairan beroperasi

Advertisements

Sistem Pengairan Percikan

a) Komponen Utama

 Pam

 Sumber air

 Paip utama

 Paip skunder

 Pemercik makro dan mikro

b) Kebaikan

 Boleh diamalkan di kawasan berbukit atau tidak sekata ( tinggi-rendah )

 Kedudukan paip dan pemercik boleh diubah mengikut keperluan

 Suhu persekitaran tanaman dapat dikurangkan

c) Kelemahan

 Kecekapan penyemburan berkurangan jika berlaku tiupan angin yang kuat

 Kos pembelian dan pengendalian yang tinggi

d) Penyenggaraan
 Membersihkan penapis

 Kebocoran diperiksa dan dibaiki

 Penapis dibersihkan atau diganti

Sistem Pengairan Titisan

a) Komponen Utama

 Pam

 Sumber air

 Paip utama

 Paip sekunder

 Penitis

b) Kebaikannya

 Menjimatkan air
 Menggunakan tekanan graviti

 Air digunakan secara efisien oleh akar

 Pembajaan baleh dilakukan serentak dengan pengairan

c) Kelemahan

 Mudah tersumbat

 Sukar digunakan dikawasan berbukit atau tinggi

d) Penyelenggaraan

 Membersihkan penapis

 Kebocoran diperiksa dan dibaiki

 Penapis dibersihkan atau diganti

Penggunaan Mekanisasi Ladang Dalam Penternakan

a) Pemberian Makanan

 Tiub berauger atau pengangkut berantai

 Makanan dibekalkan dengan menyeluruh dan kadar yang boleh dikawal.

b) Pemberian Minuman
 Sistem puting logam ( kawalan injap )

 Kadar boleh dikawal

 Boleh disepadukan dengan pemberian ubat, vaksin, dan lain-lain

c) Pengutipan hasil

 Mesin pemerusuan

 Lebih mudah, cepat dan tahap kebersihan yang tinggi.

d) Penggredan telur

 Penggredan telur automatik

 Disepadukan dengan operasi membungkus

Kerja-Kerja Yang Boleh Dilakukan dengan Penggunaan Mekanisasi Ladang


a) Penyediaan Tanah

- Mesin gergaji rantai digunakan untuk menebang pokok hutan.


- Jentolak digunakan untuk mengumpul kayu dan tunggul.
- Alat bajak primer -bajak piring, bajak sepak, bajak pahat
- Alat bajak skunder - bajak putar, bajak sikat

b) Penanaman
- Alat penabur benih , penyembur kabus,digunakan dalam aktiviti penanaman. seperti penanaman
padi.

c) Pebajaan
- Penabur baja, penghembus berjentera untuk menabur baja dan penyembur boom
- Baja ditabur dengan lebih capat.

d) Pengawalan Rumpai Dan Perosak


- Penebas putar, penyembur sandang berjentera,mesin rumput tolak, penebas sandang, pam
berkuasa,
- Operasi pangawalan lebih berkesan, mudah, dan cepat

e) Pengairan
- Sistem pengairan titisan, sistem pengairan percikan dan sisitem pengairan banjir
- Air dapat dibekalkan lebih seragam, mencukupi dan menyeluruh.
- bajak sikat yang digunakan untuk pemunggaran tanah
kerja-kerja lebih mudah dengan bantuan penggunaan
mekanisasi ladang

Faedah Penggunaan Mekanisasi Ladang


Faedah Penggunaan Mekanisasi Ladang

1.Menjimatkan masa
- Waktu bekerja dapat dikurangkan / kerja dapat dilakukan dalam masa yang singkat.

2. Menjimatkan tenaga pekerja


- Bilangan tenaga pekerja yang diperlukan dapat dikurangkan.
- Banyak kerja dapat dilakukan dalam masa tertentu atau output buruh tinggi.

3. Menghasilkan kerja dengan lebih berkesan


- Kerja yang dilakukan lebih berkesan dan lebih sempurna berbanding menggunakan manusia.

4. Menepati masa
- Segala kerja dap disiapkan dalam masa yang dijadualkan.
- Pengeluaran hasil pertanian dalam musim dan cuaca yang sesuai

5. Memudahkan kerja
- Beban dan seksa kerja dapat diringankan dalam kerja-kerja seperti :
pemungaran tanah, pengawalan perosak dan rumpai, pembajaan dan pemungutan hasil.

Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Dalam penggunaan Mekanisasi Ladang

a) Keadaan Fizikal Tanah


- Kawasan berbukit memerlukan penyodok tanah bagi pembinaan teres.
- Kawasan luas perlu gunakan traktor empat roda.
- Kawasan kecil dan bertanah lembut hanya memerlukan traktor dua roda.

b) Kemampuan kos
- Perkara yang perlu diberi perhatian apabila menggunakan mekanisasi ladang :-
* beli
* sewa
* upah
* pajak

c) Pengetahuan teknikal yang perlu ada dan kemahiran dalam aspek :-


- pengendalian
- penyelenggaraan dan pembaikan
- kemudahan untuk mendapatkan alat ganti & khidmat selepas jualan
- pengubahsuaian jentera sedia ada jika diperlukan

Anda mungkin juga menyukai