Anda di halaman 1dari 2

Sistem pengairan

(a) Titisan
– air diberi pada pangkal pokok di zon perakaran
– sesuai untuk tanah yang daya pegangan air rendah dan pokok dalam beg
politena
– kebaikan:
– jimat air kerana air dititis terus pada pangkal pokok
– tidak gunakan pam kerana air mengalir menggunakan tekana graviti
– air diguna secara efisien kerana air yang dibekal terus diserap oleh akar
– program pembajaan boleh dilakukan serentak dengan pengairan
– Kelemahan : penitis mudah tersumbat
– komponen sistem pengairan titisan : pam, sumber air, paip utama dan paip
sekunder
(bahan paip samada besi galvani, PVC atau polietilena) dan penitis
– penyelenggaraan:
– penapis – bersihkan penapis untuk elak paip dan penitis tersumbat
– sambungan dan keseluruhan paip – elak kebocoran
– penitis – bersih bendasing/sampah untuk elak tersumbat

(b) Percikan
– sesuai untuk kawasan padat dengan tanaman seperti sayur-sayuran
– tidak sesuai untuk tanah yang tidak dapat memegang air seperti tanah pasir
– kebaikan :
– sesuai untuk kawasan berbukit atau tanah tidak rata/sekata
– kedudukan paip dan pemercik boleh diubah ikut keperluan semasa
– suhu persekitaran tanaman dapat dikurangkan
– kelemahan :
– jika ada tiupan angin kuat, kecekapan penyemburan air berkurangan
– perlu kos tinggi – untuk pembelian alat, bahan dan penyelenggaraan
– komponen – pam, sumber air, paip utama dan paip sekunder, pemercik
(makro dan
mikro)
– pemercik makro untuk nurseri kelapa sawit, jagung dan sayur berpancang
– pemercik mikro untuk nurseri bunga, sayur daun dan rumput taman
– penyelenggaraan :
– pastikan paip tidak tersumbat
– kepada pemercik tidak tersumbat

Bandingbeza sistem pengairan titisan dengan sistem pengairan percikan


Titisan
• Air mengalir kerana tarikan graviti
• Air mengalir kerana tarikan graviti
• Boleh lakukan pembajaan
• Kecekapan titisan tidak dipengaruhi tiupan angin
• Guna sedikit air, dapat jimat air
• Dapat mengurangkan pertumbuhan rumpai
• Kos pengendalian rendah – guna tarikan graviti
• Boleh lakukan kerja pengurusan semasa sistem pengairan beroperasi

Percikan
• Air dipam untuk dipercikkan
• Air dipercik tersebar ke kawasan luas
• Pembajaan tidak ekonomik
• Tiupan angin kencang mengurangkan kecekapan penyiraman
• Banyak air tidak terkena pokok, membazir air
• Menggalakkan pertumbuhan rumpai
• Kos pengendalian tinggi sebab guna pam

Anda mungkin juga menyukai