Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM ‘ENGLISH ATTACK’ PADA TAHUN 2017

1.0.PENDAHULUAN

Bahasa Inggeris adalah bahasa kedua yang terpenting di Malaysia serta merupakan bahasa

utama dalam komunikasi antarabangsa. Di samping itu, bahasa Inggeris adalah merupakan

bahasa ilmu pengetahuan. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam era globalisasi dan

modenisasi ini, bahasa Inggeris merupakan bahasa sumber yang penting. Misalnya,

kebanyakan buku ensiklopedia, buku rujukan, maklumat, penyelidikan dan khazanah ilmu

yang lain terungkap dalam bahasa Inggeris. Hal ini tidak menjadi masalah bagi golongan yang

dapat menguasai bahasa Inggeris untuk memahami isi-isi yang tercatat dalam bahan bacaan

tersebut. Justeru,pihak sekolah harus memainkan peranan dalam membantu remaja ini, untuk

memupuk minat mereka mempelajari bahasa Inggeris sedari awal lagi.

2.0.MATLAMAT

Matlamat program adalah untuk mendedahkan pelajar terhadap kepentingan menguasai

Bahasa Inggeris dalam dunia yang sedang hebat dilanda arus globalisasi kini. Program ini turut

bertujuan untuk menimbulkan rasa seronok pelajar menggunakan Bahasa Inggeris dalam

kehidupan seharian mereka.


3.0.OBJEKTIF

3.1. Melahirkan pelajar yang mempunyai keyakinan diri dan matlamat.

3.2. Membina keyakinan diri pelajar dalam penggunaan bahasa Inggeris.

3.3. Meningkatkan kemahiran lisan pelajar dalam bahasa Inggeris.

3.4. Memberi galakan kepada pelajar untuk berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris.

4.0.TARIKH PERLAKSANAAN

Setiap hari Rabu pada jam 7.20 pagi.

5.0.AHLI JAWATANKUASA

Pengacara Majlis 1: Mohammad Hakimin bin Yaacob

Pengacara Majlis 2: Muhammad Firdaus bin Zainordin

AJK Hadiah: Adzlina binti Abdul Aziz

AJK Bahan: Noor Aziela binti Abdul Malek

Jurugambar : Zahari bin Minan

6.0.ANGGARAN PERBELANJAAN

6.1. Perbelanjaan Hadiah : RM 40 (sebulan)


7.0.AKTIVITI PROGRAM

7.1. a. Public Speaking (Guru memilih pelajar wakil kelas 1 orang untuk semiggu)

b. Spelling Game

c. Quiz

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

____________________________ _______________________________

(NOOR AZIELA BINTI ABDUL MALEK) (ADZLINA BINTI ABDUL AZIZ)


Setiausaha, Ketua Panitia Bahasa Inggeris,
Program ‘English Attack’, Maahad Ahmadi Gemencheh

Maahad Ahmadi Gemencheh

Diluluskan Oleh,

____________________________
(ZAHARI BIN MINAN)
Ketua Bidang Bahasa,
Maahad Ahmadi Gemencheh

Anda mungkin juga menyukai