Anda di halaman 1dari 17

Setelah mempelajari bab

ini, anda harus dapat:


menganalisis jirim
mensintesiskan
struktur atom
memahami isotop
dan menilai Jika anda memperbesar wayar kuprum berjuta-juta kali ganda
kepentingannya dengan menggunakan mikroskop elektron, anda akan mendapati
memahami susunan bahawa wayar kuprum terdiri daripada zarah-zarah seperti gambar
elektron bagi atom
foto di atas. Apakah yang membina zarah-zarah ini? Mari kita
menghargai ketertiban
mengkajinya dalam bab ini.
dan keunikan struktur
atom

Mengapakah bau durian dapat dikesan walaupun dari jauh?


Apakah jenis zarah yang membina garam biasa?

Jirim
Zarah
Resapan Atom terdapat di mana-mana sahaja,
Perlanggaran Terdapat berjuta-juta bilangannya walaupun di dalam
Perubahan keadaan sehelai rambut,
Takat lebur Apakah kaitan antara jirim dengan atom?
Takat beku Mari kita kaji tentang atom dengan lebih terperinci.

10

BAB 2.indd 10 9/21/11 3:30 PM


A Jirim Anda harus dapat:
• memerihalkan sifat zarah
bagi jirim
• menyatakan teori kinetik
jirim
• mendefinisikan atom,
molekul, dan ion
• menghubungkaitkan
perubahan keadaan jirim
dengan perubahan haba
• menghubungkaitkan
perubahan haba dengan
perubahan tenaga
kinetik zarah
• menerangkan perubahan
Gambar foto 2.1 Semua bahan di Gambar foto 2.2 Setitik minyak keadaan jirim
sekeliling kita merupakan jirim. tersebar di atas permukaan air. berdasarkan teori kenetik
jirim
Dunia kita terdiri daripada jirim. Jirim ialah sebarang bahan yang
memenuhi ruang dan mempunyai jisim.
Minyak ialah satu contoh jirim. Apabila setitik minyak dititiskan
ke atas permukaan air di dalam sebuah bikar, titisan minyak itu Jirim wujud dalam tiga
akan tersebar di permukaan air. Berdasarkan pemerhatian ini, keadaan, iaitu pepejal,
apakah yang anda faham tentang istilah jirim? cecair, dan gas.

2.1 Mengadakan perbincangan


Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan kecil.
(a) Bincangkan sebab titisan minyak tersebar di atas permukaan air (Gambar foto 2.2).
(b) Ramalkan perubahan yang akan berlaku jika titisan minyak itu terdiri daripada
(i) satu zarah (ii) zarah-zarah halus yang berasingan
Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda di dalam kelas.

Jirim terdiri daripada zarah-zarah yang halus dan diskrit.


Terdapat ruang kosong di antara zarah ini. Zarah-zarah ini mungkin
atom, molekul, atau ion. Tonton simulasi komputer
yang menerangkan
Atom ialah zarah paling kecil bagi sesuatu unsur yang dapat
maksud atom, molekul,
mengambil bahagian dalam sesuatu tindak balas kimia. dan ion.
Logam dan sesetengah bukan logam seperti karbon dan helium
wujud sebagai atom.

• Jirim • Zarah

11

BAB 2.indd 11 9/21/11 3:30 PM


• Unsur ialah bahan
kimia yang terdiri
daripada satu jenis
atom sahaja.
• Sebatian ialah bahan Gambar foto 2.3 Susunan atom Gambar foto 2.4 Susunan atom di dalam
kimia yang terdiri di dalam sebentuk cincin emas sebuah belon yang berisi gas helium
daripada dua atau lebih
unsur yang berpadu Molekul ialah zarah neutral yang terdiri daripada dua atau
secara kimia. lebih atom yang berpadu secara kimia.

Mesin dialisis berfungsi


berdasarkan prinsip
resapan. Dapatkan Gambar foto 2.5 Model satu Gambar foto 2.6 Model satu molekul
maklumat lanjut dengan molekul gas hidrogen, H2 yang terdiri air, H2O yang terdiri daripada dua atom
menggunakan enjin daripada dua atom hidrogen hidrogen dan satu atom oksigen
gelintar dan taip kata
kunci “kidney machine”. Ion ialah zarah yang bercas positif atau negatif.

Sebagai contoh, garam biasa atau natrium klorida, NaCl terdiri


– daripada ion-ion. Rajah 2.1 menunjukkan satu model natrium
–++–+–
+ klorida, NaCl yang terdiri daripada ion positif dan ion negatif.
+– – – +
Zarah-zarah di dalam jirim sentiasa bergerak. Hal ini telah
– ++ + –
– disahkan melalui banyak eksperimen seperti resapan gas bromin.
Mari kita jalankan aktiviti yang berikut untuk mengkaji resapan
Rajah 2.1 Model natrium zarah-zarah di dalam jirim.
klorida • Aktiviti 2.1, muka surat 6 • Aktiviti 2.3, muka surat 9
• Aktiviti 2.2, muka surat 8

Resapan berlaku apabila zarah-zarah sesuatu bahan bergerak di antara zarah bahan yang
lain dari kawasan yang berkepekatan tinggi ke kawasan yang berkepekatan rendah. Rajah 2.2
menunjukkan resapan gas bromin.
Balang gas Balang gas
Udara (tidak
berwarna)
Penutup
Penutup Wap yang berwarna
Wap bromin dialihkan perang kemerahan tersebar
yang berwarna ke seluruh ruang di dalam kedua-dua
perang kemerahan balang gas selepas beberapa ketika
Rajah 2.2 Resapan gas bromin

• Resapan

12

BAB 2.indd 12 9/21/11 3:30 PM


Zarah-zarah bromin bergerak dari kawasan yang berkepekatan tinggi ke kawasan yang
berkepekatan rendah antara zarah udara. Maka, zarah-zarah bromin dikatakan telah meresap
ke seluruh zarah udara.
Resapan jirim berlaku paling cepat dalam gas, perlahan dalam cecair, dan paling perlahan
dalam pepejal. Hal ini disebabkan oleh susunan zarah dan gerakannya yang berbeza dalam
ketiga-tiga keadaan jirim.

Teori kinetik jirim


Susunan dan gerakan zarah-zarah di dalam pepejal, cecair, dan Tonton simulasi komputer
gas dihuraikan dalam teori kinetik jirim. tentang teori kinetik
jirim.

Pepejal

• Zarah-zarah tersusun dengan sangat Pepejal mempunyai isi padu dan


padat dan teratur. ➠ bentuk yang tetap.
• Daya tarikan di antara zarah adalah kuat.
• Zarah-zarah hanya dapat bergetar dan

berputar pada kedudukan yang tetap. Pepejal tidak dapat dimampatkan.

Cecair
• Zarah-zarah tersusun dengan padat
tetapi tidak teratur. Cecair mempunyai isi padu yang tetap.
Cecair tidak mempunyai bentuk yang
• Daya tarikan di antara zarah adalah kuat ➠ tetap tetapi mengikut bentuk bekas.
tetapi lebih lemah berbanding dengan
pepejal. ➠
• Zarah-zarah dapat bergetar, berputar, dan Cecair sukar dimampatkan.
bergerak ke seluruh cecair. Zarah-zarah
berlanggar antara satu sama lain. Gas
• Zarah-zarah berjauhan antara satu sama lain
dan bergerak secara rawak. Gas tidak mempunyai bentuk dan
• Daya tarikan di antara zarah adalah lemah. ➠ isi padu yang tetap.
• Zarah-zarah dapat bergetar, berputar, dan
bergerak secara bebas. Kadar perlanggaran

di antara zarah lebih tinggi daripada kadar Gas mudah dimampatkan.
perlanggaran di antara zarah di dalam cecair.

Rajah 2.3 Susunan dan gerakan zarah-zarah di dalam pepejal, cecair, dan gas.

Perubahan keadaan jirim


Perubahan keadaan jirim berlaku disebabkan oleh proses pemanasan dan penyejukan.
Rajah 2.4 menunjukkan perubahan keadaan jirim dengan perubahan haba.

• Perlanggaran • Perubahan keadaan

13

BAB 2.indd 13 9/21/11 3:30 PM


Gas

Pe
ny
eja
n
Kekunci:

pa

tan
wa

ata
Ko
Pemanasan

pa
jal

up
n
da
me

de
Penyejukan

en

en
ns
Pe

ng

did
asi
Pe

iha
n
Pembekuan
Pepejal Cecair
Peleburan
Rajah 2.4 Perubahan keadaan jirim dengan perubahan haba

Haba berkurang

Pepejal Cecair
Haba bertambah
Rajah 2.5 Perubahan haba mempengaruhi tenaga kinetik zarah-zarah

Teori kinetik jirim digunakan untuk menerangkan perubahan


keadaan jirim. Apabila pepejal dipanaskan, tenaga haba diserap oleh
Tonton simulasi komputer zarah-zarah pepejal. Hal ini menyebabkan zarah-zarah di dalam
yang menunjukkan pepejal memperoleh tenaga kinetik dan bergetar dengan kuat. Zarah-
perubahan keadaan jirim zarah bergetar dengan semakin kuat apabila suhu terus dinaikkan
berdasarkan teori kinetik sehingga tenaga yang diperolehnya cukup untuk mengatasi daya
jirim.
tarikan antara zarah. Pada suhu ini, pepejal menjadi cecair. Proses
ini dinamakan peleburan. Suhu apabila pepejal bertukar menjadi
cecair dinamakan takat lebur. Apakah yang akan berlaku jika cecair
itu terus dipanaskan?
• Takat lebur ialah suhu
apabila sesuatu bahan Apabila cecair disejukkan, zarah-zarah di dalam cecair
dalam keadaan pepejal kehilangan tenaga kinetik dan bergerak dengan lebih perlahan.
bertukar menjadi Apabila suhu cecair terus menurun, zarah-zarah itu terus kehilangan
keadaan cecair pada tenaga kinetik sehingga tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk
tekanan tertentu. bergerak secara bebas. Pada suhu ini, cecair itu menjadi pepejal.
• Takat beku ialah suhu Proses ini dinamakan pembekuan. Suhu apabila cecair bertukar
apabila sesuatu bahan menjadi pepejal dinamakan takat beku. Mari kita jalankan aktiviti
dalam keadaan cecair yang berikut untuk menentukan takat lebur dan takat beku sesuatu
bertukar menjadi bahan.
keadaan pepejal pada
tekanan tertentu. • Aktiviti 2.4, muka surat 9 • Aktiviti 2.5, muka surat 12

• Takat lebur • Takat beku

14

BAB 2.indd 14 9/21/11 3:30 PM


Rajah 2.6 menunjukkan lengkung pemanasan Suhu (°C)
bagi naftalena. Lengkung itu menunjukkan perubahan
suhu apabila pepejal naftalena dipanaskan. Pada titik D
A, naftalena wujud sebagai pepejal. Apabila pepejal
naftalena dipanaskan, tenaga haba diserap oleh zarah- Takat
B C
zarah naftalena. Hal ini menyebabkan zarah-zarah lebur
memperoleh tenaga kinetik dan bergetar dengan A
lebih cepat. Oleh itu, suhu meningkat dari titik A
ke titik B. Masa (minit)
Rajah 2.6 Lengkung pemanasan bagi naftalena
Pada titik B, pepejal naftalena mula melebur.
Semasa proses peleburan, suhu naftalena tidak meningkat
walaupun pemanasan diteruskan. Suhu itu kekal malar kerana
tenaga haba yang diserap oleh zarah-zarah digunakan untuk
mengatasi daya tarikan antara zarah sehingga pepejal itu bertukar
menjadi cecair. Suhu ini ialah takat lebur naftalena. Pada suhu Perubahan keadaan jirim
juga melibatkan keadaan
ini, naftalena berada dalam keadaan pepejal dan cecair.
yang dinamakan plasma.
Pada titik C, semua pepejal naftalena telah melebur. Dari Layari laman web
titik C ke titik D, zarah-zarah dalam cecair naftalena menyerap www.chem4kids.com/
tenaga haba dan bergerak dengan lebih cepat. Suhu meningkat files/matter_plasma.html
dari titik C ke titik D. untuk mengetahuinya.
Apakah yang akan berlaku apabila cecair naftalena yang panas
disejukkan? Rajah 2.7 menunjukkan perubahan suhu apabila cecair
naftalena disejukkan.
Suhu (°C) Zarah-zarah dalam cecair naftalena kehilangan tenaga kinetik. Zarah-zarah
bergerak dengan lebih perlahan apabila suhu menurun.

E Cecair naftalena mula membeku. Suhu naftalena kekal malar kerana tenaga
haba yang hilang ke sekeliling diimbangi oleh tenaga haba yang
terbebas apabila zarah-zarah menarik antara satu sama lain untuk membentuk pepejal.
Takat
F G Pepejal itu disejukkan. Zarah-zarah di dalam pepejal bergetar dengan
beku
lebih perlahan apabila suhu menurun.
H
Masa (minit)
Rajah 2.7 Lengkung penyejukan bagi naftalena

A
1. Seketul hablur kalium manganat(VII) diletakkan di dasar sebuah bikar yang berisi air.
Bikar itu dibiarkan sehingga tiada perubahan lagi.
(a) Apakah yang dapat anda perhatikan dalam eksperimen ini? Terangkan.
(b) Apakah proses yang telah berlaku?
2. Pepejal X mempunyai takat lebur 50°C. Jika sebuah tabung uji yang berisi leburan X
pada suhu 110°C dibiarkan menyejuk pada suhu bilik,
(a) lakarkan graf suhu melawan masa untuk penyejukan leburan X.
(b) tandakan takat beku pada graf anda.
(c) terangkan bentuk graf itu.

15

BAB 2.indd 15 9/21/11 3:30 PM


Anda harus dapat: B Struktur Atom
• memerihalkan
perkembangan model Atom merupakan binaan asas bagi jirim. Bagaimanakah bentuk
atom atau struktur sesuatu atom?
• menyatakan zarah-
zarah utama subatom Sejarah perkembangan model atom
• membandingkan dan
Lebih daripada 100 tahun yang lalu, ahli sains telah menjalankan
membezakan jisim
relatif dan cas relatif
penyelidikan tentang atom. Mereka mendapati atom terdiri daripada
bagi proton, elektron, zarah-zarah yang lebih kecil. Sejarah perkembangan model atom
dan neutron bermula dengan model atom yang dikemukakan oleh John Dalton.
• mendefinisikan nombor
John Dalton, seorang ahli kimia
proton
England telah menghuraikan atom
• mendefinisikan nombor
nukleon sebagai jasad yang kecil, keras, dan
• menentukan nombor tidak dapat dibelah bahagi seperti
proton sebiji sfera yang sangat kecil.
• menentukan nombor Model atom
John Dalton
J.J. Thomson, seorang ahli fizik
nukleon England telah menemukan elektron.
• menghubungkaitkan
Rajah 2.8 John Dalton Beliau menghuraikan atom sebagai sfera
nombor proton dan
nombor nukleon (1766 – 1844) dan modelnya yang bercas positif dengan beberapa
• menghubungkaitkan zarah bercas negatif di dalamnya yang
nombor proton dengan dikenali sebagai elektron.
jenis unsur
• menulis simbol unsur- Elektron bercas
unsur negatif
• menentukan bilangan
neutron, proton, dan Sfera bercas positif
elektron daripada Rajah 2.9 J.J.
nombor proton dan Model atom Thomson Thomson (1856 –
nombor nukleon dan 1940) dan modelnya
sebaliknya
• membina struktur atom Ernest Rutherford menemukan zarah bercas positif yang
dinamakan proton. Proton dan hampir seluruh jisim atom
tertumpu di satu kawasan yang sangat kecil di tengah-tengah
atom yang dinamakan nukleus. Elektron-elektron beredar dalam
ruang yang lebih besar di luar nukleus.

Nukleus yang
Apakah saiz nukleus mengandungi proton
berbanding dengan saiz
atom? Anggarkan.
Elektron beredar
di luar nukleus
Model atom Rutherford

Rajah 2.10 Ernest Rutherford (1871 – 1937) dan modelnya

16

BAB 2.indd 16 9/21/11 3:30 PM


Niels Bohr telah mencadangkan bahawa elektron-elektron
di dalam sesuatu atom bergerak di dalam petala-petala di
sekeliling nukleus. • Perkataan elektron telah
dicipta oleh Johnstone
Stoney pada tahun 1891.
Nukleus yang • Perkataan nukleus berasal
mengandungi proton daripada perkataan
Yunani yang bermaksud
Petala little nut.
Elektron
Model atom Bohr

Rajah 2.11 Niels Bohr (1885 – 1962) dan modelnya


Anda boleh mendapat
James Chadwick membuktikan kewujudan neutron, iaitu maklumat lanjut tentang
zarah neutral di dalam nukleus. Neutron menyumbang hampir sejarah perkembangan
separuh daripada jisim sesuatu atom. model atom dengan
melayari laman sesawang
http://www.fordhamprep.
Nukleus yang org/gcurran/sho/sho/
mengandungi proton lessons/lesson31.htm
dan neutron

Petala
Elektron
Kita harus menghargai
Model atom Chadwick
ketertiban dan keunikan
struktur atom.
Rajah 2.12 James Chadwick (1891 – 1974) dan modelnya

2.2 Pertandingan bercerita


Secara berkumpulan, bincangkan sumbangan ahli sains terhadap sejarah perkembangan idea
struktur atom. Perbincangan itu harus menekankan kreativiti dan ketelitian ahli sains dalam
menghasilkan gambaran yang menyeluruh tentang jirim. Sediakan satu cerita pendek berdasarkan
hasil perbincangan kumpulan anda dan bentangkannya dalam pertandingan bercerita. Guru
anda akan memberikan komen dan menilai pembentangan setiap kumpulan.

Zarah subatom
Atom terdiri daripada tiga zarah yang kecil, iaitu proton,
neutron, dan elektron yang dinamakan zarah-zarah subatom.
Bagaimanakah zarah-zarah ini berbeza? Tonton simulasi komputer
yang mengilustrasikan
Zarah-zarah subatom mempunyai jisim dan cas yang berlainan. struktur atom.
Jisim dan cas zarah subatom diukur secara relatif dengan proton
kerana nilai sebenarnya sangat kecil.

17

BAB 2.indd 17 9/21/11 3:30 PM


Proton
•Simbol: p
Elektron
•Cas relatif: +1
•Jisim relatif: 1 •Simbol: e
Nukleus •Cas relatif: –1
Neutron •Jisim relatif: Kira-kira 0.0005
•Simbol: n
•Cas relatif: 0
•Jisim relatif: 1

Rajah 2.13 Simbol, cas relatif, dan jisim relatif zarah subatom

Proton dan neutron terdapat di dalam nukleus sesuatu atom


manakala elektron beredar mengelilingi nukleus. Oleh sebab jisim
Atom amerisium yang proton dan neutron jauh lebih besar daripada jisim elektron,
mengandungi 241 proton sebahagian besar jisim atom tertumpu di dalam nukleus. Nukleus
dan neutron boleh didapati mempunyai cas keseluruhan positif kerana terdapat proton yang
di dalam alat pengesan
bercas positif di dalamnya. Bilangan elektron di dalam sesuatu atom
asap.
(a) Apakah data yang
sama dengan bilangan protonnya. Oleh itu, atom adalah neutral.
diperlukan bagi
Nombor proton dan nombor nukleon
menghitung bilangan
zarah subatom yang Ahli sains menggunakan nombor proton dan nombor nukleon
terdapat di dalam satu untuk menggambarkan sesuatu atom.
atom amerisium? • Nombor proton sesuatu unsur ialah bilangan proton yang
(b) Berapakah neutron terdapat di dalam nukleus atom itu.
yang terdapat di dalam • Nombor nukleon sesuatu unsur ialah jumlah bilangan proton
satu atom amerisium? dan neutron di dalam nukleus atom itu.
Nombor proton juga merujuk kepada bilangan elektron yang terdapat di dalam atom
itu kerana atom adalah neutral. Nombor nukleon juga disebut sebagai nombor jisim. Apakah
hubung kait antara nombor nukleon dengan nombor proton sesuatu atom?
Daripada takrifan, nombor nukleon = bilangan proton + bilangan neutron
Maka, nombor nukleon = nombor proton + bilangan neutron
Setiap unsur mempunyai satu nombor proton yang tertentu. Sebagai contoh, nombor proton
bagi natrium dan oksigen masing-masing ialah 11 dan 8.

2.1
Argon mempunyai nombor proton 18 dan nombor nukleon 40. Berapakah proton, elektron,
dan neutron yang terdapat di dalam satu atom argon?
Penyelesaian:
Bilangan proton di dalam satu atom argon = nombor proton = 18
Atom itu adalah neutral. Maka,
bilangan elektron di dalam satu atom argon = bilangan proton = 18
Bilangan neutron di dalam satu atom argon = nombor nukleon – nombor proton
= 40 – 18 = 22

18

BAB 2.indd 18 9/21/11 3:30 PM


Simbol unsur
Setiap unsur mempunyai nama dan simbol yang tertentu. Contoh nama dan simbol beberapa
unsur telah ditunjukkan dalam Jadual 2.1.
Jadual 2.1 Nama dan simbol beberapa unsur
Unsur Simbol Unsur Simbol Unsur Simbol Unsur Simbol
Hidrogen H Karbon C Natrium Na Sulfur S
Helium He Nitrogen N Magnesium Mg Klorin Cl
Litium Li Oksigen O Aluminium Al Argon Ar
Berilium Be Fluorin F Silikon Si Kalium K
Boron B Neon Ne Fosforus P Kalsium Ca

Perhatikan bahawa setiap simbol terdiri daripada satu atau dua


huruf. Bagi unsur dengan dua huruf, huruf pertama merupakan
huruf besar manakala huruf kedua merupakan huruf kecil. Kadang-kadang unsur
Secara amnya, perwakilan atom bagi sesuatu unsur ditulis diwakili oleh nombor
seperti yang berikut: nukleon. Sebagai contoh,
23
11Na diwakili oleh
Nombor nukleon A natrium-23.
Nombor proton Z
X Simbol unsur

2.2
Atom fluorin mempunyai 9 proton dan 10 neutron. Apakah nombor proton dan nombor
nukleon atom itu? Tulis perwakilan atom unsur itu dalam bentuk AZ X.
Penyelesaian:
Nombor proton = bilangan proton = 9
Nombor nukleon = bilangan proton + bilangan neutron
= 9 + 10
= 19
Atom fluorin diwakili sebagai 199F.

2.3 Menyelesaikan masalah penghitungan

1. Atom Q mempunyai nombor proton 11 dan nombor nukleon 23. Berapakah proton,
elektron, dan neutron yang terdapat di dalam satu atom Q?
2. Bromin-80 mempunyai 45 neutron. Apakah nombor proton dan nombor nukleon atom
itu? Tulis perwakilan atom unsur itu dalam bentuk AZ X.

19

BAB 2.indd 19 9/21/11 3:30 PM


2.4 Membina model
Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan kecil. Dengan menggunakan persembahan multimedia
atau kaedah yang lain, bina model atom yang mewakili satu unsur pilihan kumpulan anda.
Bentangkan hasil rekaan kumpulan anda itu di dalam kelas. Pamerkan cetakan imej model
bagi setiap kumpulan pada papan kenyataan di dalam kelas anda.

B
1. Atom terdiri daripada zarah subatom, iaitu proton, neutron, dan elektron. Zarah
subatom yang manakah yang
(a) mempunyai jisim yang terkecil?
(b) mempunyai cas positif?
(c) didapati di luar nukleus?
(d) didapati di dalam nukleus sesuatu atom tetapi tidak mempunyai cas?
2. Berapakah elektron, proton, dan neutron yang terdapat di dalam satu atom dengan
35
simbol 17Cl?
3. Atom X mempunyai 4 proton dan 5 neutron.
(a) Tentukan nombor proton dan nombor nukleon bagi unsur X.
(b) Tulis perwakilan atom unsur X dalam bentuk AZ X.

Anda harus dapat:


C Isotop dan Kepentingannya
• menyatakan maksud
isotop
• menyenaraikan contoh Anda telahpun mengetahui bahawa bilangan proton di dalam atom
unsur-unsur yang bagi unsur yang sama adalah sentiasa sama. Walau bagaimanapun,
mempunyai isotop ahli kimia telah menemukan beberapa unsur yang mempunyai
• menentukan bilangan atom yang berlainan jisim. Oleh itu, atom-atom unsur yang sama
zarah subatom bagi ini mesti mempunyai bilangan neutron yang berlainan. Atom-atom
isotop seperti itu dinamakan isotop.
• mewajarkan
penggunaan isotop Isotop ialah atom-atom unsur yang sama dengan bilangan
dalam kehidupan neutron yang berlainan.
Hidrogen mempunyai tiga isotop seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 2.14.
e e e

Apakah maksud isotop 1p 1p


1p
dari segi nombor proton 1n 2n
dan nombor nukleon?
Hidrogen-1 Hidrogen-2 Hidrogen-3
Rajah 2.14 Isotop hidrogen

20

BAB 2.indd 20 9/21/11 3:30 PM


Hidrogen-2 dan Hidrogen-3 masing-masing disebut sebagai deuterium dan tritium. Oksigen,
karbon, klorin, dan bromin juga wujud sebagai isotop. Apakah isotop semula jadi unsur-unsur
ini? Mari kita jalankan aktiviti yang berikut untuk mengetahuinya.

2.5 Membina jadual


Senarai di bawah menunjukkan isotop-isotop bagi oksigen, karbon, klorin, dan bromin.
16 17 18 12 13 14 35 37 79 81
O
8 8O O
8 6C C
6 6 C Cl
17 Cl
17 Br
35 35Br

Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan. Bina jadual untuk membandingkan bilangan zarah
subatom bagi isotop-isotop setiap unsur di atas. Berdasarkan jadual itu, bagaimanakah
isotop-isotop sesuatu unsur berbeza dari segi bilangan proton, elektron, dan neutron?

Kegunaan isotop dalam kehidupan harian kita


Terdapat dua jenis isotop, iaitu isotop radioaktif dan isotop bukan
radioaktif. Isotop radioaktif atau radioisotop menghasilkan sinaran
yang berbahaya. Oleh itu, radioisotop harus dikendalikan dengan
berhati-hati.
Walau bagaimanapun, radioisotop mempunyai kegunaan yang
penting dalam pelbagai bidang kehidupan kita. Kegunaan beberapa
radioisotop adalah seperti yang berikut:
• Kobalt-60 digunakan dalam radioterapi bagi rawatan kanser.
• Pentarikhan karbon menggunakan karbon-14 untuk
menganggarkan usia bahan fosil dan artifak.
• Metabolisme fosforus di dalam tumbuhan dapat dikaji dengan
Gambar foto 2.7 Sinar gama
menggunakan baja fosfat yang mengandungi fosforus-32. bagi kobalt-60 digunakan
untuk membasmi bakteria
Mari kita jalankan Aktiviti 2.6 untuk mengetahui kegunaan isotop
di dalam sayur-sayuran dan
dengan lebih lanjut. ubi kentang tanpa mengubah
• Aktiviti 2.6, muka surat 12 kualiti makanan tersebut.

C
1. Apakah maksud isotop?
12 35 14 16
2. 6W, 17 X, 6 Y, dan 8 Z ialah simbol bagi empat atom.
(a) Atom yang manakah mempunyai jisim yang terbesar?
(b) Atom-atom yang manakah merupakan isotop?
32
3. P dan 31
15 15P ialah dua isotop bagi fosforus. Bandingkan bilangan zarah subatom yang
terdapat di dalam atom isotop-isotop ini.
4. Nyatakan dua kegunaan isotop dalam bidang yang berlainan.

21

BAB 2.indd 21 9/21/11 3:30 PM


Anda harus dapat:
D Susunan Elektron bagi Atom
• menghuraikan susunan
elektron dalam atom
bagi unsur yang Anda telah mempelajari bahawa elektron disusun di dalam petala
mempunyai nombor atom. Bagaimanakah elektron disusun di dalam petala di sekeliling
proton 1 hingga 20 nukleus? Petala atom dinomborkan bermula daripada petala yang
• melukis susunan terdekat dengan nukleus. Setiap petala hanya dapat menampung
elektron atom suatu bilangan elektron yang tertentu seperti yang ditunjukkan dalam
unsur Rajah 2.15.
• menyatakan maksud
Petala pertama: 2 elektron Petala
elektron valens
• menentukan bilangan Petala kedua: 8 elektron terluar
elektron valens daripada yang berisi
susunan elektron suatu Petala ketiga: 18 elektron elektron
atom Nukleus Elektron
Rajah 2.15 Bilangan elektron yang Rajah 2.16 Susunan elektron
maksimum di dalam tiga petala yang atom klorin
pertama bagi sesuatu atom

Elektron memenuhi petala yang terdekat dengan nukleus


Petala ketiga sesuatu dahulu. Elektron hanya memenuhi petala yang baharu apabila
atom dapat menampung petala yang sebelumnya telah penuh. Sebagai contoh, klorin
18 elektron. Namun mempunyai nombor proton 17. Maka, satu atom klorin mempunyai
begitu, bilangan elektron 17 elektron. Dua elektron disusun di dalam petala pertama, lapan
yang maksimum pada elektron di dalam petala kedua, dan bakinya, tujuh elektron
petala ini ialah 8 bagi di dalam petala ketiga. Rajah 2.16 menunjukkan susunan elektron
atom yang mempunyai
satu atom klorin. Susunan elektron bagi atom klorin ditulis
nombor proton 1 – 20.
Contoh: Ca (2.8.8.2)
sebagai 2.8.7.
Cu (2.8.18.1) Elektron di dalam petala terluar sesuatu atom dinamakan
elektron valens. Perhatikan Rajah 2.16. Petala terluar bagi atom
klorin mempunyai 7 elektron. Maka, bilangan elektron valens bagi
satu atom klorin ialah 7.
2.6 Melukis dan menulis susunan elektron
Lukis dan tulis susunan elektron untuk unsur-unsur yang mempunyai nombor proton
1 hingga 20. Kemudian, kenal pasti bilangan elektron valens bagi atom setiap unsur.

D
7
1. Lukis susunan elektron bagi atom 3 X dan 2311Y. Nyatakan satu persamaan dan satu
perbezaan bagi kedua-dua atom itu.
2. Unsur Z mempunyai nombor proton 20. Apakah susunan elektron bagi atom Z?
Nyatakan bilangan elektron valens bagi atom Z.

22

BAB 2.indd 22 9/21/11 3:30 PM


Jirim Zarah Jisim Cas Kedudukan di
subatom relatif relatif dalam atom
✓ Jirim ialah sebarang bahan yang memenuhi
Proton, p 1 +1 Nukleus
ruang dan mempunyai jisim.
✓ Jirim terdiri daripada zarah-zarah yang Neutron, n 1 0 Nukleus
halus dan diskrit. Elektron, e 0 –1 Petala

Jirim ✓ Atom ialah zarah yang neutral. Hal ini


bermakna, bilangan proton sama dengan
bilangan elektronnya.
Unsur Sebatian ✓ Nombor proton sesuatu unsur ialah
bilangan proton di dalam nukleus
Atom Molekul Molekul Ion atom itu.
✓ Nombor nukleon sesuatu unsur ialah
✓ Atom ialah zarah paling kecil bagi sesuatu jumlah bilangan proton dan neutron
unsur yang dapat mengambil bahagian di dalam nukleus atom itu.
dalam sesuatu tindak balas kimia. ✓ Atom sebarang unsur dapat ditulis sebagai
✓ Molekul ialah zarah neutral yang terdiri A
Z X dengan A ialah nombor nukleon, Z
daripada dua atau lebih atom yang berpadu ialah nombor proton, dan X ialah simbol
secara kimia. bagi unsur itu.
✓ Ion ialah zarah yang bercas positif
atau negatif. Isotop dan kepentingannya
✓ Resapan berlaku apabila zarah-zarah
sesuatu bahan bergerak antara zarah ✓ Isotop ialah atom-atom unsur yang sama
bahan yang lain dari kawasan yang dengan bilangan neutron yang berlainan.
berkepekatan tinggi ke kawasan yang ✓ Sesetengah isotop mempunyai kegunaan
berkepekatan rendah. yang bermanfaat dalam kehidupan
harian kita.
✓ Susunan dan gerakan zarah-zarah di dalam
pepejal, cecair, dan gas dihuraikan dalam Susunan elektron bagi atom
teori kinetik jirim.
✓ Perubahan haba mengubah keadaan jirim. ✓ Elektron disusun di sekeliling nukleus
✓ Apabila sesuatu bahan dipanaskan, di dalam petala sesuatu atom mengikut
zarah-zarah memperoleh tenaga kinetik bilangan elektron yang tertentu.
dan bergerak dengan lebih cepat. ✓ Bagi atom yang mempunyai nombor proton
✓ Apabila sesuatu bahan disejukkan, 1 hingga 20, dua elektron ditempatkan
zarah-zarah kehilangan tenaga kinetik di dalam petala pertama, lapan
dan bergerak dengan lebih perlahan. elektron di dalam petala kedua, dan
lapan elektron di dalam petala ketiga.
Elektron yang selebihnya ditempatkan
Struktur atom
di dalam petala keempat.
✓ Atom terdiri daripada tiga zarah subatom; ✓ Elektron valens ialah elektron di petala
proton, neutron, dan elektron. terluar sesuatu atom.

23

BAB 2.indd 23 9/21/11 3:30 PM


Salin peta konsep di bawah. Kemudian, lengkapkan peta ini berdasarkan panduan yang diberi.

(b) Teori kinetik (a)


Jirim
jirim

Perubahan
Struktur atom keadaan jirim

Struktur atom (f ) Susunan elektron

Proton Neutron (c) Kegunaan

(g)

(d) (e)

(a) Namakan proses yang menunjukkan zarah-zarah bagi satu bahan bergerak di antara
zarah bahan yang lain dari kawasan yang berkepekatan tinggi ke kawasan yang
berkepekatan rendah.
(b) Namakan tiga jenis zarah yang terdapat di dalam jirim.
(c) Namakan zarah subatom selain proton dan neutron yang membina sesuatu atom.
(d) Nyatakan istilah yang mewakili bilangan proton di dalam nukleus sesuatu atom.
(e) Nyatakan istilah yang mewakili jumlah bilangan proton dan neutron di dalam nukleus
sesuatu atom.
(f) Nyatakan istilah yang menghuraikan atom-atom unsur yang sama dengan jisim
yang berlainan.
(g) Nyatakan nama elektron yang terdapat di dalam petala terluar sesuatu atom.

24

BAB 2.indd 24 9/21/11 3:30 PM


2

Soalan Objektif 3. Berapakah proton, neutron, dan elektron


yang terdapat di dalam satu atom
23
Arahan: Pilih satu cadangan jawapan yang 11Na?
terbaik bagi setiap soalan.
Bilangan Bilangan Bilangan
1. Antara pernyataan yang berikut, proton neutron elektron
yang manakah benar tentang teori A 11 12 11
kinetik jirim?
B 11 23 11
I Zarah-zarah sentiasa bergerak atau
bergetar. C 12 11 12
II Kelajuan zarah-zarah akan bertambah D 23 12 23
jika lebih tenaga diperoleh.
III Zarah-zarah dalam cecair bergerak
4. Uranium-235 dan uranium-238
lebih cepat berbanding dengan
ialah isotop. Bilangan neutron bagi
zarah-zarah di dalam gas.
atom uranium-235 ialah 143. Antara
IV Pergerakan zarah-zarah dalam cecair
pernyataan yang berikut, yang
hanya melibatkan getaran.
manakah benar?
A I dan II C I, II dan IV
A Atom uranium-235 mempunyai 95
B III dan IV D I, II, III dan IV
proton.
2. Rajah 1 menunjukkan lengkung B Atom uranium-238 mempunyai 146
pemanasan bagi pepejal X. neutron.
C Atom uranium-238 mempunyai 95
elektron.
D Atom uranium-235 mempunyai
150
Suhu (°C)

bilangan neutron yang sama seperti


uranium-238.
50
5. Satu atom unsur Y mempunyai 17
proton dan 20 neutron di dalam nukleus.
t1 t2 t3 t4 Yang berikut yang manakah merupakan
Masa (minit) susunan elektron atom Y ?
Rajah 1 A 2.1
B 2.8.7
Antara pernyataaan yang berikut, yang
C 2.8.8
manakah benar?
D 2.8.8.2
A Takat lebur pepejal X ialah 150°C.
B Dari t1 ke t2, daya tarikan di antara
zarah dapat diatasi. 6. Satu atom boron boleh ditulis sebagai
11
C Pada suhu 50°C, kedua-dua cecair 5B. Berapakah elektron valens bagi satu

dan gas hadir. atom boron?


D Dari t3 ke t4, X tidak menyerap tenaga A 1 C 5
haba. B 3 D 6

25

BAB 2.indd 25 9/21/11 3:30 PM


Soalan Subjektif

Arahan: Jawab semua soalan.


1. Iodin ialah pepejal hitam. Apabila iodin dipanaskan kepada suhu 200°C, pepejal itu terus
bertukar menjadi wap ungu pada suhu 180°C.
(a) Namakan proses yang menghuraikan perubahan keadaan jirim itu.
(b) Lakarkan susunan zarah iodin pada suhu 30°C dan 190°C.
(c) Lakarkan graf suhu melawan masa semasa pemanasan iodin tersebut.
(d) Deduksikan keadaan fizik iodin pada suhu 180°C.
2. Jadual 1 menunjukkan bilangan proton dan neutron bagi empat atom.
(a) (i) Apakah yang dimaksudkan oleh nombor proton Jadual 1
dan nombor nukleon bagi sesuatu atom?
Bilangan Bilangan
(ii) Apakah nombor proton dan nombor nukleon Atom
proton neutron
bagi atom W?
A
(b) Tulis perwakilan atom X dalam bentuk Z X. W 3 4
(c) Tulis susunan elektron bagi atom X. X 16 17
(d) Atom-atom yang manakah mempunyai bilangan Y 16 16
elektron valens yang sama? Z 19 20
(e) (i) Atom-atom yang manakah merupakan isotop?
(ii) Nyatakan satu sebab bagi jawapan anda pada (e)(i).
(f) Lukis satu rajah untuk menunjukkan susunan elektron di sekeliling nukleus
atom Z.

Soalan Esei

Arahan: Jawab semua soalan.


1. (a) Huraikan secara ringkas tentang susunan dan gerakan zarah-zarah di dalam pepejal,
cecair, dan gas.
(b) Apakah yang berlaku apabila
(i) pepejal melebur?
(ii) wap mengkondensasi?
Terangkan dengan menggunakan teori kinetik jirim.
2. (a) Klorin-35 dan klorin-37 ialah dua isotop klorin.
(i) Apakah maksud isotop?
(ii) Bandingkan kedua-dua isotop itu.
(b) Resapan berlaku dengan lebih perlahan di dalam pepejal berbanding dengan cecair.
Rancang satu eksperimen makmal untuk membuktikan pernyataan di atas. Jawapan
anda hendaklah mengandungi perkara yang berikut:
• Bahan kimia yang diperlukan
• Rajah yang menunjukkan susunan radas
• Prosedur eksperimen
• Pemerhatian

26

BAB 2.indd 26 9/21/11 3:30 PM

Anda mungkin juga menyukai